Story cover for MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook by Mi_Amethyst
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook
  • WpView
    Reads 392,176
  • WpVote
    Votes 10,412
  • WpPart
    Parts 32
  • WpView
    Reads 392,176
  • WpVote
    Votes 10,412
  • WpPart
    Parts 32
Complete, First published Jul 19, 2024
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA

Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi.

3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan.

Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain.

Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 

3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. 

Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat.

Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. 

Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui.

Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
All Rights Reserved
Sign up to add MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook to your library and receive updates
or
#487romance
Content Guidelines
You may also like
DIA SUAMIKU? EUWW  by chaalingg
51 parts Complete Mature
COMPLETED✔️(FIRST BOOK) Dia mungkin tidak sweet seperti gula, Dia mungkin juga tidak seromantis romeo, Dirinya juga mungkin tidak sesempurna bidadara, Tetapi cintanyalah yang paling melekat di jiwa. Affiya Aulia, seorang wanita yang ditaburi dengan segala kemewahan dan kesenangan hidup sejak kecil oleh mama dan papanya sehinggakan dia tidak mengerti apakah itu erti 'susah' dalam hidupnya. Sikapnya yang terlalu manja dan suka bergantung kepada orang lain membuatkan mama dan papanya sendiri naik pusing sehinggakan mereka sudah naik buntu untuk mengubah cara hidup anak mereka itu. Dalam pada masa yang sama, dek kecantikan dan kemewahan yang dimilikinya juga membuatkan dirinya menjadi semakin angkuh dan ego sehingga sanggup menghina orang orang yang lebih rendah darinya... Puas memikirkannya, akhirnya mereka berjumpa juga dengan jalan penyelesaiannya dan mula merencanakan rancangan mereka..... "what? Seriously mama papa, Mamat gila tu? Memang tak lahh! Adik taknak! " Puas memikirkan cara untuk menyanggah idea gila yang dirancang oleh mama dan papa, akhirnya dia terpaksa akur dengan kehendak mereka walaupun hati langsung tak berkenan dengan si dia. " kau ingat kau cantik ke perempuan? Tayar kereta aku lagi cantiklah daripada muka kau! Harap make up je lebih!". Adakah akan menjadi rancangan mereka kepada Affiya Aulia, si gadis angkuh dan manja ini?. Adakah dia mampu membuat 'si dia' berubah menjadi manusia biasa? Ataupun adakah rancangan ini akan membuatkan dia semakin lupa daratan? Hah kalau nak tahu lebih lanjut, bacalah sendiri story ini yaa😉 Jangan lupa comment, share and vote tauu♥️ Muahhhhhhh✨
RIYANARA | YOU'RE THE ONE by yuyuaira
83 parts Complete
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau dahulu, di dalam dinginnya dia masih murah dengan senyuman. Namun, selepas kejadian itu, sukar sekali untuk melihat senyumannya. Kalau ada pun hanya senyuman sinis. Baginya, senyumannya telah hilang sebaik sahaja jasad tunangnya berpisah dari roh. Dia telah bernekad untuk membalas dendam atas perbuatan orang yang diyakini membunuh tunangnya itu. Baginya, orang yang melanggar tunangnya tidak berhak bahagia. ARALYN HUSNA Seorang gadis yang ceria, lemah lembut, cantik, pandai dan mudah disenangi ramai. Suka membantu orang sekeliling membuatkan dia sangat disayangi. Namun, satu tragedi telah memaksa gadis itu membawa diri ke tempat orang. Dua tahun dia di Singapura, akhirnya dia pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sahabatnya. Kepulangannya menjadi berita gembira apatah lagi di saat dia menyatakan bahawa kepulangannya itu adalah selamanya. Pertemuan RIYYAN AQASHAH dan ARALYN HUSNA merubah kehidupan dua insan itu. Hidup ARALYN menjadi lebih rumit apabila dia dilamar oleh RIYYAN tanpa pengetahuannya. Perkahwinan yang berpunca dari dendam membuatkan gadis itu dimaki, dihina dan dijadikan tidak ubah seperti seorang hamba. Namun, di saat hati mulai menerima, satu tragedi telah menimpa ARALYN membuatkan gadis itu menghidap amnesia. Perubahan layanan dan sifat gadis itu membuatkan RIYYAN berasa kehilangan yang lebih berat berbanding kehilangan tunangnya dahulu. Pelbagai cara dilakukan untuk menangi hati si isteri semula. Mampukah RIYYAN meraih cinta si isteri semula atau kata pisah menjadi pengakhiran? *** Diinspirasikan dari drama bersiri Thailand yang bertajuk "kluen chewit" tetapi banyak yang diubah. ----- START: 1/11/2021 PUBLISH: 29/01/2022 END: 11/07/2022
Inara Amanda | C by ainelaaa
56 parts Complete
↳ KARYA KEDUA Inara Amanda adalah wanita yang memendam perasaan terhadap seorang jejaka buat bertahun-tahunnya. Kewujudannya tidak pernah disedari oleh lelaki tersebut sehinggalah.. "Hi! Nama siapa? Nak berkenalan boleh?" - AIDEEN Detik yang dilalui bagaikan mimpi sehinggakan dia selalu berharap agar dia tidak terjaga dari mimpi yang indah ini. Hari demi hari, layanan Aideen terhadap dirinya menguatkan lagi rasa cinta meskipun dia tidak meletakkan harapan yang tinggi agar Aideen turut membalas perasaannya. Satu kenyataan terbongkar, merobek jiwanya. Air mata jatuh tanpa diseka tetapi lelaki itu seolah-olah bangga dengan apa yang dibuat. "Awak tipu saya Aideen.." - INARA "Apa yang jadi dekat awak dah tak ada kaitan dengan saya." - AIDEEN Sakit. Itu yang dia rasakan apabila dikhianati sehingga dia rasa, mencintai Aideen adalah satu kesilapan yang terbesar dia pernah buat dalam hidup. Saban hari, dia mencuba untuk melupakan lelaki tersebut tetapi entah mengapa begitu sukar sekali. Muncul pula orang lain, menagih kasih yang bertapa di hati. Muncul pula Aideen, menuntut kemaafan, menyesali apa yang telah terjadi. "Saya minta maaf Ara. Saya menyesal.." - AIDEEN Lelah dia mencuba. Namun entah mengapa rasa benci tidak pernah singgah dalam diri. Rasa cinta dan sayang ternyata tidak pernah terhakis dalam diri buat jejaka bernama Aideen Haidar. "Awak kejam Aideen. Sepatutnya saya benci awak tapi mengapa rasa benci tu tak pernah singgah walaupun sesaat meskipun dah banyak kali saya cuba?" - INARA Akhirnya, ikatan terjalin. Namun, alur hidupnya tak selalu indah. Satu persatu dugaan mula datang menghentam diri menyebabkan pengorbanan terpaksa dilakukan yang akhirnya hanya melukakan dua hati dek kerana ingin menyelamatkan dua jiwa. "Saya sanggup buat apa saja asalkan awak berhenti ganggu diorang..." - INARA "Leave him and be with me." - ? Inara dan Aideen, tunduk pada takdir. Sama ada takdir yang mempunyai penamat yang diinginkan ataupun sebaliknya.
You may also like
Slide 1 of 9
THE DEVOTION [EBOOK] cover
She Is Mine cover
DIA SUAMIKU? EUWW  cover
Bekas Kekasih Dia! ☑ cover
RIYANARA | YOU'RE THE ONE cover
Bukan Untuk Dimiliki cover
AWAK MR. ROMANTIK SAYA cover
Inara Amanda | C cover
1.3 SHARIFF ARYANA © cover

THE DEVOTION [EBOOK]

1 part Complete Mature

⚠️ known before as @Mrs Arfan Daniel❗ *** EBOOK CLOSED!