"menang kan sangat ego tu, memang hilang la cinta kau" ego lawan cinta. Ego. Ego merupakan satu sikap dimana tidak mahu mengalah dan merasakan bahawa diri sentiasa betul, keras kepala dan tidak kenal erti putus asa. Cinta. Cinta hadir apabila dua hati rasa saling melengkapi antara satu sama lain. Cinta itu menyerahkan sepenuh jiwa dan raga. Cinta sukar untuk pudar, kerana ia terpahat kuat di dalam hati tetapi ia memerlukan kesetiaan. Namun cinta juga mampu membutakan, kerana ia bersifat ingin memiliki.