Lelaki

By novemthewriter

205 0 0

Sebuah cerita yang sarat dengan syukur Ilahi More

PROLOG
LELAKI : BAB 1
LELAKI : BAB 2
LELAKI : BAB 3
LELAKI : BAB 4
LELAKI : BAB 5
LELAKI : BAB 6
LELAKI : BAB 7
LELAKI : BAB 8
Lelaki : Bab 10

Lelaki : Bab 9

12 0 0
By novemthewriter


Taman Bangi Baru.


Muhammad Izhan berbaring malas di sofa sambil matanya menembusi television 60 inci. Fikirannya sedikit serabut. Sekembalinya dari Perak, sudah lebih 20 panggilan tidak dijawab muncul di telefonnya. Bukan dia tidak mahu menjawab panggilan itu, tapi baginya semuanya sudah selesai. Tiada apa lagi yang hendak dibincangkan.


Isu tanah pusaka masih lagi membelenggu dia dan Pak Jais. Orang tua itu betul-betul tidak mahu mengalah. Mati-mati menegakkan yang tanah tepi Sungai Perak itu kepunyaannya. Mula-mula dicanangkan yang dia membeli dari arwah ayah Izhan. Tapi bila minta bukti atau saksi, langsung tiada.


Selepas itu dicanangnya sekampung yang arwah memberikan tanah itu kepadanya secara suka rela. Lagilah Izhan tidak percaya. Tiada bukti, saksi atau apa sahaja benda bertulis yang boleh dijadikan rujukan.


"Allahhu..." Izhan mengeluh halus. Fikirannya terasa sarat. Semuanya berpunca bila ketua kampung masuk campur dalam hal ini.


Bukan Izhan tidak mahu bertolak ansur, tapi tanah yang jadi rebutan itu sedang disewa Suraya. Seorang anak gadis berjiwa besar yang menyambung legasi keluarganya menternak kambing. Kalau diserahkan tanah itu kepada Pak Jais, mahunya Suraya kena halau. Padahal tanah itu sudah lama disewakan sejak dari ayah Suraya lagi.


"Aku akan bawa perkara ini ke tengah! Pejabat tanah pun akan aku libatkan sekali. Engkau tu orang luar, bukan asal kampung ini!"


Terngiang-ngiang suara Pak Jais melewati memori otaknya. Nampak macam berdendam tapi apa salah keluarga aku pada dia?


Persoalan itu Izhan sendiri tidak tahu jawapannya.


Tekanan menyebabkan dia lupa pada janjinya terhadap Nur Hana. Dia masih tidak menghubungi Nur Hana sejak kali terakhir dia berbual dengan gadis itu melalui telefon di Manjung. Otaknya masih ligat mencari idea untuk menolak ajakan gadis itu.


"Argh!!! Tidur lagi baik!" punat off television ditekan. Izhan memejamkan mata. Lampu dibiarkannya terpasang. Malas nak bangun tutup suis.






Warung Kite, Bandar Baru Bangi.


"Izhan?"


PANDANGANNYA tidak silap. Itu Izhan. Nur Hana berkata dari dalam hatinya. Dari dalam kereta kurang 10 meter, dia dapat melihat lelaki yang bernama Izhan itu sedang mengeluarkan sebekas nasi dan diletakkan di atas sehelai kertas minyak. Kemudian diambil kuah dari periuk bersebelahan dan diletakkan bersama bungkusan nasi tadi. Ayam goreng rempah yang sudah dipotong-potong juga diletakkan bersama. Langsung tidak nampak kekok jejaka itu melakukan kerja-kerja menyediakan makanan.


"Aku biasa datang kedai ni, tapi tak pernah nampak pulak dia," Nur Hana menongkat dagu berlapikkan stering kereta. Dia mencongak-congak sesuatu. Sungguh dia tak menyangka yang dia akan tersempak dengan Izhan di sini.


Kedai nasi kukus yang bernama Warung Kite itu di perhatikan lama. Jejaka itu sudah tiada di meja aluminium yang berada di hadapan kedai. Nur Hana teragak-agak untuk keluar dari keretanya untuk ke sana. Nampak aku ni terhegeh-hegeh sangat ke?


Nur Hana melepaskan keluhan lembut. Ada rasa pelik dengan perasaan magnet yang sedang menariknya ke arah lelaki itu. Nur Hana bersandar pada kusyen lembut sambil mendepankan kedua-dua tangannya. Kesejukan penghawa dingin dari kereta model Produa itu mula menusuk tulang belikatnya.


Dari dalam kereta dia dapat melihat kelibat Izhan muncul kembali. Lelaki itu tersenyum manis melayan pelanggan yang singgah. Rambut yang terikat kemas dan wajah bersih Izhan diperhatikan lama. Ada sentuhan halus yang mengusik hati Nur Hana. Dia tersenyum simpul.


"Hai awak!"


Nur Hana tersenyum girang. Dia menunggu reaksi lelaki itu. Tetapi sapaannya tadi seperti tidak didengari Izhan. Lelaki itu masih leka dengan dapur kuali. Langsung tak tengok sekeliling.


"Awak!" kali ini suaranya lebih kuat, tapi Izhan masih tidak menyedari kehadiran Nur Hana.


"Nak nasi kak? Makan sini atau bungkus?" Nurul Iman menegur Nur Hana buat kali ke dua apabila melihat gadis itu masih berdiri terpaku memandang Izhan.


"Err.. makan sinilah dik, boleh?" Nur Hana malu sendiri apabila Izhan masih tidak menyedari kehadirannya. Tekun sangat tengok ayam goreng tu! Nur Hana membebel sendiri.


"Akak duduk dalam dulu, kejap lagi saya hantar ye?"


Nur Hana hanya mengangguk sambil melangkah ke dalam kedai. Adik Izhan ke tu? Dia baru perasan tentang Nurul Iman. Hatinya terdetik yang Nurul Iman cantik orangnya.


"Air?"


"Err... carrot susu?" sekali lagi Nurul Iman menyapa Nur Hana. Gadis bertudung hijau itu segera meninggalkan Nur Hana dan meletakkan kertas pesanan di meja membuat air.


Nur Hana meneliti dekorasi Warung Kite. Kena dengan citarasanya. Sistem pengudaraannya membuatkan sesiapa sahaja berasa selesa berada di dalam restoran ini. Banyak lukisan di dinding yang dilukis sendiri, bukan menggunakan kertas dinding. Campuran kayu dan sedikit barang antik menaikkan seri Warung Kite. Tempat masak berada dihadapan kedai dan tempat membuat air di bahagian tepi. Jadi, pelanggan boleh melihat sendiri bagaimana penyediaan makanan dan minuman disediakan. Dia sedikit kagum. Siapa yang design kedai ni? Nur Hana berteka teki.


Tiba-tiba Nur Hana terpandang pada susuk tubuh Izhan menuju ke tempat membuat air. Menonong sahaja gaya Izhan. Lurus dan langsung tak nampak orang. Nur Hana tersenyum melihat telatah Izhan. Orang kata lurus macam pembaris.


Nur Hana menanti penuh sabar, sambil menunggu Izhan menghantar minuman kepadanya. Dia ingin lihat bagaimana reaksi Izhan apabila melihatnya di sini.


"Hai!" Nur Hana menyapa sebaik sahaja Izhan betul-betul dihadapannya.


"Allah!" Izhan terkejut apabila wajah Nur Hana betul-betul dihadapannya ketika dia meletakkan minuman itu di atas meja. Pegangan gelas ditangannya terlepas. Habis tumpah di meja. Nur Hana sempat mengelak.


Nur Hana tergelak kecil. Sudah dapat mengagak reaksi Izhan. Dia teringat bagaimana reaksi Izhan ketika pertama kali berjumpa di kafeteria UiTM.


"Awak buat apa kat sini?" Izhan nampak kaget. Cepat-cepat dia mengambil kain mengelap air yang tertumpah. Malu menyelubungi dirinya. Nurul Iman di hadapan kedai menjeling tajam.Nur Hana menahan diri dari ketawa. Lucu baginya melihat Izhan kelam kabut.


"Saya buat apa? Em... saya datang nak makanlah," nada Nur Hana seakan mengusik.


Izhan kembali ke meja Nur Hana bersama-sama segelas air kosong lalu diletakkan di hadapan Nur Hana. Dia duduk sekali berhadapan Nur Hana. Bermacam-macam persoalan ada dalam benaknya apabila Nur Hana muncul di sini. Debaran hatinya masih belum surut.


"Macam mana awak ada kat sini?" tanya Izhan cuba kembali tenang. Gadis di hadapannya tersenyum manis.


"Dengan kereta, tu Axia kat kedai depan tu,"


Izhan memanjangkan leher melihat kenderaan Nur Hana. Sungguh dia tak perasan. Entah mana datang angin, alih-alih muncul Nur Hana di kedainya.


"Datang nak tuntut janji ke?" Izhan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba teringatkan janjinya kepada Nur Hana tempoh hari.


"Orang tak sudi..." Nur Hana buat nada merajuk. Sengaja mahu bagi Izhan sedikit gelisah.


"Sorry Hana, sibuk sikit. Kerja, balik kampung, kerja lagi..." Izhan tidak berdalih. Berterus terang sahaja.


"Takpe, kat sini pun okey. Awak tak cakap kerja kat sini, Hana pun duduk area ni jugak," Nur Hana menyeka rambutnya yang jatuh di dahi.


Izhan tersengih.


"Patut kena buat sesi suai kenal dulu masa kat UiTM tu," Izhan berseloroh.


"Orang nak buat dia tak mau," gadis itu membalas.


"Kejap ye," Izhan segera bangkit. Dia mengambil pesanan set nasi kukus ayam berempah di hadapan kedai dan kembali ke meja Nur Hana. Dengan cermat Izhan meletakkan hidangan itu di hadapan Nur Hana.


"Jap saya buat air," sekali lagi Izhan berlalu. Air carrot susu dibancuh dengan kadar segera. Tidak mahu Nur Hana tertunggu-tunggu.


"Takpe ke duduk sini? Awak tengah kerja kan," Nur Hana sedikit risau apabila Izhan kembali duduk dihadapannya. Dia takut mengganggu pekerjaan lelaki itu.


"Takpe... Iman ada jaga kat depan, orang pun tak ramai lagi," Nur Hana hanya mengangguk. Baru dia tahu gadis tadi namanya Iman.


"lagipun... rasa bersalah pulak sebab tak tepati janji dengan awak. Kira kita kosong kosong la ye?"


Nur Hana tersenyum sambil meneguk sedikit air karot susu. Dia nampak sedikit kelembutan pada nada suara Izhan. Dia mencuri pandang sesekali wajah bersih Izhan.


"Sedap air ni. Tak manis sangat dan tak tawar sangat. Ada cara lain ke nak bancuh air?" tanpa sengaja Nur Hana mengubah topik.


"Bahannya yang lain. Datanglah sini kalau nak minum, saya belanja,"


"Takut awak je tak sudi nak jumpa kita," Nur Hana tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik Izhan.


"Adeh... ada lagi. Ingatkan dah boleh move on," Izhan merungut ala kadar. Sedikit terhibur dengan sikap Nur Hana. Ada rasa senang apabila berbicara dengan gadis ini. Hilang terus rasa kekok yang selama ini menari-nari dalam benaknya.Nur Hana, gadis yang membuat dia tersenyum sampai cecah telinga!

Continue Reading

You'll Also Like

548K 43.7K 34
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...
522K 28.3K 19
𝐒𝐡𝐢𝐯𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 𝐱 𝐑𝐮𝐝𝐫𝐚𝐤𝐬𝐡 𝐑𝐚𝐣𝐩𝐮𝐭 ~By 𝐊𝐚𝐣𝐮ꨄ︎...
1M 90.1K 140
This is the continuation of short story collection 'Love me thoda aur '.
1.9M 104K 89
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...