The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 48

3.7K 197 5
By minbrown_


Fiqri terduduk lemah mengenangkan segala masalah yang berpunca daripadanya. Hari ni dah masuk hari ke tujuh bermakna sudah seminggu Faqira hilang tapi masih belum dijumpai. Laporan polis dah lama dibuat tapi sikit pun tiada hasil.

Dia dah tak tahu nak buat apa. Setiap malam dia membuat solat hajat. Mendoakan keselamatan adiknya itu.

Selama hampir seminggu ni macam-macam jadi. Keluarga dia dan keluarga Encik Zainuddin masih lagi berperang. Syahmi pula asyik kerap hilang. Ayah pula hampir kemalangan semasa mahu pulang dari tempat kerja. Dia teringat hari di mana dia dengan Syahmi berada di balai polis.

"Tak masalahnya korang ni buat kerja ke tak ?"

"Encik minta bersabar-"

"Adik aku hilang kau nak suruh aku bersabar kepala otak kau ?!"

Syahmi segera meminta maaf kepada polis yang bertugas lantas dia mengheret lelaki itu keluar daripada balai polis. Keluar sahaja daripada balai polis,satu tumbukan melayang ke pipi Fiqri.

"Kau punya bodoh tu lain kali tak payah bawak lah ! Kau tak dengar ke apa polis tu cakap ?!"

Fiqri menekup pipi kirinya yang pedih akibat ditumbuk. Syahmi yang sedang menyirap dipandang tajam. Dia perhati daripada tadi,Syahmi punya rilek tu macam minta penyepak daripada dia.

"Masalahnya diorang tu tak buat kerja ! Adik aku dah tiga hari hilang tapi ada diorang cari ?!"

"Kau jangan buat aku terajang kau kat sini jugak Fiq ! Kau dengar kan dia kata report polis tu dibatalkan ! Means adik kau masih selamat dengan orang !"

Syahmi mula naik angin. Kalau tak kenangkan sikap sabarnya,memang lunyai si Fiqri ni. Kawan tak kawan,kau buat perangai memang kena tibai.

Boleh pula dia pergi sembur pegawai polis tu. Kalau dia tak tahan si Fiqri ni memang malam ni tidur lokap. Berani buat kerja gila macam tu. Dia fikir Malaysia ni bapak dia punya.

"Kau rilek je dah lah. Adik kau selamat dan aku berani jamin dia nak tinggal dengan orang yang boleh jaga dia."

Fiqri bangkit. Apa yang dia buat semua salah. Semua tak kena. Orang risaukan adik dia. Bukan lelaki tahu tapi perempuan !

"Ami,aku fikir kau ni kawan baik aku je tahu. Kalau tak memang dah lama aku belasah kau. Kau expect dia boleh jaga diri ke ?"

Syahmi memicit kepala tanda serabut. Jam ditangan ditilik sekilas. Nak ditinggalkan Fiqri masalahnya Fiqri tumpang dia. Lagipun mamat ni kalau tengah stress mood memang overall tak betul. Risau pulak dia buat kerja gila.

Hari tu masa dapat tahu Aini curang pon dia bawak kereta macam nak terjun gaung. Yang masa buat assignment hari tu,boleh pula dia nak terjun bangunan. Nasib baiklah dia dan housemate yang lain nampak.

Kalau tak memang dah arwah.

"Aku dapat tahu siapa orang tu teruk dia kena dengan aku."

Syahmi menggeleng melihat Fiqri yang mula berlalu pergi. Tu lah orang dah pesan kalau tengah stress istighfar banyak-banyak. Sekarang bila semua ni dah jadi mulalah nak salahkan orang.

Aku hempuk guna helmet tahulah. Naik angin tak bertempat habis orang yang tak bersalah kena tempias.

Fiqri mengeluh lagi. Dia terlalu rasa bersalah. Puas dia mencari di merata tempat namun langsung tiada. Sungguh kalau apa-apa yang jadi dekat Faqira,dia takkan maafkan diri dia sendiri.

"Abang."

Fiqri menoleh memandang ibu yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Sejak dari hari pertama Faqira hilang,ibu langsung tak mahu bercakap dengan dia. Sebab dia,ibu hilang anak dia.

"Pergi belikan ibu barang dapur." Beberapa keping duit seratus diletakkan di hadapan meja lantas ibu berlalu pergi. Ibu sedikit pun tak mahu memandangnya.

Ibu masih marahkan dia.

"Ibu." Fiqri berlari menghalang laluan ibu. Selama seminggu ni hati dia tak tenang bila ibu berkelakuan sebegini dingin dengan dia. Tak mahu bertegur sapa melainkan benda penting.

Sumpah dia terasa sangat-sangat.

"Apa?"

Fiqri mengeluh perlahan lalu kedua-dua bahu ibu dipegang. Luluh hati dia melihat raut wajah ibu yang pucat dan tak bermaya. Dah lima hari ibu demam tapi masih tak sembuh lagi.

"Ibu..Abang mintak maaf. Tolong jangan layan abang macam ni bu."

Ibu mengangkat muka. Lama dia tenung anak dia sebelum air mata wanitanya bertakung di tubir mata. Bila tengok wajah Fiqri,automatik dia rasa mahu menangis. Dia terlalu sedih.

"Kenapa abang buat ibu macam ni ?"

Fiqri mengerdipkan kelopak mata berkali-kali menahan air mata daripada bertakung. Tangan ibu cuba dipegang namun wanita itu lebih pantas menariknya. Langsung tiada peluang untuk dia.

"Abang nampakkan ibu macam mana bila Iya hilang dulu ?"

Fiqri tertunduk dengan rasa bersalah. Mana mungkin dia lupa kenangan pahit dulu ? Ibu hampir bunuh diri sebab Faqira hilang. Hilang yang hampir makan masa selama dua bulan.

Waktu tu ibu hampir gila semata-mata nak cari semula Faqira yang hilang. Puas dia mencari namun langsung tiada. Cari punya cari,rupanya Faqira dah dekat Kelantan.

Bayangkan dari Selangor dibawa ke kelantan ?

"Ibu mintak abang suruh jaga Iya sekejap je. Bukan lama. Tapi apa abang buat dekat dia ?"

"Ibu abang betul-betul tak sengaja."

Ibu menggeleng perlahan." Ibu tak tahu nak cakap macam mana dah,selagi abang tak jumpa Iya. Jangan ingat ibu akan jadi macam dulu."

Fiqri mengeluh perlahan sebaik sahaja ibu pergi. Cara apa lagi yang perlu dia guna untuk meraih kepercayaan ibu ?

Ya Allah,bantu aku.

***

Duk !

"Sorry bro aku tak-"

"Ami ?"

Syahmi yang tertunduk segera mengangkat muka. Terkejut beruk lelaki itu dibuatnya. Syahmi memandang sekeliling sebelum dia kembali memandang Fiqri.

"Kau buat apa kat sini ?" Soal Syahmi dengan berhati-hati. Senyuman yang diukir juga seakan kelat. Gelisah semacam je mamat ni apahal ?

"Aku beli barang sikit."

"Ouh ye ke ?" Dia tertawa palsu. Bakul di tangannya,Fiqri jeling sekilas. Satu bungkusan kotak di dalam bakul Syahmi dipandang dengan kerutan di dahi. Wajah pucat lesi Syahmi dipandang.

"Sejak bila kau minum susu ?"

Syahmi tersenyum kelat. "Bukan aku lah yang minum. Adik aku."

"Eh bukan-"

"Weh Fiq aku dah lambat ni. Jumpa lagi." Tangan Fiqri disalam lantas dia berlalu pergi.

Fiqri yang melihat terkebil-kebil. Jauh di sudut hati dia berasa sangsi dengan kelakuan Syahmi yang kelam kabut serta seakan mahu melarikan diri.

"Lain macam je Ami ni ?"

Fiqri terus mencapai barang yang dia mahukan sebelum dia bergerak ke kaunter untuk membayar. Gerak hatinya menyuruh dia melakukan sesuatu.

Nak tahu jugak kenapa Syahmi pelik sangat. Mamat ni ada buat benda tak elok ke ?

***

Fiqri masih fokus memandu mengekori kereta Nissan Almera hitam yang berada tidak jauh daripadanya. Ke mana lah si Syahmi ni nak pergi jauh betul dia drive sampai ke Sepang. Nak kata rumah bujang dia,dah lepas dah.

Ni melencong sampai ke Sepang.

Pelik.

Isyarat ke kanan diberi tatkala kereta hitam itu mula memasuki ke jalan nak menuju ke perumahan. Dahi Fiqri berkerut sambil memikirkan ke mana destinasi ini dituju. Masuk sahaja ke taman perumahan,Fiqri terdiam.

Macam pernah dia datang sini tapi bila eh ? Syahmi nak pergi mana ni ? Syahmi langsung tak cakap dengan dia.

Ke dia dah pindah ?

Fiqri memberhentikan kereta di kawasan rumah terdekat sambil memerhatikan Syahmi yang menapak keluar bersama barang yang dibeli di Tesco tadi. Nampak je kotak susu,serta-merta fikiran Fiqri mula berfikir yang bukan-bukan.

Entah-entah kawan dia ni dah ada bini ? Sebab selalu yang minum susu ibu mengandung je kan..

Ah lantaklah ! Fiqri memberhentikan kereta betul-betul dibelakang kereta Syahmi lantas enjin kereta dimatikan. Dengan tergesa-gesa dia menapak keluar. Pagar serta pintu rumah yang sedia terbuka memudahkannya. Rasa sangsi semakin terbuku di hati. Makin dia menapak ke dalam,hatinya rasa resah gelisah.

"Umi dah makan ?"

Langkah Fiqri terhenti apabila terdengar suara Syahmi. Semakin berkerut dahi dia dibuatnya. Takkan umi dan abah dah pindah Sepang ? Bukan haritu umi dengan abah dekat Ampang ke ?

"Dah Mi. Umi makan dengan abah tadi. Pergilah makan dulu."

Fiqri memandang dua susuk tubuh yang sedang berdiri membelakanginya. Sungguh dia dah lama tak ziarah umi dengan abah sebab kekangan masa. Sampai hati Syahmi tak bagitahu umi dengan abah dah pindah.

"Umi..Dia dah makan ke ?"

Umi menoleh."Macam biasalah Mi. Puas umi pujuk langsung tak berkesan. Dari pagi ulang-alik ke tandas. Muka pun pucat semacam."

Fiqri terdiam. Ulang-alik ke tandas ? Syahmi ada simpan bini ke kat dalam rumah ni ?

Ah sangsi !

"Tak apalah umi. Ami naik atas jap tengok dia. Umi tolong bancuhkan susu tau."

"Ha okay."

Fiqri menyorok di tepi dinding apabila Syahmi mula menapak ke tangga menuju ke tingkat atas. Hilang sahaja susuk tubuh Syahmi,segera dia menghampiri wanita yang paling dia rindu. Memang dah lama dia tak jumpa.

"Assalamualaikum umi." Umi menoleh. Umi tersentak sebelum bibirnya melorek senyuman lebar. Seakan menyambut kehadiran Fiqri di rumah ini.

"Fiqri. Ya allah,waalaikumussalam. Kenapa tak bagitahu nak datang ? Datang dengan Syahmi ke ?"

Erk- Nak tipu ke nak cakap betul ?

"Eh tak Umi. Fiq follow Ami tadi. Saja nak buat suprise. Jahat tau dia umi tak bagitahu Fiq umi dengan abah tinggal sini." Kau tunggu Syahmi. Bontot kau hilang.

Umi tergelak kecil. Bahu Fiqri ditepuk perlahan."Dia lupalah tu. Macamlah Fiq tak tahu anak Umi yang kuat makan semut tu."

Amboi umi kutuk anak sendiri.

"Ami ada dekat atas. Duduklah dulu nanti kita makan sama-sama. Kejap lagi abah balik."

Fiqri mengangguk bersama senyuman nipis. Kalaulah Umi ni ada pertalian darah dengan dia,memang dia peluk-peluk umi sampai lemas. Rindu yakmat !

"Fiq naik atas jap. Nak bantai Ami."

Umi menggeleng."Pergilah. Nanti abah dah balik Umi panggil."

"Okay umi."

Fiqri menapak ke tingkat atas. Jahat betul si Syahmi ni. Kot ye pun tak nak kongsi ibu dan abah dengan dia,tak payahlah sampai nak berahsia bagai. Nasib baiklah tergerak hati dia nak follow si Syahmi ni kalau tak sampai bila pun dia tak tahu Umi dan abah dah pindah.

"Jangan macam ni,makan sikit please ?"

"Tak nak."

Dahi Fiqri berkerut tatkala terdengar suara perempuan. Kaki menapak menuju ke sebuah bilik yang pintunya sedia terbuka. Siapa perempuan tu ? Takkan kakak Syahmi ? Eh dia mana ada kakak.

Adik ?

Dia nak menipu agak-agaklah. Syahmi anak bongsu kot. Dia bukan baru kenal si Syahmi tu sehari dua. Dah lima belas tahun dari sekolah menengah lagi.

"Jangan macam ni please ? Nanti abang Mi susah hati. Makan sikit je. Satu sudu pun tak apa."

Berdiri sahaja ke muka pintu,statik kaki Fiqri berhenti. Dua figura yang berada di depan mata dia sekarang ni hampir membuatkan jantung dia gugur.

"Ami..Kau buat apa ni ?"

Serentak itulah Syahmi menoleh dan kedua-dua manusia itu tersentak. Api amarah mula mendidih dalam diri lantas dia berlari mendapatkan Syahmi. Kesabarannya sudah menipis.

"Pembelot !"

"Fiq kejap !"

Bukk !

***

Continue Reading

You'll Also Like

425K 30.3K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
2.1K 177 10
❕Slow update Redamancy : A love returned in full Kisah ini menceritakan tentang perjuangan seorang gadis bernama Aurora Zahra untuk mendapatkan cinta...
898K 26.1K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
590K 37.1K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...