The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 42

3.7K 207 17
By minbrown_

"Slow-slow la dey ! Iya tak nampak !"

Eeeyyy aku bantai jugak abang Fiqri ni. Boleh pula aku tengah jalan dia main-main dengan aku. Kejap jalan,kejap berhenti. Lepas tu kena langkah besar sikit ada longkang katanya. Kat lobi hospital celah mana ada longkang ?

Geram pulak aku.

Dia fikir aku ni tengah main nenek-nenek si bongkok tua ke ?

"Okay-okay. I'm serious now." Abang memautkan jari jemarinya dengan tangan aku. Hidung aku daripada tadi bau sesuatu yang buatkan aku rasa nak tidur. Bau dia menzahirkan ketenangan.

Sejak bila abang beli perfume baru ni ?

"Allah." Pek ! Aku dengar abang tepuk dahi. Dah kenapa pulak dia ni ?

"Iya..Abang lupa nak jumpa doktor yang uruskan appointment Iya."

"Dah tu ?"

Abang Fiqri meleraikan jari kitaorang lalu aku ditarik menghampiri sesuatu. Bau minyak wangi tadi semakin hampir dengan aku. Abang aku nak tinggalkan aku ke ?

"Mi,tolong bawak adik aku pergi kereta. Nanti kau drive tunggu aku depan hospital."

"Abang-"

"Iya ikut abang Syahmi tau. Abang nak ke hospital balik."

Abang Syahmi ? Depan aku ni kawan abang yang suara sedap namati tu ?

"Eh Iya nak ikutlah."

"Tak payah. Nak ke sana jauh dah lah tengah panas. Abang pergi sekejap je."

Bunyi kunci kereta bertukar tangan membuatkan jantung aku berdegup laju. Abang pula dah menapak pergi dan tinggalkan aku dengan kawan dia ni ?

Ibu tengok abang !

"Iya ikut abang Syahmi okay ?"

"O-okay." Aku meraba-raba angin untuk mencari dia. Jantung aku nak gugur bila tangan aku ditarik dengan lembut lantas disangkutkan di tangan kiri dia. Aku tak cukup nafas.

"Iya peluk abang Syahmi okay ?"

"Peluk ?" Ah sudah. Dia nak aku collapse kat sini pulak ke ?

"Eh tak tak. Maksud abang,pegang tangan abang. Abang escort Iya pergi kereta."

"Oh okay."

Ya Allah. Abang ni pun satu. Tak boleh ke dia hantar aku ke kereta lepas tu dia bawak kereta tu sampai ke lobi hospital dan keluar baru pergi jumpa doktor ?

Memang tau abang ni. Kau tunggu eh balik nanti. Siap kau !

"Iya kena biasakan tau daripada sekarang. Slow-slow pun tak apa. Selalunya kalau orang tak dapat melihat,dia ikut gerak hati. Andai kata hati dia kata ada bahaya,dia ikut kata hati dia."

Dia sembang dengan aku kan ? Ke dengan orang lain ? Tak tak. Abang Syahmi boleh tak jalan je jangan ajak saya sembang ? Saya tak kuat nak berdiri sebelah abang Syahmi yang hensem ni.

Tolong jangan seksa saya.

"Okay now abang Mi ajar Iya skip longkang okay ?" Aku angguk. Perasaan takut mula menguasai diri. Daripada pegang,entah macam mana aku boleh peluk tangan dia yang kekar.

"Kena lompat ke ?"

Tawa halus abang Syahmi menyapa telinga aku. Allahu dugaan !

"No need dear. Bahaya."

Jap jap !

Apa dia panggil aku tadi ?

Dear ? Iyer ? Aaaaa dia cakap apa tadi !

"Kaki kanan tu Iya ke depan sikit sampai Iya dapat rasa penghujung longkang." Aku gerakkan kaki kanan seperti yang diminta. Sikit demi sikit-

"Ops! Dah. Kebelakang sikit. Sikit je." Aku gerakkan sedikit ke belakang. Tak tenang aku bila cikgu tak berbayar kat sebelah ni. Dia punya aura tu masyaallah saya tak ada kekuatan nak tolak.

"Sekarang Iya langkah guna kaki kiri,bayangkan Iya dapat tengok Iya melangkah."

Aku angkat kaki kiri lalu mula mengagak point untuk aku daratkan kaki iaitu ke seberang longkang. Ceh gaya macam besar je longkang tu.

Ye lah dah buta kan fikir aku nampak ke besar mana longkang tu.

Jejak kaki aku ke simen,aku tergelincir sebab kaki aku tak sepenuhnya menapak ke tanah selebihnya ke longkang. Aku hampir terjatuh namun pantas pinggang aku dipaut.

Kaku.

"It's okay. Boleh try lain kali."

Abang Syahmi membantu aku menstabilkan diri lalu kami mula berjalan seperti biasa. Jantung aku memang dah tak normal. Dengar suara dia pun boleh buat aku tak tentu arah.

Dia punya haruman body mist tu boleh buat aku angau.

Dia punya tangan yang lembut tu masyaallah !

Aku tak kuat !

"Iya okay ? Kenapa senyap takut jatuh ye ?"

Aku hanya mengangguk membalas pertanyaan dia. Kalau boleh nak je aku tarik rambut dia. Dia lah ni buat aku tak normal. Boleh sesak nafas aku macam ni.

"Okay dah nak sampai..Iya duduk belakang tau." Pintu kereta dibuka lantas aku melepaskan tangan abang Syahmi,gementar punya pasal sampaikan aku main masuk je ke dalam kereta.

Duk !

"Auww !" Aku pegang dahi aku kerana terhantuk dekat kereta. Terasa bergegar otak aku. Dah lah luka masa kemalangan tak sembuh lagi.

Huhu sakit.

"Ya Allah Iya." Tubuh aku dipusingkan lalu aku terkedu sekali lagi. Dengan lembut abang Syahmi meniup dahi aku yang terhantuk tadi.

"Jangan kasar sangat. Kepala tak elok lagi." Pesannya perlahan. Lalu dia membantu aku masuk ke dalam kereta. Dengar sahaja pintu ditutup,aku rasa macam nak pengsan sekarang juga.

Boleh gila aku macam ni.

***

"Abang,jom turun makan ?"

Razif mengeluh berat lalu dia menapak ke pintu bilik. Wajah Puan Maya menyapa mata dibalas dengan senyuman kelat. Rambutnya yang diusap dibiar tanpa respon. Selalu kalau orang cuit sikit je melenting tak tentu pasal.

"Makan jom ? Dari petang semalam abang tak makan..Mama masak tomyam tau."

"Sorry ma. Abang tak lapar lagi. Ma pergilah makan dengan papa dan Sya."

Puan Maya tersenyum kelat sebelum menepuk bahu dia."Nanti turun makan tahu ?"

Razif mengangguk. Puan Maya yang baru sahaja mahu beredar pergi terbantut apabila tangannya ditarik. Wajah anak sulungnya yang mendung dipandang dengan perasaan berbalam.

"Ma..Jom kita bawak Rose tinggal sini ?"

Puan Maya mengeluh berat."Abang, kalau mama boleh bawak Rose tinggal sini,memang dah lama mama bawak. Tapi tak boleh."

"Rose tu anak mama jugakkan ?"

"Abang.."Razif merenung sepasang mata mamanya yang menzahirkan rasa sedih dan terkilan. Hati ibu mana yang terpaksa terpisah dengan anak sendiri lagi ?

"Keluarga angkat Rose tak bagi kita jumpa Rose buat masa ni. Nak tak nak kita kena terima."

"Ma. Diorang cuma keluarga angkat instead of us. Kita darah daging dia ma. Please do something and bring her back here. Please ma. Abang tak nak hilang Rose lagi."

Air mata Puan Maya bertakung. Sungguh dia juga terkilan dengan keputusan belah sana yang membuatkan mereka sekeluarga terpaksa dijauhkan daripada anak sendiri. Salah ke dia nak tengok anak sendiri ?

"Abang tolonglah faham. Bukan papa dan mama mintak jadi macam ni. Dengan keadaan Rose yang macam tu,boleh ke kita jaga dia ? Abang ingat mama dengan papa tak tahu ke macam mana abang dengan Raisya layan dia sebelum ni ?"

Razif tersentak kuat. Terasa seakan berpusu-pusu busur panah menghentam dadanya. Dia bagaikan terlupa tentang apa yang pernah dia lakukan pada kembar dia sendiri.

Atas alasan apa sampai dia sanggup buat macam tu pada Rose Faqira ?

Puan Maya menyeka air matanya yang tumpah. Kalaulah keluarga angkat Rose tahu macam mana anak-anak dia layan si Rose tu. Memang sampai bila-bila dia tak dibenarkan untuk berjumpa.

Tak kisahlah anak kandung ke anak angkat.

"Kenapa abang dengan Sya sanggup buat papa dan mama macam ni ? Abang tahu tak mama dan papa dah tunggu lama untuk dapatkan Rose ? End up bila Rose dah hampir dengan mama,korang layan anak mama macam anak angkat. How could you guys ?"

Hati Razif sakit tatkala melihat mamanya menangis teresak-esak. Sungguh dia terasa berdosa yang amat. Ustaz di sekolah lama dulu pernah berkata,jatuh je air mata ibu derhakalah si anak.

"Ma..Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah dan sumpah abang tak tahu kenapa abang sanggup layan Rose macam tu ?" Tubuh Puan Maya cuba diraih namun tangannya ditepis. Terasa hati dia dengan Puan Maya.

Tapi mamanya lagi terasa hati dengan dia.

"Sekarang abang dan Sya puas hati tak lepas buat Rose macam tu ? Hati mama ni hancur bila dengar dengan telinga sendiri apa yang korang cakap dekat dia. Hati mama ni sakit,"

"Dia tu anak kandung mama. Pernah tak abang fikir tentang perasaan mama ? Mama dah lama nak dapatkan Rose balik tapi sebab abang dan Sya,mama hilang dia semula."

Razif menundukkan wajah sambil mengetap gigi. Menahan esak yang terkeluar daripada mulut. Kalau boleh nak je dia hentak-hentak kepala kat dinding. Biar sampai berdarah tak pun sampai hancur asalkan Puan Maya dah tak marahkannya lagi.

"Rose terpaksa berpisah dengan mama dari kecik tahu ? Selama 16 tahun dia hidup dalam penipuan sedangkan mak kandung dia masih hidup. Mama sedih tahu tak ?"

Razif mencapai tangan Puan Maya lalu dikucup berkali-kali memohon kemaafan."Ma abang mintak maaf ma. Abang tahu abang salah."

"Kalau abang tak nak Rose jadi anak mama,lain kali tak payah sibuk nak bongkarkan rahsia tu ! Sekarang bila dah terbongkar,macam ni ke abang layan dia ?!"

Puan Maya berlalu pergi dengan linangan air mata. Lagi dia mengungkit,lagi sakit hatinya. Selama 16 tahun dia tunggu untuk hidup bersama-sama dengan anaknya yang terpaksa dipisahkan,tapi tak dihargai pula oleh anak sendiri.

Razif menapak masuk ke dalam bilik lalu dikunci. Habis semua barang yang ada dicampak. Disepak kerusinya, dibaling bantal ke dinding. Almari disepak sekuat hati.

Prakk !

Darah yang menitis daripada tangannya mula memenuhi ruang lantai. Badan direbahkan ke lantai lalu tangan yang berdarah di letakkan di atas dahi. Menitis setitis demi setitis ke wajahnya. Emosi lelakinya tak stabil.

Pandangan dihala tajam ke siling biliknya sebelum tangisannya terhambur.

"Kau bodoh Razif ! Kau memang bodoh ! Pergi mampus lah sana ! Aargh !" Kerusi yang berada di hujung kaki ditendang sekuat hati.

"Rose.." Kelopak mata dipejam rapat. Wajah Faqira memenuhi ruang mata.

"Rose aku mintak maaf. Aku tahu aku abang tak guna. Aku kembar kau yang tak guna. Aku mintak maaf,Rose."

Sesal.

***

Aku berdiri perlahan-lahan. Aku tak tahu sekarang pukul berapa tapi mendengarkan bunyi cengkerik tahulah aku dah malam. Kanan kiri aku meraba untuk aku menuju ke pintu bilik.

Kalau meja belajar dekat penjuru bilik,sebelah katil. So lagi beberapa tapak nak ke pintu. Sentuh punya sentuh,tangan aku dapat pegang tombol besi. Aku rasa nak berjoget je sekarang ni. Seronok dapat jumpa pintu.

"Alhamdulillah ya Allah kau permudahkan." Pemegang tangga aku pegang lalu perlahan-lahan aku menapak ke anak tangga. Sayup-sayup suara orang dibawah yang sedang rancak berbual membuatkan aku tersenyum.

"Mi..Kalau nak datang sini datang je. Pintu rumah ibu ni sentiasa terbuka."

"Insyaallah ibu."

Aku menapak lagi. Entah macam mana kaki aku tersadung dan aku tergelincir tiga anak tangga ke bawah. Tak boleh ke bagi aku turun tangga dengan tenang ?

"Auww-"

"Ya allah Fiq adik kau !"

Bunyi derap tapak kaki membuatkan pandangan aku terarah ke sebelah kanan. Aku tak tahu siapa tapi sungguh aku malu. Dah lah jatuh macam nangka busuk. Depan abang Syahmi pula tu.

Aduh !

"Yaa ! Kenapa tak cakap nak turun ?"

Abang Fiqri membantu aku bangun. Dia memimpin aku berjalan ke arah mana entah aku pun tak tahu. Mungkin ke ruang tamu ?

"Abang dah cakap kan nak turun nanti panggil ?"

Aku mencebik."Biarlah. Iya nak biasakan diri."

"Tapi Iya tak biasa lagi faham tak ?"

"Iya tahulah Iya dah buta tak payahlah marah Iya macam tu. Iya dah tak boleh nampak kan ?" Aku mula sensitif. Aku tahu aku buta tapi janganlah layan aku macam aku ni buta walaupun aku memang buta.

Aku nak hidup macam biasa walaupun aku dah tak dapat melihat.

Aku rasa tangan aku ditarik sebelum dipeluk. Ibu ? Aku rasa nak menangis kat bawah ketiak ibu sekarang ni.

Syahmi memandang raut wajah Fiqri yang berubah. Seakan terkesan dengan kata-kata Faqira sebentar tadi.

"Dah-dah.jangan gaduh. Iya nak makan tak ?"

Aku menggeleng. Tak rasa lapar pula nak makan tapi dalam bilik tadi punya lapar macam orang tak makan seminggu. Turun bawah terus tak lapar.

Tak apa dapat tengok abang Syahmi terus tak lapar dah.

Kau kenyang celah mana nampak abang Syahmi ? Kau boleh nampak ke ?

Aku mencebik bibir. Jahatnya akal aku ni kutuk aku. Salah ke aku nak menggedik sekejap.

"Ibu..Mana ayah ?"

"Ayah dalam bilik tengah solat isyak. Kejap lagi dia turun. Ibu nak ke dapur jap."

Aku mengangguk. Nak tengok tv,suara je lah aku dapat dengar. Tiba-tiba aku perasan sesuatu. Kenapa abang diam ?

"Abang ?" Aku meraba-raba sofa sebelah. Kosong. Aku bangun apabila tak ada sahutan. Aku tersepak kaki seseorang dan aku yakin tu abang. Baru sahaja aku mahu duduk tangan aku ditarik ke arah lain.

"Abang kat sini. Tu abang Syahmi."

Erkk. Nasib baik aku tak duduk terus tadi.

Aku melabuhkan duduk lalu aku peluk abang dari tepi. Tangan aku naik menyentuh wajah dia supaya dia pandang aku. Sempat hidung dia aku tarik. Jangan taik hidung dia jatuh sudah. Aku dah lah tak nampak.

"Sorry.."

"Tak nak. Iya marah abang tadi."

Alahai gedik betul ! Abang siapa ni ? Tolong kutip balik.

"Abang...Sorrylah. Patutnya Iya yang marah abang sebab abang marah Iya."

"Eh suka hati abanglah. Hati abang bukan batu."

Aku mendengus."Okay la okay." Aku bangkit lalu berura-ura mahu pergi namun aku ditarik untuk duduk semula. Aku tak tahu kenapa sejak kemalangan ni aku cepat sentap. Cepat sensitif.

Rasa macam semua benda buat aku moody.

Mungkin aku tak biasa lagi.

"Iya..Tadi abang baca whatsapp Iya. Diorang kata nak lawat Iya esok petang. Iya okay ?"

Aku diam. Sebelah hati tak rela tapi sebelah lagi aku nak jumpa diorang. Aku rindu Rabi,Aisyah,Cik Zul,Afiy dan Iylia. Aku rindu diorang sangat-sangat.

"Okay je. Suruh diorang bawak tisu siap-siap esok." Pipi aku dicubitnya. Sakit tahu tak ? Tahulah pipi aku ni tak gebus.

"Mi..Kunci rumah kat kau kan ?"

"Aah. Kau balik sekali ke hantar aku je esok ?"

Dahi aku berkerut bila abang tiba-tiba diam. Seakan sedang fikirkan sesuatu. Gerak hati aku dapat rasakan yang abang masih risaukan aku.

"Tak apalah. Abang baliklah esok dengan abang Syahmi. Iya okay je kat sini. Ayah dengan ibu ada."

"Ye ke ni okay ?"

"Yeee..Don't worry okay ? Abang baliklah sana."

Abang Fiqri mendecit kecil."Wow halau abang nampak ?"

Eh eh dia ni ! Pinggang dia aku cuit."Bukan Iya halau. Abang kan dah nak final test. Nanti study ke laut. Abang tak payah risaukan Iya. Abang belajar elok-elok habiskan sem. Lagipun ni sem last lepas tu abang dah konvo kan ?"

"Haah. Dua minggu lagi dah start final test."

Hati aku mula sedih lalu aku peluk tubuh abang Fiqri erat. Air mata tanpa dipinta mula mengalir keluar. Sensitifnya aku.

"Nanti abang konvo Iya dah tak boleh tengok abang. Iya tak dapat nak tengok muka happy abang." Dan aku tak dapat nak tengok abang Syahmi ambik ijazah jugak !

Huwaaa ibu kita sedih.

Abang Fiqri mengusap kepala aku perlahan."Tak apalah. Iya datang tengok abang pun dah cukup."

"Nak tengok macam mana ? Iya bu-" Mulut aku ditekup. Pantas aku cubit peha abang. Suka-suka dia tekup mulut aku.

"Jangan pernah sebut ayat tu depan abang tahu ?"

"Okay."

****

Continue Reading

You'll Also Like

109K 10K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...
72.8K 3.3K 63
" I'll protect you. Macam mana awak lindungi saya, i'll protect you too. I care about you" - Rycca Atma. " Tak. Kau lindungi diri kau. Untuk aku. Nya...
Rooftop Rant By hlovate

General Fiction

148K 9K 71
TRIGGER WARNING -substance abuse - suicide attempt - mental health Be kind. To you yourself and others. (published February 2009, ISBN : 978-967-511...
313K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...