The Rose [ C ]

Από minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... Περισσότερα

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 55

4.7K 214 7
Από minbrown_

"Mana ?"

"Kiri,sayang. Baik-baik."

Aku memeluk tangan Abang Syahmi. Masuk je dalam hospital ni,automatik rasa diri ni macam kena rasuk. Seram sejuk semacam deh. Masuk hospital macam masuk bilik mayat.

"Hey chill la. Kenapa menggigil ni ?"

Eee dia gelakkan aku ? Nak kena bantai ni. "Abang jangan takutkan Iya." Adu aku ni pun satu. Bukannya nak pergi kubur pun lek lek sudah.

Abang Syahmi memeluk bahu aku lalu kami sama-sama berjalan masuk ke ruang hospital. Lama jugaklah kitaorang berjalan sampai aku rasa terkejut beruk sebab naik lif. Dia ni pun bukannya nak cakap. Saja je nak buat aku tercirit kat sini.

Bunyi pintu dibuka membuatkan debar aku semakin menggila. Tambah pula aircond yang sejuk gila ni macam masuk bilik peti ais. Kalau aku pengsan,jangan tanya kenapa.

"Eh Syahmi. Masuk-masuk. Sila duduk."

Aku terkial-kial nak duduk bila Abang Syahmi dah duduk kat sebelah. Tangan aku yang sejuk dia genggam erat. Aku tahu dia nak gelakkan aku. Aku dengar dia tahan gelak dia tu dari tadi. Aku tahu..

"Allhamdulillah sampai jugak. So memandangkan masa pun terlalu terhad. Saya terpaksa bagitahu terus lah."

"Silakan doktor."

Aku gigit bibir dan seperti selalu..Dalam kegelapan. Rasa kecut perut tu tak adalah mendalam sangat memandangkan aku tak nampak tapi menipulah kalau aku boleh duduk tenang-tenang sambil buat wat lek wat piece. Ketahuilah bahawa jadi buta ini sememangnya best.

Walaupun agak menyukarkan.

"Kalau nak ikutkan,operation room semua tengah penuh sampai esok pagi. Tapi sebab patient yang dah setuju nak dermakan isteri awak sepasang mata tu disahkan meninggal awal pagi tadi,so kita terpaksa proceed lebih awal. So conclusionnya,kalau awak dan isteri awak setuju,saya akan serahkan borang persetujuan dan insyaallah malam ni isteri awak dah boleh buat operation."

What the..

Amenda ni ? Awat cepat sangat ?

"Ce-cepatnya.."

Aku terdiam bila abang Syahmi membisikkan sesuatu sambil mengusap tangan aku perlahan. Dia cuba untuk tenangkan aku yang tengah gelabah tak tentu hala ni.

"Jenazah tak boleh simpan lama-lama sayang."

Ouchh aku lupa.

"So saya akan serahkan beberapa dokumen untuk awak tandatangan sebagai persetujuan dan kalau semuanya dah okay,jam 6 petang saya akan sediakan operation room."

"Sayang okay nak buat operation ni ?"

Errr kalau aku kata aku tak nak ? Murung tak dia ?

Perlahan aku mengangguk."O-okay."

"Okay doktor. Saya setuju."

"Okay baiklah."Aku telan liur mendengar bunyi laci dibuka dengan penuh dramatik. Pula tu bunyi kertas diselak-selak macam tengah bukak kertas exam. Tambah pula bunyi pen ditekan gaya macam nak cucuk-cucuk orang. Bunyi kerusi terseret ngilu. Bunyi kertas dikoyak perlahan tapi kedengaran sangat tragis.

Hampeh aku takut laaa !

"Maafkan saya,saya nakkan kepastian. Isteri awak mengandung?"

Zass !

Soalan apa ni ? Kenapa dia tanya aduh Doktor Razzi ni pun. Cuba lah tanya aku ni dah makan ke belum ke. Eh tak boleh kang nanti ada pulak meja terbang kat dalam bilik ni.

"Tak doktor. Isteri saya tak pregnant." Jawab abang Syahmi perlahan. Aku menunduk malu. Walaupun aku tak nampak tapi aku tetap rasa malu tau..

"Hmm untuk kepastian,saya nak isteri awak buat ujian urine. Saya takut isteri awak pregnant dan mungkin bius yang akan saya bagi akan effect pada kandungan isteri awak. Dan mungkin terlalu bahaya untuk kedua-duanya."

Aduu doktor ni. Suami aku kata tak tu tak lah. Nak check apa lagi ? Check lah suhu aku ke tahap ketakutan aku level berapa ke..

Kau merapu apa ni ?

"Eh tak apa doktor. Saya yakin isteri saya tak mengandung." Balas abang Syahmi membuatkan aku terdiam. Bersungguh-sungguh naww husband aku yakinkan Doktor Razzi ni.

"Tak apa awak bawak isteri awak pergi check dulu. Kadang-kadang,ada pasangan yang tak sedar dia hamil."

"Doktor-"

"Macam mana saya nak pregnant kalau dia belum sentuh saya lagi doktor?" Haa kan aku dah geram.

Krik ! Krik !

Alamak terlepas cakap pulak. Aduu mesti doktor tu tengah pandang kitaorang lain macam. Aku ketap bibir bila tangan aku digenggam erat. Habis lah aku dah malukan suami aku.

"Ouh okay. If you said so,"

Huish lega bhai. Walaupun kitaorang dah dekat 5 bulan kahwin,masing-masing masih suci. Pernah lah aku tanya dia sebab kenapa tak sentuh aku. Dia jawab,dia risaukan aku kalau aku pregnant dengan keadaan aku yang sekarang. Dia tak sedia lagi nak biarkan aku jadi mak buyung tanpa pemantauan 24 jam tak berbayar dia.

"Ni borang-borang yang perlu ditandatangan. Lepas Asar,nurse akan bagi baju dan isteri awak akan dimasukkan ke wad sebelum kita bawa dia ke operation room. So,ada soalan ?"

Aku gigit bibir perlahan."Hmm..Saya nak tahu perderma mata untuk saya tu lelaki atau perempuan ?"

Aku rasa doktor Razzi tengah senyum."Perempuan."

"Hmm boleh saya tahu nama dia ?"

"Ouh sorry. Penderma dah arahkan saya untuk rahsiakan identiti dia. Jadi sebarang maklumat penderma adalah merupakan privasi kami."

Ya allah syukur. Kalau ikutkan nak je aku desak tanya siapa perempuan yang mulia hati sangat tu. Aku kenal ke dia..Tapi aku tahu mungkin dia nak rahsiakan diri dia.

Apa-apa pun,semoga awak dikurniakan syurga wahai si penderma yang mulia.

***

Selesai sahaja aku pakai baju hospital serta pelindung kepala,terus aku meluru ke arah abang Syahmi. Aku peluk dia erat-erat sampaikan air mata aku mengalir. Sumpah aku takut nak buat operation mata ni. Macam nak kena operation jantung. Pertama kali dalam hidup nak kena bedah ni.

"Besarnya baju sayang."

Dia ni..Aku tengah sendu boleh pula dia tanya baju aku. Nak buat guane kan ?

"Abang..Iya takut."

Dahi aku dikucup sekilas sebelum pelukan aku dibalas."Nothing to scare sayang. Abang doakan semoga semuanya berjalan lancar. Sayang kena kuat tau."

Aku sembamkan muka ke dada dia. Dulu dengan abang Fiqri je aku suka buat macam ni tapi dah ada suami ni. Makin best pulak. Hew hew.

"Macam mana kalau Iya mati masa operation tu ?"

"Astaghfirullahalazim sayang. Kenapa cakap macam tu ?Abang balik lah macam ni."

Aku merengek mengada-ngada bila dia cuba nak lepaskan aku. Lagi lebat air mata aku mengalir. Baru je pagi tadi dapat call yang dia nak aku buat operation mata. End up petang ni pula terus kena operation.

Mana la aku tak terkejut.

Aaaaa takowdd.

"Abang jangan tinggalkan Iya."

"Sayang cakap mengarut macam tu lagi memang abang tinggal. Tak kisahlah menangis macam mana pun abang tetap akan balik."

"Okay-okay Iya mintak maaf."

"Cakap lagi tak ?"

Aku diam. Air mata dah mencurah-curah macam air hujan menitik ke lantai. Aku peluk dia tak nak lepas. Mana tahu dia betul-betul nak tinggalkan aku.

"Okay abang balik."

"Okay-okay,Iya tak cakap."

"Abang nak balik jugak."

"Abang !" Dia tergelak sebelum aku meleraikan pelukan dengan geram. Terkial-kial aku menapak ke tempat lain. Aku tengah takut boleh pula dia main-main macam ni. Fikir kelakar ke ?

"Okay sayang okay. Merajuk pulak.."

Aku memeluk dia erat. Aku betul-betul rasa macam aku akan kena tinggal dengan dia. Padahal nak masuk bilik bedah je pun. Over naww aku ni.

Libas guna selimut tahulah.

"Tarik nafas dan tenang. Jangan takut,nanti abang lagi takut. Kita just tawakkal dekat allah je tau."

"Hmm.."

Tiba-tiba hati aku rasa sedih sebab hari ni mungkin adalah hari terakhir aku jadi buta. Bila esok lusa aku dah dapat melihat,aku harap aku sentiasa jadi manusia yang bersyukur dan gunakan mata yang dikurniakan untuk aku sebaiknya.

Kalau ikutkan,aku nak kekal jadi buta. Sekurang-kurangnya aku terpelihara daripada melihat kemaksiatan. Cehh ayat.

Tapi tu lah aku tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau aku terus jadi buta,aku akan menyusahkan semua orang. Terutamanya suami aku.

Persoalan,sampai bila hidup aku asyik nak menyusahkan orang ?


***

"Kau ni..Adik aku dah masuk operation room baru kau nak bagitahu. Dah lupa kawan ke ?"

Syahmi tergelak kecil sebelum menepuk perlahan bahu Fiqri. Merajuk pulak. Tadi adiknya,ni abangnya pulak..

"Sorry la bro. Tadi Iya menangis tak berhenti sebab takut punya pasal. Aku pun jadi lupa semua benda."

Fiqri mencebik perlahan sebelum melabuhkan punggung. Hadeh lenguh pinggang dia berlari dari tempat kerja terus ke sini. Nasib baik ayah dan ibu belum tahu lagi tentang berita ni. Nanti baliklah dia bagitahu.

Penat sangat ni hadap jalan sesak. Sakit pinggang duduk lama-lama dalam kereta.

"Bila kau jumpa doktor tu ?"

Syahmi tersenyum."Lama dah. Pagi tadi dia call cakap patient tu dah meninggal. So petang tadi aku bawaklah Iya jumpa doktor tu nak tahu lebih detail. Tapi tak sangka pulak doktor tu kata terus on surgery memandangkan patient tu dah meninggal."

Fiqri memeluk bahu Syahmi sekilas. Tak sia-sia jadi adik ipar yang berguna."Kau ni adik ipar yang paling best kau tahu tak ?"

"Eh mestilah..Aku buat untuk orang yang aku sayang."

Syahmi tergelak perlahan cuba untuk meredakan rasa gundah dalam hati. Risau pula dengan keadaan Faqira kat dalam tu. Dia tu dah lah penakut. Haih semoga Allah permudahkan Ya Allah.

"Mi..Kau dengan adik aku macam mana ? Bahagia tak ?"

Syahmi tersenyum kecil."Bahagialah jugak. Tak ada pulak aku kena ikat perut,pakai baju berkedut pergi kerja,tak ada sarapan nak makan. Semuanya perfect..Adik kau even tak boleh nampak pun dia tryhard nak jalankan duty dia."

Fiqri menyandarkan tubuh pada kerusi sambil tangan naik memeluk tubuh. Setakat ni apa yang dia nampak cukuplah untuk dia rasa lega. Sekurang-kurangnya ada yang ikhlas sayangkan adik dia.

"Jaga adik aku baik-baik Mi. Aku tahu kau pun tahu yang macam-macam dah jadi dekat adik aku. Yang penting kau selalu support dia tau."

"Insyaallah Fiq."

Syahmi mengangkat muka memandang bilik pembedahan di depannya. Tak putus-putus dia memanjatkan doa pada ilahi semoga dipermudahkan.

"No matter who is she. I nak you jaga dia baik-baik. Jangan berani buat dekat your wife macam mana you buat dekat I sebelum ni. I mintak maaf dan I akan back off. Make sure you jangan pernah tunjukkan muka you dekat I."

Keluhan berat terlepas akhirnya.


***

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
DHEO'S Από KARYASENI | PENULIS...

Γενικό Φαντασίας

804K 25.8K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
92.9K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
97.4K 6.3K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...