Tolong Lindungi Dia

By Syrah_21

87.4K 2.3K 69

Adryan Qhasaff - Sebut sahaja nama, satu Kuala Lumpur kenal dia. Orang ternama macam dia, mana tak nya orang... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
Bab 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
Bab 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57
BAB 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
BAB 63
BAB 64
BAB 65
BAB 66
BAB 67
BAB 68
BAB 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
BAB 74
BAB 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BAB 79
BAB 80
BAB 81

BAB 15

1.2K 31 5
By Syrah_21

"Lia !" Panggil Dato' Qazmeir. Mana bini dia ni ?

"Ada apa abang panggil Lia macam nak roboh je rumah ni." Sahut Datin Aliah yang baru saja keluar dari bilik perpustakaan mereka.

"Abang ada berita gembira. Nak dengar tak ?" Kata Dato' Qazmeir dengan senyuman yang tak lekang dari bibir orang tua itu.

"Apa dia ?" Soal Datin Aliah dan melabuhkan punggungnya di sebelah Dato' Qazmeir.

"Qashaff."

Datin Aliah terkedu. Nama yang begitu familiar dia tak dengari selama lima tahun yang lalu kini muncul lagi. Hatinya diretap kasar.

"Kenapa dengan dia ?" Balas Datin Aliah dengan beku.

"Dia nak kahwin."

"O.." Balas Datin Aliah acuh tak acuh.

Tergeleng-geleng kepala Dato' Qazmeir melihat perilaku isterinya itu. Perangai sama macam Qashaff. Like mother like son. Pening kepala dia memujuk isterinya ni.

"Lia...Sampai bila kamu nak jadi macam ni ? Sampai bila kamu nak salahkan cucu kamu tu ?" Lirih Dato' Qazmeir.

"Sampai bila apa pula ? Suka hati dialah nak atur hidup dia sendiri. Sekarang ni dia bahagiakan tanpa aturan hidup daripada seorang emak kan ? Dah lah...Lia malas nak cakap pasal budak tu. Buat sakit hati je..."

"Bahagia tak semestinya dia berjaya mengatur hidup dia sendiri je. Bahagia tak semestinya dia tak memerlukan orang tua dia. Kalau Lia nak tahu Qash dah memang berjaya membesarkan Qhalish cucu kamu itu dengan sihat dan penuh didikan agama walaupun budak tu nonverbal autism. Lia, tolonglah...Abang tak mintak lebih Lia. Cukup terimalah balik anak dengan cucu kamu tu. He's your son. Kita takkan dapat buang darah daging kita walau apa cara sekalipun. Sebab darah yang mengalir dari tubuh dia darah saya dan awak. Saya tahu Lia, sebenarnya awak rindu anak awak cuma awak je tak menafikan." Jelas Dato' Qazmeir.

"Qhalish tu bukan cucu saya."

"Astaghfirullah Hal A'zim...Kenapa Lia cakap macam tu. Mengucap Lia. Qhalish tu satu-satunya cucu kandung kita. Zuriat daripada anak awak, Qhuzhairi. Kenapa sampai awak tak nak mengakui Qhalish bukan cucu awak."

"Pasal dia dengan mak dia, saya kehilangan Qhuzhairi ! Pasal dia dengan mak dia juga, saya hampir kehilangan Qash ! Semuanya pasal diorang !" Bentak Datin Aliah sehingga pembantu rumah mereka tersentak mendengar luahan isi hati Datin Aliah.

"Aliah ! Mengucap Lia...Semua ni berlaku atas kehendak-Nya. Takdir mereka sudah tertulis Aliah...Kenapa awak jadi macam ni ? Kenapa awak nak salahkan takdir-Nya ? Aliah...Setiap yang hidup dibumi tak selamanya kekal. Dari mana asal usul kita dari situ kita kembali kepada-Nya. Mengucap Aliah." Kata Dato' Qazmeir dengan hati yang sebak. Ya Allah...Kenapa isteri hamba-Mu ini sangat kejam ?

"The points is Lia tetap takkan anggap dia tu cucu Lia ! Kalau Qash nak kahwin, kahwin jelah. Buat apa nak mintak restu dari aku ?!" Balas Datin Aliah dengan kasar. Dia berlalu meninggalkan Dato'Qazmeir bersendirian diruang tamu. Pintu bilik ditutup dengan kasar. Air mata sang ibu berlinang deras dipipi.

"Mommy rindukan Qash yang dulu..." Bisik hati Datin Aliah lalu dia teresak-esak menangis.

Dato' Qazmeir mengeluh perlahan. Hati dia sayu mengenangkan nasib cucu dia. Isteri dia berubah 360 darjah. Dia bukan lagi seorang yang periang malah seorang yang beku sejak Qhuzhairi berkahwin dengan Sarah. Bagi Isteri dia, Sarah dengan anaknya lah punca kematian anak sulungnya.

"Sabar ya Tuan...Saya pasti ada hikahnya disebalik semua ni." Kata bodyguard dia, Imran, yang sudah berdiri sambil memegang bahu Dato' Qazmeir.

"Saya tak tahu lah macam lagi saya nak pujuk isteri saya supaya dia terima balik Qash dengan anak dia." Luah Dato' Qazmeir.

"Tuan, Saya pasti suatu hari nanti Puan Aliah mesti terima balik anak Tuan. Sebab saya tahu, hati Ibu mana yang tak merindukan anak dia." Kata Imran membuatkan Dato' Qazmeir tersenyum kembali. Ya dia pasti isteri dia terima balik anak dia.

⚜️❣️⚜️

"Ana."

"Apa ?" Balasku dengan acuh tak acuh. Mataku masih fokus membelek beberapa dokumen diatas meja.

"Pasal Qashaff dengan kau tu apa cerita." Soal Tya.

Spontan tangan Hanna berhenti membelek kertas dokumen pada tangannya. Dia menoleh ke arah Tya.

"Pasal dia ajak aku kahwin tu ?"

Melopong luas mulut Tya. Jadi masa dia nak masuk dalam bilik Qashaff lamar dia ke ? Habis kalau Hanna nak kahwin, Danish macam mana ?

"Tutup mulut tu. Ter 'vacuum' kertas dokumen aku dalam mulut kau." Tegur ku membuatkan Tya menutup kembali mulut dia.

"Jadi kau terima lah lamaran dia tu ?"

"Entah." Jawab ku dengan malas.

"Entah ? Jawapan jenis apa tu ?"

"Entahlah. Aku pun tak tahu nak terima ke tak lamaran dia. Tapi aku kesiankan dekat anak dia, Qhalish. Tapi nak buat macam mana kalau hati aku ni tak sukakan Qashaff." Terang ku sambil memandang lantai.
Entah ada apa dekat lantai ni pun aku tak tahu. Lantaklah !

"Cinta tak semestinya kita mencintai seorang baru dapat kahwin. Cinta ni banyaklah...cinta tu dapat dipupuk tau sesudah korang kahwin. Kau tengok Zaimi tu. Dia kahwin atas dasar kena jodohkan oleh keluarga tau. Bukan pilihan cinta hati tapi kau tengok cinta yang tiada diantara mereka berdua dapat dipupuk kau tengok bahagia je kan diorang tu. Lana...Cinta ni masih boleh dipupuk walau apa cara sekali pun."

Aku terkaku.

"Sekarang ni aku nak tanya kau cintakan Qashaff ke ?" Tanya Tya membuat mulut Hanna seakan-akan terkunci.

"Er...Tak kot ?"

"Tak kot ?"

"No -"

"Tipu." Bangkang Tya.

"Mana ada !" Nafi aku.

"Don't lie with your feeling." Tegas Tya.

"Fine ! Aku suka dia." Jujur ku tanpa disedari. Pantas saja aku menutup mulutku dengan tangan kanan. Aduh...Kantoi ! Hanna memandang wajah Tya yang sudah tersenyum kemenangan.

"Suka ? Bukan sayang ?" Soal Tya.

"Yalah. Apa bezanya suka dengan sayang ? Sama je kot." Balasku.

"Ada beza. Suka tu bukan sayang dan sayang tu bukan suka. Kau faham ?" Tanya Tya.

Aku terbengang dengan kata-kata Tya. Apa yang dia merepek kelaut ni ? Suka bukan sayang, sayang bukan suka? Author faham ke apa dia cakap ?

"Perasaan suka tu bukan kekal, Ana. Perasaan suka cuma seketika. Hari ini kau suka dia esok kau suka orang lain lusa kau suka orang lagi macam mana kau suka pelakon kegemaran kau tu. Perasaan suka ni bertukar-tukar.
Tapi perasaan sayang ni lain. Perasaan sayang ni bila kau dah mula cintakan lelaki itu kau mula buat apa saja untuk dia walaupun sanggup gadaikan nyawa kau sekalipun demi dia. Perasaan sayang ni bila dia hadir rasa macam...Entahlah. Perasaan tu kau sendiri tak dapat nak gambarkan."

"Kau ingat kisah aku ni macam novel ?" Ujar ku lalu pen yang ada pada tanganku diketuk ke arah kepala Tya.

"Tak kisah lah kisah kau macam novel ke macam comic Marvel ke comic DC ke. Sekarang ni aku nak tanya perasaan kau. Kau suka atau sayangkan Qashaff ?"

"Er..."

"Takpe itu terpulang pada hati kau. Hanya kau je dapat menafikan perasaan tu. Lagipun dah terang lagi bersuluhkan tentang sayang dan suka yang aku terangkan." Jelas Tya.

Hanna hanya diam seribu bahasa. Kau sukakan Qashaff ? Atau kau sayangkan Qashaff ? Sayang.

Tak.

Ya aku sayang dia.

Tak.

Aku dah mula cinta dan sayang dia.

TAKK !!!

Hanna mengeluh perlahan. Penat berperang dengan perasaan sendiri. Entahlah, seperti ada sesuatu yang menghalang perasaan dia.

"Take your time, girl. Think twice before you make the decisions." Tya berlalu pergi meninggalkan Hanna bersendirian di dalam bilik pejabat dia.

"Hanna...Kau dah mula sayang Qashaff ?" Soalku seraya itu bibirnya mengukir senyuman. Sah ! Aku dah mula sayangkan dia. Tapi bila ? Aku pun tak tahu.

Aku menyusun kertas-kertas diatas meja lalu dimasukkan ke dalam laci. Sebelum dia melangkah keluar, dia memandang satu sudut gambar yang yang terletak dihujung meja dia. Gambar itu dipegang. Along...Angah...Acik...Betul ke keputusan Ana buat ni ?

"Hanna -"

Hanna memusingkan kepala dia ke arah gerangan suara itu. Jantung dia seakan-akan terhenti sektika. Terasa dirinya tidak menginjak ke bumi.

"Nik Zafriel." Ucapku.

Kenapa lelaki ini kembali lagi ? Tak cukup ke dia buat aku sengsara ? Tak cukup ke dia dah buat hati aku terluka ?

"Hanna...Please give me second chances. Let me explain." Kata Zafriel sambil menghalang laluan ku.

Aku memandang tajam ke arah Zafriel. Sakit hati dia mengenangkan tragedi yang sekian lama ingin dia lupakan.

"Explain what ?! Nak jelaskan yang awak dah curang dengan saya ? Nak jelaskan awak tinggalkan saya semata-mata awak dengan betina tu ? Nak jelaskan apa ?! Dah terang lagi bersuluh saya nampak awak dengan betina tu berasmara !" Sindir ku lalu menolak tubuh sasa itu dengan kasar. Dahlah orang nak jalan, dia halang kita punye laluan pulak ???

"Hanna...Saya tahu awak masih marahkan saya. Saya tahu awak mesti takkan beri peluang kepada saya...."

"Dah tahu saya macam tu kenapa datang balik ?" Bentak ku.

"Hanna...Tolong dengar penjelasan saya. Saya tahu saya salah. Saya tinggalkan awak. Tapi semua tu bersebab. Saya buat macam tu bersebab. Saya sayang awak, Hanna." Pujuk Zafriel. Tangan dia memegang lengan Hanna. Namun pantas saja Hanna menepis kasar.

"Awak boleh buang cinta dan sayang awak tu tepi longkang ! Awak tahu tak sakitnya macam mana setelah apa yang awak buat dekat saya ? Sakit Nik ! Sakit ! Hati saya sakit ! Awak tinggalkan saya macam sampah ! Sekarang awak datang putik balik sampah ni semata-mata awak nak dapatkan peluang kedua dari saya. Semata-mata cintakan saya ? Sayangkan saya ? Pergi matilah sayang dengan cinta awak tu ! Saya dah tawar hati dengan awak ! Saya benci awak ! Dah kau blah dari sini !" Amarah Hanna semakin meningkat. Wajah dia seperti disimbah cili. Nasib mulut dia tak keluar api. Kalau tak biar rentung terbakar lelaki ni.

"Hoi betina ! "

Hanna menoleh ke kiri. Senyuman sinis dipamerkan. Dia dah mai da...
Siapa lagi kalau bukan Johanna.

"Jo ?!" Kejut Zafriel dengan kehadiran kekasih dia.

"Kau !" Jerkah Johanna lalu menolak tubuh ku sehingga hampir saja dia terjatuh. Tapi tangan sempat menahan pada hujung stretcher. Aku memandang geram kepada perempuan yang berani menolak dirinya.

Suka suka ayam bapak die je tolak orang.

"Apa kau-kau ? Takde nama nak panggil orang ?" Sinis ku. Asyik me 'lembu' je kerja betina ni. Nama aku punyalah cantik. Nur Hanna Arlana. Cantik pula tu makna dia.

"Kau apesal nak rampas tunang aku ?" Marah Johanna.

"Excuse me betina binti Haji Amri. Aku takde masa nak pikat kau punya tunang ni ! Dia yang terhegeh-hegeh dekat aku. Kau ingat lelaki jenis ni taste aku ?" Ha. Ambik kau !  Aku tersenyum sinis ke arah mereka.

"Aku pastikan kau milik aku ! Takkan ada lelaki yang boleh rampas hak saya !" Kini Zafriel lagi bersuara. Mataku dikecilkan. Geram !

"Kau ingat kau tu tuhan ? Nak pastikan orang tu milik kau ? Jodoh kau ? Sayang muka boleh jual majalah model tapi otak...Simpan dekat kepala lutut. Sama aje dengan betina ni !"

"Apa kau cakap !" Johanna seakan-akan ingin menampar Hanna. Namun cepat saja tangan Johanna dihalang oleh Zafriel.

"You !"

"Jangan sentuh dia ! Dia milik aku !" Kata Zafriel. Lengan Hanna diretap kasar.

"Hoi jantan !"

BUKK !

Cengkaman Zafriel pada tangan dia terlepas. Zafriel yang tadi berdiri sudah jatuh terduduk. Membulat mata ku apabila adik dia betul-betul berdiri hadapan dia. Bila masa dia ada dekat sini ?

"Hanna ! Kau tak apa-apa kan ?" Tya yang muncul dari belakang dia cukup mengejut dia. Aku menganggukan kepalaku.

"Akak tak apa-apa kan ?" Soal Afieq. Kolar baju Zafriel dicengkam kemas oleh adik dia. Pandangan tajam diberi kepada Johanna dengan Zafriel.

Johanna kaku. Dia belum pernah jumpa lelaki berpandangan tajam pada dirinya. Sungguh mata lelaki itu dia dapat melihat ada api menandakan lelaki itu sedang marah. Air liur dia diteguk kesat.

"Afieq jangan masuk urusan aku ! Ni urusan aku dengan Hanna !" Kata Zafriel.

"Hoi jantan ! Urusan akak aku urusan aku juga ! Bangang ! Kau ni tak serik-serik lagi ke aku kerja kan !" Marah Afieq.

"Afieq lepaskan jantan tu ." Suara yang menyapa dari belakang membuatkan mereka berpaling ke arah pemilik suara itu.

"Qashaff..." Bisik ku dengan lembut.

Afieq melepaskan cengkaman kolar lelaki itu. Dengusan kasar dihembus oleh Afieq.

"Kau siapa ?! Apa kaitan kau dengan Hanna hah ?!" Soal Zafriel dengan kasar.

"Aku ? Aku tunang dia." Jawab Qashaff dengan selamba badak. Senyuman sinis dipamerkan. Zafriel mengelengkan kepala dia berkali-kali.

"Bila masa Hanna bertunang ?! Korang mesti berlakon kan ? Hanna tak mungkin bertunang orang macam kau ! Dia layak untuk aku !" Cengkaman kolar pada baju Qashaff diretap kasar oleh Zafriel. Qashaff menepis kasar.

"Buat apa saya berlakon ? And by the way, Bila masa Hanna ada taste lelaki macam awak ni ? Like...What ? Buruk betul taste Hanna kalau dia pilih kau." Sinis Qashaff lalu menghulurkan sekeping kad undangan berukiran emas.  Zafriel memandang dengan geram. Kad itu terus dirampas dari tangan Qashaff.

"Itu kad undangan majlis kahwin aku. Aku akan kahwin dengan Hanna tak lama lagi. Kau datang eh."

Hanna dengan Tya sudah melopong mulut mereka. Kad undangan majlis kahwin aku ?!

"And you young lady, kalau aku dapat tahu kau ganggu tunang aku lagi. Aku tak teragak-agak akan buat benda yang kau tak akan jangka. Dont mess up with me young lady." Amaran Qashaff cukup membuatkan Johanna kecut perut. Dia menarik tangan Zafriel pergi dari tempat itu.

"Kalau aku dapat tahu kau ganggu akak aku, mampus kau !" Sempat lagi Afieq berpesan kepada Zafriel sebelum dia beredar dari tempat itu.

"Afieq ?" Sapa seseorang membuatkan mereka menoleh ke arah belakang lagi.

"O...Abang Dani rupanya. Fikir jantan tu upah orang lagi, kalau dia...Nahas dia oleh aku." Afieq mengeluh perlahan. Bahu Danish ditepuk beberapa kali.

"Ada apa korang dekat sini ?" Tanya Danish sambil berpeluk tubuh.

"Tadi..."

"Takde apa-apa." Belum sempat Afieq menghabiskan ayat dia, Hanna terlebih dahulu memotong ayatnya.

"Qash ?" Danish menoleh ke arah Qashaff. Kening kanan dia diangkat.

Hanna, Afieq serta Tya menoleh sesama sendiri. Berkerut dahi Hanna setelah dia mengetahui Danish rapat dengan Qashaff. Danish di kawan mamat mangkuk hayun ni ke ?

"Danish Darween." Senyuman sinis dipamerkan oleh Qashaff.

"What are you doing at here ?" Tanya Danish dengan beku. Mata mereka saling bertentangan seperti sedang mempertaruhkan sesuatu.

"You're look totally different, Dan. Oh by the way, hospital ni hospital awam kan ? So, it's up to me where I want to go. None of your business." Balas Qashaff dengan nada bersahaja. Dia memandang Danish dari bawah hingga ke wajah dia. He look totally different. Dulu dia tak sekacak macam ni. And now, look at him, he's manly handsome dude. Terasa dirinya tercabar untuk mendapatkan Hanna.

"Perangai tak berubah dari dulu." Danish membalas dengan selamba. Jari-jemari dia digenggam sekuat mungkin.

"Wei, ada tiga jejaka kacak lah dekat hospital ni." Bisik jururawat itu.

"Hah, tukan Adryan Qashaff dengan Doktor Danish dan...Seorang lagi tu siapa ? Muka dia hensem ala-ala Pan-Asia." Bisik seorang Jururawat yang datang menyapa dari elarah belakang mereka.

"Girls, kalau kerja tu buat cara kerja. Bukan nak jadi makcik bawang. Rasa-rasanya jawatan tu takde dekat sini. Kalau nak jawatan tu dipersilakan berambus dari sini." Sindir Afieq membuatkan kedua-dua jururawat itu kelam-kabut menyusun barang mereka lalu beredar dari kaunter itu.

Hanna mengetap bibirnya dengan geram. Dia mengecilkan matanya ke arah Afieq. Aku pelangkung juga kepala adik aku ni kang.

"What ?" Tanya Afieq.

Aku menjeling Afieq.

"Betullah apa Fieq cakap tu." Afieq mempertahankan diri dia.

"Doktor Dani, er...saya nak pergi ke pejabat saya dulu. Tya, awak buatlah kerja awak. And you...Qash, follow me." Hanna menarik tangan Qashaff ikut bersamanya. Nasib mamat ni pakai jaket lengan panjang. 

"Aik ? Aku pula ?" Soal Afieq dengan geram sebab dirinya ditinggalkan begitu saja. Kurang asam punya akak.

"Afieq dah makan ?" Tanya Danish yang cuba sedaya upaya menutupi rasa cemburu dia. Sakit hati dia apabila mengenang kisah lampau dia. Qashaff...Now you're back.

****

"Explain !"

"Explain what ?" Balas Qashaff dengan selamba. Seolah-olah tiada apa apa yang berlaku sebentar tadi.

"Apa maksud awak kad undangan majlis kahwin ? Apa semua ni ?" Soal ku dengan geram. Kalau ikut hati aku, dah lama aku bagi carik-carik je muka mamat ni.

"O...About that. Kita kahwin tak lama lagi." Qashaff menghulurkan kad undangan yang berukiran emas itu kepada Hanna.

Hanna menyambutnya lalu membuka kad undangan itu. Membuntang mata dia apabila membaca kad itu. Nama aku !

MAJLIS PERKAHWINAN

MOHAMMAD ADRYAN QASHAFF BIN DATO' QAZMEIR

dengan

NUR HANNA ARLANA BINTI MOHAMMAD ARMAN

Pada :-
27 Jun 20xx bersamaan 05 Zulkaedah 1442

Tempat :-
Resident Hotel main Hall.

Hanna meneguk air liur dia dengan kesat. Lagi dua minggu diorang akan kahwin ?! Hanna memandang geram ke arah Qashaff.

"Bila masa saya setuju nak kahwin dengan awak ?" Geram aku tengok mamat ni. Dah lah selamba badak buat kad kahwin ni. Tak pula berbincang dengan aku tentang perkara ni.

"Aku dah minta restu dengan Umi dengan Afieq juga. Mereka bersetuju." Kata Qashaff lalu duduk di sofa Hanna.

Hanna mengecilkan mata dia. Geramnya aku dengan mamat ni....

"Esok kita pergi beli barang. Nanti saya bincang dengan Dan suruh dia bagi awak cuti." Qashaff bangun dari duduknya lalu pergi dari pejabat Hanna. Sooner you'll be mine, Hanna.

Hanna menggelengkan kepala di berkali-kali. Susah nak berbincang dengan mangkuk hayun ni. Boleh pening kepala. Mana ke tidak kalau asyik nak ikut kepala mamat tu je.

"Lepas satu, datang lagi satu masalah." Hanna mengeluh perlahan. Pelepis dahinya diurut.

⚜️❣️⚜️

Qashaff nak kahwin dengan Hanna ?! Hehehe dalam bergaduh pun ada lawak ke ? :-) Takpe, saya pun tak sabar tengok Qashaff dah nak berkahwin. >3<

Danish ni apa pula eh kaitan dia dengan Qashaff ? Macam mana mereka boleh kenal ? Hmmm....Ajaib...

Continue Reading

You'll Also Like

20.3K 432 103
[DALAM PROSES EDITING] Jannatul Haura telah mengambil keputusan menutup rapat pintu hatinya kepada mana-mana lelaki selepas cintanya dikhianati oleh...
30.6K 1.2K 76
β˜† Pengenalan Watak utamaβ˜† ❀Nor Shaqirah binti Dato' Romzi /qirah❀ ~penceraian ibu dan ayahnya seawal umur 15 tahun telah menyebabkan perwatakan qira...
855K 34.6K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
66.4K 6.8K 39
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...