The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 57

5.1K 219 11
By minbrown_


"Syahmi kata dia kena stay dua hari dekat Terengganu sebab ada perjumpaan staf."

Kelopak mata dipejam rapat lalu aku tersandar lemah. Hati aku betul-betul terasa dipermainkan. Aku tak tahu lah semua ni kebetulan atau dirancang,tapi apa yang aku rasa bila aku buta semua baik dengan aku.

Bila aku dah kembali dapat melihat. Semua layan aku macam dulu.

Function ?

Selama seminggu aku kat hospital,kerap sangat abang Syahmi menghilangkan diri. Dia langsung tak teman aku tidur kat hospital. Kalau teman pun lepas aku dah tidur,esok pagi aku bangun dia dah tak ada. Dia datang balik pun waktu maghrib.

Aku betul-betul terasa dengan dia. Dia betul-betul berahsia dengan aku. Ikutkan hati,nak je aku desak dia bagitahu apa benda yang dia sorokkan daripada aku. Tapi tu bukan aku,aku dari kecik memang tak suka paksa-paksa orang.

Dan sekarang ? Aku makan hati sendiri.

Ni dah check out hospital pun bukannya dia datang nak jemput aku. Lagi dia suruh aku tinggal dekat rumah ibu sementara dia pergi Terengganu tanpa bagitahu aku dengan mulut dia sendiri.

Dah dekat seminggu ni jugak,mata aku masih belum hilang daripada kabur. Tapi dah kurang sikitlah. Tapi aku tetap belum boleh nampak muka orang sepenuhnya dengan jelas. Muka suami aku pun haram jadah nak nampak. Macam mana entah muka dia. Hari-hari ada dekat sebelah tapi langsung tak dapat nak tengok muka.

Tenung mata dia pun nampak apa je ?

'I don't wanna be a loser to catch you for my life.'

Tanpa sedar air mata aku mengalir. Aku sedih. Sekarang emosi aku memang sepenuhnya dah okay. Aku dah tak sensitif macam dulu. Tapi sejak abang Syahmi dah mula buat perangai aku mula..

Back to the old me.

Yang suka menangis tak tentu pasal. Kerja nak marah orang je. Nak persoalkan takdir tuhan. Dan ya,aku akui yang aku bakal terkena lagi.

Satu je aku nak cakap,kalau aku tahu dia pun akan layan aku macam sekarang ni,I'll prefer to be a blind girl no matter how long I can. Aku sanggup.

Yang penting aku dah tak perlu nak hadap muka orang yang menyakitkan hati aku.

"Macam manalah muka suami Iya ni kan..Cepatlah mata Iya sembuh."

Aku menarik dagu abang Syahmi ke atas,cuba untuk merenung mata dia yang sememangnya aku tak nampak mana mata mana hidung. Tapi aku tersentak bila tangan aku ditepis perlahan.

It's slow but too deep.

"Iya abang mengantuk."

Lagi lebat air mata aku mengalir macam hujan lebat yang tengah turun di luar rumah. Aku cuba nak call abang Syahmi tapi aku ego. Aku nak dia call aku sebab dia yang buat salah. Aku nak tengok effort dia dekat aku bukan hanya masa aku buta je tapi masa aku dah boleh nampak sekarang.

Aku nak tahu masih ada ke ruang perhatian untuk aku dalam diri dia. Dia lebih pentingkan kerja atau aku,isteri dia.

Aku nak tahu. Aku akan tunggu sampai malam.

***

Sekeping kertas yang diselitkan di dalam dompet dikeluarkan. Tertera nombor akaun si penderma mata kepada isterinya. Puas dia desak Doktor Razzi supaya meminta kepada ahli keluarga arwah untuk mendapatkan nombor akaun bank. Kalau tak dapat berjumpa pun paling tidak dia dapat menyumbangkan sedikit sumbangan sebagai tanda terima kasih.

Satu persatu nombor pin ditekan,beberapa saat kemudian muncul sebaris nama penuh yang cukup tidak asing baginya. Hatinya tiba-tiba bagai dihempas dengan sesuatu yang keras. Lutut serta-merta terasa longgar.

Nur Fazlin Arisya Binti Fauzi.

Syahmi menyembamkan muka pada tapak tangan menahan air mata daripada mengalir. Puas dia menafikan bahawa sebaris nama itu adalah bukan perempuan yang pernah dia sayang dulu. Perempuan pertama yang dia sayang dulu. Perempuan yang sentiasa murah dengan senyuman.

Dan juga perempuan yang dia sendiri sakitkan.

Disebabkan terlalu terdesak,lepas sahaja nama itu tertera di mesin ATM,dia sanggup memandu dari Selangor ke Terengganu semata-mata nak jumpa keluarga Arisya. Dia nakkan kepastian. Syukur sahaja dia masih ingat rumah ibu bapa Arisya memandangkan dulu wanita itu pernah membawanya sekali ke rumah itu.

Sampai sahaja di rumah tu,dia berharap dapat jumpa Arisya. Sedangkan dia lupa isteri yang sedang menunggu dia dirumah. Tapi yang ada,hanyalah berita yang merobek hati dia yang disampaikan oleh ibu bapa Arisya.

"Saya fikir dia tukar tempat pengajian," Syahmi mula tak sedap hati. Ikutkan hati,dia tak mahu dengar semua ni sebab nanti dia sendiri kecewa. Tapi dia mahu tahu juga.

Sama ada Arisya betul dah tak ada atau dia pergi larikan diri.

"Memang dia cadang nak tukar,tapi sejak kanser dia dah sampai stage 2 dia kata dia terus nak berhenti belajar. Sebab dia tahu dia akan ulang-alik ke hospital dan dia tak dapat nak fokus belajar."

Sampai hati you tipu I,Arisya.

"Since dia dah start buat kemoterapi, dia cuma kerja dekat cafe semata-mata sebab cuba nak sibukkan diri. Dia tak nak fikir yang dia tu sakit."

Syahmi menahan rasa sebak di hati. Punya macam orang gila dia cari Arisya di merata tempat,rupanya dia menyorokkan diri.

"Tapi,masa saya datang rumah ni,kenapa rumah ni nampak kosong ? Saya tanya jiran pak cik,dia kata pak cik sekeluarga dah pindah."

Kedua-dua orang tua dihadapannya berpandangan sesama sendiri dengan kerutan di dahi. Seakan perkara yang dia beritahu tadi adalah tidak benar.

"Pindah ? Kitaorang mana pernah pindah rumah."

Syahmi pula berkerut seribu. Takkan dia nak menipu pula ? Dia sendiri datang sini dan tengok rumah ni memang kosong. Jiran pun kata diorang dah pindah.

"Hmm bila awak datang sini ?"

Syahmi berfikir seketika."Setahun lepas."

Dahi pak cik mula berkerut seribu. Seakan pelik dengan kenyataan yang Syahmi sampaikan namun tak lama kemudian dia mengangguk perlahan.

"Tahun lepas rumah tu kosong dalam tiga empat bulan je. Sebab Arisya kena transfer ke hospital Kuala Lumpur. Dia buat kemoterapi dengan doktor pakar kat sana. Tapi pak cik atau mak cik tak cakap pun dekat jiran yang kitaorang pindah."

Mak cik yang diam sedari tadi menyentuh tangan suaminya."Ni mesti arwah punya kerja."

Syahmi tersentak."Arwah ?"

"Arwah Arisya. Dia pernah cakap jangan bagitahu dekat mana-mana kawan satu U dia."

Syahmi mula tak sedap hati. Arwah Arisya ? Bermakna.."Jadi yang derma mata pada isteri saya tu,Arisya ? Fazlin Arisya ?"

Mak cik mengangguk."Aah. Dia kata dia dah nak pergi,daripada dia meninggal tanpa dapat tolong orang. Lebih baik dia tolong isteri kamu."

Syahmi menahan air mata daripada jatuh. Sungguh kebenaran yang cukup merobek hati lelakinya. Persoalan yang menyesakkan dada akhirnya terjawab.

Arisya,penderma mata buat Faqira ? Isteri dia ?

Air mata tanpa diminta mengalir jua. Rasa sebak mula menghurung dada. Wanita yang dia cari selama ni,diambang maut. Dan masih nak berbakti pada orang yang masih hidup sedangkan dia tahu dia dah nak pergi menghadap Ilahi ?

Syahmi mengetap rahang. No wonderlah setiap kali dia memandang mata 'baru'Faqira, dia seakan kenal dengan mata tersebut. Tapi dia langsung tak ingat siapa gerangannya memandangkan dia dan Arisya terpisah lama.

"Jangan care pasal I ! I sakit dan I akan mati !"

"Kanser hati stage 2 masih ada harapan Sya. Let me care with you please. I nak sentiasa ada dengan you. I nak teman you pergi buat kemo. Please,"

Arisya mengeluh kuat lalu mula berjalan pergi. Panas pula hati dia bila bercakap dengan orang yang tak faham bahasa. Dia penat. Hati dia sakit. Berdiri lama-lama membuatkan dia nak pengsan.

Syahmi yang melihat Arisya mula berlalu pergi,lantas dia menarik tangan Arisya. Walau macam mana pun dia tetap nak Arisya sentiasa ada dengan dia tak kira dia sihat atau sakit.

"Apa lagi you ni ?! "

"I tak nak lepaskan you. I merayu jangan tinggalkan I Sya,please.I begging to you."

Arisya merentap tangannya yang dipegang. Ikutkan hati nak je dia bagi penampar. Orang tak faham bahasa."Lepas apa yang you dah buat ? You still tak nak lepaskan I ? Hey you ni amnesia ke apa ? You dah bertunang you tahu tak ?!"

"But I still love you,Arisya. Even I dah bertunang dengan adik Fiqri you still ada dalam hati I. Trust me,"

Pang !

"Lelaki bodoh macam you ni tak layak hidup lah Ami. I sayang you macam orang gila but you curang dengan I sampaikan you dah bertunang dengan dia. Sekarang you nak cakap you still sayang I even you dah bertunang ?"

Arisya menggeleng kecewa."I kesian dengan tunang you. Dengan keadaan dia yang buta,you ambil kesempatan atas dia. You curang pulak belakang dia semata-mata nak kejar I. You betul-betul lelaki tak guna lah Ami."

Kini bahu Syahmi pula ditumbuk kasar."Since you dah bertunang dengan dia, I akan surrender and I akan back off. Pergi mati dengan sayang you dekat I. Apa-apa pun,I tak nak you buat dekat tunang you macam mana you buat dekat I.

Ingat Ami,hati perempuan bukan mainan. I tak kesah you mainkan perasaan I but I tak nak you mainkan perasaan dia. Even she's stil underage dan masih mentah,you tak ada hak nak layan dia macam manusia yang tak ada hati. Hati I sakit sebab kanser,I tak nak hati dia sakit sebab manusia toxic macam you."

"I said what I said,Ami. You aniaya dia,trust me you takkan bahagia."

Syahmi menangis perlahan ditemani dalam kegelapan malam. Kini baru dia sedar di mana silap dia. Dia mencintai Arisya tapi bila jumpa Faqira,hati dia beralih pada wanita itu pula sedangkan dia masih sayang Arisya.

Curang ?

Ye dia memang curang. No wonder Arisya terlalu bencikan dia sampai sanggup nak larikan diri daripada dia.
Sanggup tahan rasa sakit kanser dan sakit kena khianat dengan dia sampai dia hembuskan nafas terakhir.

'I menyesal Sya..I still tak dapat nak tengok you buat kali terakhir. You terlalu bencikan I but you sanggup dermakan mata you pada isteri I.'

Nafas dihembus berat. Sekarang dia hanya mempunyai isteri. Isteri yang sedang menunggu kepulangan dia di rumah.

'Maafkan abang,sayang.'

***

Tewas.

Ye aku tewas sekali lagi. Daripada pagi sampai petang hingga ke malam. Aku langsung tak terima panggilan daripada suami aku. Sumpah hati aku sakit sangat-sangat.

Dia pun nak jadi macam abang Fiqri macam dulu ke ?

Kalau ye macam mana ? Aku bakal kena cerai ?

Aku akan ditinggalkan ?

Faqira,istighfar.

Tapi hati dia terlalu sedih. Hati isteri mana tak risau dengan keadaan suami yang jauh di negeri orang sana. Betul ke dia pergi Terengganu atas urusan perjumpaan staff ?

Atau dia ada perempuan lain ?

Air mata aku mengalir buat kesekian kalinya. Aku dah penat. Aku pasrah dengan layanan orang dekat aku. Aku ni macam anak patung yang boleh bercakap dan tujuannya adalah untuk disakitkan hatinya.

Takdir hidup aku memang sakit macam ni ke ?

Ya allah ajar aku untuk kuat.

Aku tak mahu perkahwinan yang baru 5 bulan kami dirikan akan goyah. Aku tak nak. Aku nak abang Syahmi sentiasa ada dengan aku. Walaupun aku tak tahu apa yang dia buat belakang aku.

Aku takut nak hilang dia.

***

Continue Reading

You'll Also Like

158K 5.5K 53
[ COMPLETE ] Isteri pertama sebagai isteri simpanan? Hehh! Itulah kesan yang perlu ditanggung oleh Hanna Khayla kerana berkahwin secara rahsia. Perk...
5.5K 397 32
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝑫𝒂𝒓𝒊 ʏᴀɴᴀsᴀᴍᴍ_ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶 𝓧 𝓝𝓲𝓴 𝓛𝓲𝔂𝓪𝓷𝓷𝓪 Kau Jalan pakai...
574K 23.8K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
509K 12.4K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...