Hetty dan Letty kembar seiras yang memiliki segalanya. rupa paras comel serta lahir dari keluarga berada memang diimpikan kebanyakan orang.cuma satu yang kurang dengan Letty. Kesihatan yang baik tidak pernah berpihak padanya. Sedari kecil, hospital adalah rumah keduanya. Namun, sejak berumur 5 tahun , ayahnya Encik Gerald membina satu ruangan khusus buat Letty, dia tidak perlu berulang alik ke hospital lagi. Bilik yang lengkap dengan kelengkapan perubatan, serta mempunyai doktor peribadi, khas hanya uuntuk Letty.Berbanding kakaknya Hetty, Letty mempunyai antibody yang lemah, dan mudah dijangkiti penyakit. Dan sejak itulah, Letty amat jarang berada diluar selain rumah dah biliknya. Situasi berubah, apabila umurnya menginjak 17 tahun. Dia perlu keluar dari kepompong mewahnya dan itu semua kerana kembarannya Hetty.