[𝐂] The Curse || MYG

By sohopmin

14.9K 3.1K 1.1K

THESTORYLINE🔥 ---------- Min Yoongi sentiasa hidup dalam ketakutan yang berpunca dari mimpi ngerinya sendiri... More

SINOPSIS
🔥
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
special for you army
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
THANKYOU‼️
43
44
45
46
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
THE END
The Voice

47

153 35 3
By sohopmin

"Kim Liesa"

Taein dan Liesa mengangkat wajah mereka. Memandang ke arah pintu yang kini sudah terbuka luas.

"Masa dah tamat" ujar Yunho tegas. Liesa mengeluh sebelum mengangguk.

"Taein, saya pergi dulu ya ? Malam nanti kita jumpa lagi" kata Liesa kemudian bangun berjalan keluar dari bilik tempat Taein dikurung itu.

Yunho memandang langkah Liesa sehingga gadis itu melintasinya. Yunho menarik pintu kayu itu.

"Yunho !" seru Taein. Yunho berhenti dari menutup pintu. Taein dipandang kasihan.

Tubuh gadis itu telah kotor dengan tanah manakala pembalut dikakinya sudah bertukar warna merah. Kesan tapak kaki berdarah juga dapat dilihat di lantai.

Namun, dia tidak dapat melakukan apa apa.

"Tolong lepaskan saya" rayu Taein. Meminta simpati. Yunho mengeluh. Dia tidak melawan Jimin mahupun Jungkook. Meskipun dia ditolak Jungkook sebentar tadi, dia tetap tidak melawan semula.

Dia membantu dalam diam. Namun, Taein yang perlahan berlari kerana sakit di kaki itu, menyukarkannya melengahkan lagi mereka. Dia mampu setakat itu sahaja.

"Minta maaf Taein" ucap Yunho sebelum menutup pintu rapat.

————————————

Suga termenung memandang dinding.

Jelingan tajam Taehyung bermain difikiran.

Taein tidak berjaya melarikan diri kerana luka di kakinya. Luka di kakinya itu akibat insiden tempoh hari. Berpunca darinya.

Suga tahu. Taehyung pasti mengetahui punca sakit di kaki Taein. Itu sebabnya Taehyung tidak lepas dari memandangnya tajam.

Suga mengeluh.

"Jangan risau. Rancangan kita akan berjaya"

Tersentak Suga ditegur Seokjin.

"Kau tak tidur lagi ke ?" soal Suga tanpa memandang Seokjin. Disangkakan lelaki itu sudah tidur nyenyak.

"Aku tak boleh tidur" jawab Seokjin.

"Kenapa ?" soal Suga lagi.

"Sebab masa lalu berubah"

Lantas Suga memandang Seokjin.

"Maksud kau ?"

"Hoseok masih hidup. Taein diculik. Masa lalu sekarang sedang berubah" ujar Seokjin. Siling dipandang kosong.

"Maaf aku punca Taein diculik" pohon Suga. Serba salah. Semua berlaku kerananya.

"Tak. Taein kena culik kita boleh selamatkan. Nyawa Hoseok tidak boleh dikembalikan. Kau dah ubah masa lalu ke arah yang lebih baik" balas Seokjin. Meskipun Taein diculik, dia tahu Yoongi tidak akan mengapa apa kan Taein kerana lelaki itu sangat mencintai gadis itu.

Disebabkan keegoan, ketamakkan dan kekejaman. Yoongi kehilangan gadis itu.

Kelu Suga mendengar. Tidak tahu bagaimana dia harus membalas.

"Kehadiran kau ke sini. Bukan kesilapan. Tapi kemenangan. Aku yakin. Kita akan berjaya leraikan sumpahan ni dan selamatkan semua sahabat kita"

Suga tersenyum pahit memandang Seokjin yang tersenyum ke arahnya.

"Aku pun harap begitu"

—————————————

"Biar betul awak ni ?" soal Taein tidak percaya. Mangkuk bubur itu diletakkan ke lantai.

"Yaa betul. Saya teringin sangat nak berkawan dengan awak. Tapi tak kesampaian lepas saya dah lama tak nampak awak dalam istana" ujar Liesa meyakinkan Taein bahawa dia memang sudah lama memerhatikan gadis itu dalam diam.

"Kenapa saya tak pernah nampak awak ?" Hairan Taein dibuatnya. Dia tidak pernah melihat kelibat gadis cantik ini dahulu. Dia hanya sering melihat dayang istana yang memandangnya tajam bagai mahu ditelan.

"Sebab awak tengah sibuk dengan si buah hati" ujar Liesa melirik Taein gatal. Taein tertawa kecil.

Dulu Yoongi kerap mengarahkannya untuk datang ke istana. Mereka sering meluangkan masa bersama di taman istana. Meskipun Yoongi dikenali dengan sikap yang kejam dan tidak suka bercakap, namun lelaki itu tetap berlembut dan melayan kerenah Taein.

Taein tersenyum pahit mengingati segala kenangan manis mereka bersama. Hubungan mereka semakin renggang apabila Yoongi mendapat takhta. Lelaki itu sibuk memerintah kerajaan sehingga mereka tidak dapat meluangkan masa sekerap dahulu lagi.

"Minta maaf kalau saya silap cakap"

Taein tersedar dari lamunannya. Wajah risau Liesa dipandang. Kepala digeleng.

"Taklah" jawab Taein. "Jadi sekarang keinginan awak untuk berkawan dengan saya dah tercapai ! Secara rasminya kita bersahabat sehingga akhir hayat" ujar Taein mengulangi ayat Liesa dengan semangat lalu memeluk Liesa. Liesa membalas pelukan Taein.

"Terima kasih sudi berkawan dengan saya" ucap Liesa.

Mereka melepaskan pelukan mereka. Taein mencapai semula mangkuk bubur itu kemudian sambung menjamah. Seleranya sudah tiada namun Taein sanggup menghabiskan makanannya secara perlahan supaya Liesa dapat bersamanya dan berbual lebih lama.

Yoongi masih belum datang menjengahnya. Lelaki itu pasti sedang sibuk.

Dua gadis itu berbual mengenali sesama mereka dengan lebih dalam. Baru Taein tahu, Liesa berjauhan dengan keluarganya dan tinggal di istana demi kerja. Hanya Kunpimook Bhuwakul iaitu Bambam sahaja rakan Liesa sepanjang dia bekerja di sini.

Ketukan di pintu menghentikan perbualan mereka.

Shin Jimin, dayang istana itu membuka pintu. Liesa dihalau keluar seraya berjalan masuk ke dalam bilik Jimin membawa baju hanbok di tangan. Untuk Taein menukar pakaiannya.

"Cik Taein. Tuanku arahkan cik tukar pakaian dan bersihkan diri" ujar Jimin lembut.

"Liesa keluar cepat" halau Jimin lagi.

Liesa memutarkan bola matanya, tidak suka dengan kehadiran Jimin mengganggu masa berharganya bersama sahabat barunya ini.

"Ingat bagus ke dahla kurus macam penagih dadah" perli Liesa seraya berjalan keluar dari bilik itu. Dapur istana di tuju. Pintu dibuka kemudian punggung dihempas kuat pada kerusi.

"Oh mak kau hijau tak pakai bra" latah Bambam. Liesa dipandang kemudian menyumpah seranah gadis itu dalam diam.

"Aku tahu kau kutuk aku" ujar Liesa. Bambam pura pura terkejut.

"Oh ya eh ? Kau ni kenapa ? Tiber je marah marah" tanya Bambam. Liesa mengeluh.

"Shit Jimin tu lah. Halau aku. Biadap bethol" dengus Liesa. Bambam menggelengkan kepala.

"Kau kena faham. Dah nama pun Shit Jimin. Perangai pun macam bullshit lah" ujar Bambam yang duduk mencangkung di lantai. Bambam menyambung kerja mencuci periuk besar itu.

Mereka berdua sangat benci akan Shin Jimin, dayang istana yang sombong dan berlagak bagus itu.

———————————————

"Err saya boleh mandi sendiri" ujar Taein kekok apabila Jimin cuba membuka bajunya yang kotor itu.

Jimin hanya mengangguk kemudian keluar dari bilik mandi yang terdapat dapat bilik itu. Kesan darah dilantai di lap bersama keluhan di mulut.

"Harap je perempuan. Kebersihan tak reti jaga" sindir Jimin perlahan. Namun tanpa dia sedar, Taein mampu mendengarnya.

Taein membuka sedikit pintu bilik mandi itu kemudian meletakkan baju kotornya di luar pintu. Pembalut dikakinya dibuka lalu terus membersihkan diri. Selepas usai mandi, Taein mengeringkan tubuhnya lalu menyarunkan pakaian yang diberikan Jimin.

"Cik lambat lagi ke ?" dengus Jimin dari luar. Taein menggigit bibirnya.

"Erm.. boleh bagi saya pembalut luka tak ?" pinta Taein dengan sopan. Kedengaran keluhan Jimin dari luar.

"Nah cik" ujar Jimin kasar. Taein membuka sedikit pintu, pembalut di ambil kemudian Taein menutup pintu kembali.

Luka di kakinya dibalut. Jika dia meminta bantuan Jimin sudah pasti dayang istana itu akan menarik lagi muka padanya.

Taein berjalan keluar dari bilik air.

"Cik tidurlah. Saya pergi dulu" kata Jimin acuh tidak acuh. Rimas dengan Taein yang melambatkan kerjanya. Jika tidak disebabkan arahan dari Yoongi. Sudah pasti dia sedang membawang bersama dayang yang lain di koridor istana.

Taein membalas dengan anggukkan.

Sebaik sahaja Jimin keluar. Taein menuju ke tilam yang diamparkan Jimin itu. Sudahlah diampar dengan tidak kemas. Bantal tidak tersusun rapi manakala selimut digumpal begitu sahaja.

"Protes la tu" desis Taein. Mujur dia bukan jenis kaki report. Jika tidak, gadis itu sudah pasti mendapat hukuman dari Yoongi.

Taein membaringkan badannya. Tubuhnya lesu. Penat mungkin. Dia perlukan rehat selepas kehilangan banyak darah dan seharian menangis. Kakinya berpijak lagi pada batu yang tajam sewaktu dia cuba menutup pintu dapur dari di tangkap Suho. Lukanya terbuka luas selepas memijak baju tersebut.

Taein memusingkan badannya. Mengiring ke kanan. Bilik ini terlalu luas untuk dirinya. Jauh dilubuk hatinya, Taein tertanya tanya, mengapa Yoongi menculiknya sedangkan lelaki itu langsung tidak datang menjenguknya.

Adakah lelaki itu masih mempunyai perasaan terhadapnya ? Ataupun lelaki itu hanya menculiknya untuk membalas dendam kepada abangnya, Kim Taehyung kerana meletakkan jawatannya sebagai Jeneral Terkuat Diraja selepas mendapat mengiktirafan dan pedang dari Min Yoongi, Raja Daegu yang ke10 ?

Taein mengeluh. Mata dipejam.

Aku kena cari jalan keluar. Desis hati Taein.

- TBC -

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Yoongi ni culik Taein tapi tak datang jumpa Taein. pelik pelik betul manusia tu ish ish

Vote&comments.
Thankyou support !💜

Continue Reading

You'll Also Like

51.3K 6.1K 25
❝ duda berjiwa teruna! ❞ ㅡ 13 orang bapak tunggal yang terhangat di Korea Selatan bersatu di dalam sebuah kelab sosial. ➤ completed
WILDAN ✓ By m e l e e 🎭

Mystery / Thriller

176K 11.8K 76
Genre: Romance, action, mystery Language: Bahasa Melayu/Malay Status: Completed . 𝐓𝐨 𝐭𝐡𝐞 𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐡𝐨 𝐩𝐫𝐨𝐭𝐞𝐜𝐭𝐞𝐝 𝐡𝐞𝐫 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡�...
21.3K 2.5K 25
Nak dengar cerita pasal aku? Itupun kalau korang sudi Start : 19 / 03 / 20 End : 19 / 03 / 20
EVE [COMPLETE] By Violetta

Mystery / Thriller

2.3K 229 54
EVE. Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepa...