Sebuah kisah yang merungkai hubungan antara dua dunia dalam dua dimensi - gelap dan terang, diceritakan dengan perisa baharu. Ini sebuah kisah dalam kisah. Insan-insan yang menerima dugaan yang sama daripada sumber yang sama, walaupun tidak menyinggung diri si pendendam pun. Mampukah mereka melakukan keajaiban supaya sejarah tidak berulang? Cerita orang Melayu yang menggunakan sihir untuk memenuhi kehendak sumpah dan nafsu serakah. Ini bukan semata-mata cerita hantu mata merah, gigi tajam dan rambut menggerbang! Sungguh! Putri Rizwana Adiratna tidak pernah percaya kepada sihir. Atau hantu. Jauh sekali dia percaya kepada apa-apa sahaja perubatan yang melibatkan pawang, bomoh atau yang sejenama dengannya. Baginya itu adalah mentaliti Melayu tak cukup akal. Tak gila. Tak bodoh. Cuma tak cukup akal. Sehingga satu kejadian yang dia tidak dapat mencerakin apa sebenarnya yang berlaku. Sejak itu dia terfikir - Benarkah sihir itu mampu merubah nasib manusia? Syirik jika percaya kepadanya. Tetapi mengapa libatkan Putri Dewi Aliya? Tidakkah manusia ini mampu menjadi insan zaman milenium? Mampukah Firman dan Putra menempuh segala cabaran mehnah dan musibah natijah mencintai wanita yang punya masa silam yang rumit?. Most Impressive Ranking # 4 paranormal out of 488 stories (1-4 Januari 2020)