The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 38

3.3K 191 4
By minbrown_


"Alaa kata nak balik esok ? Kenapa hari ni ?"

"Tak bolehlah Iya. Housemate baru abang nak masuk petang ni. Kunci hostel kat abang."

"Alaaa abang dah janji nak bawak Iya keluar kan ?"

Abang Fiqri tergelak kecil lalu memeluk aku erat. Sempat telinga aku ditarik tanda geram. Aku mencebik kecil. Hari tu punyalah nak ajak aku tengok wayang kat Paradigm Mall ni bangun pagi je ibu kata abang dah siap-siap nak balik kampus.

"Sorry laaaa eish dia ni. Manja betul." Tercebik-cebik aku dibuatnya apabila muka aku melekat ke dada dia. Senang betul nak pujuk. Nasib baik abang aku ni hensem. Kalau tak kau nak balik semalam pun aku tak kesah.

Ahahaha jahat betul !

"Sayang abang tak ?"

"Tak umph-" Woi ! Jahat betul abang Fiqri ni. Lagi dibenamkan muka aku kalau boleh kasi tembus biar aku dapat tengok jantung dia.

Aku tak boleh bernafas !

"Sayang ke tak ?"

"Tak. Ummph! Eee abang-ummph!"

Abang Fiqri tergelak lagi. Suka betul usik aku yang kerempeng ni. Apa salah daku wahai abang ku..

"Nanti study week abang balik. Kita keluar okay ? Sorry tak tunaikan janji hari ni."

"Abang memang !" Pinggang abang dicuit sekilas membuatkan dia tergeliat kecil. Sama je macam aku,pinggang-pinggang ni jangan sentuh eh.

Bahaya.

"Iya nak gerak pergi rumah Encik Zainuddin kan ?" Angguk. Hari ni hari pertama janji dilaksanakan. Aku kena bermalam di rumah banglo mama dan papa. Bermakna..

Aku kena hadap jugalah si Razif tu ?

"Jangan degil tahu. Buat perangai elok-elok. Jaga diri,jaga maruah ayah dan ibu dan jaga solat. Apa-apa yang jadi jangan Iya berani buat kerja gila tahu ?"

"Hmm.."

"Apa hmm hmm ? Abang cakap ni terus simpan dalam otak. Jangan nanti abang dah pergi keluar dari telinga kiri. "

"Iyeee. Bebel je dia ni."

Abang tergelak lagi sebelum mendepakan tangan seluas-luasnya."Meh sayang abang sikit."

Aku peluk tubuh. Tak salah kan nak merajuk sekejap. Dia ni bukan boleh percaya sangat. Kata nak balik. Nanti dua bulan lagi baru balik sini. Fakehope je lebih. Aku lah yang parah kat sini tanggung rindu nak tuntut janji.

Kening abang Fiqri terjongket sebelah."Meh lah sini nanti abang dah balik mulalah merungut kat abang kata rindu lah apalah. Cepat,mana tahu ni kali terakhir dapat jumpa abang ke ? Mana tahu on the way nanti abang eksiden ke."

"Eiii mulut !" Haa hambikk kan dah kena tepuk. Mulut tu masin tahulah. Suka doa benda yang pelik-pelik. Aku lari rumah tahulah. Tak payah jumpa dia lagi lepas ni.

Aku peluk abang erat-erat buat bekal rindu sebelum aku lepaskan dia lalu tangan dia aku salam. Bila dah terlalu rapat sejak kecil ni nak berpisah pun macam alahai..Susah bebenor. Bukannya pergi mana pun. Abang Fiqri nak pergi balik hostel je.

"Bye. Jaga diri tau,abang sayang Iya."

"Okay. Sayang abang gak."

Abang melangkah masuk ke dalam perut kereta dan aku melambai dengan penuh syahdu tatkala kereta dia mula hilang dari pandangan. Lepas ni nak kena siap-siap pergi rumah mama..

Beratnya langkah nak ke sana.

***

"Assalamualaikum.."

Raisya dimuka pintu menjeling aku sekilas. Tanda tidak suka menerima kehadiran aku di sini tetapi disebabkan Encik Zainuddin ada disebelah dia terpaksa tahan perasaannya. Aku rasa kalau papa tak ada memang sekarang dah bukak gelanggang gusti.

"Waalaikumusalam..Masuk Rose." Tangan papa aku salam sebelum aku ditarik ke pelukannya. Aku kaku sekejap tapi tak lama bila terpandangkan cebikan Raisya di tepi.

Alamak apa masalah dia ni ?

"Rose dah sarapan ?"

"Dah pa kat rumah tadi. Papa ?"

Encik Zainuddin tersenyum lalu kepala aku diusap dengan penuh kasih sayang. Lagak seperti aku tak pernah jauh dari dia sebelum ni."Papa dah sarapan dah dengan Sya dan abang. Mama je belum. Mama kata nak tunggu Rose sampai."

Aku hadiahkan senyuman."Ouh okay tak apa. Mama mana ?"

"Dekat bilik."

"Okay Iya bawak makanan pergi naik atas eh."

Encik Zainuddin tersenyum lagi. Dari riak wajahnya,dia betul-betul senang dengan kehadiran aku pagi ini. Melainkan gadis di sebelah ini. Perrr gadis bhai.

"Pergilah. Raisya-" Encik Zainuddin pusing menghadap anak bongsunya merangkap adik aku."Nanti tolong tunjukkan bilik Rose tau."

"Hmm.." Acuh tak acuh. Dengan papa dia berani balas macam tu ? Aku kalau jawab macam tu depan ayah mahu aku terbang melayang tersangkut kat bumbung. Tu antara salah satu respon yang biadap.

Abang Fiqri ajar.

Encik Zainuddin yakni papa mula berlalu pergi dan aku meneruskan langkah ke dapur untuk sediakan makanan untuk mama. Bak kata papa,"Buat macam rumah sendiri ye" dan aku pun mulalah meneroka juadah yang tersedia di atas meja.

Menu utama,

Nasi lemak sambal kerang.

Wuuishhh kecur liur aku pepagi ni.

Aku ambil dulang letak pinggan yang sekelip mata dah terisi dengan nasi lemak sambal kerang. Gelas bersih aku ambil sambil mata meliar mencari sesuatu. Dari ekor mata aku dapat rasakan kehadiran Raisya yang sedang memerhatikan aku di satu sudut sambil berpeluk tubuh. Aku pusing seraya melemparkan senyuman manis.

"Ada susu tak?"

"Pergilah beli sendiri." Dia blah macam tu je ? Ekeleh minah ni kerek dengan aku pahal ? Aku tanya susu je pun bukannya tanya "ada pakwe tak?" hah tu kau nak bla extra pelempang pun aku tak kisah.

Ah lantak kau lah. Yang penting sekarang mama. Baik aku layan mama. Mesti mama tengah lapar sekarang ni sebab tunggu aku punya pasal.

Dulang aku angkat dengan penuh berhati-hati setelah selesai membancuh susu. Penuh berhati-hati aku memijak anak tangga. Seperti yang papa kata,bilik mama kat tingkat dua satu aras dengan bilik Raisya.

Melainkan di tingkat tiga ada dua bilik,satu bilik Razif. Dua bilik tetamu. Aku haraplah aku tak satu aras dengan bilik dia. Dapat bilik stor kat dapur tu pun dah cukup dah.

Aku buka pintu perlahan sebelum pandangan aku dijamah dengan susuk tubuh seorang wanita yang sedang berusaha berjalan dengan penompang ketiak. Pantas aku berlari anak masuk ke dalam bilik besar itu dan terus meletakkan dulang berisi makanan di atas meja sebelum mendapatkan mama yang hampir terjatuh.

"Mama.."

Mama angkat muka. Lama dia tenung aku membuatkan aku sebak sebelum dia melepaskan tongkat dia dan aku dipeluk erat. Air mata aku serta-merta mengalir keluar. Aku sebak. Aku rasa bersalah. Disebabkan aku,mama yang kena tanggung sakit ni.

"Rose..Mama ingat mama tak dapat jumpa Rose lagi." Mama teresak kecil menghamburkan tangisnya. Seakan tangisan yang ditahan selama seminggu lamanya. Hanya kerana aku.

"Ma..Iya minta maaf ma. Sebab Iya,mama jadi macam ni." Ye kalau bukan sebab aku mesti kaki mama takkan patah. Mesti mama takkan kena langgar.

Semua salah aku. Disebabkan aku,orang lain jadi mangsa.

Mama meleraikan pelukan lalu kedua-dua bahu aku dipegang. Tak dihiraukan wajahnya yang pucat tetapi kelihatan berseri apabila memandang aku. Nampak seperti mama terlalu rindukan aku.

"Rose dah ada depan mama pun,mama dah bersyukur sayang."

***

"Abang dulu nakal tau. Suka usik mama. Kalau mama marah je,mesti ada je benda yang dia buat untuk mama maafkan dia."

Aku tergelak kecil mendengar luahan cerita mama. Abang yang mama maksudkan adalah Razif. Jadi Razif dalam rumah ni dipanggil abang. Takkan aku nak panggil dia abang ? Kita orang kembar. Sebaya.

Tapi dia skip tahun masuk tingkatan lima. Hanya aku yang kekal di tingkatan empat. So Razif pun dah cukup. Nak panggil abang ? Tak apa aku dah ada abang Fiqri.

Aku peluk tubuh mama erat dari tepi. Aku gembira tengok mama tersenyum. Dari pagi sampai malam tak henti-henti bercerita. Terlalu seronok bila aku bermalam di sini. Sampai ajak aku tidur dalam bilik ni tapi aku tolak sebab aku hormat papa. Takkan sebab aku,papa kena tidur luar ? Atau bilik lain ?

Remind for myself,aku bukan siapa-siapa.

"Haih seronok betul mama ni. Mesti Rose penat dengar mama bebel kan ?"

Aku tergelak kecil."Mama bebel berapa jam pun Iya tak kisah. Asalkan mama happy,Iya happy,semua dalam rumah ni happy. "

Mama tersenyum lagi sebelum kepala aku yang dibaluti tudung dikucup. Lalu beralih ke kedua pipi aku."Dah sayang. Pergi tidur. Esok kita sambung lagi okay ? Goodnight."

"Goodnight ma..I love you."

"I love you too.." Aku membalas lambaian mama sebelum aku berlalu keluar. Langkah di atur ke tangga menuju ke tingkat tiga.

Bilik tidur aku di rumah ni betul-betul sebelah bilik kembar aku. First impression,bukan main benci lagi Razif bila papa buat keputusan supaya aku satu tingkat dengan dia. Sedangkan dia lagi suruh aku tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Berdekatan dengan kitchen island. Aku okey je memandangkan Raisya pun dah suruh aku duduk bilik tu. Tapi mama tak bagi.

Dia kata,

"Rose bukan orang asing sampai nak kena layan macam tetamu. She's my daughter. "

Sebak tu memang lah sebak. Walaupun aku dengan mama dah terpisah lebih 10 tahun,dia masih mengaku yang aku ni anak dia.

Jadi aku ulang semula ayat aku,apa hak aku nak pertikaikan kebenaran yang satu ini ?

Tombol pintu dipulas lalu aku melangkah masuk dengan hati yang berat. Tak sampai sehari,aku dah mula rindu ayah dan ibu. Dah makan ke belum..Diorang risaukan aku tak ?

Agak-agak ibu sedih lagi tak ?

Jam di dinding yang sudah jejak ke pukul 10 dipandang sekilas. Nak tidur.. Aku tak mengantuk. Nak main phone,tak ada mood. Nak ulangkaji,lagilah sifat rajin aku dah tertimbus dalam tanah.

Aku memutarkan bebola mata ke sekeliling. Memerhatikan setiap deco yang dihias di bilik sederhana besar ini. Dengan katil saiz queen. Dinding berwarnakan biru turqois. Cantik.

Baru sahaja aku mahu duduk,pandangan aku terpaku pada pintu kaca beranda yang dilitupi dengan tirai tebal. Kalau tak ada cahaya yang masuk kat celah-celah langsir tu,agaknya memang aku takkan tahu tu pintu beranda.

Klik !

Yeay pintu dah buka. Excited betul aku bila angin malam menderu-deru menampar aku. Suasana inilah yang aku mahukan malam ni. Sungguh mendamaikan.

"Ehem."

Aku tersentak kecil. Buka mata sahaja terus disapa dengan panahan tajam Razif yang berada di balkoni sebelah. Dia berdiri sambil memeluk tubuh. Di wajahnya langsung tak terlakar dengan ekspresi yang menggambarkan perasaannya.

"Kau mimpi apa sampai kau berani jejak kaki ke rumah ni ? Bukan kau terlalu agungkan keluarga angkat kau ke ?"

Dush ! Hati aku sakit. Judgemental manusia. Kenapa aku yang dia pilih untuk sakitkan hati manusia ?

"Kau nak tagih kasih sayang mama papa pulak ke ?"

Tubir mata dah terasa panas. Aku genggam tangan aku tanda bengang dan sakit hati. Aku tak sangka hanya dengan satu rahsia,dia boleh berubah jauh sampai macam ni.

He's become badboy. Dia berubah jadi kurang ajar bukan dengan orang lain tetapi aku. Seakan dia betul-betul aim aku hanya untuk kepuasan dia.

"Mak kau,mak aku juga. Same goes tu papa. Aku ? Darah daging kau. Apa hak kau nak judge aku sampai macam ni ?"

Dia tersenyum sinis."I..Don't know. Tapi sekarang ni aku nampak kau macam stranger. Stranger yang datang nak tagih kasih sayang mama dan papa. Nak rasa hidup senang dengan apa yang kitaorang ada."

"Kau expect aku ni remaja yang gilakan kemewahan ke ?"

"Entah. Mungkin ?"

Aku menundukkan kepala dengan mata terpejam rapat menahan air mata yang mengalir. Aku ada dua abang. Abang Fiqri dan dia,Razif. Abang kandung dan abang susuan.

Yang sepatutnya kata macam ni adalah abang Fiqri. Bukan Razif. Tapi kenapa abang susuan aku lebih sayangkan aku berbanding abang kandung aku sendiri ?

Besar sangat ke salah aku di mata dia ?

"Well,Rose Faqira-ops !Nur Faqira Ainina. Kau mimpi apa sampai kau ubah fikiran kau untuk pilih kitaorang ?"

Makin lama. Hati aku sakit dan terbakar dek mulut dia yang sungguh lantang. Dia seakan berusaha untuk mencari salah aku dan cuba untuk jatuhkan aku.

Atau aku assume dia,dah mula bencikan aku.

"Razif Zikry Zainuddin," Aku cekalkan hati untuk membalas pandangan dia yang jelas sedang mengejek aku. Langsung tak ada rasa sesal dan bersalah atas kata-kata dia.

"Kalau kau nak tahu,aku datang sini bukan sebab kau atau Raisya. Tapi sebab papa and especially mama. Apa-apa pun yang jadi,she still my mom. Kau jauhkan lah aku macam mana sekali pun,kalau mama nak aku. Dia akan cari aku. Kau kena tahu tu."

Aku melangkah masuk semula ke dalam dan pantas pintu beranda dikunci. Aku terduduk bersandarkan pintu kaca lalu kedua-dua lutut dibawa rapat ke dada. Esakan aku akhirnya terhambur jua.

Tak pernah lagi orang hina aku seteruk itu. Dan aku tak sangka yang abang aku sendiri sanggup kata aku macam tu.

Aku kecewa.

***

Ops !

Terpanjang pula..

Continue Reading

You'll Also Like

170K 10.1K 94
HIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke p...
Kayla By Am___ __ya__

General Fiction

731K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
10.1K 1.2K 21
[2nd book of Hanya Series] ♡8 namanya terlalu indah sehingga melekat di fikiranku Dah tahu kisah Ad dan Syai kan? Ni kisah anak mereka pulak. Nur Fa...
426K 30.4K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...