๐“—๐“ช๐“ฒ๐”ƒ๐“ฎ๐“ต: ๐“œ๐“ผ ๐“๐“ผ๐“ฝ๐“ป๏ฟฝ...

By AshyikinHelvins

525K 22.7K 2.8K

๐‘…๐’ถ๐’ฟ๐’ถ ๐ฟ๐“Š๐“‰๐’ฝ ๐ป๐’ถ๐“Ž๐“Ž๐’ถ๐“ƒร—๐’ฒ๐’พ๐’น๐‘’๐“๐’พ๐’ถ ๐ป๐’ถ๐’พ๐“๐‘’๐“ Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pant... More

๐‘ท๐’†๐’“๐’Š๐’๐’ˆ๐’‚๐’•๐’‚๐’ ๐‘ด๐’†๐’”๐’“๐’‚ ๐‘น๐’‚๐’Œ๐’š๐’‚๐’•.
BAB 1
BAB 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
โ™กโ€EPILOGโ€โ™ก
โ™กโ€Special Chapter Iโ€โ™ก
โ™กโ€Special Chapter IIโ€โ™ก
Attention!
Hello Warga Emas
Spoiler: Haizel Ms Astrophile

BAB 2

11.5K 452 7
By AshyikinHelvins

WIDELIA membuat kerja di meja rehat yang ada di sebelah kolam renang.
Biasalah apabila sudah masuk tengah bulan memang dia akan busy mengira angka-angka, berginilah kerjanya bila tengah bulan sampai tak cukup masa untuk dia menghabiskan kerja. Sampaikan kerja pun di bawa balik rumah. Dua hari cuti tetapi dia lebih suka membuat kerja last minute.

"Adik busy sangat ke?" tanya Wais kepada Widelia.

Tangan Widelia yang sibuk mengetik keyboard terhenti apabila suara Wais menjengah telinganya. Dia memandang Wais sekilas sebelum sambung membuat kerjanya.

"Tak adalah sangat, sekejap lagi siaplah kerja adik ni. Haa kenapa along tanya?" soalnya kembali kepada abang sulungnya itu.

Tangan Widelia lincah menaip keyboard macbook miliknya. Kadangkala tangannya laju menekan calculator untuk mengira.

"Boleh tak adik tolong along?" Pinta Wais dengan muka seposen.

Widelia hanya mendengar tanpa menoleh ke arah Wais.

"Minta tolong apa? Sekejap sikit boleh tak? Kerja adik ni sikit lagi nak siap" Widelia menoleh lalu membuat muka jengkel apabila Wais menayangkan muka comel kepadanya.

"Tolong along buatkan air untuk kawan along dan tolong hidangkan sekali nanti boleh tak?" Pinta Wais.

Wais mengerdipkan matanya berkali-kali.

"Yalah-yalah. Itu je kan? Tak ada benda lain lagi kan?" Widelia bertanya lagi. Karang dia dah siap buatkan air ada yang nak tambah itu nak tambah ini.

"Haa itu aje." Wais mengangguk lalu membuat muka comel.

"Yalah nanti adik buat tapi tolong ambilkan tudung sarung adik dekat tempat biasa adik letak boleh tak?Adik malas lah nak naik atas."

Widelia meminta tolong Wais tanpa menoleh ke arah Wais kerana dia ingin menyelesaikan kerjanya dengan cepat.

Dia melihat Wais sudah berdiri mahu masuk ke dalam.

"Okey, tapi adik siapkan kerja adik cepat-cepat tau!" Wais berpesan.

"Hishhh! Adik tahulah kerja adik, along ni bisinglah." Widelia menjeling Wais yang masih berdiri di pintu sliding.

Ingat dia ni bibik Wais ke nak arahkan itu ini, nasib baik abang sendiri kalau tak memang dah lama dia hempok kepala Wais guna pasu bunga milik ibunya.

Dia menyiapkan kerjanya dengan cepat takut pula nanti kawan abangnya datang. Karang bising pulak si Wais tu.

Setelah dari tadi dia menyiapkan kerjanya, akhirnya kerjanya siap juga. Dia melihat jam di skrin iPhone miliknya sudah menunjukan pukul 10 malam. Tadi dia memulakan kerjanya selepas maghrib. Bila tiba isyak dia berhenti sekejap solat lepas itu sambung kembali.

Widelia merenggangkan tengkuknya.

Krek! Krek!

Pergh...

Lega rasa urat-uratnya apabila membuat regangngan.

"Nah tudung adik, jangan lupa buatkan tau, along nak pergi depan sebab kawan along dah sampai."

Widelia menoleh. Dia terkejut apabila Wais membaling tudung ke arahnya. Nasib baik dia sempat menyambut tudung itu.

Hareyy betul si Wais ni. Widelia menjeling Wais geram. Bila turn dia minta tolong balik bukannya Wais ikhlas nak tolong dia.

Widelia meninggalkan barang kerjanya di atas meja. Dia terus belalu pergi membuat air di dapur.

Dia membuat air teh dan menghidangkan brownies yang di belinya tadi selepas balik kerja petang tadi. Kalau nak harapkan dia buat benda tu jangan haraplah. Lambat lagi dia nak buat.

Bukan dia tak reti nak buat. Dia cuma di landa penyakit M. Faham-fahamlah penyakit M itu apa. Penyakit M tu singkatan untuk penyakit 'Malas'.

Widelia membetulkan tudungnya dahulu sebelum membawa hidangan tersebut ke ruang tamu. Nasib baik dia memakai baju lengan panjang, kalau tak payah dia nak naik atas pergi tukar baju.

Abah dengan ibu mereka tiada di rumah kerana mereka berdua pergi ke pahang. Mereka menghadiri majlis perkahwinan anak kawan mereka dan bermalam di hotel sana atas pelawaan dari kawan baik abahnya.

Manakala Hazir pula belum balik lagi dari berjumpa dengan Haura. Haura merupakan kekasih Hazir. Mereka bertiga tidak mengikuti abah dengan ibu mereka kerana mereka semua perlu bekerja.

Widelia tiba di ruang tamu. Dia melihat hanya ada dua orang sahaja kawan Wais yang datang.

Dia meletakan hidangan tersebut di atas meja. Dia menuang air teh ke dalam cawan dan Wais menolong dia hulurkan cawan tersebut di hadapan kawannya.

Setelah selesai menghidang dia terus meminta izin mahu berlalu pergi. Dia mahu menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi. Dia kembali keluar dari rumah, tempat bersantai yang berada di tepi kolam di duduki.

Dia menyemak semua kerja-kerjanya supaya tiada kesalahan yang di lakukan.

Selesai menyemak kerjanya. Widelia mengemas kertas kerjanya ke dalam fail dan menyimpan macbooknya ke dalam beg galas.

Telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia melihat nama Medina terpapar di skrin telefonnya.

"Assalamualaikum nyah..." Sapa Medina di talian.

"Waalaikumusalam. Hahh kenapa call aku malam-malam buta ni?"

"Aku nak ajak kau lunch esok nyah, kau free tak esok?"

"Aku free esok, boleh lah jumpa. Lama gila tak jumpa kau. Esok kau mesti belanja aku makan." Widelia mencebik.

"Yalah, macam tak biasa pulak yang aku ni selalu belanja kau. Kau tu kemaim kedekut dengan aku kan." Medina membebel di talian.

Widelia ketawa kecil. Bila masa pula dia ni kedekut?

Dasar kawan tak kenang budi. Suka betul mengungkit.

"Bila masa pula aku kedekut? Kau kira balik selama ni berapa banyak coklat milik aku, kau rembat? Air aku kau sapu sampai habis? Ada aku marah kau? Pukul kau?" Widelia pula mengungkit.

Dengan Medina dia perlu mengungkit sebab minah tu bukannya reti bersyukur.

Dengan Medina aje dia berani bergurau kasar macam ni. Ungkit mengungkit sebab perangai mereka berdua sama. 2 kali lima aje perangai.

"Yelah jangan nak mengungkit dekat aku. Esok aku belanja kau makan puas-puas tau love. Mak belanja kau makan"

"Love kepala hanguk kau!"

Medina ketawa terbahak-bahak.

"Adeh mak penatlah nak. Okeylah nyah aku nak cau dulu. Assalamualaikum."

"Hmm, waalaikumussalam."

Widelia bangkit dari kerusi mahu naik ke bilik. Malam-malam macam ini paling best berenang atas katil. Perghh boleh hanyut sampai ke bulan.

Widelia membawa fail dan menyandang beg galas di bahunya.

Sampai sahaja di bilik, Widelia terus membuka tudung dan membaringkan dirinya di atas katil. Pejam sahaja mata dia terus ke alam lain. Bukan ke alam barzakh ya.

TOK! TOK! TOK!

Wais mengetuk pintu bilik adik bongsunya itu.

Widelia mendengus kasar apabila tidurnya di ganggu. Pantas duvet di tariknya sehingga menutupi seluruh badannya.

"Kacau betul orang nak tidur." Rengusnya geram.

Wais mengetuk lagi tetapi tiada balasan dari dalam. Wais mendengus geram. Budak ni kalau dia simbah air baru tahu.

Tanpa lengah Wais turun ke bawah mencari kunci pendua bilik Widelia.

"Along cari apa?" tanya Hazir hairan melihat abangnya seperti mencari sesuatu di dalam laci.

"Cari kunci bilik Wid lah, budak tu aku ketuk pintu mana reti nak bukak, aku takut dia dah arwah dalam tu naya aje kita kena halau abah dengan ibu." Wais membebel sambil mencari kunci.

Hazir ketawa lucu. Abangnya ini kalau sudah membebel kalah orang tua. Patutlah sampai sekarang tak bernikah. Perempuan mana nak lelaki kuat membebel macam itu.

"Along ni awal pagi dah bising patutlah Wid asyik kutuk along antertu!" Makin galak Hazir ketawa melihat muka Wais.

Wais mendengus geram. Dia tahu gelaran yang di beri oleh Widelia kepadanya itu. Antertu, More at the known 'Anak Teruna Tua'. Dasar adik ngak ada akhlak.

"Hish kau ni sama aje dengan Wid. Menyakitkan hati. Aku sudahlah tengah lapar, yang Wid ni pun satu tak reti nak bangun awal. Kalau aku tahu dia bangun lambat, awal-awal lagi aku dah turun bawah masak sarapan pagi"

"Nak buat macam mana, genetik kita orang kuat. Bukan macam along tak ada persamaan langsung dengan kita orang. Along ni mesti Abah dengan Ibu jumpa along dalam kotak dekat masjid dulu. Dia kesian dekat along jadi dia ambil along jadi anak dia orang." Hazir mengusik. Adeh pagi-pagi lagi dia sudah galak ketawakan abangnya itu.

Lain macam gurauan si Hazir ni. Biasa orang buat untuk sakitkan hati adik bongsu cakap dekat dia orang yang dia orang anak angkat, tapi yang si Hazir ni pula terbalik. Abang dia yang sulung itu di usiknya bergitu.

"Kau ni kan, memang adik tak guna!" Wais naik ke tingkat atas untuk membangunkan putri kayangan mereka itu.

Hazir menyeka air matanya yang mengalir di tubir mata angkara galak ketawakan abangnya itu. Hazir berlalu ke dapur mahu menyiapkan sarapan mereka semua memandangkan Widelia belum bangun dari beradu.

Dia hanya membuat roti bakar dan air milo untuk mereka sarapan pagi. Selesai menghidang dia naik ke atas semula mahu bersiap pergi kerja. Dia berkerja sebagai peguam dan ada firma guaman dia sendiri.

Wais membuka kunci pintu bilik Widelia dengan geram.

Klik!

Pintu bilik Widelia berjaya di buka. Tanpa lengah Wais masuk lalu menarik duvet Widelia kasar.

Widelia mendengus kasar. Dia mencapai bantal di sebelah lalu di tekap di mukanya.

"Jangan ganggu boleh tak? Orang nak tidur pun tak senang!"

"Oii puteri gunung ledang! Bangun, kau tak pergi kerja ke? Dah lewat tahu tak?" Wais bercekak pinggang. Gaya mak-mak tengah membebel dekat anak mereka.

"Hish... along ni kacau betullah!"

"Oii kau bangun sebelum aku simbah air dekat muka kau!" Wais mengugut.

Dia bila mengugut dia buat betul-betul. Tak ada maknanya nak main-main.

Widelia hanya mengabaikan ugutan Wais. Dia makin berdengkur adalah.

Wais mengangguk perlahan. Mencabar kesabaran dia betullah budak ni. Dia melangkah ke arah tandas. Matanya galak memerhati sekeliling tandas.

Bibirnya mengukir senyuman sinis apabila melihat baldi kecil yang berada di dalam bilik adiknya.

Tanpa berlengah dia menadah air itu sehingga penuh. Setelah air itu penuh dia keluar dari tandas.

Dia mencuba membangunkan lagi Widelia.

"Widelia Haizel Binti Muhammad Hamri wake up!" Wais menyebut nama panjang Widelia tanda amaran terakhir.

Tetapi Widelia hanya membatu tanpa bergerak.

Hazir yang sudah bersiap untuk pergi kerja berhenti di hadapan bilik adik bongsunya untuk melihat scene yang akan menghiburkannya sebentar lagi. Dia berpeluk tubuh lalu menyandar tubuhnya di pintu bilik.

Wais menarik bantal dari muka Widelia kasar lalu.

Splash!

Widelia yang belum bersedia apa-apa terjerit kasar.

"Hujan! Ibu angkat jemuran, hari hujan!" Pekik Widelia lalu bangkit mengejut dari katil.

Hazir dengan Wais sudah ketawa bagai nak putus urat.

Widelia tercengang apabila otaknya sudah berfungsi sempurna.

"Along ni memang nak kena dengan adikkan!" Widelia mahu memukul Wais Wais tetapi Wais cepat-cepat berlari keluar dari biliknya.

Hazir masih galak ketawa. Sampai terduduk dia kerana terlalu banyak ketawa. Dari tadi sampai sekarang dia asyik ketawa. Dia ni memang mudah terhibur apabila melihat gelangat abang dan juga adik bongsunya itu.

Widelia mendengus kasar apabila dia tidak dapat mengejar langkah wais. Kembang kempis hidungnya menahan geram.

Dia menoleh ke arah Hazir.

"Yang angah ni dah kenapa? Ketawa macam nak putus urat! Ingat lawak ke?" Widelia memarahi Hazir.

Hazir bangun dari duduk. Muka adiknya di tatap. Kesian puteri kita ni mandi burung ya.

"Lawak lah sebab tu angah gelak," ujar Hazir selamba.

"Along ni memang tau!"

"Bukan salah along, tapi salah adik sendiri. Siapa suruh bangun lambat, kan dah kena simbah. Along tu kejutkan adik sebab dah lewat. Adik tak kerja ke hari ni?"

"Kerjalah," ujar Widelia hairan.

"Habis tu kalau kerja, kenapa tak bersiap lagi?" Hazir menyoal Widelia yang masih terpinga-pinga dengan soalan abang keduanya itu.

"Hahh?"

Tanpa berlengah Widelia menoleh untuk melihat jam yang tergantung di dinding biliknya.

Membulat matanya apabila melihat jam sudah menunjukan angka 8:45 pagi.

Damn!

Dia dah lambat. Dia rasa nak menangis sekarang ni.

"Adik dah lambat. Kenapa tak kejutkan adik awal-awal!" Widelia menyinga, merah mukanya memandang Hazir.

Nasib baik dia sudah solat subuh tadi. Di sebabkan mengantuk dia tidur kembali selepas solat subuh.

Hazir terkedu.

Aik! Dia pula yang kena.

"Along dah kejutkan adik, adik aje yang degil tak nak bangun. Liat betul nak bangun pagi."

Widelia mengeluh kecil. Tanpa banyak bunyi dia terus mencapai towel dan masuk ke dalam bilik air.

Selesai mandi Widelia mengenakan kemeja berwarna hitam, slack berwarna putih manakala tudung bawal berwarna putih. Nasib baik dia memang sudah menggosok baju kerja awal-awal untuk seminggu. Untuk memudahkan diri sendiri.

Sampai di office, dia melihat jam yang terlilit di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 9:35 minit. Mampus aku terlewat 40 minit.

Widelia berlari ke arah bilik PA kepada Dato Faizul.

"Hai kak Sarah, Dato' Faizul ada tak dekat dalam?" tanya Widelia termengah-mengah kepada Sarah.

"Dato' tak masuk pejabat hari ni, dia ada hal dekat luar," ujar Sarah hairan apabila melihat wajah gadis itu merah menyala.

"Owhh ya ke? Nasib baik!" Widelia mengurut dadanya kerana lega. Bibirnya menguntum senyuman kecil.

"Kenapa kamu tanya?" Sarah menyoal.

"Saya nak hantar file yang Dato' minta semalam, dia nak file ni mesti dah ada atas meja sebelum pukul 8.30 pagi. Itu yang saya terkejar-kejar tadi sebab saya terlajak tidur." Widelia tertawa kecil.

"Haihhh kamu ni Cik Widelia Haizel oi! Kalut semacam, tak apalah file tu nanti akak bagi dekat Dato sendiri." Pelawa Sarah.

"Okey, terima kasih kak tolong Wid. Nanti akak jangan lupa pula bagi file ini dekat Dato'. Karang tak pasal- pasal saya kena bebel dengan Dato'."

"Yelah Wid, sama-sama. Nanti akak bagi" Sarah mengeleng kepala melihat telatah Widelia.

"Okeylah kak, Wid nak siapkan kerja dulu." Widelia meminta diri mahu membuat kerjanya.

Dia berlalu pergi ke mejanya yang berada di bilik sebelah Sarah saja.




KOMEN+ VOTE🤍

Continue Reading

You'll Also Like

408K 26.7K 53
(๐š๐™พ๐™ผ๐™ฐ๐™ฝ๐™ฒ๐™ด ๐™ท๐™พ๐š๐š๐™พ๐š) ~๐‘บ๐’†๐’‹๐’‚๐’–๐’‰ ๐’Ž๐’‚๐’๐’‚๐’Œ๐’‚๐’‰ ๐’Œ๐’‚๐’– ๐’”๐’‚๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’–๐’‘ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Œ๐’๐’“๐’ƒ๐’‚๐’?~ Dia hanyalah manusia biasa. Dilahirkan dalam ke...
96.3K 3.7K 13
RAYYAN RAZIEN - Keselamatan dirinya terancam. The Great Father terang-terangan melancarkan tentangan dan bersumpah mati akan membunuhnya. "Walau apa...
3K 259 34
FIRST STORY<3 Disebabkan janji yang telah di janji oleh dirinya sendiri, Raykal tekat untuk membalas dendam dengan keluarga Reyyana. Tanpa sedar dala...