LUTH MAHFUZ : JALAN TAUBAT βœ“[...

By samperitmilo

122K 16.1K 2K

BOOK #4 of π•³π–Žπ–π–—π–†π– π•°π–‰π–Žπ–™π–Žπ–”π–“ Bismillah LUTH. Seorang lelaki yang diibaratkan budak jalanan sejak ke... More

01 Hai, Mawar
02 : Abang Mawar
03: Janji Setia
04 : Ibu atau Mawar
05 : Hilang
06: Rumah Perlindungan
07 : 50 Sen
08 : Berkenalan
09: Kunci
10 : Tasik
11 : Burger
12 : Hujung Bulan
13: Mengorat
14 : Pinjamkan lagi
15 : Hero
16 : Anak Ibu
17 : Bunga yang Layu
18: Jalan Hijrah
19 : Takdir Sampah
20 : Patah Hati
21 : 2 minggu
22 : Hilangnya yang dahulu
23 : Setaraf Sekufu
24 : Tengah Malam
25 : Tengah Malam 2
26 : Tawakkal
26 : Jasad Lain
27: Gambar
28 : Kehidupan baharu
29: Syaitan
30: Mahu Balqis
31 : Kebodohan sendiri
32: Koma
33 : Orang ketiga
34: Cinta berputik
35: Cemburu Buta
36 : Hadiah Balqis
Nota LUTH MAHFUZ - Rukun Taubat
37 : Mimpi ngeri
38 : Gadis sunti
40 : Kebenaran tersingkap
41: Betina Murah
42 : LUTH MAHFUZ [TAMAT]
Epilog

39 : Nikah

2.9K 321 22
By samperitmilo

"Ummi..." bisik Fatihah. Air mata hampir kering di pipi. Baju wanita setengah abad itu digenggamnya erat.

"Ummi ada. Jangan risau," pujuk Puan Munirah. Tubuh lesu Fatihah didakapnya erat bagi menenangkan gadis itu. Mata Fatihah habis sembab kerana asyik menangis. Lingkaran hitam pun ada di bawah mata dek tak dapat tidur malam. Dia kerap didatangi perkara-perkara aneh sejak tiga hari yang lalu.

Bila malam menjelma, itulah yang paling ditakuti Fatihah. Apatah lagi jika ditinggalkan berseorangan. Bagai pancaindera ke enam telah terbuka seketika.

"Ummi... Sakit..." adu gadis itu. Rasa sakit senggugut bukan main lagi mencengkam bahagian rahim. Hanya kerana ini dia mampu menangis seharian dan tidak makan minum. Hendak melangkah pun amatlah perit. Kali pertama haidnya diserang sengugut walhal sebelum ini tidak pernah sesaat pun. Darah merah kehitaman terus menerus keluar dari rahim gadis itu, yang terkadang membuatkan badan Fatihah penat dan lesu tanpa sebab.

Mata gadis itu terkadang ke kiri dan kanan. Dia amat takut andai tiba-tiba ada sesuatu datang menerjah. Kelihatan Mahfuz dan walid sedang bercakap sesuatu. Duduknya mereka tidak terlalu jauh dari tempat silaan ummi dan Fatihah.

"Sabar ya sayang," bisik Puan Munirah. Kepala gadis muda itu diusap kasih.

Fatihah mengangguk akur. Rasa sakit itu terus ditahannya dengan linangan air mata. Ubat panadol sudah diambil namun tidak meninggalkan kesan. Bagai ada satu kuku tajam yang terus mencakar rahim itu. Fatihah menyembamkan wajah pada dada bonda Mahfuz.

Bahu Fatihah dielus ummi lembut. "Fatihah, bangun. Walid dan Mahfuz dah datang."

Dua hari juga matanya tidak disapa wajah Mahfuz. Pada malam itu terputik rasa benci pada lelaki itu di dalam hati. Gigi geraham di dalam mulut bertemu sesama sendiri. Fatihah duduk perlahan-lahan berdekatan walid. Mahfuz pula ada di sisi juga.

Mata Hazel Mahfuz hanya melihat wajah kusut Fatihah. Dia tidak mengeluarkan apa-apa suara. Malam itu memang bulan akan mengambang penuh. Pada bulan sebelumnya, malam seperti ini Mahfuz hadir kepada Fatihah dan menegurnya buat pertama kali.

"Nak isi RM50, yang belah sana tu." Jeda. "Besarkan bulan malam ni? Terang pula tu."

Not RM50 diletakkan Mahfuz ke atas kaunter.

"Em, aah. Saya tak perasan sangat," jawab gadis berkenaan. Untaian tudung bawalnya yang terjatuh ke hadapan dibawa ke belakang kembali. Wajah lelaki berkopiah di hadapannya itu dilihat sesaat dua.

"Sebab esok hari putih. Hari yang mana sunat untuk berpuasa," sambung Mahfuz. Keberanian untuk bertanyakan nama tidak ada lagi. Maka, matanya memilih untuk membaca tag nama si dara.

"Terima kasih, Fatihah," ucap Mahfuz lalu beredar pergi.

Fatihah meneguk liur kesat. Gegendang telinga mula disapa bacaan ayat suci Al-Quran meniti di bibir lelaki tua itu. Selama dua tiga hari gadis itu tidak menunaikan solat kerana haid. Juga sepanjang itu jugalah Fatihah langsung tidak mendengar ayat Al-Quran.

Kebahangan dalam tubuh badan dapat dirasai. Dia tidak mampu duduk diam di situ namun ditahan juga. Air mata gadis itu menitis jatuh ke baju. Rasa sakit terus mencengkam hingga dunianya menjadi gelap.

***

Mahfuz tidak berlembut apabila berhadapan dengan benda itu. Dia mencengkam bahu Fatihah kasar untuk menahan si gadis bangun dan pergi. Tudung Fatihah habis tercabut. Mata gadis itu pula memerah bagai biji saga. Kalau diharapkan tenaga ummi, takut yang lain pula jadi. Betis yang sakit sudah dilupakan Mahfu saat itu.

Maka, pemuda itu menekan kedua-dua bahu Fatihah untuk kekal di lantai. Biarlah kaki gadis itu yang terkapai-kapai. Walau tubuh Fatihah kecil sahaja, tenaganya pada malam itu setanding Mahfuz. Lama Mahfuz bergelut dengan jasad Fatihah, ayat Al-Quran kekal terbaca di bibir.

Tangisan gadis berambut panjang itu bertukar pula pada kekekkan ketawa. Yang ada di hadapan mata bukan lagi Fatihah yang asal. Ada sesuatu yang telah menginap di badan gadis itu sehingga meninggalkan rasa sakit teramat. Sudah dirujuk pada doktor petang tadi, doktor hanya kata itu senggugut biasa.

Hanya Mahfuz seorang cukup untuk menangani amukan Fatihah. Kudrat gadis itu melemah apabila walid dan Mahfuz kedua-duanya sedang membaca ayat Ruqyah daripada Al-Quran. Sudah penat bergelut, air mata berlinang pula di wajah Fatihah.

Hati Mahfuz menjadi sayu. Dia kekalkan cengkaman pada bahu Fatihah, mata dialihkan ke tempat lain. Ada seseorang telah menghantar sihir pemisah pada Fatihah dan Mahfuz. Namun, hanya Fatihah sahaja yang kecundang kerana amalan pelindung yang Mahfuz amalkan cukup untuk memelihara diri sendiri dengan izin Allah.

"Lepaslah!" tengking Fatihah.  "Kenapa pandang lain? Pandang aku ni!"

Tengkingan Fatihah tak mahu dibalas Mahfuz. Suara lembut selama ini telah bertukar garau.

"Budak perempuan ni jadi macam ni sebab kau. Kalau kau tak masuk dalam hidup dia, dia tak akan terseksa macam ni..." sambung suara garau itu. Segalanya ditujukan pada batang hidung Mahfuz.

"Dan perempuan yang kau suka ni dah tak ada dara... Dia dah bersama dengan lelaki lain banyak kali. Aku pun tak nak dekat dia, kenapa kau nak?" Ayat itu diakhiri dengan gelakan ketawa. Sekejap Fatihah menangis, sekejap lagi dia ketawa seperti orang gila. Makhluk itu benar-benar menyeksa diri lemahnya.

Mahfuz memandang walid. Gelengan diberikan padanya agar terus mengabaikan ayat-ayat makhluk itu. Tahulah Mahfuz jin yang terperangkap dalam badan Fatihah hanya mahu melemahkan dia.

Lelaki itu membacakan ayat Ruqyah berulang kali dalam suara separuh berbisik. Walid menyudahkan bacaannya juga. Solat tahajjud telah dibuat sebelum hadir kepada Fatihah.

Jeritan nyaring gadis itu kedengaran memecah benak. Ia menceritakan kesakitan yang teramat. Biji matanya memandang jauh ke siling putih rumah.

Tidak lama selepas itu, Mahfuz dapat merasakan tubuh Fatihah tidak lagi melawan. Maka, dia pun melepaskan gadis itu. Mata lemah Fatihah memandangnya lama sebelum gadis itu sendiri bangun mengiringkan badan. Anak tekaknya memuntahkan isi perut. Fatihah melinangkan air matanya.

Ummi merapati gadis yang tidak terurus itu. Badan Fatihah didakap erat. Fatihah diam tidak bersuara. Dia hanya mahu merehatkan diri yang makin lemah.

"Ummi," panggil Mahfuz.

Puan Munirah memandang anak lelakinya.

"Adik dah bincang dengan walid yang... Adik nak kahwin dengan Fatihah. Adik nak jaga dia." Keadaan akan menjadi teruk jika Fatihah dibiarkan sendiri. Pada waktu itu hati Mahfuz tidak benar-benar cintakan Fatihah kerana cintanya baru hendak berputik. Kemudian, terhalang pula dengan sihir ini. Mahfuz tahu Fatihahlah yang akan melengkapi hidupnya, maka soal cinta ditolak tepi. Dia hendak bernikah dengan gadis itu secepat mungkin untuk melindunginya andai diganggu makhluk halus lagi.

"Bila?" soal ummi kembali. Anak matanya jatuh pada wajah Fatihah. Tidak pasti Fatihah dengar atau tidak apa yang dikatakan Mahfuz tadi.

"Tolong tanyakan Fatihah, dia nak tak kahwin dengan adik," pinta Mahfuz. Permintaannya agak keterlaluan jika dia mahu bernikah dengan Fatihah malam itu juga. Lebih baik tunggu keesokan hari yang mana emosi Fatihah lebih stabil.

"Nanti ummi tanya," akur Puan Munirah. Dia mengesat air mata di wajah Fatihah. Kesan comot muntahan ada di tepi bibir.
Melihat anak lelakinya bangun perlahan-lahan dengan tongkat ketiak untuk ke dapur, ummi tahu niat ikhlas Mahfuz itu.

"Munirah, awak tidurlah dengan Fatihah malam ni. Mahfuz akan tidur dengan saya," khabar walid.

Sekembalinya Mahfuz bersama-sama kain buruk dan baldi kecil untuk mengelap muntah tadi. Tingkah laku anak teruna itu diperhatikan si dara.

Fatihah sedang berada dalam dunianya sendiri. Dia terkelip-kelip memandag sekitar dengan jiwa yang kosong. Rahimnya pula masih lagi sakit. Aliran darah yang banyak dapat dirasai.

***

Balqis mengecilkan diri di dalam pelukan Imran. Rasa hangat tubuh pun berkongsi. Selimut yang membaluti tubuh dieratkan. Matanya dikatup rapat. Hairan makhluk itu masih mengganggu walhal dia bukanlah lagi anak dara. Dia telah menjadi isteri Imran. Bunyi suara asing menyapa ke gengendang telinga gadis itu. Lantas dia membenamkan wajah pada kulit dada suami ekspressnya.

"Kau tipu aku."
"Kau kena bayar..."
"Aku akan ambil anak kau dengan lelaki ni..."

Bisik satu suara bergema. Hati Balqis makin rapuh. Digeleng berkali-kali.

"Awak..." panggil Imran. Rasa lesu tubuh sendiri menunggang motorsikal buat lima jam lamanya diketepikan pemuda itu. Dia masih bertahan dan berjaga atas permintaan Balqis. Balqis mendesak lelaki itu untuk menemaninya bersengkang mata.

"Kenapa tak tidur?" sambung Imran. Ubun-ubun Balqis dikucup lembut. Ibu jari dilalukan ke atas kelopak mata Balqis yang terpejam. Sungguh dia tidak percaya malam itu Balqis telah bersetuju untuk mengahwininya padahal selama ini pujukan ayah pun tidak termakan Balqis. Riak takut pada wajah si gadis ditenangkan Imran dengan bacaan ayat suci Al-Quran.

Balqis terkedu. Matanya yang terpejam dibuka. Separuh wajah gadis itu tersorok di sebalik dada Imran. Kelihatan suaminya masih mencelikkan mata malah menemani malam mereka dengan ayat-ayat Al-Quran. Gadis itu tidak menduga Imran pandai hal-hal seperti ini. Yang kedengaran itu adalah ayat ruqyah, ayat pelindung. Diamlah Balqis, tangisnya tidak lagi mengalir.

Selama ini dia sering memandang rendah pada Imran kerana statusnya yang hanya membuat kerja kampung. Lelaki itu tidak punyai apa-apa harta melainkan motirsikal dan tanah kebuh arwah bapanya. Mati hidup kembali pun tak mahunya Balqis untuk berkongsi hidup dengan lelaki itu. Kini dia ditampar hebat hingga terdiam.

Wajah penat Imran jelas kelihatan. Siapa sahaja tidak sakit belakang duduk di atas motorsikal berjam-jam?

Helmet motornya terletak di atas lantai berdekatan pintu. Balqis menjemput Imran untuk ke Balawi setelah pulang dari pejabat agama. Katil kecilnya dipaksa juga memuatkan tubuh lelaki itu agar malamnya ditemani.

"Awak," bisik Balqis.

"Ya." Bibir Imran diketap.

"Kenapa awak nak kahwin dengan saya? Saya jahat dengan awak selama ni," ujar Balqis. Anak matanya menekur dada lelaki itu. Malam ini mereka telah disatukan dan malah mungkin lagi dua minggu akan diketahui bahawa dia sedang membawa benih Imran. Anak darah daging Imran akan membesar di dalam kantung rahim.

"Tidurlah, Balqis. Jangan banyak fikir. Dah lewat malam ni," balas Imran senada. Jam tangannya menunjukkan pukul dua pagi.

Balqis tidak lagi bersuara. Dia berlagak boleh berdiri sendiri tanpa sesiapa sebelum ini, sedang manusia diciptakan berpasangan. Kehadiran Imran membawa rasa selamat ke dalam jiwa. Barulah terlihat wajah sebenar Imran malam itu. Yang disangkakan pendiam, lurus dan budak kampung telah naik darjatnya menjadi suami.

Bunyi cakaran di tingkap bilik hanya didengari Balqis seorang. Suara Imran kekal mengalunkan ayat pelindung di tepi telinga sang isteri.

"Terima kasih," bisik Balqis. Air matanya jatuh berlinangan. Perkahwinan terpaksa ini telah membuka matanya yang selama ini buta dengan cinta kepada Mahfuz. Kalau Imran juga bersikap pentingkan diri, malam ini pasti akan menjadi lebih teruk.

Balqis juga terfikir untuk bernikah dengan Ikhwan andai Imran enggan datang ke Selangor. Allah telah permudahkan urusan lelaki itu untuk menikahinya. Ijab kabul seperti ini langsung tidak dijangka Balqis. Dia mengharapkan perkahwinan yang dihormati, sekarang pula maruah diri telah hilang kerana sanggup meminta pertolongan jin dan syaitan. Bayaran masih tidak lunas. Entah apa yang bakal menghantuinya.

"Aku akan ambil anak kau..."

Tiba-tiba dia fikirkan tentang itu. Bagaimana nanti jika rahimnya mengandungkan anak Imran? Benarkah Nek Su akan datang dan merampas anak itu. Bergetar hebat dada Balqis, dia terlalu takut. Hujung jari habis menyejuk.

Hangat ibu jari lelaki itu mengelap air mata di pipi saat Balqis sudah tidak keruan. Sentuhan itu menenangkan Balqis sedikit demi sedikit. Balqis menurunkan kelopak mata, tangisannya makin lebat. Tubuh lelaki yang telah halal dipeluk erat.

"Saya minta maaf," bisik Balqis. Fikirannya memikirkan terlalu banyak perkara.

Lama-kelamaan, Imran tersenyum nipis. Tangannya membalas pelukan itu. Walau Balqis tiada cinta buatnya.

"Tak apa," balasnya. "Tidurlah. Abang teman."


***
votexkomen
***

Semua laju je nikah. Mawar dah, Balqis dah, Fatihah pula otw. Fuhh. Pelik ek cerita ni.

Continue Reading

You'll Also Like

45.4K 10.6K 25
K A R Y A|| k e s e b e l a s [ this story just like, "yang kuban kuban jelah" ha like that ] Kisah percintaan hantu lagi best dari manusia πŸ—Ώ Eh tib...
74.3K 6.7K 53
[Pemenang Bagi Kategori 'The Kpoppers'] "Kenapa tak pakai sabun bau strawberry yang aku beli tu ?" "Maaf . Aku tak suka bau strawberry , so aku pakai...
133K 1.3K 15
TERBITAN DARIPADA FAJAR PAKEER [DISEMBER 2023] Cacat? Lumpuh? Lemah? Luth memandang dirinya di hadapan cermin. Bullshit! This is bullshit! Terasa j...
41.7K 6K 42
❝Welcome to El Castillo, milady.❞ Leanore Estrella hanyalah seorang pembuat roti di desa. Apa yang aneh adalah ketika dia dibawa ke El Castillo. Dikh...