Bab 2

19 1 0
                                    

Hetty melangkah masuk melalui pintu utama rumahnya itu. Kakinya terus melangkah ke ruang tengah utama. Di ruang tengah yang luas itu terletak sofa memanjang disebelah Kiri dan kanan. Terus badannya dihenyak ke sofa empuk itu. Baru sahaja mahu memejamkan mata,  dia terlihat adiknya dari tingkat kedua belah kanan berjalan perlahan menuruni tangga tengah utama rumah itu. Ditangannya santai memegang keropok kegemarannya sambil mulutnya tak henti henti mengunyah.Amboi, relaks habis nampak. Kenapala dia tak homeschooling ja macam si Letty ni.

Hetty dan Letty kembar seiras yang memiliki segalanya. rupa paras comel serta lahir dari keluarga berada memang diimpikan kebanyakan orang.cuma satu yang kurang dengan Letty.  Kesihatan yang baik tidak pernah berpihak padanya. Sedari kecil,  hospital adalah rumah keduanya. Namun,  sejak berumur 5 tahun , ayahnya Encik Gerald membina satu ruangan khusus buat Letty,  dia tidak perlu berulang alik ke hospital lagi. Bilik yang lengkap dengan kelengkapan perubatan, serta mempunyai doktor peribadi,  khas hanya uuntuk Letty.Berbanding kakaknya Hetty,  Letty mempunyai antibody yang lemah,  dan mudah dijangkiti penyakit.   Dan sejak itulah,  Letty amat jarang berada diluar selain rumah dah biliknya.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan, seiring dengan peningkatan teknologi,  vitamin untuk menguatkan antibody yang lemah telah berjaya dihasilkan. Dengan mendapat nasihat dari doktor peribadinya, kini Letty mengkonsummasi vitamin Dan ubat untuk antibodynya, dan kini dia semakin sihat sepenuhnnya. Tapi itula, oleh kerana dia sudah biasa dirumah malah juga homeschooling, dia tidak betah berada diluar. Malah, walaupun dia semakin sihat, bilik yang lengkap dengan kelengkapan perubatan itu masih dikekalkan sebagai langkah berjaga jaga.

"kak, kalau ngantuk pun, pergila masuk bilik ". Letty terus mengambil tempat dihadapan kakaknya itu.

"malasla dik,lapar pulak tu. Bak sikit keropok tu".Agak berlebihan penat Hetty hari ini. Padahal baru hari pertama persekolahan. Sesi pembelajaran pun belum dimulakan lagi. Hari ni dia lebih banyak bersembang dengan temannya yang satu itu, Shahira. Tapi tu la bila tak buat apa-apa ni,lagi penat sebenarnya.

"Papa pergi business trip ke German dalam 3 minggu macam tu".Tanpa disuruh, Letty terus bercerita.

Hetty yang sememangnya  tahu Papa mereka sering outstation hanya mengangguk kepala.tapi

"German?"

"yup".

"tiga minggu?".

"iye."Kakaknya ni dah kenapa. Macam tak biasa pulak padahal outstation tu sudah menjadi rutin Papa mereka. Lagi bertambah pelik apabila Hetty dihadapannya ini sedang tersenyum -senyum. Malas hendak melayan terus dia bangun mengambil alat kawalan jauh,  terus ditekan punat on, dan kini terpapar rancangan kegemarannya di skrin besar television itu.




OH MY VVIPWhere stories live. Discover now