The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 45

3.8K 200 5
By minbrown_

"Ayah buat apa tu ?"

Aku tersenyum lalu kerusi di sebelah ayah aku duduk. Dah lama tak duduk berborak dengan ayah. Sibuk sangat dengan kerja dia.

"Ayah tengah tolong ibu kopek bawang."

Aku tergelak kecil. Boleh aku bayangkan betapa cemberutnya muka ayah bila tiap kali kena kupas kulit bawang. Selalunya kerja-kerja macam ni aku yang buat. Tapi sebab aku belum boleh nak biasakan diri dengan keadaan aku sekarang ni.

So beralihlah kepada ayah..

"Ikhlas ke tak yah ?"

Ayah berdecit sebelum dia merapat sedikit. Seakan mahu berbisik."Sikit la sikit. Ayah sakit pinggang ni nak lari kejap tapi ibu suruh ayah habiskan juga."

"Ahahaha..bagi lah Iya buat. Ayah ajarkan boleh ?" Ni bukan sebab aku tak reti nak kupas kulit bawang ye..Tapi sebab keadaan aku. Nanti bukan kulit bawang yang aku kupas,tapi kulit jari yang aku kupas.

"Tak payahlah."

"Tak apa. Meh sini alalng-alang Iya boleh biasakan diri memandangkan Iya sekarang dah duduk rumah." Aku mencari tangan ayah lepas tu pisau ditangannya beralih kepada aku. Seketul bawang aku ambik.

Buat slow-slow dan bayangkan kau tengah nampak.

Okey get it.

"Abang ada bagitahu Iya sesuatu tak ?"

Kening aku terjongket sebelah. Nak bagitahu apa. Dah dekat dua minggu dia tak call aku. Balik-balik tu hah,crush aku tu. Dia je yang rajin call aku malam-malam. Bila aku suruh dia bagitahu abang suruh call aku. Dia kata dia busy dan kadang-kadang dah tertidur.

Betullah aku cakap. Dia kalau dah struggle nak dapat pointer,orang yang penting pun dia lupa.

Dan aku ? Mulalah sendu kat rumah ni tunggu call daripada dia. Dahlah dekat dua bulan tak balik.

"Abang call ayah ke ?"

"Haah. Malam tadi."

Ouh. Kenapa dia tak nak call aku ? Aku ada buat dia marah ke ?

"Abang cakap apa ?"

Ayah diam. Bunyi kulit bawang yang berkeriuk bila dikutip membuatkan dahi aku berkerut. Hati mula rasa sesuatu.

"Ayah ?"

Ayah berdehem sekilas. Lagilah buat aku rasa tak kena. Kenapa ye dengan abang ? Dia nak bagitahu apa ?

"Abang cakap apa ?"

"Abang cakap,hujung minggu ni dia balik. Sem akhir dia dah habis hari ni last paper dia."

Aku mengangguk perlahan. Jap. Kenapa aku rasa tak happy ? Kenapa hati aku rasa pelik. Sepatutnya aku excited kan ? Abang nak balik kot. Aku rindu dia.

Tapi..

"Minggu depan dia dah start praktikal. Dekat Kedah."

Terus terangkat muka aku. Suara ayah yang datang dari kanan telinga membuatkan aku menoleh ke arah yang sama. Sumpah aku terkejut. Dia praktikal dekat Kedah ?

Selangor ke Kedah ?

Jauh kot.

Kenapa dia tak cakap dengan aku ?

"Berapa lama yah ?"

"Dua bulan sementara tunggu konvo ?"

Aku menundukkan wajah menahan sebak di dada. Hati aku terasa sangat-sangat. Berita macam ni lah aku paling tak nak dengar. Bila dapat tahu memang betul-betul sakit hati.

Kenapa selama dua bulan ni dia langsung tak call aku ? At least bagitahu dia dah nak praktikal. Kenapa sekarang ni dia macam abaikan aku ? Dia macam cuba nak jauhkan diri daripada aku ?

Atau semua ni hanya mainan perasaan sebab aku terlalu rindukan abang aku ?

"Ouh ye ke..Baguslah."

Ayah tergelak perlahan seakan tak perasan dengan perubahan aku."Hujung bulan nanti ayah nak balik kampung. Iya okay kan ?"

Angguk."Insyaallah yah."

Kerusi yang diseret menandakan ayah mula bangun. Segala bekas yang ada di atas meja ayah ambil termasuk pisau di tangan aku. Aku mampu kupas dua ketul bawang je tau.

Sebab tu je yang tinggal.

"Ayah nak naik atas jap."

"Okay."

Hilang sahaja bunyi derap tapak kaki ayah. Hati aku mula merundum pilu. Aku rasa nak menangis sekarang juga. Menangis kalau boleh sampai air mata kering.

***

Bahu aku diusap perlahan membuatkan aku tersentak. Bau wangi yang datang daripada ibu membuatkan aku tersenyum kelat. Entah bila ibu masuk dalam bilik aku langsung tak sedar. Terlalu sibuk melayan perasaan.

"Makan jom ? Ayah dah tunggu kat bawah."

"Tak apa lah bu. Nanti Iya lapar Iya turun okay ?"

Rambut aku diusap lembut. Aku tahu ibu macam dapat tahu sesuatu apa yang tak kena dengan aku. Ibu tahu aku tengah sedih.

"Kenapa ni ? Marahkan ibu ke ?"

"Eh tak lah. Mana ada. Iya okay,bu." Aku memegang tangan ibu yang basah. Mungkin baru lepas basuh tangan. Tangan ni lah yang jaga aku dari kecil. Sedangkan masih ada lagi tangan yang menyambut aku ketika aku baru melihat dunia.

Dua wanita yang berbeza.

Tapi aku terlalu sayangkan dua-dua.

"Jom lah makan. Iya tak makan dari tengahari."

"Iya sakit perut lah ibu. Tak apa ibu pergilah makan dengan ayah. Nanti kalau Iya dah okay Iya turun makan."

Dahi aku dikucup perlahan."Betul ni ?"

"Betul bu.."

Aku tersenyum apabila ibu mula berjalan keluar. Tutup sahaja pintu bilik,serta-merta aku terbaring kat atas tilam. Hela nafas berat yang entah ke berapa kali terlepas daripada bibir. Sejak daripada ayah bagitahu tentang abang Fiqri tadi,terus mood aku hilang. Aku asyik tanya diri aku sendiri.

Entah apa silap aku sampai abang Fiqri sanggup buat aku sampai macam ni. Dia suruh aku janji jangan buat kerja gila. Bila mood aku tak betul aku akan cari dia. Tapi dia langsung tak call aku. Aku perlukan dia untuk aku luahkan apa yang aku rasa.

Masa hari yang Razif dan Raisya datang tu. Lepas diorang balik,aku menangis teruk macam baru lepas hilang orang yang aku sayang. Malam tu aku harapkan dia call aku sebab aku tak boleh call dia. Tapi sikit pun tak ada tanda-tanda dia nak call aku.

Dia tak tanya aku okay ke tak kat sini.
Dia tak tanya macam mana keadaan aku kat sini. Aku perlukan dia bukan Abang Syahmi. Ye abang Syahmi memang baik. Dia yang selalu tanya keadaan aku. Tanya aku sihat ke tak.

Nak kata abang Fiqri yang suruh tanyakan,sumpah tak logik. Takkan tiap-tiap hari nak suruh kawan dia tanya pasal aku ? Eh kawan dia pun ada life sendiri. Bukannya kerja nak ambil tanggungjawab abang semata-mata untuk aku.

Ya allah,emonya aku.

Kenapa aku rasa keadaan aku makin teruk sekarang ni ? Kenapa aku perlukan perhatian abang sekarang ni sedangkan dia lagi sibuk dengan hal pengajian dia ?

Kenapa ?

Atau mungkin dia dah malas nak layan aku sebab aku ni mengada-ngada. Ye memang. Aku dah besar dan aku masih lagi nak berkepit dengan dia ?

Eh aku cuma anak angkat je. Adik susuan dia.

Aku pun dah buta sekarang. Dah tak boleh nak keluar lepak sama-sama dengan dia. Dah tak boleh nak bergurau macam dulu.

Lepas Razif pergi dari hidup aku,sekarang giliran abang pulak ke ?

Sekarang memang musim orang tinggalkan aku ke macam mana ?

Aku penat dah nak berperang dengan hati aku sendiri. Aku terlalu penat. Kalau lah mati tu satu cara yang tak berdosa.

Memang sekarang jugak aku nak bunuh diri. Aku nak pergi jauh dari semua orang. Tinggalkan semua orang. Aku dah malas nak hadap semua benda ni.

Tapi tu lah. Aku bunuh diri ? Neraka lah tempat aku jawabnya. Amalan dah lah tak cukup,ada hati nak bunuh diri.

Tolonglah Faqira,husnuzon sikit.

Kau cuma buta bukannya kau lumpuh. Sampaikan nak perhatian orang lebih-lebih ?

Diorang pun ada hal lain nak dibuat bukannya kerja nak menghadap aku je. Diorang pun ada orang yang diorang sayang bukan aku sorang je.

Haa kan. Aku dah mula fikir negatif. Teruk kan aku ni ? Suka buat assumption tak masuk akal. Common sense aku pun boleh ukur tahap mana cara aku berfikir.

Macam budak-budak.

Aku memang teruk.

***

Handphone yang berdering disebelah aku tolak menjauh. Aku yakin tu abang Syahmi yang call tapi aku takut kalau abang Fiqri yang call. Tak mustahil lah kan dia call aku sebab aku terdengar ibu call abang petang tadi.

Abang mesti dah tahu pasal aku.

Treet..Treet..

Aku cuba buat-buat tak dengar. Kalau boleh sekarang ni nak je aku turun bawah ambil lesung batu lepas tu tumbuk handphone sampai hancur. Sampai terburai segala bateri dan sim kad semua. Sampai pecah skrin.

Sampai aku puas.

Tapi tu lah aku selalu tewas.

Aku ambil handphone semula lalu panggilan dijawab. Aku memilih untuk mendiamkan diri. Biar orang yang memanggil yang memulakan dulu.

Kalau abang Fiqri yang call macam mana ?

"Assalamualaikum Iya."

Ah lega ! Abang Syahmi rupanya. Tapi jauh di sudut hati,aku terasa. Ye aku memang nak abang Fiqri call aku sekarang ni tapi aku tak nak. Entahlah.

"Waalaikumusalam."

"Iya okay ? Dah dua hari abang Mi call tak jawab. Sakit ye ?"

Macam mana aku boleh tersuka dekat dia ? Caringnya dia allahu. Tapi tak mustahil juga dia pun boleh tinggalkan aku ?

Aku terlalu paranoid ke ? Kenapa aku macam ni ya allah. Aku rindu diri aku yang dulu. Yang tak mudah kalah dengan emosi. Yang tak mudah menyerah. Aku rindu diri aku yang masih boleh tersenyum walaupun aku tengah dalam masalah.

Ya allah ajar aku untuk kuat.

"Iya ? Kenapa senyap ni ?"

"Ami kau ada nampak laptop aku tak ?"

Aku tersentak. Tu. Tu suara abang kan ? Abang Fiqri kan yang baru lepas bercakap tadi ?

Panggilan mula menyepi. Dada aku bergetar hebat menahan sebak. Suara tu lah yang aku tunggu berhari-hari semata-mata nak dengar. Suara tu lah yang aku rindu. Suara tu yang buat aku emo tak tentu pasal.

"Iya ? Are you okay dear ?"

Tangisan aku pecah. Hati aku sakit bila terdengar yang abang Syahmi seakan berbisik dengan abang mengatakan bahawa dia dengan aku. Nampak sangat yang abang memang tak nak call aku.

"Iya..Allah kenapa menangis ni sayang ?"

Ya allah..

"Tadi tu,abang Fiqri kan ?"

Aku pejam mata erat. Air mata tak henti-henti mengalir. Aku dah mula rasa abang Fiqri yang dah mula menjauh daripada aku. Aku dah mula rasa kehilangan dia.

"Iya-"

"Pass phone ni kat abang."

"Iya,bukan abang Mi tak nak tapi-"

"Pass je lah !"

Sakitnya hati aku ya allah.

Aku ketap bibir menahan keluar sebarang bunyi apabila handphone abang Syahmi mula bertukar. Hampir 6 saat aku tunggu abang kata sesuatu tapi dia hanya senyap.

"Abang ?"

Tit !

Ended of call.

Aku rasa dunia bagaikan berhenti berputar. Kenapa dia putuskan talian ? Sumpah aku tak faham kenapa. Aku ada buat salah ke ? Aku ada buat dia bengang ke ?

Kenapa dia buat aku macam ni ?

Mana abang Fiqri yang dulu ? Yang tak pernah buat aku macam ni ? Mana dia ?

Ya allah dugaan apa lagi kali ni ya Allah.

***

Continue Reading

You'll Also Like

127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
590K 37.1K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
326K 11.8K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
323K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...