Adrian's Obsession

By nssignature

8.1M 274K 54.6K

Badboy series volume 1 Completed (Unedited version) Tengku Adrian Benjamin | Reanne Az Zahraa... More

𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |1
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |2
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |3
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |4
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |5
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |6
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |8
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |9
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |10
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |11
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |12
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |13
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |14
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |15
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |16
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |17
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |18
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |19
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |20
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |21
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |22
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |23
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |24
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |25
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |26
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |27
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |28
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |29
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |30
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |31
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |32
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |33
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |34
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |35
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |36
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |37
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |38
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |39
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |40
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |41
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |42
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |43
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |44
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |45
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |46
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |47
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |48
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |49
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |50
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |51
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |52
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |53
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |54
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |55
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |56
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |57
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |58
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |59
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |60
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |61
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓
𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒄𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 2

𝑨𝒅𝒓𝒆𝒂𝒏𝒏𝒆 |7

104K 4.4K 2.3K
By nssignature

"Your eyes stole my words away, baby."

Seminggu berlalu, kini Faris dan Tengku Adrian akan berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

"Faris jaga diri ya dekat sana. Adrian juga. Kalau ada apa apa call papa terus." Encik Zaid sempat berpesan kepada Faris dan Tengku Adrian sebelum kedua dua anak muda itu masuk ke dalam kereta.

"Baik papa." Faris menjawab. Tengku Adrian pula hanya menganggukkan kepalanya sambil melakar senyuman.

"Adik adik abang ni jaga diri ya. Kalau perlukan apa apa, cakap je pada abang." Faris menyauk tubuh kedua dua adiknya ke dalam pelukan sebelum masuk ke dalam perut kereta.

"Assalamuaikum semua." Faris mengambil tempat di tempat pemandu manakala Tengku Adrian pula berada di sisinya.

Faris membunyikan hon lalu kereta mewah itu laju keluar daripada kawasan perkarangan rumah.

"Mama berkenanlah dengan budak Adrian tu. Dahlah peramah, baik, hensem, berduit dan yang paling penting dia solat." Puan Fatimah membuka bicaranya ketika semua ahli keluarga dia sedang bersantai di ruang tamu.

Reanne yang sedang khusyuk membaca novel itu tersentak apabila mama menyebut perihal Tengku Adrian.

Ya, tidak dinafikan Tengku Adrian menepati semua cita rasa mama. Tetapi Reanne tidak tahu adakah betul bahagian solat tu. Kalau dah pegang tangan orang sesuka hati dikira baik ke?

"Ya mama. Adik pun berkenan dengan abang Ad. Kan bagus kalau dia jadi abang ipar Sha." Reanne menjengilkan kepada adiknya. Adik dia melalut apa sekarang ini.

"Kan." Mama menjawab tapi matanya melirik kea rah Reanne.

Reanne yang merasakan perbualan ini ditujukan kepadanya mulai terganggu.

"Adik, ma please stop. Entah entah Tengku tu dah ada girlfriend. Orang macam tu mustahillah tak ada girlfriend. Entah entah bukan sorang tetapi berlambak." Reanne yang sebelum ini sentiasa positif dengan orang lain mulai rasa bahawa Tengku Adrian itu membawa aura negatif.

"Isyh Reanne ni. Mustahillah. Mama ada sembang dengan dia. Dia cakap dia belum ada girlfriend. Katanya hati dia tak terpaut kepada sesiapa lagi." Belum sempat mamanya ingin menyambung ayat, Reanne terus meyampuk.

"Haa baguslah kalau macam itu mama. Kiranya, dia pun tak sukalah kat Reanne ini." Reanne menarik senyuman sambil mengenyitkan mata ke arah si adik.

"Isyh budak ini. Tunggulah mama habiskan ayat dulu. Ini tak, main menyampuk je." Mama menggeleng gelengkan kepalanya apabila melihat telatah si anak.

"Dia cakap hati dia rasa sesuatu apabila tengok Reanne. Bukan main baik lagi budak itu. Dia siap tanya mama boleh ke tak nak berkenalan lebih dekat lagi dengan Reanne. Reanne cuba fikir, ada ke tak budak lelaki lain minta izin dulu dengan ibu bapa perempuan itu sebelum berkenalan? Selalunya budak lain main redah je. Tetapi Adrian ini tak. Dia minta izin dulu." Wajah mama ketika ini memang teruja habis. Gaya macam nak dapat menantu pun ada.

"Ya, abang setuju dengan kata kata awak, Mah. Adrian ada juga tanya abang tentang hal ini." Papa yang ralit membaca surat khabar dari tadi mulai membuka bicara.

Tetapi Tengku Adrian cakap hajat ini akan diberitahu lagi beberapa bulan.

Firasat seorang ayah pasti tahu tentang apa yang dihajati oleh Tengku Adrian. Papa memerhatikan seraut wajah cantik yang dimiliki oleh anak perempuannya ini. Dia tahu sampai masa dia harus mengikhlaskan anaknya ini untuk bersuami. Lagipun, Reanne dah layak untuk menjadi seorang isteri. Tunggu Reanne habis belajar. Dia akan jalankan sendiri rancangan dia.

"Ya ke bang? Dia cakap apa?" Mama yang sedari tadi menumpukan perhatian kepada wajah Reanne kini mula bertukar arah.

"Dia cakap macam apa yang awak cakaplah." Pendek jawapan yang papa berikan tetapi mampu membuatkan Reanne sesak nafas.

"Wah kakak. Gentleman teruk abang Ad. Raisha nak cari yang macam tulah nanti ni." Raisha tersengih sengih sendiri.

"Awak tu SPM pun belum habis lagi. Jangan nak fikir pasal lelaki." Papa menjengilkan matanya ke arah Raisha.

"Hmm Reanne tak sukalah Tengku tu." Reanne menunjukkan wajah tidak berminatnya. Panggilan pun dia tak boleh tukar lagi, inikan pula hati. Memang tidaklah dia nak jatuh hati pada lelaki itu.

"Cinta ini boleh dipupuk Reanne." Mama cuba memujuk si anak.

"Hmm. Reanne masuk bilik dululah." Kaki Reanne terus melangkah ke arah biliknya. Dia tidak mahu berterusan bercerita tentang Tengku Adrian. Dia rasakan lelaki itu mempunyai aura yang menakutkan. Devils vibe.

Sekarang ini mama dengan papa pula nampak berkenan dengan Tengku Adrian. Dia tidak tahu apa yang terjadi dalam seminggu ini kerana banyak paper work yang dia harus siapkan. Hari minggu pun dia terpaksa ke mahkamah sebab nak siapkan sebelum dateline.

Balik rumah je dah menjelang maghrib. Itu pun dia berkurung je dalam bilik sebabkan paper work ini. Bukan niat dia nak larikan diri daripada Tengku Adrian tetapi entahlah. Mungkin ini juga menjadi salah satu faktor.

Nasib baik abang Faris tak merungut. Yelah waktu abang Faris nak luangkan masa inilah dia sibuk.

"Abang rasa Adrian tu sesuai tak dengan anak kita?" Puan Fatimah menanyakan kepada suaminya ketika mereka berada di bilik tidur.

"Ya. Adrian pun ada cakap dengan abang tentang sesuatu perkara. Tetapi dia cakap nanti ni baru dia beritahu tentang apa." Encik Zaid berterus terang dengan isterinya. Dia tahu selagi tak cakap selagi itulah isterinya terus bersoal jawab.

"Betul ke abang?" Puan Fatimah meluaskan bukaan matanya persis orang terkejut.

"Ya. Dahlah tu tidur. Ni saya nak pesan. Kalau si Reanne tu tak berkenan dengan Adrian, awak jangan pula paksa dia. Biar dia tentukan sendiri siapa yang dia nak. Awak hanya boleh nasihat dia je tetapi jangan sampai memaksa." Encik Zaid tahu bagaimana perangai isterinya. Kalau tak dipesan, entah entah esok terus paksa si Reanne terima.

"Abang ni selalu macam ini. Saya paksa sebab saya tahu apa yang terbaik untuk anak kita tu. Bukannya abang tak tahu yang Reanne tu dari dulu lagi tak ada kekasih. Abang nak ke anak kita tu jadi anak dara tua? Nanti umur dah masuk 30, risiko nak hamil pun banyak tahu." Puan Fatimah membebel perlahan. Inilah sebab dia tak nak bercakap dengan suami dia. Dia tahu yang suami dia akan menyebelahi anak anak dalam semua perkara. Dia sebagai ibu, haruslah nak yang terbaik untuk anaknya.

"Biar Reanne sendiri yang tentukan bahagia dia. Reanne tu bukan tak ada yang nak. Ramai je yang nak. Kawan kawan abang pun ramai yang nak jadikan Reanne menantu. Bukan calang calang orang. Majoritinya datang dari latar belakang keluarga yang kaya raya tetapi abang tak ambil peduli sebab bahagia anak anak yang utama." Encik Zaid menghentikan bicara isterinya. Dia tahu isterinya ingin membalas kata katanya tetapi dia terus memejamkan mata. Malas nak bercakap lebih.

"Isyh, orang nak bagi anak anak senang lenang. Tak kerja pun tak apa kalau boleh suami macam Tengku Adrian." Puan Fatimah mendengus perlahan sebelum memejamkan matanya. Dia masih tak puas hati dengan si suami.

Tengku Adrian menghempaskan badannya di atas katil super king itu.

"Argh penatnya." Keluhnya perlahan lalu menghembuskan nafas kasar.

Dua butang teratas kemejanya itu dibuka menampakkan dadanya yang bidang itu. Dia baru sampai di rumah selepas menempuh hampir tujuh jam perjalanan.

Tiba tiba satu senyuman sinis terukir di wajahnya apabila mengingatkan kembali kejadian di mana dia menjadi imam ketika solat berjemaah di rumah keluarga Faris.

Seumur hidup, itu kali pertama dia menjadi imam. Itu juga merupakan solat pertamanya setelah hampir dua puluh tahun dia meninggalkan ibadah wajib itu.

Susah payah dia belajar melalui Youtube cara cara nak jadi imam semata mata untuk mengaburi pandangan ibu bapa Reanne. Faris tayangkan wajah pelik apabila dia secara suka rela nak jadi imam tetapi dia hanya buat tidak tahu sahaja. Bukannya Faris berani nak keluarkan apa apa ayat.

"Tak lama lagi Reanne." Ujarnya perlahan lalu matanya dipejamkan cuba menjemput lena.

Mindanya bergerak kembali mengingati detik detik dia menyuarakan isi hatinya kepada papa Reanne.

"Papa, Ad nak cakap sikit boleh?" Dia mengambil tempat berhadapan dengan Encik Zaid yang ketika itu sedang khusyuk menelaah majalah.

"Ya Ad. Nak cakap apa?" Encik Zaid menutup majalah tersebut lalu menumpukan sepenuh perhatian kepada anak muda di hadapannya ini.

"Errr ini sebenarnya tentang Reanne." Tengku Adrian teragak agak untuk menyuarakan ayatnya.

"Ya kenapa dengan Reanne? Adrian nak cakap yang Adrian suka dia ke?" Dapat dilihat wajah Tengku Adrian yang berubah terkejut itu. Mungkin dia tidak menyangka bahawa Encik Zaid dapat membaca fikiran dia.

"Papa tahu?" Encik Zaid yang mendengar soalan itu hanya mengangguk anggukkan kepalanya lalu tersenyum kecil.

"Ya, papa dah agak. Cara Adrian pandang Reanne pun, papa dah dapat agak. Hati orang tua ni tak menipu." Tengku Adrian menggosok gosok perlahan belakang tengkuknya. Reaksi spontan apabila terkantoi.

"Nampak ke pa? Memang Ad minat dekat Reanne. Kalau papa izinkan, boleh tak Ad kenal lebih rapat lagi dengan Reanne?" Tengku Adrian meminta izin. Ini strategi yang dia atur. Perlu menunjukkan sisi sopan dia.

"Jujurnya papa kagum dengan Ad. Bukan semua anak muda ada sikap macam Ad ni. Kalau yang lain pasti main redah je." Encik Zaid sudah jatuh berkenan dengan anak muda ini sejak dia menjadi imam. Ingatkan budak zaman millennial seperti Tengku Adrian ini tidak tahu untuk mengimamkan. Rupa rupanya tanggapan dia tersasar.

"Tak adalah pa. Memang sepatutnya kita kena dahulukan izin orang tua itu." Dalam hati Tengku Adrian, dia dah ketawa terbahak bahak. Dia baik? Lambat lagi. Anak orang dia heret ke katil je.

"Yelah kalau macam itu papa izinkan. Tapi jangan main mainkan Reanne." Encik Zaid memberi izin dan peringatan.

'Gila aku nak main mainkan Reanne. Bakal isteri tu kot.' Getus dia dalam hati.

"Baik pa. Pa, sebenarnya ada benda yang Ad nak minta. Tapi Ad akan cakap lagi beberapa bulan." Dia ingin mengangkat Reanne menjadi isterinya. Tetapi dia perlu selesaikan banyak perkara lagi terutamanya tentang kegiatan dia.

Encik Zaid hanya memberikan senyuman.

"Papa dah boleh baca tentang apa yang Ad nak nyatakan tetapi papa tak nak meneka. "

Perbualan mereka terhenti apabila dia melihat kereta Myvi berwarna silver itu memasuki perkarangan rumah.

Reanne keluar daripada kereta. Langkahnya terhenti apabila dia melihat papa serta Tengku Adrian yang sedang berbual di kerusi batu itu.

"Assalamualaikum pa, abang Ad." Dia memaniskan wajah sambil menyapa kedua duanya. Dia tak nak nanti papa marah sebab kurang ajar dengan orang.

"Waalaikumussalam." Jawab papa dan Tengku Adrian serentak. Reanne rasa tidak selesa apabila Tengku Adrian terus memandang dia sejak dia berada di dalam kereta lagi. Dia perasan.

"Reanne masuk dulu ya."

"Sikit masa je lagi Reanne. Hati mama papa kau aku dah mampu beli." Sinis sahaja ayat yang keluar daripada mulut Tengku Adrian.

Dia tidak sabar untuk menunggu hari itu. Dia dah boleh agak yang Reanne akan lari daripadanya nanti ini tetapi dia ada seribu satu cara nak hentikan niat wanita itu.

Tuala yang tersangkut pada rod itu dia capai lalu terus ke dalam bilik air.

Dia menyentuh parut yang berada di perutnya itu apabila dia selesai membuang segala pakaian. Parut yang membawa kepada Tengku Adrian pada hari ini. Parut yang mengandungi kenangan yang pahit.

Rambut yang diikat bun itu dilepaskan dan jatuh melebihi paras bahu. Air yang turun daripada shower itu laju membasahi badannya.

"Arghhh." Dia menjerit sekuat hati. Dia tidak tahu harus pakukan luka ini kepada siapa. Setiap kali dia melihat ke arah parut itu, dia hanya tahu hadirkan rasa marah dalam hati. Rupa rupanya dia masih tidak ikhlas dengan kejadian dahulu.

"Apa hak engkau nak bahagia atas penderitaan aku setan?" Jeritnya lagi. Tanpa sedar air mata turut luruh menuruni pipi yang sedia basah itu.

Kenapa kenangan lalu masih mengejar dia? Dia sudah lelah untuk memikirkan tentang hal ini. Kenapa dia yang perlu derita sedangkan orang lain bebas menari di atas garis penderitaanya itu?

Tangan naik menumbuk dada dengan kuat. Cuba melepaskan perasaan dan rasa marah yang mengepung diri.

Rasa ini masih sama seperti sepuluh tahun lepas ketika dia dikhianati oleh si 'dia' yang dipanggil SAYANG.

𝓣𝓸 𝓫𝓮 𝓬𝓸𝓷𝓽𝓲𝓷𝓾𝓮𝓭

Continue Reading

You'll Also Like

4.8K 346 25
🎀 ゚・ 𝐊𝐀𝐑𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 - 𝐐𝐐𝐔𝐔𝐄𝐄𝐍𝐀 🎀 ゚・ #1 D.P EMPIRE ON GOING - TIA × NIA TENGKU ISSAC ALESSENDRO Seorang Mafia Itali dan seora...
624K 62.2K 14
Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
1.2M 54.6K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
743K 43.5K 35
Maisarah Az- Zahra Sombong, angkuh, percaya diri, berlagak, dingin, hati beku, mudah marah dan sinikal, semuanya dicampak kepada Maisarah. Si puteri...