its__rinzz
𝙃𝙚𝙧 𝙇𝙖𝙨𝙩 𝙇𝙤𝙫𝙚 || 𝐀𝐫𝐲𝐚𝐧 𝐅𝐢𝐫𝐡𝐚𝐝 & 𝐀𝐢𝐧 𝐍𝐚𝐝𝐲𝐫𝐚𝐡
𝙆𝙖𝙧𝙮𝙖 𝙠𝙚𝙙𝙪𝙖
Pertemuan pertama antara Aryan Firhad dan Ain Nadyrah bukan kisah cinta pandang pertama malah lebih kepada perang dunia pertama. Mula bertemu, sudah berbalah. Yang satu dituduh buaya darat, yang satu lagi dianggap sombong tahap dewa. Tiada siapa mahu mengalah, tiada siapa mahu mengundur. Namun takdir punya cara tersendiri dari benci, bibit cinta mula berputik.
"Awak ingat awak tu hensem sangat ke... hello, saya tak termakan lah dengan ayat buaya darat macam awak ni!" - Ain Nadyrah
"Well one day love... aku akan pastikan hubungan kita halal sebab hati ni dah terjatuh suka dengan kau." - Aryan Firhad
Namun siapa sangka, di sebalik benci yang membara, hadir rasa cinta yang perlahan-lahan tumbuh dalam diam. Biarpun mulut tak pernah seiring dengan kata hati, takdir telah menyatukan mereka dalam ikatan perkahwinan penuh janji dan harapan. Tapi cinta sebenar diuji bukan waktu bahagia... tapi saat perpisahan menghentam tanpa amaran.
"Sweetheart... janji dengan aku kau takkan berubah hati. Aku pergi tak lama sayang... setahun je." - Aryan Firhad
"Bila awak nak balik, hubby... sayang dengan twins rindukan awak. Sayang janji akan cari siapa yang buat family kita macam ni." - Ain Nadyrah
Selama setahun, Ain hidup dalam luka dan penantian. Kehilangan Aryan bukan sahaja merobek hatinya, malah menggoncang keseluruhan hidupnya. Namun ketika peluang datang dalam bentuk warisan,dia dilantik menjadi Ahli RD, sebuah organisasi rahsia gabungan spy, bodyguard dan mafia, milik datuknya.
Cinta, dendam, dan pengkhianatan bergabung dalam satu kisah penuh rahsia. Bila segalanya terbongkar, mampukah cinta terakhir Ain menjadi penyelamat... atau menjadi luka yang paling terakhir dan paling dalam?
𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭-𝟏𝟔/𝟎𝟖/𝟐𝟑
𝐄𝐧𝐝-