The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
E P I L O G

Bab 60

10.7K 253 16
By minbrown_

"When I said take a deep breath,tarik slow-slow okay.."

Aku menggenggam erat tangan abang Syahmi. Badan,aku tegakkan. Sakit jugak pinggang aku sebab tidur kat hospital ni lama sangat. Hampir dua minggu aku kena tahan.

"Tarik.."

Aku tarik nafas dalam-dalam sambil memandang doktor Rina yang sedang memberi tunjuk ajar.

"Wait for a minute." Aku tahan nafas. Namun tak lama nafas aku terlepas sebab dada aku sakit. Aku memandang abang Syahmi di sebelah. Dia tersenyum bagi aku sokongan sambil belakang aku diusap perlahan.

"It's okay. Kita try sekali lagi. Tarik.."

Aku tarik nafas sambil kira dalam hati. Makin kuat tangan abang Syahmi aku genggam. Satu..Dua..Tiga..

"Empat."

"Lima."

"Enam."

Yaa gagal lagi. Kali ni aku meneguk air sekejap sebab tekak aku sakit. Kesan sembuh dari demam hari tu tak pulih lagi.

"It's okay sayang,cuba lagi."

Aku mengangguk dan cuba sekali lagi. Aku tahan nafas dan sikit lagi nafas aku nak terlepas tapi nasib baik tempoh sepuluh saat tu dah berakhir.

Dan yaa..

"Nice try sayang."

Uwwu,I did it !

Aku menghembus nafas lega dengan senang hati. Nasib baik rawatan yang aku kerap jalankan berhasil. Kalau tak memang aku kena bernafas guna mesin. Sebab hari tu paru-paru aku berdarah.

Aku tak tahu macam mana daripada paru-paru berair bertukar kepada paru-paru berdarah. Abang Syahmi lah paling risau teruk bila aku asyik muntah darah. Kesian dia,tahap kesabaran dia terlalu tinggi melayan aku. Baju dia kena darah pun dia still basuh. Lantai yang kena darah pun dia cuci. Puas dah mak cik cleaner halang tapi dia tetap nak buat jugak.

Dia kata semua yang datang daripada aku,biar dia yang selesaikan.

Sebab dia masih rasa bersalah.

Dan setiap kali aku teringat,aku akan menangis dalam pelukan dia bila waktu dia tengah tidur kepenatan. Kesian dia. Penat-penat dia,sikit pun dia tak merungut.

Aku layan dia macam apa entah.

"Cepat sayang sembuh,cepatlah kita balik rumah. Abang tak sabar nak tunjuk rumah baru kita."

Ya Allah baiknya suami aku. Sanggup beli rumah untuk kami berdua tinggal. Kenapa dia bersungguh-sungguh nakkan aku balik ? Dia sepatutnya dah boleh surrender dan tayang bendera putih. Dia boleh tinggalkan aku.

Budak tak matang macam aku tak layak jadi isteri.

Serius.

"Abang.." Tangan dia aku ambil lalu aku kucup lama. Air mata aku pecah sekali lagi. Seakan butir-butir dosa yang ditafsirkan dalam air mata.

"Iya mintak maaf."

Banyak dosa aku dekat dia. Aku buruk sangka dekat dia. Aku tak percayakan dia. Aku berkasar dengan dia. Tapi dia tetap sabar layan aku. Sabar dengan kerenah aku.

Aku sakit,dia jaga. Aku muntah,dia lap. Aku lapar,dia suap. Jadi alasan apa yang boleh buat aku bencikan suami aku sendiri ?

Lelaki yang telah bersumpah mengikat tali ikatan perkahwinan yang sah. Lelaki yang akan membimbing aku ke syurga Allah. Lelaki yang akan menjadikan aku wanita yang serba boleh dan sempurna.

Tanpa dia ?

Aku mungkin masih tak boleh melihat macam sekarang. Aku mungkin tak boleh hidup macam manusia lain sekarang ni. Dulu masa aku kena mental abusement,abang Syahmi yang banyak tolong aku. Walaupun aku macam orang tak ada akal yang sanggup gores leher sampai berdarah,dia tetap bawa aku ke hospital. Dia tak biarkan aku mati dekat dalam bilik air tu macam nyawa-nyawa ikan.

Dah terbukti dia sayang aku. Aku nak nafikan apa lagi ?

Nak kata aku insan yang teraniaya dengan suami ? Bukan aku orang pertama yang kena. Bukan aku seorang yang kena dengan suami. Ada yang lagi hebat kat luar sana sampaikan penghujungnya adalah cerai.

Aku sendiri boleh selesaikan masalah rumah tangga aku tapi aku pilih jalan mudah dengan cara,cerai. Aku fikir dengan cerai tu dah boleh selesai semua masalah. Dah tak ada yang akan dibincangkan lagi.

Tapi aku silap. Kalau aku dan dia bercerai. Hati kitaorang yang akan terkesan. Sumpah aku katakan yang aku juga cintakan dia. Dia pun sama. Tapi sebab aku ego.

Syaitan tu kan hebat.

Dia menangis bila aku dengan abang Syahmi dah kahwin. Tapi dia happy bila aku dan suami aku bergaduh. Hebat kerja kau syaitan.

Aku ditarik ke pelukan abang Syahmi. Aku memeluk dia erat seakan aku dengan dia dah terpisah lama. Aku rindu dia tapi aku sibuk fikirkan salah dia dekat aku. Aku sibuk fikirkan dosa dia dekat aku.

Persoalan,aku siapa nak ambil alih tugas tuhan ? Dosa aku pun tak terkira dan aku sibuk nak hukum dosa orang.

"Kita mula hidup baru ye sayang. Abang janji abang takkan buat lagi. Abang nak sayang sentiasa percayakan abang."

Aku mengangguk laju. Dahi dia aku kucup perlahan."Terima kasih sebab sabar dengan Iya. Abang sikit pun tak give up dengan budak-budak macam Iya ni."

Hidung aku ditarik perlahan."Budak-budak ni lah yang abang sayang."

Tawa kami bersatu diiringi dengan air mata. Aku memeluk dia erat. Betapa aku rindukan kegembiraan dan kebahagiaan kami bersama dahulu. Walaupun aku buta,dia tetap layan aku macam permaisuri. Tak pernah sikit pun dia menyesal sebab kahwin dengan aku walaupun aku sentiasa menyusahkan dia.

Serius aku cakap,kalaulah masa aku mintak dia ceraikan aku dan dia setuju. Apa akan jadi ?

Yup. Aku adalah manusia yang paling rugi.

***

Aku memandang segenap ruang rumah teres dua tingkat ni. Walaupun dari luar nampak macam rumah biasa,sekali masuk dalam perghhh sentuhan rekaan yang sungguh mendalam. Rekaan dia tu betul-betul menepati citarasa jiwa muda. Dengan kombinasi warna pastel.

Selain abang Syahmi,aku juga cintakan rumah ni. Dia kata kawan sepejabat dia yang tolong hias rumah ni macam mana yang dia nak. Masuk je dalam rumah tadi,aku rasa nak melompat-lompat keriangan sebab terlalu happy. Tapi disebabkan aku masih belum sepenuhnya sembuh,terpaksa aku tahan.

Nanti dah sihat memang satu rumah ni aku jelajah.

Kau sabar jap.

Aku tersenyum sambil menapak ke ruang atas. Bilik utama iaitu bilik aku dan abang Syahmi aku masuk. Nampak suami aku tengah duduk bersila sambil kemas-kemas barang dia yang berselerak atas lantai. Aku terus melabuhkan duduk berhadapan dengan dia.

Dia terkejut."Sayang !"

Tergesa-gesa abang Syahmi mengutip kepingan gambar untuk dimasukkan ke dalam kotak namun aku terlebih dahulu merampas gambar di tangannya. Aku tersenyum nipis melihat telinga dia yang memerah. Mesti dia fikir bukan-bukan tu.

Aku mengangkat gambar di tangan lalu aku tenung lama. Dari mata turun ke hidung turun ke bibir yang mungil. Wajah yang cantik dan kelihatan matang. Diikuti rambut lurusnya yang sangat sepadan dengan personaliti wanita ini.

Dan aku akui,dia sangat cantik.

"Sayang jangan salah faham. Abang nak buang-"

"Ni ke Kak Arisya ?" Aku tenung mata abang Syahmi yang berbaur ketakutan. Aku pula yang serba salah. Nampak macam dia takut dengan bini pula.

"Errr haah. Abang nak buang gambar tu."

Aku kembali merenung gambar Kak Arisya di tangan sebelum senyuman aku melebar. Aku tak cemburu pun tengok gambar ex-girlfriend suami aku. Sebab dia cantik sangat. Sumpah cantik.

Lagi-lagi mata dia..

Yang sekarang ada pada aku.

Mata dia terlalu cantik sehingga menyempurnakan wajahnya.

"She's so adorable dan cantik.."

"Sayang-"

Aku memandang abang Syahmi. No wonderlah dia masih cintakan kak Arisya. Sebab Kak Arisya memang cantik. Kalau dia hidup lagi,aku sanggup biar dia kahwin dengan suami aku.

Sebab aku obses dengan kecantikan dia.

"Iya tak jealous kalau abang masih belum move on. Tapi.."

Aaaa can't relate la. Sumpah lawa weh arwah Kak Arisya ni. Dia pakai produk apa ? Dah lah cantik,baik pula tu.

"Tapi dia terlalu cantik. Kalau arwah Kak Arisya masih hidup,memang Iya akan jadi fans dia. Sumpah Iya tak tipu,dia memang lawa."

Aku meletakkan gambar atas lantai lalu berlari ke cermin solek. Aku merenung wajah aku atau lebih tepat dengan mata aku. Tanpa sedar,air mata aku bertakung.

Hati aku jadi sebak.

Boleh ke abang Syahmi hidup dengan isteri yang mempunyai mata bekas kekasih dia ? Mata yang menjadi kegemaran sesiapa sahaja yang tengok termasuklah aku.

Ikhlas ke dia mencintai aku bila mana dia pandang mata aku,sudah tentu dia akan teringat arwah Kak Arisya ?

Tak mustahil bukan ?

"Aku tak boleh Fiq. Kalau aku pandang mata Faqira,aku teringat Arisya. Sebab Arisya yang dermakan mata tu dekat Faqira."

Air mata aku mengalir laju.

"Aku masih cintakan Arisya."

Tangan aku naik mencengkam dada. Hati aku sakit. Sakit bila memikirkan tentang hidup aku sebagai isteri yang akan dicintai dan mencintai abang Syahmi tapi dekat aku ada sebahagian daripada wanita yang pernah dia cinta dulu.

Aku dah kahwin dengan dia. Bukan kahwin kontrak yang cukup masanya aku akan dilepaskan. Tapi kahwin untuk jangka masa yang aku sendiri tak pasti.

Aku sedih.

Aku berpusing apabila bahu aku ditarik ke belakang dan aku terus dipeluk. Muk aku sembamkan dekat dada dia lalu mulalah tangisan aku berlagu. Aku menangis teresak-esak. Aku takut sumpah aku terlalu takut. Aku takut nak percaya dia. Aku takut nak bagi dia jatuh cinta dengan aku.

Aku takut dia cintakan aku bukan sebab aku isteri dia,tapi sebab dia masih ada hati dengan Kak Arisya.

"Sayang.."

Aku mendongak lalu mata aku terpejam bila dahi aku dikucup lama. Air mata aku dia seka. Aku tak boleh bayangkan kalau aku dengan dia berpisah.

Sebab aku dah jatuh cinta dengan suami aku sendiri.

"Sayang fikir apa ni ?"

"Iya..Iya takut." Aku memeluk dia erat. Aku takut dia tinggalkan aku. Aku tak nak hilang dia. Aku tak nak.

Ya Allah tolong bagi aku bahagia buat kali ni.

Aku mohon.

"Since arwah Kak Arisya dah tak ada,mata dia still ada pada Iya. Macam mana abang nak cintakan Iya kalau-" Aku terdiam bila mulut aku ditekup. Abang Syahmi merendahkan tubuhnya,aku perhatikan mata dia yang bergerak meneliti seluruh wajah aku sebelum berhenti tepat di kedua-dua mata aku.

"Iya takut abang cintakan Iya sebab mata ex abang ada pada Iya ?"

Angguk.

"Then you're wrong." Dagu aku dikucup perlahan.

"Masa abang dapat tahu ex abang yang dermakan mata,abang hampir gila. Abang takut abang tak boleh move on sebab dulu masa couple dengan Arisya,her eyes is my favourite things." Air mata aku diseka lagi.

"Tapi abang silap. Abang cuma tahu mata Iya adalah mata ex abang tapi abang pengecut. Abang tak datang tengok sendiri mata baru Iya. Abang larikan diri.

Tapi bila abang tengok sendiri mata Iya," Dia tersenyum. Aku merenung mata lawa dia dan mata aku mula berair lagi. Hati aku tak pernah kental walau sekali dan dah berkali-kali dilukai.

"Totally differens. Abang pandang mata Iya,it's really like nothing. Abang tak rasa apa-apa. Abang sikit pun tak teringat ex abang. Abang cuba tenung mata Iya,and yes you know what. Abang dah boleh move on."

Air mata makin tak nak berhenti. Aku punya syak wasangka tu memang tak boleh bawak bincang. Aku suka jump to conclusion yang terlampau mudah. Aku suka manipulasi fikiran aku dengan buruk sangka. Dan ternyata perangai aku,hampir buat aku hilang semua orang yang aku sayang.

Aku tak tipu dan aku baru sedar semua tu.

"Sayang.."Tangan aku pula digenggam erat. "Percayakan abang please. Dalam hati abang sekarang ni cuma ada sayang dan insyaallah akan berkongsi dengan anak kita. Tapi you're still number one. Bagi abang peluang untuk bahagiakan Iya ?"

Aku mengangguk. Kalau aku sayangkan perkahwinan yang dah nak masuk 7 bulan ni,aku kena percayakan suami aku. Silap salah dia aku kena tegur dan memaafkan selagi boleh. Bukan ke perkahwinan itu saling menyempurnakan antara satu sama lain ?

"Tapi.." Pipi aku dipegang."Ada sesuatu daripada Iya yang tak boleh abang move on."

Aku terdiam. Jantung aku mula berdegup laju. Aku..Aku dah mula ragu-ragu. Tadi dia kata dia dah move on.

Tapi ni ?

Aku tersentak bila bibir aku diusap perlahan."Your lips make me drop to crazy."

Dia yang buat aku gila.

Gilakan suami aku sendiri.

***

"This one sayang,nampak sedap kalau masak asam pedas."

Aku mencuit-cuit ikan kembung. Plastik jernih aku ambil lalu diisikan dengan tiga ekor ikan kembung segar. Kalau rebus lepas tu buat air asam pun sedap jugak.

Hebat eh dia ni. Dengan nampak je dah boleh kata sedap.

"Dah jom."

Kami berjalan keluar dari pasaraya Tesco. Aku menarik baju abang Syahmi untuk ke Guardian. Malam tadi main instagram terpengaruh pula dengan remaja yang bermain dengan make up. Touch up sikit pun dah lawa.

Hmm jealous aku.

"Trolley boleh bawak masuk ke ?"

Dia geleng."Sayang tunggu jap abang letak dekat security guard." Aku mengangguk. Aku tersenyum halus memerhati belakang tubuh suami aku.

Bahu dia luas tau nak peluk pun sampai naik lenguh tangan aku. Dah lah tinggi macam tiang. Sakit tengkuk aku bila bercakap dengan dia. Tinggi sangat. Ni kalau ada anak ni mesti semua ikut ketinggian dia.

Nasib baik crush yang dah sah jadi suami aku ni hensem.

"Dah." Bahu aku dipeluk lalu kami masuk ke dalam. Bahagian lipmatte menjadi pilihan. Belum sempat aku nak usha produk maybelline yang sensational liquid matte tu,yang baru keluar kat tv tu..

Dia dah ambil satu yang tester punya.

Mak aih..

"Try ni sayang abang nak tengok." Aku pasrah bila dia calitkan dekat bibir aku. Curious jugak aku dengan dia ni. Jarang aku nampak suami teman isteri beli barang make up.

Entah-entah dia MUA aku masa wedding hari tu ?

Eh tak . Tak. Yang hari tu suara macam nyah tak cukup jantan suara dia. Lembut-lembut macam suara Azwan Ali gituww.

"Hmm not bad. Nampak macam light sikit,so.."Dia tunjukkan lipmatte yang dia ambil bukan tester punya."This touch of nude ni abang beli untuk sayang. Make sure pakai tau. Dah sekarang sayang pilih lipmatte yang sayang nak. Abang nak ke face wash jap."

Dia berlalu pergi dan aku masih tercengang. Waa satu perkara baharu yang aku tahu. So lepas ni kalau nak shopping barang make up,wajib bawak dia. So dia akan tolong pilihkan.

Uwwu I'm so lucky as well..

"Faqira ?"

Aku menoleh sebelum aku tersentak. Wajah seseorang yang aku terlalu rindu. Eh bukan satu tapi..

Lima.

"Korang !!"

Aku memeluk Aisyah,Afiy,Rabiatul,Cik Zul dan Iylia. Ya Allah aku rindu diorang. Setelah setahun lebih tak jumpa. Rezeki aku hari ni.

Allhamdulillah.

"Ya Allah,aku rindu korang."

Aku menyeka air mata. Satu-persatu wajah kawan-kawan aku,aku pandang. Makin cantik semua. Muka semua dah nampak matang dan tak lagi macam budak-budak.

"Beb.." Wajah aku dipegang lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan. Aku tergelak sebelum memegang tangan Afiy. Mesti dia tak percaya ni.

"Kau dah boleh nampak beb ?"

"Kau dah tak buta ?"

"Kau nampak kitaorang kan ?"

Aku tergelak."Tak Afiy. Aku dah boleh nampak macam dulu."

Syukur ya Allah kau masih beri aku peluang untuk melihat diorang lagi. Sesungguhnya rezeki itu di mana-mana.

"Bila kau operation Qira ?" Soal Rabiatul. Dia ni memang simple pun dah nampak lawa sangat-sangat. Tengoklah cara dia lukis kening tu.

"Dah lama dah. Alhamdulillah ada yang sudi nak dermakan aku mata kalau tak..Memang aku takkan nampak muka korang yang sekarang ni."

Dia tergelak kecil. Iylia sibuk pilih foundation. Budak kecik ni tak tinggi-tinggi lagi rupanya.

"Korang kerja ke ?"

"Aku cuti hari ni. Aku pick up dorang nak keluar jalan-jalan sebab masing-masing baru habis kerja." Jawab Aisyah sambil menumpang tangan atas bahu Cik Zul. Lenguh pula bawak sling-bag besar ni. Tahu tadi bawak clutch je.

Aku tersentak bila tangan aku ditarik Cik Zul."Awak jom lah keluar dengan kitaorang. Saya rindu awak ni."

Belum sempat aku nak jawab,pinggang aku dipeluk dari tepi. Siapa lagi kalau bukan abang Syahmi.

"Ouh kawan sayang pun ada ?"

Aku mengangguk. Tergelak aku bila tengok Afiy,Cik Zul,Aisyah,Iylia dan Rabiatul memandang antara satu sama lain. Muka semua memerah ni kenapa.

"Ouh Faqira tengah dating dengan husband dia lah. Kau ni kacau je Cik Zul." Marah Iylia perlahan lalu dia tergeliat kecil bila aku cucuk pinggang dia.

Hmm masih tak berubah.

"Entah Cik Zul ni. Husband dia marah tau lah."

Abang Syahmi tergelak perlahan. "Sorry awak-awak semua. Hari ni saya nak dating dengan Faqira. Esok ke lusa ke hari lain ke boleh. Saya izinkan."

Aku terdongak memandang dia. Rasa macam kureng jelas."Betul ke abang ?"

"Iye sayang."

"Uwuu bapak sweet. Untunglah Faqira maju dah dia sekarang. Kita sweet-sweet dengan boypren je dia dengan suami."

"Tu lah..Cepatlah aku sambung belajar cepatlah aku kahwin."

Ah sudah. Melalut. Kang aku balik nanti tahu-tahu dapat berita salah satu daripada diorang ni dah nak bertunang.

Wush..

"Dah lah jom. Orang nak dating,kita jadi spoiler. Tak elok jadi orang tengah." Aisyah mula memeluk aku diikuti dengan yang lain.

Dapat jumpa sekejap pun dah seronok sangat. Bestnya diorang masih stick together. Aku sorang je yang dah bersuami.

"Bye Qira. Nanti next time date dengan kitaorang tau."

"Okay."

"Bye korang.."

Aku rindu nak gaduh dengan diorang..

***

Continue Reading

You'll Also Like

575K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
491K 19.8K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...