𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑 '𝐇𝐈𝐒' 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 𝐕𝐎𝐋 𝟐 Pertemuan mereka pada mulanya hanyalah sebagai seorang doktor (pakar psikiatri) dan seorang pesakit yang menghidapi penyakit DID (Dissociative Identity Disorder). Setelah sekian lama bersua muka, bermulalah bibit cinta yang terlakar di antara dua jiwa. "Kalbimin derinliklerinden seni çok seviyorum." - Max Alexander "Apa yang awak cakap? saya tak faham..."- Nurin Arasella Pahit untuk ditelan malahan untuk diungkap, kenyataan yang tidak dapat diubah membuatkan rasa sakit yang teramat dalam. Seindah mana pun hubungan yang tercipta, mereka tidak dapat melawan takdir yang sudah tertulis. Hubungan di antara dua agama yang berbeza menyesakkan dada dan menikam jiwa. "Carilah kebahagiaan awak di luar sana, kita tak seiman dan maafkan saya kerana cinta saya kepada Allah melebihi segala-galanya."- Nurin Arasella "Tapi aku boleh masuk islam kalau kau nak! beri aku peluang untuk jadi suami kau."- Max Alexander "Jangan jadikan agama itu seperti satu permainan, kalau awak mahu masuk islam. Masuk kerana Allah bukan kerana saya!" - Nurin Arasella Dunia ini terasa kosong tanpa cinta tetapi apabila cinta tidak lagi mengizinkan untuk bersama, di situlah terasa betapa pahitnya menerima semua kenyataan. Semuanya telah tertulis, indahnya takdir! ⚠️ Dilarang plagiat ! ⚠️ Pembaca matang ! ⚠️ Segala isi cerita adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama ada yang hidup mahupun yang sudah tiada. ⚠️ Typo dan kesalahan tatabahasa dimana-mana. ⚠️ Gaya bahasa cerita ini terlalu santai, jika anda rasa cerita ini tidak kena dengan cita rasa anda diharapkan jangan baca kerana anda bakal kecewa nanti. Sekian.
20 parts