Dari kecil Dani hanya mengenali erti kesunyian. Ibu bapanya sering sibuk dengan kerja mereka dan kanak-kanak sebaya tidak suka bermain dengannya kerana sikapnya yang pendiam dan tubuhnya yang kecil. Di rumah Atok, Dani berkawan dengan Alice, sebuah patung porselin bersaiz manusia yang sentiasa ada untuk mendengar segala aduan Dani.