[C] International Liar's | Je...

By sthyne

41.9K 4.7K 719

"Kenapa kau percaya aku ?" "Sebab awak seorang manusia juga dan layak dapat kepercayaan dari orang lain" "Tap... More

Prolog + IL - 01
IL - 02
IL - 03
IL - 04
IL - 05
IL - 06
IL - 07
IL - 08
IL - 09
IL - 10
IL - 11
IL - 12
IL - 13
IL - 14
IL - 15
IL - 16
IL - 17
IL - 18
IL - 19
IL - 20
IL - 21
IL - 22
IL - 23
IL - 24
IL - 25
IL - 26
IL - 27
IL - 28
IL - 29
IL - 30
IL - 31
IL - 32
IL - 33
IL - 34
IL - 35
IL - 36
IL - 37
IL - 38
IL - 39
IL - 40
IL - 41
IL - 42
IL - 43
IL - 44
IL - 45
IL - 47
IL - 48
IL - 49
IL - 50
IL - 51
IL - 52
IL - 53
IL - 54
Epilog + IL - 55
THE THEORIES OF INTERNATIONAL LIAR'S SHOW!

IL - 46

676 73 22
By sthyne

Author's POV

Jungkook menarik Suyeon keluar dari hotel bertaraf first class itu. Fuhh.

" Encik Jeon- lepas ! ". Sampailah disatu tempat yang tiada orang Suyeon terus merentap tangannya dengan kuat.

Bukan main kuat lelaki tu pegang lengan dia.

Suyeon menghembus nafas geram sambil berlawan mata dengan Jungkook.

" Encik ni kenapa ?!"

" Tak ada apa ". Jawab Jungkook selamba. Sempat dia mengintai dibelakang Suyeon bagi memastikan tiada siapa memerhati.

" mwo ? Tak ada apa ? Geurae. Tak ada apa ! Tarik saya keluar dari majlis waktu ramai orang tengok tadi , tak ada apa !". Suyeon melepaskan marahnya.

Ni dah membara-bara dah ni. Elok je dia rasa nak patahkan leher orang sekarang.

" Saya ni dah lah tengah panas. Terpaksa datang sini semata-mata nak hadap semua ni. Lagi sejammm je saya kena tunggu. Tapi Encik pulak dah buat scene dekat dalam. Ha suka lah ?!"

Jungkook hanya memerhati Suyeon berleter. Langsung dia tak bersuara.

" Encik Jeon boleh tak jangan masuk campur hal saya ? Saya tak minta pun Encik defend saya. Saya tahulah apa saya buat. Lantak saya nak minum air tu ke tak,"

" Siapa kata aku defend kau ". Ujar Jungkook datar.

Suyeon mengangkat kening.

" Habistu ? Yang tadi tu apa ?"

" Aku saja cakap macam tu. Lagipun memang aku nak buat benda tu dari dulu. Bukannya..."

Jungkook menggantungkan ayat sambil memandang Suyeon. Suyeon melarikan pandangan lalu berdehem.

" S-saya tak perasan. Saya cuma fikir macam mana orang lain akan fikir "

" Ohh fikir yang aku tengah defend kau ? Kononnya tak suka lelaki lain paksa-paksa perempuan , sebab ada niat tak baik. Pastu aku jadi hero.. tak bagi kau minum air tu. Lalu aw happy ending ?"

" Encik ni kenapa ?!"

" Kenapa apa ?"

Suyeon berkerut. Jungkook ni dah mintak kena terajang sampai kubur.

" Ahhh suka hati Encik lah. Lepasni jangan bercakap dengan saya lagi !". Perempuan itu terus berpaling. Frust ini frust.

" hey.."

Jungkook pantas menarik Suyeon lalu memerangkapnya pada dinding. Laju saja Suyeon nak larikan diri tapi Jungkook dah perangkap kemas-kemas dengan kedua tangannya.

Mereka bertentang mata. Mulut mereka senyap seperti sudah dikunci.

Suyeon membalas renungan mata Jungkook. Ya , dia kenal mata itu. Pandangan yang dia pernah terima suatu ketika dahulu.

Keliru.

Berbeza dengan pandangan sewaktu dimajlis tadi.

" Kenapa..". Jungkook bersuara perlahan tapi Suyeon pilih untuk mendiamkan diri.

" Jangan buat macam ni. Jangan buat macam kau tak kenal aku. Jangan mengelak dari aku lagi Suyeon "

Suasana hening seketika. Memang tiada siapa yang lalu dikawasan itu. Memberi tiket kepada Jungkook untuk bersembunyi.

" 6 tahun. Bila kau muncul , tapi kau buat macam aku ni orang asing "

" Sebab Encik memang. Kita tak rapat , malah tak ada apa-apa antara kita. Encik fikir saya nak menggatal macam perempuan murah? "

Jungkook menatap dalam mata Suyeon. Hanya bertemu dengan api kemarahan yang membuak.

" Suyeon-"

" Suyeon yang Encik kenal dulu bukan Suyeon yang ada depan mata Encik sekarang. Kami orang yang berbeza. Jadi berhenti , layan saya macam Encik dah kenal saya lama "

Jungkook mati kata. Dia tak sangka itu yang akan keluar dari mulut gadis tersebut.

Perlahan-lahan tangannya turun semula ke sisi.

" Jadi macam tu..". Tuxedonya ditanggalkan lalu disarung pada bahu Suyeon.

" Jangan pakai macam ni lagi. Take care. Pastikan kau boleh datang ke birthday Jeongsan hujung minggu ni,"

Jungkook memberi pandangan terakhir pada Suyeon sebelum beredar pergi.

Suyeon hanya berdiri tegak. Dia melihat tuxedo Jungkook yang tersarung badannya.

Sekurang-kurangnya sejuk yang dia rasa tadi berkurang.

" Jeongmal.."

***

" Sangeil Chukkahae Jeongsan ! "

Meriah sungguh majlis hari jadi itu. Mesti best dapat sambut hari jadi ramai-ramai.

Bukan macam dia.

Suyeon melihat kelilingnya. Dari tadi dia hanya berdiri disudut rumah. Tak berani nak bergaul dengan orang disitu. Semua dia tak kenal.

" tak apa Suyeon. Kau cakap selamat hari jadi je lepastu kau boleh terus balik okay. Okay.."

Dia memerhati Jeongsan yang tersenyum lebar. Disampingnya terdapat seorang wanita cantik.

" Noona kena datang tau ! Jumpa dengan my mum sekali. Dia cantik !"

Right. Mesti tu ibu dia. Budak memang tak pandai menipu.

Lama Suyeon memerhati mereka. Tapi sedikit pun dia tak bergerak sebab tak ada keyakinan nak bercakap dengan budak tu.

Budak tu terlalu mesra dengan dia.

Tapi lama-lama dia memerhati , sehingga dia perasan satu benda. Jeongsan , dia nampak macam tak gembira. Lagi-lagi apabila ramai yang cuba bermesra dengannya.

Nampak macam Jeongsan akan senyum terpaksa apabila ibu dia pandang.

Apa jadi ni?

Air kotak disedut Suyeon. Nasib baik snack dekat situ sedap.

Wah syurga.

Bukan macam majlis gabungan syarikat hari tu. Makanan fancy , tak kenyang , rasa pelik. Makanan orang kaya memang macam tu ke ?

Sedap lagi makanan tepi jalan.

Tengah sibuk dia menyedut air , tiba-tiba ada satu suara memanggilnya. Tidak lain tidak bukan,

" Noona !"

" Uhuk-uhuk !". Tersedak Suyeon dibuatnya. Dia memandang ke arah Jeongsan yang sedang melambai ke arahnya dengan gembira.

Berbeza sungguh dengan muka sedih tadi.

" noona ! ". Sekali lagi , tapi kali ni Jeongsan melepaskan tangan ibunya dan berlari ke arahnya.

Topi berbentuk konnya juga sudah senget.

" Noona noona noona !"

Mata Suyeon membulat.

The hell- budak ni dah kenapa?!

" Noona datang !!"

" err ya..". Ujar Suyeon janggal. Tak tahu nak balas apa dalam situasi macam ni.

Tapi bila lihat Jeongsan gembira , dia tersenyum kecil.

" nah. Sangeil chukkahae , Jeongsan-ie "

Sebuah kotak hadiah dihulur pada Jeongsan. Bukan main gembira budak itu bila dapat hadiah yang diberi Suyeon.

" Noona orang pertama bagi Jeongsan hadiah. Kamsahamnida... ". Jeongsan menundukkan kepalanya.

Suyeon merendahkan badannya , sama tinggi dengan budak kecil itu.

" Orang pertama ? Tak ada siapa bagi lagi ke ?"

Jeongsan menggeleng.

" Tak. Selalunya macam ni setiap tahun. Ramai orang datang , tapi daddy je yang bagi. Mama pun selalu sibuk kerja sampai lupa pasal hadiah Jeongsan. Nasib baik noona tak macam tu.. kan..?"

" Ah.. "

Macam tu rupanya. Patutlah Jeongsan nampak sedih tadi. Sedihnya kisah budak ni.

Tapi seriuslah tak ada orang bagi hadiah ? Ramai-ramai macam ni datang nak makan je ?

Lol. Suyeon pun first time datang. Punyalah dia yang paling gelabah cari hadiah yang dia nak bagi dekat Jeongsan.

" Noona harap Jeongsan suka hadiah tu "

Senyuman Jeongsan melebar. Dipeluk erat kotak hadiah itu. " Mestilah !"

Suyeon tertawa kecil.

Comel juga budak ni. Walaupun kadang-kadang mintak kaki.

" Jeongsan ?". Suara seorang wanita mengejutkan mereka berdua. Suyeon terus berdiri.

" Oh annyeonghaseyo ! "

Mereka saling menegur. Jadi ini lah ibu Jeongsan. Cantik bebenor.

" Siapa ya ?"

" Ah saya Han Suyeon-"

" Suyeon ??? ". Soal wanita itu sedikit terkejut. Suyeon mengangguk.

" Jadi kamu lah Suyeon yang Jungkook selalu cakap tu "

Mata Suyeon membulat. " Nae ? Dia cakap apa ?"

Wanita itu tersenyum , manakala Suyeon dah ketakutan.

" Puan.. Puan jangan salah faham. Saya dengan suami Puan tak ada apa-apa. Sumpah-"

" Suami saya ? Awak kenal suami saya ?"

Suyeon mengangguk.

" Macam mana- awak ada sorokkan sesuatu pasal suami saya ke ? Dia curang belakang saya ?"

Suyeon gelabah.

Takkan dia nak bagitahu yang Jungkook pernah jadi boyfriend dia dulu ? Lepastu dia playboy. Jahat , kejam , tak guna , setan-

" suami Puan yang ajak saya ke majlis ni"

" Nae ?!"

" Tapi jujur , saya tak ada apa-apa dengan dia dah. Dulu je-"

" Dulu ?! Tapi suami saya kata saya perempuan pertama yang buat dia jatuh cinta "

Jungkook ni penipu besar.

" Sogeun , kenapa ni ?"

Speak of the devil.

Jungkook muncul dengan kerutan didahi.

" Jungkook sampai hati awak buat saya macam ni ". Ujar Sogeun geram.

" Buat apa ?". Jungkook memandang Suyeon sekilas.

" Kenapa awak tak bagitahu saya yang Seongjae curang. Kenapa ?"

" Seongjae curang ? Bila ? Siapa kata ?"

" Awak tak payah buat tak tahu. Suyeon kata dia kenal Seongjae. Dia main belakang saya-"

" Kau kenal Seongjae ? ". Soal Jungkook pada Suyeon.

Suyeon pula dah blur. " Seongjae ? Siapa ?"

" Seongjae , ayah Jeongsan. Macam mana kau kenal dia ? "

" N-nae ?! B-bukan ke Encik suami dia ?"

" Mwo ?!". Jungkook dan Sogeun serentak terkejut.

" Jungkook ni sepupu saya. Suami saya dekat luar negara sekarang ". Jelas Sogeun pelik.

" pftt-". Jungkook melepaskan tawanya.
" Jadi selama ni kau fikir aku dah kahwin ? Dengan Sogeun ?"

" Nae.. sebab Jeongsan panggil.."

" oh Jeongsan memang panggil Jungkook macam tu. Diorang dah rapat sangat ". Celah Sogeun lagi.

Suyeon menekup mukanya.
" Joesonghabnida !". Beberapa kali dia menunduk.

Malunya... dahlah bukan main yakin dia cakap tadi. Huaaaaa

Jungkook dan Sogeun pula dah ketawa , terhibur.

" Mama..". Jeongsan menarik hujung baju Sogeun.

" Nae ?"

" Hadiah Jeongsan ?"

Mata Sogeun membulat. Seperti yang Jeongsan jangka...

" Omo. Mianhae sayang , mama kelam kabut dari tempat kerja tadi sampai tak sempat nak beli-"

" Mama selalu macam tu ! Sibuk sibuk sibuk! Mama langsung tak sayang Jeongsan !"

Budak kecil itu terus berlari keluar dari rumah.

" Jeongsan !"

Jungkook dan Sogeun keluar daripada rumah. Dicari kelibat Jeongsan yang sudah menghilang.

Langsung tiada.

" Jeongsan !"

Mereka bertambah risau.

" Jeongsan.. ahh eottokhae ". Jungkook menekup mukanya.

Suyeon keluar lalu ternampak Jungkook yang sedang resah. Mungkin betul lelaki tu sangat rapat dengan Jeongsan.

Tapi lihat Jungkook macam ni..

Apa patut dia buat ?

" Encik.. Jeon "

Jungkook memandang Suyeon.

" Saya tolong cari dia. Saya pasti dia masih tak jauh dari sini,"

" G-geurae.."

Suyeon mengangguk. Dia berpaling tapi terhenti apabila tapak tangan kirinya dipegang seseorang.

" Jeongsan tu.. boleh jadi keras kepala. Tapi dia selalu cuba yang terbaik untuk ceriakan orang. Jadi tolong , aku merayu.."

Suyeon memandang tangan Jungkook yang menggenggam erat tapak tangannya walaupun sedikit menggeletar.

Perlahan-lahan dia pegang tangan Jungkook menggunakan tangan kanannya.

" Jangan risau. Saya akan cari dia sampai jumpa. Percayakan saya.."

TBC

A/N : Jadi , suka tak ? HAHAHAHAH

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 111K 61
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
11.6K 772 18
Berdirinya rumah yang megah. Wujudnya cinta diantara mereka.. Nantikan Rowoon sf9 dan Sowon gfriend Note : author kalau buat sinopsis memang fail an...
1.3K 94 23
Kim Taehyung & Kim Anne Fanfiction "kalau jadi pape dalam hubungan kita, jangan sesekali salah kan taehyung salah kan diri anne sebab dah bagi orang...
6.4K 1.2K 11
• 아파트 • [ C O M P L E T E ] ❝ jangan pernah kau kutip sabun yang jatuh dalam bilik air ❞ ˗ˏˋ TUPPERWARE GIVEAWAY CONTEST ˎˊ˗ ˗ˏˋ a d a p t a s i d...