Dendam yang dicipta akhirnya memakan diri sendiri. Kata-kata maaf yang diungkapkan hanya dipandang jijik. "Miqael! Aku merayu, tolonglah bagitahu aku, dia pindah ke mana?. Aku betul-betul nak minta maaf" "Tch! kau tak tahu malu ke? Dengan apa yang kau dah buat dekat dia. Senang betul kau nak meraih kemaafan. Boleh pergi mati dengan maaf kau tu!" ______ Semakin lama, hidupnya semakin tertekan. Dan disebabkan peristiwa itu juga, semuanya musnah. Kehidupannya yang dahulu dihiasi dengan keceriaan akhirnya kelam dengan penderitaan yang dicipta olehnya. "Sa-saya minta maaf." "Kau tak layak untuk dimaafkan." _______ Demi meraih secebis kemaafan. Dia sanggup menerima risiko. Dalam tak rela, akhirnya dia bersetuju untuk menerima pinangan tersebut. Niatnya cuma satu, iaitu kata-kata maaf dari lelaki itu. "Aku akan pastikan kau menyesal kerana terima pinangan ni. Dan jangan pernah bermimpi yang aku akan layan kau seperti seorang isteri. Kau tak layak!" "Saya mohon jangan hukum saya macam ni." ______ Apakah yang akan berlaku sekiranya kata-kata yang diungkapkan akhirnya memakan diri sendiri? Masih sempatkah untuk dia meraih kembali cinta hatinya? Ya! akhirnya dia sedar bahawa dia terlalu bodoh kerana membiarkan ego menguasai diri. Sedangkan jauh di sudut hati, dia sebenarnya masih sayang akan gadis itu. Namun disebabkan ego dan rasa bencinya. Semuanya musnah sekelip mata. "Takda guna awak datang ke sini semata-mata nak cari saya. Lebih baik awak balik semula ke KL tu. Sebab saya takkan ikut awak. Saya benci awak!" "Aku sedar selama ni aku terlalu bodoh kerana mempersiakan kau sebagai seorang isteri. Aku sayangkan kau, takda siapa yang boleh gantikan tempat kau dalam hati aku. Dan aku takkan balik selagi kau tak ikut aku." Walau apa pun yang terjadi, gadis itu hanyalah miliknya. Selamanya miliknya! Dua tiga kucing berlari, Mana nak sama si kucing belang, I ni masih belajar lagi, Kalau CLICHE harap faham😄..