The Rose [ C ]

由 minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... 更多

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 33

3.5K 197 6
由 minbrown_


Tangan naik menompang dagu sambil pandangan dilempar jauh menembusi dinding bilik. Berkali-kali hela nafas yang kedengaran berat dihembuskan. Fikirannya tika ini melayang memikirkan tentang semua orang di sekelilingnya. Ayah,ibu,Razif.

Kawan-kawannya ?

Dia mengeluh lagi sebelum menjatuhkan kepala di atas meja. Sedang asyik melayan perasaan,terdetik sesuatu di fikiran membuatkan Faqira tersentak. Dia memandang pintu bilik yang tertutup rapat. Berkira-kira sama ada dia perlu atau tidak untuk meneruskan rancangannya.

'Pergi je Qira. Kalau bukan hari ni bila lagi ?'

Dia menapak keluar lalu menuju ke bilik tidur ayah dan ibu. Ibu dan ayah awal-awal dah keluar. Abang Fiqri ? Mungkin tidur agaknya.

Tombol pintu dipulas lalu segera dia meloloskan diri. Pandangannya serta-merta tertunak pada satu almari yang menjadi sasarannya. Tanpa membuang masa,pantas dia menyelongkar almari yang besar lagi lebar itu. Habis setiap ceruk di cari sebelum kelakuannya terhenti tatkala terpegang satu fail tebal berwarna biru gelap.

"Apa ni ?" Omelnya perlahan namun diteruskan juga membuka fail tersebut untuk mengetahui intipatinya. Satu kertas tebal ditarik keluar dan bebola matanya bergerak meniti setiap aksara yang tertera.

*Sijil Surat beranak*

Nama: Rose Faqira Binti Zainuddin

Tarikh Lahir: 31 Disember

Masa lahir : 11:58 pm

Tempat lahir : Hospital Kuala Lumpur.

Tubir mata dah terasa hangat. Satu dokumen yang juga diselitkan bersama ditarik keluar.

*Sijil Surat beranak*

Nama : Nur Faqira Ainina Binti Ahmad

Tarikh lahir: 31 Disember

Masa lahir : 11:58 pm.

Tempat Lahir : Hospital Kuala Lumpur.

Tubuh dah terasa menggigil kecil namun dipaksakan juga untuk meneruskan pembacaan. Air mata yang sudah bertakung di seka dengan ibu jari. Dokumen seterusnya ditarik.

Satu-persatu butir perkataan dibaca tentang syarat-syarat dan pengesahan pertukaran tanggungjawab. Yang jelas di dalam surat tersebut mengesahkan bahawa dirinya telah bertukar pemilik kepada lelaki yang bernama Ahmad Bin Ali,ayah dia.

Masih tidak tahu punca kenapa dirinya menjadi anak angkat ayah dan ibu yang selama ini dianggap bahawa mereka adalah darah dagingnya sendiri. Entah mengapa dia terlalu takut untuk mengetahui kebenaran. Kalau boleh dia nak cari bukti sama ada benar atau palsu Razif Zikry Bin Zainuddin adalah abang kandungnya atau pun ianya rekaan semata-mata.

Ya bukti tu perlu cari !

Faqira menyelak helaian demi helaian yang tidak menarik minatnya untuk membaca. Selak punya selak,tindakannnya terhenti pada sekeping gambar yang cukup membuatkannya terdiam. Sekeping gambar yang memaparkan sepasang pasangan kembar ketika waktu kecil. Namun tangan Faqira terlebih dahulu mencapai dokumen yang disertakan sekali dengan gambar itu.

Air mata yang sedari tadi bertakung akhirnya mengalir jua dengan laju. Menitis-nitis di atas peha. Satu kenyataan yang cukup menghentam hatinya. Sakit apabila kebenaran diketahuinya akhirnya.

Tetapi kenyataan ini terlalu pedih.

Ya Allah !

-Razif Zikry Bin Zainuddin

Lahir:
-31 Disember
-11:55 pm.
-Hospital Kuala Lumpur

-Rose Faqira Binti Zainuddin

Lahir:
-31 Disember
-11:58 pm.
-Hospital Kuala Lumpur

*Status: Pasangan kembar.

Faqira menangis teresak-esak tatkala terpandangkan status mereka berdua. Jadi selama ni..Razif bukan setakat abang dia.

Tapi abang kembar ?

"Iya ?"

Faqira tersentak apabila fail ditangannya dirampas. Air muka abang Fiqri mula berubah saat terbaca intipati dokumen tersebut. Seakan sedang menahan rasa geram yang membuak-buak.

"Siapa izinkan kau selongkar almari ayah dengan ibu ni ?!"

"Apa hak abang nak marah Iya ?!" Air mata diseka kasar. Fail ditangan abang Fiqri kembali dirampas."Iya nak jumpa ibu kandung Iya."

"Faqira !"

***

Tangan naik dibawa menyentuh dada. Sedari dia mengetahui tentang status dia dengan lelaki yang selama ini dia anggap sebagai kawan senior,hati tiba-tiba menjadi sakit. Terlalu sakit.

"Abang tak nak-"

"Dah lah !"

"No way,kalau Encik Zainuddin tuntut anak dia balik macam mana ? "Ujar Abang Fiqri dengan rasa tidak puas hati. Sedari tadi segala kata-katanya dibangkang. Mana mungkin dia mahu melepaskan adiknya yang satu ini.

"Perjanjian dah dibuat,tapi diorang kalau nak ambik Iya semula tetap diorang akan ambil ! Diorang ada hak !" Hambur Encik Ahmad berang. Habis berterabur tahap kesabarannya dek bertegang mulut dengan anak sulungnya.

"Ayah,abang. Kita boleh bincang dengan elok kan ?" Pujuk Ibu yang sedari tadi menjadi pemerhati. Runsing hatinya melihat suami dan anak bertekak.

Faqira memejam kelopak mata sekilas sebelum dia bangkit. Tanpa disedari mereka bertiga,dia menapak turun ke tingkat bawah dan terus keluar daripada rumah. Mujur tudung awal-awal sudah dipakai.

Dibawah langit malam yang serba kelam tanpa sinaran bulan mahupun bintang,Faqira menapak menyusuri jalan raya yang sesak dengan kenderaan lalu-lalang. Sambil menahan sakit di dada,air mata tanpa dipinta mengalir ke pipi. Seakan meluahkan rasa yang terpendam di hati. Dengan mulut tak terluah,mungkin dengan tangisan betul-betul memahami.

'kau ni kelakarlah Razif !'

'Tak lawak beb tak lawak ! Hahahah !'

'Hahaha bukan salah aku,benda tu yang nak jatuh.'

Bibir diketap rapat menahan esak tangisnya daripada berbunyi. Rasa sakit di dada semakin lama semakin mencengkam. Sungguh fikirannya serabut memikirkan tentang kebenaran yang dia ketahui baru-baru ni.

Macam mana dia mahu teruskan hidup seperti biasa dengan menganggap Razif sebagai abangnya ? Abang kembarnya. Gelak tawa mereka. Gurauan. Makian. Kutukan.

Mungkin dah tak akan sama lagi seperti ini.

"Ya Allah."

Langkah Faqira terhenti lalau pantas sahaja tangannya memegang pokok yang berada di sebelah. Nafas ditahan semampunya cuba untuk menghalau pergi rasa sakit di dada. Lutut terasa seakan longgar. Menunggu masa untuk dia rebah namun satu silauan cahaya terpancar di hadapannya membuatkan matanya sakit kerana cahayanya yang begitu menyakitkan. Tak lama kemudian,muncul seseorang menghampiri dirinya.

"Rose.."

Rebah.

***

Faqira yang masih belum sedar ditenung tak lepas. Berkali-kali hembusan nafas berat meniti di bibir. Hati lelakinya tak henti-henti menyalahkan dirinya sendiri. Semua ni takkan berlaku kalau dia yang tak mulakan dulu.

"Mungkin dia terkejut sebab dia baru tahu perkara sebenar."

Razif tersenyum kelat sekadar untuk menyedapkan hati Puan Maya. Namun matanya tak lepas daripada memandang adik kembarnya yang masih tiada tanda-tanda mahu sedar. Sama ada terus tidur atau pengsan.

"Abang tak tahu nak buat apa ma."

Bahunya ditepuk perlahan."Terima kasih abang." Tepi kepalanya pula dikucup."Sebab berjaya bawa pulang Rose."

Razif memejam kelopak mata menahan air mata yang mahu mengalir. Apabila dia dapat rasakan Puan Maya sudah berlalu pergi,dia menapak masuk ke dalam bilik. Lantai mozek menjadi tempatnya duduk.

"Rose Faqira Binti Zainuddin."

Air mata yang mengalir disekanya."Aku tak tahulah kenapa aku sebak sangat tapi,aku happy. Aku dapat kau balik."

'Tak nak lah kau ni pun...'

'Ha Ha Ha hambar Razif. Hambar.'

"Even aku dah dapat kau balik pun aku rasa macam,there's something wrong hit me badly without me knowing."

"Aku tak tahu apa yang sedih. Dan apa yang teruk. Tapi hati aku sedih. Pedih Rose pedih." Air mata tak dapat lagi dibendung. Tangannya menggigil kecil menahan rasa. Seakan dirinya sedang bercakap dengan jasad tak bernyawa.

"Selama ni impian aku satu je Rose,aku nak kau. Nak adik kembar aku semula. Kembar mana boleh berpisah kan ? Aku dah tryhard Rose. Aku penat. Aku tak tahu nak kata sama ada aku berjaya atau tak. Tapi,"

"Dapatkan kau balik seakan satu kesalahan yang besar yang pernah aku buat."

"Baru nak sedar ke ?"

Razif tersentak saat suara seseorang menyampuk. Laju sahaja dia berpaling sebelum pandangannya bersabung dengan pandangan sinis adiknya.

"Raisya."

***

Some asking me abt razif lahir setahun dari faqira kan ? So razif kan baru pindah sekolah so dkt sekolah lama dia kena lompat setahun sbb dia lahir 11:55 pm while faqira tak so let assume yg sekolah faqira takde buat lompat setahun untuk pelajar yg lahir pada hujung tahun.

繼續閱讀

You'll Also Like

804K 25.7K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
170K 10.1K 94
HIGHEST RANKING #NO.1 In Action #NO.1 In Malay Our love is a journey.Starting at forever,ending at never🌷 *** Walau apapun yang terjadi, Noah Luke p...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
490K 19.8K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...