The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 58

6.1K 398 23
By minbrown_

Cinta Tak Setaraf,The Faiths,Kau Yang Terakhir also this one,The Rose sis tak pernah mintak berapa banyak vote dekat readers macam mana author wattpaders lain buat.

So I want to try once.

Can I get 50 votes only ?

Also 10 comment about this story setakat ni ?

Agak²boleh dapat tak ?

***

Empat hari berlalu.

Daripada dua,jadi empat. Suami aku hilang entah ke mana tanpa aku tahu di mana keberadaan dia. Puas aku runtuhkan ego aku untuk menelefon dia. Namun sikit pun tak ada hasil. Bukan setakat tak baca whatsapp aku,tapi one tick je aku dapat.

Nasib baik dia suami aku,kalau dia boyfriend aku memang aku mintak break. Tak kisahlah alasan apa pun.

Alhamdulillah selama beberapa hari aku tinggal kat rumah ibu. Penglihatan aku semakin baik. Tahap kabur mata aku pun dah berkurang. Aku dah boleh nampak muka ibu. Muka ayah. Muka abang Fiqri yang makin hensem. Oh yaa dia makin kurus. Satu perubahan yang baik.

Handphone aku yang tersadai dalam kotak hampir dua tahun aku ambil semula. Disebabkan aku dah lama tak pegang phone jadi aku lupa macam mana nak guna. Semua password instagram,twitter semua aku lupa. Yang aku ingat facebook,nasib baik boleh log in daripada facebook.

Kalau tak pishang aku dibuatnya.

Aku menghempas tubuh atas katil. Malam semalam dekat lima jam jugalah abang Fiqri tolong aku set up semua yang ada dalam handphone aku. Aku tergelak bila melihat gambar-gambar aku masa tingkatan satu sampai empat. Muka macam orang minta penampar je.

Hahaha nasib lah sekarang aku dah lawa. Terkejut jugaklah tengok diri aku sendiri. Makin putih aku hew hew sebab terperap dalam rumah.

Aku membuka whatsapp untuk melihat sebarang notifikasi daripada abang Syahmi. Namun tetap sama,satu tick. Aku rasa dia tukar nombor. Sebab profile whatsapp dia langsung tak ada gambar.

Kenapa dia buat aku macam ni ?

Kalau dia dah tak sayang aku,dia boleh berterus-terang dengan aku. Kalau dia dah tak nak aku jadi isteri dia,dia boleh jumpa aku. Berbincang baik-baik dengan aku. Kalau dia nak lepaskan aku,aku rela. Aku tak nak hidup macam ni. Ditinggalkan suami tanpa tahu di mana dia. Aku tak kisah kalau dia nak tinggalkan aku. Tapi ceraikan aku dulu kalau tu yang dia nak.

Jangan buat aku macam perempuan yang menunggu sesuatu yang tak pasti. Aku tak nak bergantung tak bertali. Aku tak nak hati aku sakit lagi. Aku dah tak macam dulu.

Aku tak nak hidup dalam rumahtangga yang kosong. Mana abang Syahmi pergi ? Atau dia memang dah ada isteri lain ?

Ya Allah buruk sangka lagi. Mana tahu abang Syahmi ada urusan kerja kat sana. Phone dia rosak ke tu sebab lost contact.

Tapi hati isteri mana tak terasa bila suami pergi tanpa beritahu isteri ? Kenapa dia buat aku macam ni ? Apa salah aku ? Apa dosa aku dekat dia ?

Bila dia sungguh-sungguh suruh aku buat operation mata,aku akur. Aku ikut kemahuan dia. Tapi bila pembedahan dah berjaya,dia menghilang entah ke mana.

Atau dia jadikan alasan ni supaya dia boleh larikan diri daripada aku ?

Aku menangis lagi. Tu kelemahan aku yang tak pernah berubah. Walaupun hati aku dah tawar sangat-sangat dengan perangai manusia yang buat aku macam anak patung tak ada perasaan.

Sumpah aku ni memang tak layak hidup. Sebab hidup aku hanya buat orang benci dekat aku.

***

"Nah."

"Tak nak."

"Naahhhh.."

"Takk nakkkk.."

"Iya please, makan sikit pun jadilah."

Aku mengeluh berat. Abang ni tak faham bahasa ke. Aku penat lah layan dia ni."Iya kata tak nak so tak nak. Ada paham ?"

"Nanti perut masuk angin siapa susah ?"

Aku menjeling sekilas. Siapa susah ? Aku sendiri lah yang susah. Kalau aku gastrik pun aku terperap je dalam bilik. Tak ada nak gerak ke mana-mana.

"Iya tanya abang,ada tak abang Syahmi call abang. Ada abang jawab ?"

Abang Fiqri mengeluh kecil lalu ayam yang sepatutnya dihidang untuk aku dimasukkan ke dalam mulut. Ceh prihatin konon nak suap aku. Suap mulut sendiri laa.

"Abang tak nak bagitahu melainkan dia bagitahu sendiri dia dekat mana."

Aku terpampang. Wajah selamba abang Fiqri dipandang dengan terkejut."Abang ada text dia ?"

"Hmmm.."

Apa ni ? Kenapa abang Syahmi buat aku macam ni ? Dia whatsapp abang aku tapi dia tak whatsapp aku ? Dia lupa ke dia ada isteri kat sini ? Aku isteri bukan adik bukan kakak jauh sekali sepupu.

Isteri. Wanita yang mempunyai hubungan ikatan yang sah. Dia tinggalkan aku tanpa sebarang berita buat aku tertanya-tanya macam ni. Aku ada buat silap ke ?

"Yang penting,dia kata dia okay. Jangan risau."

Kebodohan apakah yang suami aku tengah buat ni ? Dia tak bagi aku risau sedangkan aku? Habis aku yang kat rumah tengah fikir pasal apa ? Pasal kerja ?

Dia lupa ke aku dah ada suami ?

Dia lupa ke dia dah tinggalkan tanggungjawab dia kat sini ? Fikir dia boleh buat main ke benda ni ? Aku risaukan dia and he act like nothing.

What's the benefit can I have ?

"Iya macam orang gila tunggu dia dan dia boleh suruh Iya jangan risau ? Eh dia tu suami Iya bukan sepupu."

"Iya.."

"Tak masalahnya apa masalah abang Syahmi ? Apa benda yang dia sorokkan daripada Iya ? Abang dengan abang Syahmi ada komplot apa-apa ke ?"

Abang Fiqri mengeluh kecil."Jangan overthinking boleh tak Iya ?"

"Manusia yang tak normal je tak overthinking. He's my husband dan dia pergi tanpa bagitahu Iya. Iya ni apa ? Kawan dia ke ?"

"Boleh tak Iya just percayakan Syahmi ? Dia pergi Terengganu bukan sebab-"

"Ada bini lain ?"

Abang Fiqri menghentak kasar meja. Mungkin tahap kesabarannya terlalu menipis. Aku dah faham dengan perangai abang Fiqri.

"Kalau abang Syahmi dah tak nak Iya,dia boleh ceraikan Iya. Tak perlu buat Iya macam ni !"

Aku sensitif.

"Faqira !"

Ayah pula muncul membuatkan aku tersentak kecil. Air mata aku tahan daripada jatuh. Emosi aku mula tak stabil. Aku depressed ke ?

Tak tak. Aku cuma stress.

"Berdosa tahu tak buruk sangka dengan suami sendiri. Tugas Iya cuma perlu berdoa keselamatan suami Iya bukan fikir macam-macam tentang dia."

Air mata aku mengalir jua. Aku tahu aku tak boleh lawan ayah. Belum cakap aku dah menangis. Kenapa semua orang macam berahsia dengan aku ?

"Pergi naik atas,solat Asar !"

Aku berlari ke anak tangga. Aku paling takut bila ayah bertindak tegas. Aku tahu aku tak boleh nak lawan ayah.

Tapi hati aku sakit.

***

Tergesa-gesa aku melipat sejadah dan telekung. Macam tak cukup kaki aku berlari ke tingkat bawah apabila terdengar ibu memberitahu aku bahawa abang Syahmi dah balik. Rasa nak merajuk aku buang jauh-jauh. Sekarang ni aku nak peluk dia kuat-kuat sebab aku rindu dia sangat-sangat.

Jejak sahaja ke ruang tamu,yang ada cuma ibu yang sedang mengemas meja makan. Langsung tiada kelibat ayah,abang Fiqri mahupun abang Syahmi. Aku..Silap dengar ke tadi ?

Hati aku mula sayu namun aku tetap menghampiri ibu."Ibu.."

Ibu menoleh."Dah habis solat dah ?"

"Dah..Hmm ibu,mana abang ?"

"Ada dekat luar dengan Syahmi."

Mata aku mula bersinar. Betullah aku tak salah dengar kan ? Abang Syahmi dah balik ?

"Bye ibu."

Aku berlari anak ke pintu rumah. Tak menyempat betul aku nak sapa dia sampaikan selipar pun aku tak pakai. Terpijak tahi ayam tahulah.

Aku tersenyum lebar nampak abang Syahmi dan abang Fiqri sedang berbual. Pelik betul sembang malam-malam kat luar. Macamlah kat dalam tak boleh sembang. Ah lantaklah yang penting aku nak tengok muka suami aku.

Aaaa nervous !

"Kau jangan jadi bodoh lah Ami. Habis adik aku kau nak campak mana ?"

Langkah aku terhenti. Dua susuk tubuh yang sedang membelakangi aku,aku pandang tanpa niat untuk menghampirinya. Kaki aku macam terpasung di mana aku tengah berdiri sekarang ni. Hati aku tiba-tiba rasa sesuatu.

"Aku tak tahu Fiq. Aku masih sayangkan Arisya."

"Arisya dah mati,Ami. Kau gila ke nak simpan perasaan pada orang yang dah mati ?"

Arisya ? Siapa dia ?

Syahmi mengeluh perlahan."Aku rasa bersalah. Aku sayangkan Arisya tapi aku kahwin dengan Faqira. Hati aku-"

"Kau memang bodoh Ami !"

Aku tersentak kuat apabila abang Fiqri melepaskan satu tumbukan ke pipi suami aku. Air mata aku tahan daripada mengalir. Sakit dengan sesuatu yang aku baru dengar dan sakit dengan abang Fiqri yang tumbuk suami aku.

"Kau kahwin dengan adik aku untuk apa Ami ? Aku suruh kau jaga dia bukan buat dia macam ni ?! Adik aku bukan mainan ! Kau sendiri nampakkan apa yang aku pernah buat dekat dia ? Aku letakkan kepercayaan dekat kau tapi kau balas macam ni ?!"

"Aku tak tahu. Dulu aku sayang Arisya sangat-sangat. Tapi lepas jumpa adik kau,hati aku beralih. Aku rasa serba salah. Aku sayangkan Arisya tapi aku kahwin dengan orang lain. Aku sakitkan Arisya. Even sampai dia meninggal pun aku still tak jumpa dia."

"Sebab apa kau rasa bersalah ?"

"Sebab..Sebab aku tipu Arisya. Kitaorang dah janji nak bertunang lepas sahaja kitaorang konvo,tapi sejak aku jumpa adik kau. Aku tak tahu macam mana nak cakap tapi,rasa kesian tu buat hati aku beralih pada Faqira. Aku mintak maaf."

Air mata aku mengalir laju. Lutut aku terasa longgar. Kebenaran yang cukup merobek hati aku sebagai isteri. Aku sayang suami aku tapi dia sayang perempuan lain. Dia kahwin dengan aku atas dasar kesian ?

He just feel pity on me ?

Seriously ?

"Aku tak boleh Fiq. Kalau aku pandang mata Faqira,aku teringat Arisya. Sebab Arisya yang dermakan mata tu dekat Faqira. Aku tak boleh cintakan dua perempuan. Kalau aku pilih Arisya,aku terpaksa lepaskan Faqira. Walaupun Arisya dah tak ada aku-"

"Dan kau prefer Arisya daripada Faqira ?"

Aku mengetap bibir menunggu respon abang Syahmi. Hati aku berdebar-debar kuat. Aku takut nak dengar jawapan suami aku. Aku takut dia pilih perempuan yang dia sayang tu.

Ye aku ego.

Aku tak nak kongsi suami aku dengan perempuan lain. Aku tak nak !

"Aku.."

Aku genggam tangan aku erat. Air mata dah menitis-nitis laju atas lantai. Hati aku betul-betul tengah sakit sekarang ni. Aku dah tak mampu nak jaga hati sendiri.

"Aku masih cintakan Arisya."

Dan aku mula menangis teresak-esak. Hancur. Hati aku hancur. Suami aku pilih perempuan lain daripada aku sebagai isteri dia.

Apa salah aku ?

"Kau bodoh ke Ami ?! Kau buat adik aku macam sial kau fikir adik aku tu anjing ke ?!"

"Aku tak tahu Fiq ! Aku serabut. Bila aku dapat tahu Arisya yang derma mata dekat Faqira,aku rasa bersalah. Sebab aku dah aniaya dia tapi dia masih tolong aku."

"Kau memang tak guna !"

Aku terjatuh namun aku cuba bangkit. Tak betah nak berdiri lama-lama sambil dengar manusia yang sedang serius berbincang. Bunyi tapak kaki aku menyentuh lantai berjaya menarik perhatian dua lelaki. Aku gagahkan diri untuk berlari.

"Iya ?"

"Sayang ?"

Aku berlari masuk dalam bilik. Pintu aku kunci lalu sofa yang tersedia dalam bilik aku,aku tarik dan letak di belakang pintu. Aku tak nak sesiapa masuk. Aku tak nak diganggu.

Fikiran aku buntu. Aku berlari masuk ke tandas pula. Pintu dikunci. Paip shower aku buka sebesar-besarnya sebelum aku terduduk di bawah pancuran air. Aku menangis teresak-esak sambil menahan rasa pedih dalam hati.

Apa salah aku ?

Kenapa semua orang suka sakitkan hati aku ? Kenapa semua orang suka bagi aku fakehope ?

Aku menarik lutut ke dada. Aku menggigil kesejukan dibawah pancuran air yang tak henti-henti membasahi tubuh aku. Kalau aku mati kesejukan pun aku tak kesah.

Aku betul-betul nak pergi daripada semua orang. Aku tak sangka suami yang aku sayang,yang aku cinta rupanya sayang perempuan lain. Suami aku sendiri mainkan hati aku ?

Aku ni apa ?

Aku anak patung ke ? Boneka ? Hati aku ni hati ayam ke ? Hati lembu ? Kenapa aku mudah kena tipu dengan orang ? Sebab aku mudah percayakan orang ?

Tok tok !

"Sayang bukak pintu ni !"

Aku tak boleh berhenti menangis. Dia panggil aku apa ? Sayang ? Dia boleh pergi mati dengan sayang dia tu.

Dia nak ceraikan aku ? Aku tak kisah. Talak tiga terus pun tak apa. Aku betul-betul dah tak kisah.

Untuk apa aku hidup kalau asyik nak dipermainkan ?

Aku penat. Sumpah aku penat dengan hidup. Aku tunggu ajal jemput aku. Biar aku dah tak dapat nak layan diorang yang berpura-pura dengan aku.

Aku rasa nak mati je sekarang ni.

Biarlah aku mati kan. Ada abang pun tak nak mengaku adik. Ada adik pun tak nak mengaku aku,kakak. Ada abang Fiqri pun,kerja aku menyusahkan dia. Ada suami pun cintakan perempuan lain.

Mati terus kan senang.

***

Continue Reading

You'll Also Like

93K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
576K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
716K 22.9K 115
Kita sering bertemu takdir dijalan yang kita cuba elak. Hana Quinaisha,gadis kacukan Taiwan Melayu yang memiliki paras rupa yang cantik dan comel.Bar...
109K 10K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...