The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 53

4K 202 2
By minbrown_

"Elok-elok bawak tu Iya,panas tu."

"Baik umi."

Aku melangkah perlahan-lahan ke depan sambil membawa ikan masak tiga rasa yang baru sahaja aku masak dengan bantuan umi,penuh berhati-hati. Letak sahaja lauk ke atas meja,aku tersentak apabila aku dipeluk dari belakang.

"Assalamualaikum sayang." Berbahang muka aku bila bibir abang Syahmi menyentuh pipi kanan aku. Lantas aku berpusing lalu memeluk dia erat.

"Waalaikumusalam abang. Bila abang sampai ? Iya tak dengar pun."

"Baru je sayang." Aku mengucup tangan dia sekilas. Seronok sangat memasak dengan umi kat dapur sampai tak sedar abang Syahmi dah balik kerja. Sedihnya tak dapat sambut dia balik dari kerja dekat pintu macam selalu.

"Rajinnya sayang. Masak apa hari ni ?"

"Umi masak nasi ayam,Iya masak ikan tiga rasa. Tak tahulah sedap ke tak."

Aku sembunyi senyum bila dia geselkan hidung dia dengan hidung aku. Dia ni suka sangat layan aku macam ni. Aku rasa terlalu manja dengan dia.

Nak berenggang pun susah nanti.

"Mestilah sedap. Air tangan sayang masak dengan ikhlas nak bagi abang makan."

Air tangan aku sedap ke ? Entah-entah air peluh ? Weh Faqira otak tu janganlah melencong tempat lain. Takkan nak bagi suami kau makan makanan campuran peluh kau pulak.

"Sayang,abang ada good news. Jom ikut abang masuk bilik jap." Tangan aku dipegang.

"Eh tapi Iya tak siap kemas meja lagi. Umi tengah-"

"Umi ! Ami culik Iya masuk bilik jap tau !"

Umi dari dapur melaung."Ha pergilah ! Nanti makanan dah siap Umi panggil turun makan."

Umi..Sorry.

Aku menjaga langkah membuntuti abang Syahmi yang tak sabar-sabar nak tarik aku masuk bilik. Nak je aku marah dia,dah lah aku tak nampak boleh pula dia main jalan laju-laju. Aku terjatuh kang dia pulak yang risau nanti.

"Abang jangan laju sangat."

"Abang tak sabar ni sayang."

Aku melabuhkan duduk di birai katil berhadapan dengan abang Syahmi. Pelik betul dengan suami aku ni. Orang balik kerja mesti penat. Dia pulak seronok macam nak terlompat-lompat dibuatnya.

"So apa good newsnya abang ?"

Abang Syahmi menarik nafas dalam-dalam."Tadi abang pergi hospital,"

"Hmm ?"

"Lepas tu abang jumpa doktor yang selalu uruskan appointment Iya."

Ha lepas tu ? Dia nak kata doktor tu dah nak kahwin dah ke ? Alhamdulillah lah kalau macam tu. Aku tumpang bahagia. Dapat aku makan nasi minyak.

"Doktor tu kata,ada seorang pesakit ni sekarang tengah sakit. Dia kata,pesakit tu nak dermakan mata dekat Iya sebab dia kata dia tinggal tunggu masa sebab kanser hati. Iya..Nak tak buat operation mata ?"

Aku tergemap. Aku salah dengar ke ? Kenapa aku tak fokus apa yang suami aku cakap tadi ? Telinga aku tersepit dekat tudung bawal yang aku pakai ke ?

"Maksud abang ?"

Kedua-dua tangan aku digenggam erat. Kedengaran suara abang Syahmi terlampau teruja. Aku pun tak pasti dengan apa yang aku rasa.

"Maksud abang,kalau Iya buat operation mata. Iya boleh nampak balik. Iya boleh tengok macam dulu."

Operation mata ?

Aku boleh nampak semula ?

Tapi kenapa aku tak happy dengan berita gembira ni ?

"Sayang,rezeki sayang dah sampai."

***

Aku menghela nafas perlahan lalu kepala disandar lemah pada kepala sofa. Fikiran aku masih lagi kusut dengan berita yang abang Syahmi sampaikan tadi. Hati aku berbelah bahagi. Aku buntu. Kenapa aku tak gembira sedangkan perkara tu lah yang aku nak sebenarnya.

Aku boleh nampak semula. Aku boleh tengok ayah,ibu,mama,papa dan semua orang yang aku sayang.

Tapi kenapa aku macam tak rela ?

"Sayang.."

Aku tersentak apabila abang Syahmi memanggil. Lantas aku bangkit daripada duduk dan tudung sarung diambil. Kalut aku seketika namun belum sempat aku nak sarungkan tudung ke kepala,tudung aku dirampas sebelum aku ditolak ke katil.

"Ab-abang ?"

Aku tersentak kuat bila abang Syahmi menarik aku lebih rapat dengannya. Aku cuba hadam apa yang sedang berlaku. Tapi,

"Sayang marah abang ?"

Eh bila masa ? Kenapa ? Aku ada marah dia ke tadi ?

"Kenapa abang tanya Iya macam tu ?"

"Sebab dari petang tadi Iya langsung tak nak bercakap dengan abang. Iya sibuk buat hal sendiri. Bila abang nak dekat,sayang lari pergi tempat lain. Abang ada buat salah ke ?"

Aku cuba refresh balik otak aku. Ada ke aku tak bercakap dengan dia ? Aku buat hal sendiri ? Dan aku cuba larikan diri daripada dia ?

Haa mungkin aku terlalu fokus layan perasaan sebab tu lah suami aku pun terabai. Astaghfirullahalazim. Dosa apa yang aku buat kali ni ya allah ?

"Abang..Iya mintak maaf sangat-sangat. Iya langsung tak sedar apa yang Iya buat. Iya mintak maaf kalau abang terasa dan buat abang fikir Iya marah abang. Iya betul-betul tak sengaja." Aku memeluk dia erat lalu lekuk jawline dia aku kucup perlahan. Sumpah weh aku rasa bersalah sebab abaikan dia.

"Okay abang maafkan. Sekarang jujur dengan abang,Iya fikir pasal apa sampai abaikan abang tadi ?"

Aku mengeluh kecil."Pasal operation mata."

Abang Syahmi menarik aku untuk duduk. Aku akur lalu tangan suami aku,aku pegang erat. Hati ni rasa sesuatu yang tak pasti. Tapi aku rasa bersalah memandangkan abang Syahmi betul-betul gembira dengan berita ni.

"Iya..Kalau Iya tak nak buat operation mata,tak apa. Abang tak kisah. Abang cuma bagitahu je mana tahu Iya happy. Abang -"

"Abang. Bukan Iya tak nak tapi,macam mana dengan orang yang nak dermakan Iya mata tu ? Mungkin dia nak dermakan sebab dia rasa memang dia dah tak ada peluang nak hidup lagi. So better dia dermakan dekat orang macam Iya. Cuba abang bayangkan,bila dia dah dermakan mata dekat Iya tiba-tiba Allah panjangkan umur dia ?

Apa perasaan dia bila dia sihat tapi dia tak dapat tengok ?"

Suasana sunyi buat seketika. Aku tahu abang Syahmi terlalu teruja dengan berita ni untuk kesenangan aku tapi dia lupa dengan pihak sana. Aku tak salahkan sesiapa tapi aku memang dah dilahirkan jenis yang suka berfikiran panjang. Selagi benda tu boleh dielakkan,aku akan elak.

Aku tak nak hidup senang di atas kesusahan orang lain.

"Abang ?" Aku mula rasa bersalah apabila air mata abang Syahmi menitis atas tangan aku. Pantas aku seka air matanya lalu kedua-dua pipinya aku pegang. Aku cuba membayangkan yang sekarang ni aku bercakap sambil pandang dia. Sambil pandang mata dia.

Walaupun aku tahu,terlalu sukar.

"I'm so sorry. Iya tak ada niat nak sakitkan hati abang. Iya cuma nak kebahagiaan yang Iya kongsi dengan abang adalah usaha kita sendiri. Bukan sebab orang lain." Dahi dia aku kucup sekilas.

"Iya tak kisah kalau Iya memang dah ditakdirkan buta. Asalkan hati Iya tak buta. Iya mungkin tak dapat tengok orang dengan mata,tapi Iya dapat rasa dengan hati."

Eh sebak ! Aku betul-betul terharu dengan abang Syahmi. Bayangkan dia sanggup kerja separuh hari kemudian pergi ke hospital semata-mata nak pastikan ada atau tidak insan yang mahu mendermakan aku sepasang mata. Dia ketepikan segala penat lelah hanya kerana aku.

Tapi aku tak sangka aku buat dia menangis.

"Abang mintak maaf. Abang terlalu excited sampaikan abang lupa pihak sana."

"Tak apa. Iya tak marah. Bukan salah abang pun kan.."

Aku menahan air mata yang bertakung bila ditarik ke dalam pelukan dia. Aku tahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk aku. Aku tahu dia pun nak aku jadi macam isteri orang lain walaupun dia kata tak kisah. Suami mana yang tak sayang isteri kan ?

"Abang cuma nak yang terbaik untuk sayang. Abang nak sayang boleh melihat semula. Abang cuma nak Iya boleh tengok semua yang ada di sekeliling Iya. Iya boleh tengok abang. Dan kalau kita ada anak,abang nak sayang tengok anak kita. Abang nak kita rasa bahagia sama-sama."

Allah. Tak pernah pula aku terfikir semua tu. Yang aku fikir cuma nak dia sentiasa dengan aku. Aku cuma berharap yang aku boleh tengok muka suami aku tapi aku langsung tak ada kesungguhan.

Aku mendongak memandang dia."Abang,insyaalah kalau ada rezeki untuk Iya boleh nampak macam dulu,adalah. Kalau tak,kita berdoa okay ? Kalau Iya memang ditakdirkan akan buta selama-lamanya,tak apa Iya redha. Yang penting Iya akan selalu doakan abang sentiasa bahagia."

"Abang mintak maaf,sayang."

***

Continue Reading

You'll Also Like

127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
92.9K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

730K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
575K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...