[𝐂] The Curse || MYG

By sohopmin

15.1K 3.1K 1.1K

THESTORYLINE🔥 ---------- Min Yoongi sentiasa hidup dalam ketakutan yang berpunca dari mimpi ngerinya sendiri... More

SINOPSIS
🔥
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
special for you army
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
THANKYOU‼️
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
THE END
The Voice

1

673 88 53
By sohopmin


"Terima lah hukuman kau!"

Pedang di tangan di tusuk ke dalam pada badan lelaki di hadapannya.

Darah menitik dari pedang tersebut, dirinya tersenyum sinis memandang lelaki di hadapannya ini tergamam melihat pedang yang terbenam di dalam perutnya.

"YOONGI!!!!"

__________

"ARGHHHHHHH JANGAN!!" Suga terjaga dari tidur. Dada berombak-ombak. Dahi berpeluh. Mata meliar mencari kelibat lelaki yang ditusuk pedang sebentar tadi.

Selepas sedar itu cuma mimpi ngeri, Suga melepaskan keluhan berat. Parut di mata yang berdenyut itu, di gosok.

"kalau macam ni, sampai mampus aku takkan aman" rambut di kusutkan. Rimas dengan mimpi yang sering datang menjengah tidurnya.

Suga memandang jam di atas meja bersebelahan katil nya.

10.37am

"ah shit dah lewat" dengan pantas Suga mengalih comforter dari badannya kemudian berlari ke bilik mandi untuk bersiap.

__________

"Selamat pagi, Suga"

Suga mengalihkan pandangannya dari tombol pintu apartment nya ke belakang. Melihat siapa yang menegurnya pada awal pagi ini.

tch, diani lagi.

Suga hanya memberikan jelingan kepada manusia yang menegurnya itu, pandangan dialihkan semula ke tombol pintu.

Pintu apartment di kunci kemudian Suga terus berlalu pergi meninggalkan manusia tersebut tanpa membalas tegurannya.

Tanpa melengahkan masa, Suga menuruni tangga dengan pantas. Kemudian menghampiri motosikalnya yang di ruangan parkir. Motosikal dihidupkan, di tunggang pantas menuju ke destinasi.

___________

"Maaf lambat" kata Suga pada lelaki di hadapannya. Lelaki itu berhenti dari kerja yang sedang dilakukan, kepala diangkat. Memandang Suga yang termengah-mengah menarik nafas.

"Aku ingatkan kau tak datang harini" jawab Kim Taehyung seraya menyambung kerja mengelap kaunter itu.

"Aku bangun lambat" balasnya ringkas.

Suga menuju ke belakang kaunter mengambil box penghantaran makanan. Kemudian terus berjalan keluar dari cafe tersebut tanpa memandang Taehyung.

"Bila laa dia ni nak berubah" Taehyung memandang lelaki dingin yang sedang menaiki motosikal di luar lalu pergi meninggalkan cafe itu untuk menghantar makanan yang dipesan.

Taehyung hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat sahabatnya itu.

Loceng cafe berbunyi.

"Selamat datang" kata Taehyung sambil mengangkat kepalanya, memandang manusia yang sedang berjalan menuju ke kaunter.

"Ish, ingatkan customer tadi" cebik Taehyung melihat adiknya, Kim Taein yang sedang melabuhkan punggungnya di kerusi kaunter itu.

Taein tertawa kecil melihat muka masam abangnya itu. Nasib comel.

"Suga dah masuk?" tanya Taein sambil menyarungkan apron yang di ambil di bawah kaunter itu pada tubuh.

"Dah masuk, and dah blah" kata Taehyung dengan nada geram.

Masuk lambat lepastu taknak pandang langsung tuan kedai, siapa ja tak geram?

"Dingin macam selalu ke?" tanya Taein .

"Taein rasa ?"

"Betul dah la tu" Taein melepaskan keluhan berat.

Min Suga, siapa ja tak kenal lelaki yang berperwatakan dingin tu? Susah betul nak tengok lelaki tu senyum.

"Pagi tadi dia ignore Taein lagi" Kata Taein sambil meletakkan dahinya di atas kaunter.

"Dah dah la tu, tak payah lah try hard sangat, dia bukan kisah pun" Taehyung membelai perlahan rambut adik perempuannya itu.

Taein mencebik mendengar teguran abangnya itu.

__________

"Anyeonghasaeyo, saya datang nak hantar pesanan ni" Suga mengangkat kepalanya, cuba mencari kelibat manusia dalam rumah di hadapannya ini.

"aish mana orang nya pulak" Suga mendengus kasar, naik berang dirinya. Sudah hampir 10 minit dia menunggu penghuni rumah keluar dari rumah itu.

Suga mengalah. Langkah diayunkan pergi menuju ke motosikalnya semula, namun langkahnya terhenti apabila mendengar satu suara menyahut panggilannya yang sudah berkurun lamanya.

"Maaf yaa anak muda, nek tak dengar kamu panggil tadi" muncul seorang wanita berusia lingkungan 50tahun keluar dari rumah itu.

"Takpa nek" Suga memandang wanita tua yang berjalan menuju ke arahnya.

"Berapa ya semua?" tanya nenek itu sambil membuka dompet kecilnya itu.

"15000won" jawab Suga sambil memerhati gerak geri nenek tua itu mencari wangnya.

"alamak.. Nek tak cukup 3000won la pula.." sayu nenek tua itu berkata. "Kalau nek cancel order ni?" soal wanita itu ragu-ragu.

Suga merenung tepat ke dalam mata wanita itu.

Rindu.

Itu yang dirasakannya.

"Cuu? Kalau tak boleh tak apa, nenek hutang macam haritu.."

"Tak perlu, nek ambil ja" balas suga pendek, bekas makanan yang dipesan itu dihulurkan kepada wanita tua di hadapannya ini.

"Betul ke ni, cu?"

Suga hanya membalas dengan anggukan. Wanita tua itu terus memeluk lelaki muda tersebut.

"Terima kasih cu, cu dah selamatkan nek" wanita itu melepaskan pelukannya.

Suga melemparkan senyuman kepada wanita tua itu sebelum meminta diri pergi menyambung kerja nya.

Suga memandang wanita tua itu berjalan masuk ke dalam rumahnya dari jauh. Sebak hati nya melihat wanita tua yang hampir sebaya eomma nya itu gembira. Suga hanya mampu mengeluh mengingati wanita itu.

Suga meneruskan kerja kerja penghantarannya semula.

__________

"Selamat datang" kata Taein yang sedang mengangkat pinggan kotor dari meja selepas mendengar bunyi loceng pintu cafe berbunyi. Kepala di teleng, melihat siapa yang memasuki cafe itu.

"Taehyung ada?"

"Oh korang ke, kejap kejap" Taein berlalu masuk ke dapur untuk meletakkan pinggan itu kemudian memanggil abangnya yang berada di dalam office cafe itu.

"Abang, Jimin dengan Jungkook datang" kata Taein sambil mengetuk pintu office Taehyung daripada luar.

"Suruh diorang tunggu kejap" jerit Taehyung dari dalam office.

"Baik"

Taein berjalan keluar dari ruangan staff cafe itu kemudian berlalu menuju ke arah Jimin dan Jungkook yang sedang rancak berborak di meja.

"Tae suruh tunggu kejap"

"Okayyyy, anyway kau duduk la dulu" pelawa Jungkook.

"Taknak lah" tolak Taein.

"Alah, macam la tak biasa. Lagipun korang sebaya sekelas semeja kan dulu" balas Jimin. "Buat macam kau tak biasa dengan kami pulak" tambah jungkook.

Taein memutarkan bola matanya mendengar dua manusia yang gigih memujuknya ini.

"Tak bukan Taein tak nak join korang borak, cuma ada cust kena layan. Kejap lagi Taein join" kata Taein.

Taein berlalu pergi ke meja pelanggan yang baru sahaja memasuki cafe itu, meninggalkan Jimin dan Jungkook.

"Susah benor nak ajak berborak" dengus Jungkook.

"Kalau kau yoongi, senang la"

Meletus tawa Jungkook mendengar sindiran Jimin pada Taein.

Jungkook memegang perut nya. "Berani betul kau sebut nama tu. Kalau dia dengar mati kau" kata Jungkook yang sudah melilar mata mencari kelibat lelaki tersebut. "Nasib dia tak ada"

"Yela kau ingat aku akan sebut ke kalau dia ada? Memang tempah maut la jawabnya" kata Jimin yang sudah menelan air liur. Seram memikirkan lelaki dingin kalah ais batu itu.

"Haa korang borak apa?" soal Taehyung yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Jimin.

"Pasal Min Suga la siapa lagi" jawab Jungkook menayangkan riak menyampah. "anyway dia mana? "

"Belum siap penghantaran lagi tu"

"ouh ingatkan dah balik" jawab jimin. Kepala dianggukkan.

"Dia masuk lambat harini, so kena balik lambat la" beritahu Taehyung. Tangannya mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.

"Asal Namjoon tak ikut?"

"Macam biasa, ada kerja sikit. Susah jugak nak lepak dengan dia sekarang lepas dia kerja dekat BigHit" keluh Jimin.

"Lama kita tak lepak ramai ramai macam dulu" kata Jungkook dengan nada sedikit sayu. Jimin hanya menganggukkan kepalanya, setuju dengan kata maknae tersebut.

Taehyung melepaskan keluhan kecil. Rindu suasana riuh rendah mereka bersama dahulu.

"Sekarang semua dah berubah, sorang makin menjauh. Sorang busy dengan life sendiri. Sorang lagi.." kata Taehyung terhenti.

Muka mereka bertiga berubah sayu, sedih mengingati sahabat mereka yang sudah pergi meninggalkan mereka.

Suasana sedih terganggu apabila loceng pintu cafe berbunyi. Mereka bertiga mengangkat kepala. Suga yang sedang berjalan masuk ke dalam cafe, dipandang.

Box penghantaran makanan diletak dibawah kaunter.

"Duit pesanan dalam box macam biasa. Aku balik dulu" kata Suga lalu berjalan keluar dari cafe tanpa memandang mereka.

"Ceh, sampaikan tengok muka kita pun dah taknak. Dahla muka macam menyangak ada hati nak acah artis eii" Jimin menggenggam penumbuknya, gigi diketap geram.

Jungkook dan Taehyung hanya mampu melepaskan keluhan kecil melihat perangai Suga yang semakin hari semakin dingin dengan mereka.

"Eh Suga dah balik ke?" soal Taein yang baru saja keluar dari bahagian dapur.

"dah" jawab Jungkook.

Taein kembali ke dapur semula dengan perasaan kecewa.

Hampeh betul, Min Suga ni.

- TBC -

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Halu

ni first ff saya hm.

Harap okay aja🌚

Jangan lupa vote & comment !

Support lah seketul potato ni :>

makasih🌞

Continue Reading

You'll Also Like

28.9K 3.8K 34
jangan tertipu dengan kecomelan wajah dia. Sekali kau kenal dia, kau akan lupa dia ni sebenarnya manusia ke batu. I'm still a beginner and yeah, my...
; Dead Friend. jjk'pj By 👽

Mystery / Thriller

62.9K 7.8K 25
[ C O M P L E T E D ] Itu tugas aku untuk sedarkan dia. Huh? Kau belum rasa peritnya sebuah penyesalan selepas mati, kawan. ;friend is not just a wor...
[C] Let Me Go By JinJangmyeon

Mystery / Thriller

68.5K 5.6K 47
S1 & S2 " Sekarang kita tenang. Kita pecah dua. Kau dan Jimin cari dalam dorm. Aku dan V try cari luar kawasan dorm" - suga " Hyung. Klau tak jumpa...
38K 3.8K 18
[Completed √] + Kisah sebuah hospital yang sudah lama tiada penghuni akibat kebakaran suatu ketika dahulu, Ramai yang jadi mangsa, Masa kejadian ters...