[𝐂] The Curse || MYG

By sohopmin

15.1K 3.1K 1.1K

THESTORYLINE🔥 ---------- Min Yoongi sentiasa hidup dalam ketakutan yang berpunca dari mimpi ngerinya sendiri... More

SINOPSIS
🔥
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
special for you army
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
THANKYOU‼️
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
THE END
The Voice

59

173 35 15
By sohopmin

"Semua salah kau"

Terkejut semua mendengar. Taehyung yang menuruni tangga itu dipandang.

Suga menunduk memandang lantai. Sedar akan kesilapan bodohnya. Kesilapan yang telah meragut nyawa Kim Taein.

"Tae apa kau cakap ni" tegur Jimin lembut.

Taehyung berjalan mendekati Suga. Jimin tidak dihairankan.

"Kau punca kaki Taein cedera !"

"Kau punca Taein tak boleh lari !"

"Kau punca Taein di tangkap !"

"Taehyung !" panggilan tegas Namjoon diabaikan. Kemarahan membuak buak di dada Taehyung menguasai dirinya.

Suga hanya memerhati Taehyung mendekatinya. Sedikit tidak berganjak. Taehyung dipandang kosong.

"Kau punca Taein hilang maruah !"

"Kau punca Taein hilang kawan !"

"Kau punca Taein sedih !"

"Kau punca Taein dibunuh !!" jerkah Taehyung deras. Jungkook bangun dari duduknya menahan Taehyung dari terus mendekati Suga. Bimbang Suga dipukul.

"Kau berlagak macam hero tapi sebenarnya kau tu sampah ! Sampah yang Seokjin kutip entah dari mana kemudian datang menyemak !!" marah Taehyung. Tangan ditunding geram ke arah Suga.

"Taehyung !!" jerkah Seokjin. Taehyung sudah melampau. Suga sahaja kunci kejayaan mereka.

"Kau punca Taein pergi tinggalkan aku !!" jerkah Taehyung lantang. Jungkook yang menahannya itu ditolak.

Jungkook tetap menahan Taehyung. Jimin dan Hoseok turut serta membantu Jungkook. Tangan dan bahu Taehyung dipegang.

"Aku tahu" ujar Suga ringkas. Mata Taehyung direnung kosong.

"Kau yang patut mati bukannya Taein !!" marah Taehyung. Merah muka Taehyung.

"TAEHYUNG !" jerkah Hoseok lantang. Pemergian Taein merupakan takdir. Takdir yang tidak dapat diubah.

Naik turun dada Taehyung menahan geram.

"Aku tahu semua salah aku" kata Suga bersama senyuman pahit.

"Kau memang pembawa sial !" jerkah Taehyung. Bingit telinga Hoseok dibuatnya.

"Tae hentikan !" marah Seokjin. Taehyung dipandang dengan mata berkaca. Sedih melihat Taehyung hilang kawalan begini. Lelaki ini sentiasa tenang jika berlaku sesuatu. Namun tidak kali ini.

"Walau macam mana kau marah dia sekalipun, Taein takkan kembali !!" lantang Namjoon menegur dengan tegas. Taehyung memandang Namjoon bengis.

"KAU DIAM !" jerkah Taehyung. Namjoon dicerlung tajam. Hilang hormat Taehyung kepada semua ketika ini. Entah apa yang merasukinya—

Suga bangun dari duduknya lalu mendekati Taehyung yang ditahan tiga jejaka itu.

"Lepaskan dia" arah Suga.

"Kau gila ke apa ?!" marah Jimin. Terbuntang mata memandang Suga.

Dia nak Taetan ni belasah dia ke apa ?!

"Lepaskan dia" ulang Suga. Jungkook ditolak ke tepi. Jungshoock si muda itu dibuatnya.

Taehyung pandang Suga bengis bagai mahu ditelan.

"Pukul aku" arah Suga.

Terbuntang semua memandang Suga, mendengar permintaannya.

"Dia memang gila" kata Jimin yang masih menahan Taehyung itu.

"Lepaskan dia" arah Suga dingin. Hoseok dan Jimin dicerlung tajam. Namjoon mengisyaratkan Hoseok dan Jimin melepaskan Taehyung.

"Tae tolong bertenang" pinta Seokjin. Bahu Taehyung ditepuk perlahan.

Taehyung tidak membalas. Mata Suga dicerlung tajam. Berombak dada Taehyung.

"Pukul sampai kau puas"

"Bunuh terus aku" kata Suga mengejutkan Taehyung.

"Suga berhenti !" jerit Seokjin memberi amaran tentang tindakannya itu.

Suga berdiri tegak dihadapan Taehyung. Tidak gerun dengan Taehyung yang memandangnya seperti harimau memandang mangsanya.

Taehyung mengepal erat penumbuknya. Ingin sahaja dia menghayunkan penumbuknya kepada Suga dan membelasah lelaki itu sehingga lunyai. Namun dia tidak seperti itu. Dia bukan Yoongi.

"Aku takkan melawan. Pukul je aku sampai kau puas"

"Kalau ni yang dapat redakan kemarahan kau. Aku takkisah" kata Suga. Senyuman nipis dilemparkan kepada Taehyung. Taehyung memandang Suga bengis dengan kening sedikit terangkat. Hairan dengan tindakan berani Suga.

"Aku tahu semua salah aku. Taein cedera. Taein kenapa tangkap. Taein hilang mahkota berharga. Taein dibunuh"

Kemarahan Taehyung perlahan lahan kendur mendengar suara serak basah Suga. Suara menahan tangis. Suga dipandang kosong.

"Semua salah aku. Aku sedar" kata Suga kemudian menoleh ke sisi.

Semua memberikan pandangan sayu kepada Suga. Sebak mendengar Suga berkata kata.

"Aku punca segalanya berlaku" Suga memandang setiap manusia yang berada situ. Tatapan maaf diberikan kepada semua.

"Aku minta maa-"

Suga berhenti dari bercakap. Parut dimata digenggam erat.

"Arghh !" dengus Suga. Parut dimatanya kembali berdenyut sakit. Darah perlahan keluar dari parut itu.

Semua terkejut memandang Suga yang tiba tiba sahaja meraung kesakitan. Terutama sekali Taehyung.

Belum pukul lagi dah sakit ?!!

"Suga !!"

Suga yang mengerang kesakitan itu didekati.

"Tepi tepi tepi" arah Seokjin kelam kabut. Hoseok dan Jungkook yang menghalang laluannya ditolak.

Bahu Suga dipegang.

"ARGHH"

"Suga jangan genggam !!" marah Seokjin.

"Cepat pegang tangan dia !!" arah Seokjin. Taehyung sudah kelam kabut melihat darah mengalir di wajah Suga.

Jungkook dan Namjoon menarik tangan Suga dari terus mencakar parutnya yang kini sudah berubah menjadi luka semula.

"L-lepas ! Argh ! S-sakit ergh !" Suga meronta. Gigi diketap. Mata dikatup rapat. Kesakitan di parut matanya itu terlalu perit.

"Kenapa dengan dia ?!" soal Hoseok gelisah. Tiba tiba sahaja parut bertukar menjadi luka yang kembali berdarah. Sedangkan mereka langsung tidak menyentuh Suga.

"Aku tak tahu ! Aku tak pukul dia pun !" ujar Taehyung gugup.

"Jimin ambil ubat herba aku" arah Seokjin. Jimin mengangguk lalu berlari naik ke atas.

"SAKIT !!!"

——————————————

"Erghhh.."

Yoongi menarik nafas dalam. Kaca yang digunakan untuk menoreh parut dimatanya itu diletakkan ke tepi.

Darah dibiarkan mengalir membasahi bajunya.

Yoongi memegang kepalanya. Menahan dari pitam akibat kehilangan darah.

Pasu yang sudah pecah dikerjakan Yoongi sebentar tadi dikerling sekilas.

Sakit di lukanya tidak mampu menandingi sakit di hatinya mengingati pedangnya tertusuk ke badan Taein.

"Maafkan.. a-aku" pinta Yoongi perlahan. Lukisan Taein dibiliknya itu direnung. Senyuman manis gadis itu masih tersemat di lukisan tersebut. Termasuk juga dalam memori Yoongi.

Yoongi menangis sendirian. Air mata bercampur darah.

Menangis air mata darah sekalipun, orang yang pergi tidak dapat dikembalikan.

———————————————

"Dia okay tak ?" soal Taehyung. Suga yang sudah terbaring tidak sedarkan diri itu ditenung. Serba salah menghurung diri Taehyung.

"Dia okay" jawab Seokjin bersama keluhan dibibir. Suga direnung.

Ubat herba Seokjin menutupi luka di parut Suga.

"Kenapa tiba tiba parut dia terbuka semula ?" soal Hoseok hairan.

"Betul tu.. macam baru ditoreh" tambah Jimin. Darah mencurah curah keluar dari parut Suga membasai lantai kedai sebentar tadi masih segar diingatan. Suga akhirnya pengsan selepas lama bertahan.

"Aku.. taktahu.." keluh Seokjin.

"Kau cakap. Suga dengan Yoongi ada kaitan kan ?" soalan Namjoon dibalas dengan anggukan.

"Jadi aku rasa.. mungkin pelanduk dua serupa ni berkait melalui parut mereka" ujar Namjoon. Tangan memegang dagunya.

Seokjin berfikir sejenak. Mengingati kembali perkara yang pernah diberitahu kepada Suga sewaktu mereka datang ke mari, Seokjin tidak mengingati tentang hal itu. Pasti Yoongi mencederakan dirinya. Tapi..

mengapa ?

"Maksudnya.. Yoongi lukakan semula parut dia ?" soal Taehyung. Namjoon mengangguk.

Meskipun perkara ini amat mustahil untuk dipercayai. Namun akibat pelanduk dua serupa ini langsung tiada beza. Kemungkinan tekaannya itu benar.

"Kenapa ?" soal Jungkook hairan. Mengapa Yoongi bertindak sedemikian ?

"Sebab Taein" tutur Seokjin perlahan. Dapat memikirkan punca Yoongi bertindak sebegitu. Mata Yoongi yang berbalut di masa lalu sebelum kehadiran Suga itu bermain difikirannya.

Jadi waktu tu, Yoongi juga cederakan diri selepas kematian Taein dan Taehyung.. walaupun dia memang sengaja bunuh Taein ?

Seokjin merenung kosong dinding bilik.

Jika sebelum ini, Yoongi memang sengaja membunuh Taein supaya Taehyung tidak dapat melarikan gadis itu dan dia tetap juga bersedih. Sudah pasti sekarang ini, Yoongi lebih bersedih dari yang sepatutnya kerana dia tidak sengaja membunuh Taein.

Timbul perasaan simpati kepada Min Yoongi.

"Aku nampak Yoongi menangis semalam waktu dia berjalan ke kereta kuda" kata Namjoon. Yoongi yang mengelap air matanya semalam, dapat dilihat dengan jelas.

"Huh ?"

Semua memandang Namjoon. Namjoon mengangguk mengiyakan kata katanya.

"Yoongi memang betul betul sedih..." gumam Jimin perlahan. Simpati terhadap abang tirinya itu. Lelaki yang sukar menitiskan air matanya, akhirnya menitiskan air matanya selepas Taein pergi.

"Maknanya.. Yoongi sedang bersedih dengan pemergian Taein ?" teka Hoseok. Namjoon mengangguk.

Taehyung tergamam.

Kebahagiaan di mata Taein setiap kali gadis itu menceritakan perihal Yoongi sebelum ini menjengah fikiran Taehyung.

"Yoongi sayangkan Taein. Meskipun cara dia salah. Taein tetap dicintai sepenuh hati" kata Namjoon. Cara Yoongi melayani Taein amat berbeza dengan layanannya kepada orang lain.

Meskipun Yoongi tetap berwajah dingin dengan gadis itu. Namun, Yoongi sentiasa meluangkan masa bersama Taein. Malahan Yoongi cuba memberi sepenuh perhatiannya kepada Taein walau sesibuk mana pun dia cuba mencari masa untuk diluangkan bersama Taein meskipun tanpa dipinta Taein.

Namjoon dapat melihat segalanya ketika dia masih bergelar Jeneral Strategi Perang Daegu. Yoongi yang berjalan ke hulur ke hilir melayani Taein sewaktu di istana sering membuatkan Namjoon tersenyum. Kerana lelaki kejam serta sedingin salju itu masih mempunyai hati perasaan.

Seokjin tersenyum pahit mendengar Namjoon berkata. Gelagat manja Yoongi dan Taein di istana berlegar dalam fikirannya.

Yoongi berlagak seperti dia tidak kisah tentang gadis itu namun jika tiada yang melihat. Yoongi akan melayan kerenah manja Taein. Sehinggakan dayang istana cemburu dan cuba meracuni makanan Taein.

Mujur tika itu Yoongi menukar makanannya dengan Taein lalu berpura pura tertumpahkan makanan tersebut supaya gadis itu tidak diracuni dan tidak mengetahui perkara yang sebenar.

"Taein selalu berharap supaya dia berubah.. tapi nampak gayanya.." kata kata Taehyung terhenti. Keluhan dilepaskan.

"Semua dah terlambat" sambung Jungkook.

"Aku yakin. Yoongi akan jadi lebih kejam dari sekarang" ujar Namjoon. Suga yang pengsan ditenung.

"Kita mesti berhati hati"

- TBC -

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Yoongi shy shy cat ton. Sayang tapi haih. Aku tibai kang.

Ego really destroy everything : )

Vote&comments. Thankyou !❤️

Continue Reading

You'll Also Like

70.7K 6.6K 27
Aku.... Sakit. Sakit sangat. Setiap yg dilalui ada hikmahnya. Semakin perit cabaran semakin manis pengakhirannya. started; 19/4/17 ended; 8/1/18 Sat...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

724K 30.8K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
86.2K 7.6K 44
Highest raking - 27 in fanfiction - 24 in fanfiction cast -song jihyo -park jimin. -bts Start - 10/6/2017 End - 30/8/2017
185K 17.2K 53
Anak kepada ketua mafia yang terhebat di South Korea?? Dan kau seorang sahaja perempuan di dalam keluarga itu~ ..... "Aku ada abang?" "Yes,diorang ma...