Tolong Lindungi Dia

By Syrah_21

88.1K 2.3K 69

Adryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
Bab 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
Bab 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81

BAB 34

932 29 0
By Syrah_21

BUKK !

"Hei ?! You takde mata ke ?!" Herdik perempuan itu akibat tubuhnya dilanggar oleh Hanna. 

Amboi, dia yang langgar kita. Dia pula yang marah kita. Dah lah badan dia tu macam besi. Sakit tau tak !

"Hei, you dengar ke tak apa I cakap ?!"

Hei, hei, hei aku cepuk kepala kau kejap lagi kang. Tak pasal pasal kau biul nanti. Aku mengeluh. Nak tak nak terpaksa aku pandang wajah dihadapan ku itu. Makaih... Seksanya...Dengan baju baby-T pendek. Sendat. Menonjolkan sedikit kulit pusat dibawahnya dan mengunakan skinny jeans. Rambut panjang mengurai. Diwarnakan dengan merah perang. Nak tertonjol biji mata aku tengok. Perempuan ni tak reti nak pakai pakaian cukup kain ke ? Tak malu ke ?

"Maaf." Balas ku dengan bersahaja.  Malas aku nak cakap dengan minah ni. Dia yang salah tak reti nak minta maaf.  Sampaikan aku pula yang minta maaf.  Baru aku nak melanjutkan langkah ku, tiba-tiba tangan ku direntap dengan kasar. Seluruh badan ku berpusing menghadap perempuan itu kembali.

"Hish ! Apa lagi awak nak ? Kan saya dah minta maaf tadi. tak cukup ke ? " Cepat-cepat aku menarik tangan ku dengan kasar. Dia ni...

"Tak ! I nak you melutut depan I sebagai tanda maaf !"

Cewah...sesedap Maggi cukup rasa je kau arah-arahkan orang melutut depan hang kan ? Ni dah melampau ni. Dia ingat aku ni hamba abdi dia ke ?!

"Pardon me ? Buat apa saya kena melutut depan awak sedangkan yang salah tu awak sendiri ? Siapa yang tak pandang depan semasa jalan ? Awak ke saya?  Siapa yang main phone semasa berjalan ?  Awak ke saya ? Dah tahu salah, tak nak mengaku ! Sori, aku takkan melutut orang macam kau." Hamekau ! Kalau ikutkan hati, nak je aku bagi lempang dekat perempuan tak sedar diri ni. Dia siapa nak arah orang melutut depannya. Tapi aku masih boleh bersabar. Waras lagi. Kang tak pasal-pasal hospital ni jadi tempat wrestling.

"Ergh ! I tak kira !"  Protes perempuan itu sambil menghentak kakinya. Aku berharap sangat yang heel dia pakai tu patah. Biar dia rasakan !

"Kisah pula aku." Balas aku sambil menayangkan wajah dingin ku. Eee... Bila la perempuan ni nak blah. Aku ni dah naik kematu melayan kerenah dia yang serupa orang gila ni. Kang dengan aku-aku sekali daftar nama masuk wad gila. 

"Ada apa ?" Tiba-tiba ada suara yang menyapa dari arah belakangnya. 

Kusss semangat. Nasib baik aku tak 'jalan'. Aku menoleh ke arah suara yang menyapa itu. Gulp ! Terlihat Qashaff dengan wajah bekunya merenung kami berdua. Yang tak lepas pandang dia.  Perempuan tu. Pakej dengan senyum sinis lagi. Eh bukan ke dia dekat depan ke tadi ? Asal patah balik ? Mungkin dia dengar kami bertengkar kot.

"A--Ad" Terketar-ketar suara perempuan itu menyebut nama Qashaff. Aku mengerut dahi ku. Bersilih ganti memandang wajah Qasahaff dengan perempuan di hadapannya. Kenal ke ? Apa hubungan dia dengan suami aku ?

"Damia, you buat apa dekat sini ? Nak cari jantan ?" Perlinya. Perghhh ! Menyakitkan tu ayat dia. Aku mengerling wajah suami ku. Dingin. Serius kecut wei perut aku tengok dia ni.

"Eh mana ada. You ni kan...Hati I ni untuk you tau. I balik pun sebab I rindu you." jawab Damia.

Terjegil mata ku apabila perempuan dihadapannya ini selamba meluahkan perasaan di depan dia. Adeh...ada yang makan kasut lepas ni. Rindu tengkorak kau ! Yang kau luahkan tu dekat suami aku. Ku ulangi sekali lagi S.U.A.M.I. Suami aku ! Lu siapa nak rindu-rindu bagai ?!

"Pwwff.. seriously ? You came here just because of missing me ? Hei, kau datang sini dah tengok cermin ke belum ? Kalau sekali baik kau tambah empat kali. Damia Damia you knew already my answer. Aren't you ? Listen to me carefully. Sebab I tak akan cakap berulangkali. Sampai bila-bila pun. Sampai I mati pun. I takkan terima you.  I takkan cinta you. I takkan sayang you. And I won't be your husband. Please mark it. Simpan kata-kata I dalam kepala otak you." Dalam pesanan terselit sindiran yang disampaikan oleh Qashaff.

"Lupa, I. Damia, I'm already married. Meet my beautiful honey, Hanna Arlana. Honey. Ni Damia Izzara. Damia." Kenal Qashaff. Sempat lagi dia memberi senyum kepada aku. Entah senyum ikhlas ke senyum menyindir. 

Aku terkaku. Badan ku kejung. Terasa tangan seseorang melingkar kemas di pinggang ku. Aku pandang Qashaff dengan wajah bengang. Namun Qashaff hanya buat tak endah pandangan ku itu.  Makin lama makin erat dia peluk. Hoi ! Senak la... Takkan lari la bini mu ini. 

Aku menepis perlahan tangan sasa itu.  Tapi tak berjaya. Ish ! Nak je aku patah-patahkan tangan dia ni. Gatal. Ulat bulu.

"I--I Tak percaya ! You buat lawak kan ?" Damia mula tidak berpuas hati dengan penyataan Qashaff.  Macam mana boleh pengintip dia tak bagitahu sebarang perkembangan tentang Qashaff ? Wajah perempuan disisi Qashaff itu dipandang dengan penuh kebencian.

"Ada muka I buat lawak ke ?" Bidas Qashaff. Tersunggil senyuman sinisnya. 

"Tak ! I tak percaya ! Ad you tahu kan I love you since were in colage. How could you do this to me !" Wajah Damia berubah merah. Tajam sekali matanya menikam wajah Hanna. 

"You ! Kau dah kenapa nak rampas boyfriend I ! Mesti betina ni bomohkan you supaya you suka dengan betina ni ! Hei banyak lagi la jantan luar sana. Yang layak dengan status you. Bukan nya jantan diluar pupus pun." Sinis Damia. Bulat mata ku apabila aku dikatakan sebegitu. Sedikit terasa. Sakitnya mencucuk ke pangkal hati. Ewah...kalau aku bomohkan Qashaff, dengan-dengan kau sekali aku bomohkan kau ! Ikut hati jantung pengerang limpa dia je tuduh orang.

"Since when were in relationship, huh ?" Soal Qashaff dengan sarkastik. Kening kanan dijongket tinggi. Mata hazel itu mula merenung tajam tepat pada wajah Damia.

"Ad...Please jangan buat I macam ni. I cintakan you. Please..." Rayu Damia. Tangan Qashaff di pegang. Tapi sepantas kilat Qashaff meleraikannya. Aku terkejut saat tangan Damia memegang tangan suaminya. Dia pegang tangan laki aku !?
Wa... Nanti gua sengat lu !

"I'm very sorry. I can't accept it. Look, stop loving someone who doesn't like you. It's useless. I'm not gonna love you. And it never happen. Damia, banyak lagi lelaki kat luar sana. Yang layak dengan status you. Bukannya lelaki di dunia ni pupus." Sempat lagi dia tiru ayat Damia. Hampir sahaja ku tergelak bergolek. Qashaff ni boleh tahan juga kalau berhujah. Sentap habis ! Patut la perempuan tak berani nak berkawan dengan dia ni. Mulut lancang.

"Ergh ! Ni semua pasal kau betina ! Kalau kau tak kacau. Aku dengan Ad akan berkahwin ! Semuanya sebab kau ! Dasar perempuan tak guna ! Pelacur !"

"DAMIA IZZARA !"

Suara lantang Qashaff bak halilintar itu cukup menyentak kami berdua. Bukan setakat kami je. Tapi orang-orang sekeliling kami turut terkejut. Aku mengurut dada ku akibat terkejut mendengar suami ku tetiba menjerkah. Cuba la kalau nak menjerkah ke menjerit ke bagi la signal.  Dapat la aku nak ready tutup telinga. Pandangan ku dilontarkan pada sekeliling. Aduh ! Ya Allah malunya !!! Semua orang dah tengok kami dah. 

"You jangan nak cabar kesabaran I ! You siapa nak ucap isteri I macam tu. Hei,  kalau ia pun I tak kahwin ke kahwin ke I tetap takkan terima you ! Once again. I. Won't. Accept. You. As. My. Wife ! Dah la, I penat nak layan orang yang tak reti bahasa ni. Honey, jom ! Tak payah layan perempuan sengal ni." Tangan Hanna ditarik olehnya.  Aku yang nak bercakap. Terpotong.  Eh ?! Nak pergi mana ?

Damia mengetap bibirnya dengan geram. Matanya tajam melihat pergerakan suami isteri itu sehingga lesap dari pandangannya. Tangan dikepal menjadi penumpuk. Rasa amarah membuak-buak dalam dirinya. 

"Aku takkan lepaskan kau Hanna ! Apa yang aku nak mesti aku akan dapat ! Hanna,  I swear. I'm counting on you. Wait and see." Tersunggil senyuman sinisnya sebelum dia melangkah pergi dari tempat itu.

⚜️❣️⚜️

"Kita nak pergi mana ni ?" Soal ku dalam kekeliruan. Dalam masa yang sama,  aku juga ada perasaan takut pada Qashaff.  Bukan takut tengok muka tegang dia. Tapi takut maut menjemput ! Mana taknya takut, kalau bawa kereta macam bawa formula one. Memang la Wrangler  tu kereta sport plus besar. Kalau bawa baik-baik tak boleh ke ? Nak marah, jangan bawa aku sekali bawa mati. Amalan aku belum cukup tahu tak cik suami oit !

Soalannya hanya di balas dengan angin.  Matanya masih fokus dengan pemanduannya. Aku mencebik.  Ceh...datang balik angin taufan dia dah...suami aku ni tengah period ke ? Tapi kalau perempuan period tak la macam dia ni. 

"Encik Suami, saya tanya ni. Kita nak pergi mana ni ? Ni bawa kereta pun macam nak menjemput maut je.  Perlahankan la kereta tu... Bawa 80 kmph ke... "

"Honey ingat kereta abang ni kereta sorong ke nak pakai 80 kmph ?"

Bibirku tercebik geram. Apasal savage sangat jawapan mamat ni. Tak suka la !

"Berdosa mengumpat suami sendiri." Kata Qashaff.

"Mana ada saya mengumpat abang. Abang... Cepat la bagitahu. kita nak pergi mana ni ?" Desak ku sambil menggoyang-goyangkan lengan sasanya. Mulut ku dimuncungkan ke depan minta simpati.

"Ish ! Jangan lah kacau abang. Abang kan tengah memandu ni. Karang terbabas. Tak sempat abang nak buat anak lagi."

PAP !

"Aduh !" 

"Mengada !" Jerit ku. Tangan disilang ke dada. Muka dipalingkan menghadap jendela. Eee...Orang tengah serius ni. Dia main-main pula. Tak suka la ! Tak suka ! Mata ku menjeling tajam kepada Qashaff.

Qashaff tersengih. Tak lama itu dia, mengetap giginya. Dia berdecit menahan kesakitan pada lengannya. Pedih ! Dia menggosok perlahan lengannya.  Manakala lengan yang sakit tadi masih memegang stereng kereta. Ganas betul bini dia ni.

"Ala...kejap lagi dah nak sampai ni. Kalau abang bagitahu tak suprise la namanya." Pujuk Qashaff. Senyuman manis dilontarkan kepada Hanna. Kepala yang berlapik tudung itu diusap dengan perlahan.

Hatinya semakin hari semakin bertambah jatuh sayang pada gadis itu.  Ada sahaja gadis itu mencuit hatinya. Untung sesiapa yang memiliki dia.  Raut wajah yang cantik yang tak setanding dengan model-model di malaysia. Manja semula jadi. Dan apa yang buat dia jatuh sayang pada gadis itu ialah kejujuran dan keikhlasan yang diberikan kepada anaknya.

"Suprise ?" Soal ku dengan muka blur.

Terus meletus tawa Qashaff. Aku mula pelik. Ya. Pelik sesangat. Dah kenapa suami aku ni ? Aku ada buat lawak maharaja lawak ke ?  Ke kena sampuk dengan hantu ? Aku pandang wajah suami dengan kening kanan yang terangkat. 

"You're look too cute with your blurred face. Serious. It makes me wanna kiss you." Katanya dengan tawa yang masih tersisa. 

"Abang ni !!!" Aku palingkan wajah ku memandang jendela ditepinya. Tak kuasa aku nak layan kerenah suami ku ini.  Menyakitkan hati. 

"You're blushing honey."

"Mana ada !" Nafi ku.

"Ada !"

"MANA.ADA!"

"ADA !"

"Tak mahu kawan dengan abang !"

"Okey. Abang pergi ushar Damia. "

KEPAP !

"Okey abang main-main je !" Bahunya digosok. Dah dua kali tubuhnya diseksa dan ditampar oleh isterinya. Sakitnya... Masya Allah...

"Berani abang ushar perempuan tu. Hanna sembelih abang !" Warning ku sambil menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan Qashaff. Lagi sekali Qashaff tergelak. Amboi... Awat seronok sangat dok gelak kan orang ?

"Berani ke nak sembelih abang ? Tak takut ke kena gelar janda hot ?" Qashaff bantai gelak. 

Ya Allah...kenapa dengan suami aku ni ? Nak kata terancat akal tak juga. Nak kata buat tabiat tak juga. Salah makan kot ? Kepala digeleng tanda pening melayan perangai tak semegah suaminya itu. Ya Allah... Perbetulkan lah otak suami ku ini...

"Apa-apa jelah. Tapi kalau Hanna nampak dengan perempuan tu. Siap !" Penumbuk ku ditayangkan. Mata ku dijegil. Tanda amaran. 

"Eleh. You're hands too small and too cute, honey. Kalau honey tumbuk abang macam semut gigit je." Dia tersenyum simpul. Cukup menawan. Cukup cair.  Jika perempuan melihatnya. 

Aku tergamam. Ya Allah handsome nya ! Cair. Cair. Aku cair lihat senyuman dia ! Umi ! Tolong Hanna !

"Hensem sangat ke abang ni. Sampai tenung abang macam nak tembus je."

Tersentak aku dibuatnya. Pantas aku mengalihkan pandangan ku keluar jendela.  Pipi dah membahang merah. Malunya...Umi ! Qashsff buli Hanna ! Jahat ! Jahat ! Jahat !

"Dah sampai." Ujarnya. 

Aku menoleh luar jendela kereta. Mulut ku ternganga luas. Bukan pasal rumah Qashaff.  Tapi aku terkeut sebab banyak kereta singgah dirumahnya. Ada Vellfire. Porche. Mini cooper. Nissan GTR.  Mercedez Benz C-class. Banyaknya... Aku pandang pelik. Ada apa ?

"Abang, kenapa ramai sangat datang rumah abang ni ?" Soal ku dengan pelik.  Namun soalan ku hanya dibalas dengan angin. Sebaliknya dia memakir keretanya betul-betul dihadapan pintu utamanya. 

"Entahlah. Setahu abang, abang tak jemput ramai orang." Qashaff juga pelik.  Bukan ke dia hanya jemput mak mertua dia ? Kenapa macam sekampung datang rumah dia ni ?

"Pelik."

Qashaff mengangkat kedua belah bahunya. Mereka segera keluar dari keretanya itu dan melangkah ke pintu utama. Berdebar-debar jantung ku saat Qashaff menolak pintu itu. 

"Suprise !!!"

Kuss semangat !!! Serta merta itu juga air mata ku mengalir. Terharu. Gembira. Sedih. Semuanya aku tidak dapat gambarkan. Insan yang dia rindui akhirnya dapat jumpa juga. Umi ! Begitu juga Qashaff yang turut terkejut dengan kehadiran daddy serta adik-adiknya. Tidak ketinggal Hadif dan Zadz yang turut hadir di rumahnya.

Aik aku panggil umi dengan Afieq je. Asal semua datang ni ? Qashaff mengerut seribu dahinya.

"Selamat pulang ke rumah Ana !" Tya memeluk tubuh ramping.

"Patut la takde dekat hospital tadi." Lengan Tya aku cubit manja. Segera aku meleraikan pelukan mereka. 

"Anak umi dah balik dah. Qash. Apa khabar ?" Puan Haida memeluk kedua-dua insan di hadapannya itu. Rindunya sedikit terubat melihat insan di hadapannya itu.

"Seperti umi tengok sekarang ini. Alhamdulillah. Sihat Wal a'fiat. Umi. Daddy. Apa khabar ?" Soal Qashaff sambil tangannya menyalam kedua-dua tangan orang tua itu.

"Kitorang sihat je." Balas Dato' Qazmeir. 

"Yo bro ! Welcome back Malaysia." Zadz memeluk tubuh sahabatnya itu dengan erat.

"Selamat pulang ke Malaysia, Qash. " Kini giliran Hadif lagi memeluk tubuh Qashaff.

"Haih, balik Malaysia macam angin je aku ni." Sapa seseorang membuatkan kami berdua menoleh ke arah suara itu.

"AFIEQ !"

Ya. Adik aku. Tubuh Afieq aku peluk erat.  Rindunya pada dia, menggebu. Sempat lagi aku mencubit pipi putih adik ku. 

"Perangai manja nak mati tak ubah lagi rupanya." Kata Afieq membuatkan mulut ku mancung sedepa. Kuang ajaq ! Sempat lagi dia mengata. 

"Abang Qash, apa khabar ?" Afieq meluru ke arah Qashaff. Dia peluk mesra lelaki itu. Sebelum menyalam tangan Qashaff.

"I'm fine as you see me right now. Takde la bengkak sana sini lepas bercuti dengan akak Afieq."

Terus meletus tawa Afieq.  Aku mengetap bibir ku dengan geram. Eee...Nasib dia adik aku. Kalau tak memang penampar sulung makan dekat muka. Riang sungguh dia mentertawakan kita. Qashaff ni pun satu. Agak-agak la nak malu kan aku. Depan-depan umi dengan daddy pula tu.

"Fieq pergi mana ni ?" Soal Qashaff sambil memandang pakaian adik iparnya itu. Dengan kemeja lengan pendek berhias bunga-bunga dan mengenakan seluar jeans warna biru. Nak ke mana pakai lawa-lawa ni ?

Aku pun turut pandang penampilan adik ku itu. Huish ! Handsome juga adik aku ni. Umi...kenapa anak teruna umi ni dilahirkan kacak sesangat. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah Arlisaa yang sudah tersengih malu memandang kekacakan adik ku itu.  Ha...kan adik ipar aku jatuh cinta dengan adik aku. 

"Hah ?" Afieq mengerut dahi. 

"Adik akak nak pergi mana dengan pakaian lawa-lawa ni ? Dah la hensem. Nak ushar perempuan dekat luar sana ke ?" Usik ku.

"Pakaian simple macam ni pun dikatakan kita berjalan ? Hensem ke ?" Afieq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melebih sangat ke pakaian dia ?

"Yalah, pakaian Fieq tu buat akak dengan abang Qash fikir Fieq nak jalan-jalan. " Kata ku.

"Mana ada Fieq nak jalan-jalan. Ala... Fieq kan kalau pakai baju memang semua sesuai dan nampak hensem. Macam abang Qash, semua baju semua fit. Orang kalau kacak semua sesuai nampak hensem tau !" Panjang hujah Afieq membuatkan seluruh isi rumah tergelak sakan.  Amboi...sempat lagi kau puji diri sendiri erk ?

"Angah. Akak. Mana hadiah Lisa ?" Sampuk Arlisaa.

"Dah besar pun nak hadiah lagi ke ?" Sedas Qayrel lalu berdiri di sebelah adik perempuannya itu. Hujung tudung adiknya ditarik.

"Apa abang Qay ni ?! Tengok dah sengget dah. Penat Lisa awning tudung ni tau ! Abang apa kesah. Suka hati Lisa la nak hadiah dari angah." Arlisaa mencebik bibirnya dengan geram. Qayrel terkekeh ketawa. 

"Mianhae... (Sorry...)" Lagi sekali Qayrel mengusap kasar kepala Arlisaa yang berlapik tudung itu. 

"Abang Qay !" Arlisaa menghentak kakinya tanda protes.  Apalagi, Qayrel terus bantai gelakan adiknya itu.

Aku juga ikut tergelak melihat telatah mereka berdua. Ada sahaja adik ipar lelakinya itu menyakat Arlisaa. Dalam termenung, tiba-tiba ada tangan memaut bahu ku. Aku mendongak memandang orang itu.

"Abang pergi ambil Qhalish dulu. Honey tinggal dengan diorang eh." Ujar Qashaff. 
Ubun-ubun isterinya dikucup dengan penuh kasih sayang.  Sebelum dia pergi meninggalkan rumah agam itu.

"Aww...Dif ! Menyesal aku tak kahwin.  Tengok Qash dengan bini dia bersweet-sweet rasa banyak semut pula aku tengok." Bidas Zadz sambil tangannya menepuk kuat pada bahu sasa Hadif. Meringis kesakitan Hadif dibuatnya. Aku sedaya upaya menutup malu ku. Cis ! Malunya...

"Sakitlah !" Adu Hadif. Bahunya yang di tepuk oleh Zadz, digosok. 

"Hanna, jom kita duduk. Kita borak-borak dulu. Sementara Qash ambil Qhalish dekat hospital." Arah Dato' Qazmeir.

Kepala ku diangguk beberapa kali. Sebelum mengalih tempat disisi Puan Haida. Dalam beberapa minit,  ruang tamu itu penuh dengan gelak tawa kami.  Suasana di ruang tamu itu bertukar menjadi tempat kegembiraan. Alhamdulillah. Aku bersyukur di kurnia keluarga seperti mereka ini. 

⚜️❣️⚜️

Sorry guys. Late update. 🥺👉👈Saya tengah busy sekarang ni. Yelah nak belajar physic dengan B.I pening saya dibuatnya. 

Thanks for voting and comment guys. I really appreciate it. 🥰 Some comment I take it as a notes. Thanks again to you guys for supporting my story.

Comment 🌟
Vote 🌟

Continue Reading

You'll Also Like

323K 14.9K 78
Karya keempat in romance by hernazulaikaa 📖 TAMAT Nur Ayshah, gadis sekuat batu. Hidupnya tidaklah seindah yang disangka, walaupun datang dari kelu...
3.3M 293K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
67.1K 1.3K 48
Bella inara..Dipaksa berkahwin dengan Hakim iskandar seorang peguam pilihan Ayahnya..namun dia mencintai lelaki bernama Amir imran kekasih hatinya..p...
78K 8.9K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...