HIKAYAT CINTA DUA DUNIA✔

Bởi Anati_Althafunnisa

787K 62.9K 8.6K

Cinta Dua Dunia. Tak tercapai dek akal bagaimana cinta antara 2 jiwa ini bersatu namun istilah mustahil itu t... Xem Thêm

🏮Prolog
🔮Bab 1
🔮Bab 2
🔮Bab 3
🔮 Bab 4
🔮Bab 5
🔮Bab 6
📌PILIHAN ANDA
🔮 Bab 7
📌WATAK UTAMA DAN LAGU TEMA?
🔮Bab 8
🔮Bab 9
🔮Bab 10
🔮 Bab 11
🔮 Bab 12
🔮 Bab 13
🔮 Bab 14
🔮 Bab 15
🔮 Bab 16
🔮 Bab 17
🔮 Bab 18
🔮 Bab 19
🔮 Bab 20
🔮 Bab 21
🔮 Bab 22
🔮 Bab 23
🔮 Bab 24
🔮 Bab 25
🔮Bab 26
🔮Bab 27
🔮Bab 28
🔮Bab 29
🔮Bab 30
🔮Bab 31
🔮Bab 32
🔮Bab 33
🔮Bab 34
🔮Bab 35
🔮Bab 36
🔮Bab 37
🔮Bab 39
🔮Bab 40
🔮Bab 41
🔮Bab 42
🔮Bab 43
🔮Bab 44
🔮Bab 45
🔮Bab 46
🔮Bab 47
🔮Bab 48
🔮Bab 49
🔮Bab 50
🔮Bab 51
🔮 Bab 52
🔮Bab 53
🔮Bab 54
🔮 Bab 55
🔮Bab 56
🔮Bab 57
🔮Bab 58
🌺REVIEW🌺
BUKU PERTAMA SAYA YANG DITERBIT

🔮Bab 38

9.4K 920 86
Bởi Anati_Althafunnisa

-Raja Andhika Sadewa-

"Beta seru namamu, dikaulah permaisuriku."💍

Andhika POV


"Ampun tuanku!Ampun! Patik bertiga tidak tahu itu permaisuri Bella! Patik bertiga benar-benar menyangka gadis itu penceroboh!"

"Benar tuanku! Benar!"

Daku sudah menggenggam erat cemeti berapi ini. Sudah bersiap mahu melibas tubuh ketiga-tiga ekor Nongkrong ini.

"Alasan bodoh apakah ini? Apa kalian ini makluk yang bodoh? Mana kuasa visi kalian? Apa kalian tidak pernah melihat wajah permaisuri beta pada saat beta bernikah dengannya pada sebelum ini? Atau kalian hanya saja-saja mahu mereka cerita demi melepaskan diri dari hukuman beta!"

"Tidak tuanku! Tidak! Kami memang benar-benar tidak tahu! Kami tidak mampu memanggil visi kami untuk melihat wajah permaisuri tuanku. Kami tidak berdusta tuanku."

"Benar tuanku. Kami merayu jangan hukumi kami. Kami cuma menjalankan amanah tuanku untuk menjaga kamar ini. Kami tidak pernah meninggalkan istana sayap Barat ini."

Cemeti yang tadiku genggam erat, kian melonggar. Mengapa daku bisa terlupa akan hal itu. Kuasa sakti di dunia ini tidak pernah berkesan ke atas Bella, kuasaku juga tidak pernah bisa mengesan kedudukan Bella apatah lagi makhluk-makhluk Nongkrong ini. Tubuh mereka sekejap menjadi jelas sekejap menjadi lut sinar, tanda mereka dalam ketakutan. Sudah berjuta-juta tahun mereka menjaga istana ini terutamanya setiap kamar larangan di sayap Barat.

Daku menggenggam kembali cemeti di tangan, walaupun mereka tidak tahu itu permaisuriku namun luka dan kesakitan di tubuh Bella siapa yang mahu pertanggungjawabkan?

"Kerana alasan tidak tahu kalian mungkin beta boleh ampunkan namun hukuman kalian tetap sama! Sakit di tubuh permaisuri beta tetap sudah terlaksana! Walau apapun kalian tetap perlu bertanggunggjawab atas perbuatan kalian!"

"Ampun tuanku!"

Cemeti ditanganku di angkat tinggi. Makhluk kegelapan yang selama ini aku tidurkan dengan sebaik-baiknya di dalam diri, bangkit kembali. Mataku sudah mula memanas dengan nyalaan api. Selama ini makhluk ini hanya akan tiba bila diriku tidak mampu menahan amarah, oleh kerana aku berjaya mengawal diriku, maka daku selalu tampak tenang sahaja, namun saat di medan peperangan, kemarahan itulah senjata utamaku untuk menghidupkan sang kegelapan di dalam diri ini.

Zakk!!!

"Tuanku! Arghhh! Ampun!!!"

"Sakit tuanku!!"

Zakk!!

Nongkrong itu cuba melarikan diri. Daku mengunci mereka dengan sinaran perangkap lama. Pergerakan mereka menjadi beku.

"Erghh!!"

Zakk!!
Zakk!!

↪↪↩↩

Bella POV

Aku memintal-mintal hujung rambut. Baginda tidak ada dalam bilik, selepas berbual dengan pawang Nunduya tadi, terus baginda beredar meninggalkan bilik ini, entah apalah yang dibincangkan oleh mereka sehingga baginda terus beredar dari bilik tanpa sebarang pamitan daripada aku pun.

Beberapa uguwan suri melangkah masuk ke dalam ruangan peraduan sambil membawa beberapa dulang di tangan. Kelihatannya seperti hidangan makan tengahari. Bau hidangan yang begitu menggoda nafsu itu, membuatkan perutku berkeroncang. Tapi...
Aku nak makan sekali dengan baginda. Sudah lama aku tidak makan bersama-sama baginda. Baginda terlalu sibuk. Lagipula baginda selalunya akan makan bersama-sama bondanya di ruang makan. Baginda anak yang baik, jarang kehendak bondanya, baginda akan menolak.

"Suri Mawar..." aku memanggil suri Mawar yang sedari tadi hanya berdiri dan memerhati suri-suri yang membawa hidangan dari dapur itu.

"Iya tuanku?"

"Raja Andhika mana?"

"Raja Andhika ada di ruang makan istana, baginda sedang menunggu untuk menyantap makanan bersama Ratu Permaisuri, tuanku."

Aku sudah agak! Baginda pasti akan makan bersama-sama bonda baginda. Kalau aku berterusan tidak mahu  turun makan di ruang makan istana kerana mahu mengelak daripada bertembung dengan Ratu Permaisuri Safuraluna, jawabnya memang tiada kesempatan lagilah aku nak makan bersama-sama baginda. Baginda pasti tidak akan membelakangi bonda baginda, baginda anak yang baik.

Aku menghembus nafas berat. Mengeluh. Kau kena beranikan diri juga Ada. Kali ini kau tetap kena berhadapan dengan mak mentua kau tu? Kalau tidak sampai bila? Sampai bila asyik nak mengelak ja? Kau ada masa yang tidak banyak untuk kau gunakan bersama-sama baginda, kau tidak boleh sia-siakan macam itu saja hanya kerana kau takutkan mak mentua kau itu Ada.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati aku ni.

"Suri Mawar. Saya tak mahu bersantap di kamar, saya mahu turun ke ruang makan istana untuk sertai baginda Raja dan Ratu permaisuri."

"Menjunjung titah tuanku."

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskannya perlahan. Ini untuk kau dan baginda. Kau kena kuat Ada.

Saat kaki aku melangkah masuk ke ruang makan istana, baginda sudah siap menunggu bersama-sama bonda baginda, Ratu Permaisuri. Wajah wanita yang cukup membenci diriku dan kaumku itu, aku kerling dengan hujung mata. Masih tetap sama auranya yang sungguh angkuh dan anggun bergaya, baginda Ratu benar bukan wanita biasa-biasa. Jika bukan sebab aku kenal siapa baginda, pasti aku akan sangat kagum dan terpegun dengannya tapi hakikatnya tidak, aku tahu betapa bahaya dan liciknya wanita ini.

"Ooo... anakanda Permaisuri Bella Amanda..." bagaikan terdengar dentuman guruh di langit saat namaku serta gelaranku di istana ini terpacul keluar dari mulut baginda Ratu Permaisuri. Aku memandang baginda dan tersenyum. Dan aku tahu senyuman aku ini kelat sekali.

"Bonda..." aku membalas. Baginda yang terdengar namaku disebut oleh Ratu Permaisuri, segera menoleh. Dan saat pandangan kami menyatu, hatiku bagikan terasa disiram air suam yang begitu menghangatkan. Rasa bahagia sangat. Satu senyuman manis terukir buatku dan pandangan baginda....

Sungguh menghangatkan. Aku membalas senyuman baginda. Saat aku sudah sampai dan siap berdiri di kerusi di samping baginda yakni berhadapan dengan kerusi Ratu Permaisuri, kerusiku ditarik oleh seuguwan suri untuk mempersilakan aku duduk. Kedudukan baginda adalah di hujung meja iaitu kerusi bagi seuguwan ketua.

Pandangan baginda tidak lekang memandangku. Pasti baginda tertanya-tanya mengapa aku turun makan di bawah sedangkan sudah lama aku tidak mahu makan di ruangan ini.

Aku hanya belagak biasa. Hendak bercerita, rasanya tidak sesuai kerana ada Ratu Permaisuri Safuraluna. Aku memandang baginda ratu di hadapanku, sungguh jelas riak wajah wanita itu yang memandangku dengan sinis dan angkuh. Ah! Aku kena kuat dan sabar.

"Sudah lama anakanda tidak turun untuk menyantap bersama-sama bonda, hari ini apa yang membuatkan anakanda terpanggil untuk turun menyertai kami?" Walaupun bahasanya seakan-akan mesra kerana panggilan 'anakanda' yang digunakan untuk berbicara denganku tetapi aku masih dapat tangkap nada sindiran dalam sabda baginda itu. Lagipula, pandangan mata baginda Ratu yang tajam merenungku sudah menceritakan segala-galanya bahawa baginda tidak ikhlas bercakap baik-baik denganku.

Aku cuba beriak tenang. Jika baginda Ratu mahu bermain api, maka mengapa tidak saja aku sahut?

"Urm...anakanda rindu la sama bonda Ratu Permaisuri. Sudah lama bukan kita tidak bersantap bersama-sama? Bonda juga pasti rindu untuk menatap wajah anakanda di meja santapan ini?" ujarku dengan lemah-lembut sambil wajah aku riakkan dengan begitu mesra. Namun baginda Ratu mengerti, aku juga turut menyindir kerana hakikatnya hanya kami berdua sahaja yang tahu. Baginda tidak menyukaiku, aku juga tidak menyukai baginda.

Baginda Ratu Permaisuri hanya pura-pura tersenyum membalas ucapanku.

"Oh ya anakanda Andhika? Sudah hampir 2 tahun kalian bernikah, apa anakanda Bella masih belum berisi ka?"

Aku tersentak saat soalan maut itu diajukan kepada kepada baginda. Riak wajahku pasti benar-benar sudah berubah pada saat ini. Aku benar-benar tidak senang mendengar pertanyaan itu. Seakan-akan benar-benar menyesal pula untuk turun makan ke sini.

"Bonda...anakanda berdua jarang bersama. Anakanda selalu sibuk dengan urusan negeri. Mungkin kelak, adalah itu berita gembira yang bonda mahukan." sabda baginda.

"Apa? Jarang bersama? Anakanda pikir mendapatkan pewaris Langkasakti itu perkara olok-olok ka? Jika begini caranya, maka lambatlah lagi bonda bakal menimang cucuanda." Ratu Permaisuri mendegus marah.

"Bonda, Dhika juga belum bersedia mahu menjadi seuguwan ayahanda. Berilah Dhika tempoh lagi, Dhika mahu kerajaan Langkasakti di bawah pemerintahan Dhika menjadi lebih kukuh dahulu, bonda. Dhika tidak mahu terburu-buru mendapatkan cahaya mata." Baginda bersabda tenang tanpa memandang wajah bondanya. Mengapa aku rasa baginda macam tidak ikhlas dalam bicaranya? Seakan-akan baginda menyembunyikan sesuatu. Ish! Apa ni Ada! Sangka yang tak baik dekat suami sendiri.

"Hampir 2 tahun anakanda! Hampir 2 tahun bonda bersabar dan beri kalian berdua tempoh. Apa itu masih belum cukup? Kamu Bella Amanda? Apa kamu sudah lupa asal usulmu? Keluargamu? Kamu tidak mahu pulang ke tempat asalmu?"

"Bonda!!" Baginda Raja Andhika memintas laju.

Aku tersentak apabila soalan yang bertubi-tubi itu diajukan pula kepadaku. Hatiku seakan-akan ditikam sembilu. Perit sangat. Sudah tentulah aku ingin pulang. Lagipula aku sudah membuat perjanjian dengan baginda raja Andhika. Cuma perjanjianku bersama-sama Ratu Permaisuri sahaja yang tidak mampu aku tunaikan. Ya, sudah setahun lebih aku ada di sini, dan ya aku memang jarang bersama-sama baginda, mungkin kerana asbab itu, aku masih tidak hamil sampai sekarang, lagipula, aku memang sudah tidak benarkan baginda menyentuh aku lagi. Namun saat memikirkan tentang pewaris kerajaan ini, aku mula rasa bersalah.

Aku merenung wajah baginda yang hanya tenang memandang meja makan. Kelak baginda pasti akan mencari penggantiku juga, dan baginda pasti akan memperoleh pewaris takhtanya yang baru dengan wanita lain. Alangkah beruntungnya wanita itu nanti kerana dapat menjadi ibu kepada anak seuguwan lelaki yang hebat seperti baginda. Aku menggigit bawah bibir. Perasaan cemburu mulai menggunung di dada. Cemburu memikirkan siapa wanita yang akan berani-beraninya bersama dengan lelaki yang aku cintai ini. Tanpa sedar, tanganku yang berada diatas riba meramas skirt gaunku dan menggeggamnya kuat. Aku cemburu dan aku benci siapa wanita yang akan mendatang itu.

"Tidak! Saya tidak lupa tuanku. Jika tuanku mahukan khabar gembira itu, tuanku jangan risau. Saya akan pastikan, khabar gembira itu akan muncul tidak lama lagi." ujarku dengan nada yakin lalu memandang ke arah baginda raja Andhika. Pandangan mata kami bertemu, baginda kelihatan tersentak mendengar jawapanku. Aku hanya beriak tenang walhal dalam hati ini sedang menggunung perasaan cemburu dan marah.

↪↪↩↩

Aku menghitung waktu, sudah menginjak ke tengah malam. Namun baginda masih tidak juga pulang ke kamar. Mana baginda pergi? Masih sibuk dengan urusan negeri ke? Kalau begitu, baginda pasti sedang berada di pejabatnya. Lebih baik aku pergi cari. Baginda tidak boleh biarkan aku tidur seorang diri macam selalu, aku tidak suka! Aku betul-betul tidak suka. Aku tidak tahu apa yang tidak kena dengan diri aku sekarang ini, apa yang pasti rasa cemburu yang aku rasa siang tadi masih tidak pudar-pudar, walaupun mungkin orang lain akan kata aku ini buang tabiat atau tidak betul untuk cemburu dengan sesuatu yang tidak pasti, tetapi aku peduli apa, baginda suami aku. Aku memang patut rasa insecure seperti ini.

Laju aku melangkah keluar dari kamar sayap barat ini. Suasana malam di sini yang begitu seram aku cuba endahkan, liurku telan berat. Kaki mengorak dengan secepat yang mungkin untuk menuju ke bahagian tengah istana. Nasib baik ada suriwan-suriwan yang mengawal pada waktu malam, jika tidak lagilah aku rasa seram sejuk. Namun ada suriwan pun macam tidak ada suriwan juga kerana mereka ini hanya berdiri tegak macam patung, memandang aku pun tidak.

Aku baru tersedar yang aku tidak pakai tudung, hanya topi jubah yang menutupi kepala. Angin malam yang ditiup daripada sisi balkoni istana menggigit tubuhku yang hanya tersarung baju tidur satin di dalam dan dilindungi jubah labuh diluar. Laju aku berlari anak untuk sampai ke ruang tengah istana bagi melepasi laluan balkoni yang tidak berdinding ini.

Aku melangkah satu persatu menuruni anak tangga untuk ke tingkat bawah di mana terletaknya pejabat baginda. Saat bertembung dengan beberapa suriwan, aku memperlahankan langkah untuk mengelakkan jubahku daripada terselak. Di bahagian tengah istana, walaupun waktu malam, uguwan-uguwannya masih ramai yang bekerja dan mengawal. Saat kaki sudah melangkah merapati bilik pejabat itu, aku segera menitahkan suriwan-suriwan yang menjaga bilik itu untuk membukanya. Kerana mengenali siapa aku, segera mereka menguak pintu pejabat tersebut untuk membenarkan aku masuk.

Mataku meliar memandang keliling pejabat yang gelap. Kedua-dua belah tanganku tepuk untuk menghidupkan sinaran cahaya dalam bilik pejabat ini. Pandangan menala ke segenap ruang pejabat namun sia-sia tidak ada sosok baginda pun di sini. Mana baginda pergi? Aku sudah mula beriak sedih. Tiba-tiba terasa tubuh ini penat, mungkin sebab aku tergesa-gesa berlari untuk ke sini tadi, tapi selalunya aku tidak akan mudah penat kalau setakat berlari dalam jarak sebegini, stamina aku kuat. Entahlah, mungkin aku sudah gemuk disebabkan aku sudah makan nasi balik. Tetapi nonsense! Metabolisma tubuh aku tinggi, makan nasi banyak pun, berat aku susah nak naik.

Aku keluar dari bilik pejabat ini dengan langkah longlai. Saat tubuhku sudah berada di persimpangan tangga, aku bertembung dengan seuguwan marcaperkasa. Dia memberi tunduk hormat kepadaku.

"Tuanku permaisuri..." sapa marcaperkasa tersebut. Kakiku berhenti melangkah, suara ini seakan-akan pernah aku dengar tetapi bila dan di mana ya?

"Siapa kamu?" aku cuba menyoal. Mungkin namanya boleh mengingatkan aku kembali kepada siapa dia dan di mana aku pernah bertemu dengannya. Mungkin aku pernah bertemu saat aku pergi ke Kota Titran bersama-sama dengan baginda beberapa bulan yang lalu?

"Patik marcaperkasa Nadin tuanku. Jika tuanku masih ingat, patiklah yang pernah menghalang tuanku daripada pulang ke dunia tuanku dan merayu tuanku untuk menyelamatkan mahsuri Jelita dan 6 uguwan suri yang lain pada hari hukuman itu."

Mendengar penjelasan itu, ingatan aku tentang kejadian lebih setahun yang lalu automatik segar kembali. Ya, lelaki inilah yang sebenarnya menjadi punca utama sehingga menyebabkan aku boleh berdiri lagi di hadapannya sekarang dengan gelaran yang aku pikul sebagai permaisuri kerajaan ini, jika aku tidak terima rayuan dia pada saat itu, semua ini pasti tidak akan terjadi. Tetapi adalah bodoh menyesali sesuatu yang sudah terjadi, aku sendiri yang telah memilih jalan ini, jadi aku perlu kuat untuk harunginya kerana aku ada Allah di sisi, setiap kejadian adalah dengan izin Allah, dan Allah itu adalah sebaik-baik perancang dan penentu. Tidak guna aku marahkan marcaperkasa Nadin ini.

"Dan kamu juga uguwan kanan baginda raja bukan?"

"Benar tuanku. Patik barusan sahaja pergi mengadap baginda di kamar baginda, tuanku."

"Ha? Di kamar baginda?" Maksudnya baginda sedang ada di kamarnya yang satu lagi itulah kan? Di sayap Selatan. Lagipula marcaperkasa Nadin memang datang dari arah sana.

"Baiklah, kamu boleh pergi."

"Patik undur diri tuanku."

Aku hanya mengangguk membalas. Alhamdulillah, Allah hantar seseorang untuk tolong aku ketahui keberadaan baginda. Segera aku menaiki anak tangga ini untuk ke sayap selatan, menuju ke kamar baginda.

Beberapa minit aku berjalan, akhirnya aku jumpa juga kamar ini. Aku tidak pernah datang ke kamar ini, cumanya aku tahu kerana suri Mawar yang pernah tunjukkan kepada aku.

"Saya mahu bertemu Raja Andhika." ujarku kepada suriwan yang mengawal di hadapan pintu kamar ini.

"Ampunkan patik tuanku, izinkan patik meminta titah keizinan daripada baginda Raja Andhika dengan terlebih dahulu." Salah seuguwan daripada suriwan itu hilang disebalik pintu kamar tersebut.

Aku tersentak. Kalau aku, permaisuri baginda sendiri nak masuk pun kena minta izin baginda juga ke? Protokol adalah tetap protokol Ada.

Tidak berapa lama, kelibat suriwan itu muncul kembali.

"Tuanku..." dia mempersilakan aku untuk masuk saat pintu sudah dibuka.

Aku segera melangkah ke dalam. Mataku menyapa sosok baginda yang sedang duduk di atas sebuah sofa panjang. Baginda tidak memandang ke arahku. Aku jadi kecil hati.

"Mengapa adinda datang ke sini?" Bahkan baginda boleh pula ajukan soalan sedemikian?

"Mengapa kanda tidak pulang ke kamar kita di sayap barat?" Aku menjawab dengan soalan semula.

"Kanda ada sedikit urusan di sini."

"Urusan apa? Apa benar kanda punya urusan atau kanda hanya mahu mereka alasan?"

Baginda hanya memandang sekilas ke arahku dan tidak menjawab pertanyaanku. Aku terkilan dengan kedinginan baginda terhadapku. Apa salahku? Apa yang aku sudah buat sehingga membuatkan baginda melayan aku seperti ini? Mana pandangan hangat siang tadi yang baginda tayangkan kepadaku?

Mataku mengekori pergerakan baginda yang melangkah ke ranjang peraduan.

"Mengapa kanda layan adinda begini? Apa yang telah adinda lakukan sehingga kanda menjadi dingin kepada adinda seperti ini?" ujarku sambil mengekori langkah baginda.

"Dingin? Tidaklah. Mana ada kanda dingin sama adinda?" ujar baginda namun masih tidak menoleh berhadapan denganku. Tubuh baginda masih membelakangiku.

Perlahan-lahan aku melangkah mendekati baginda dan mencapai tangannya dan menarik tubuh baginda untuk menoleh menghadapku. Baginda melarikan pandangan mata.

"Kanda..." aku menyeru perlahan. Dadaku mula sebak. Wajahnya yang dipalingkan ke sisi, aku sentuh dan mengalihkannya perlahan untuk memandangku.

"Dinda tahu beza, mana kanda yang hangat dengan dinda dan mana kanda yang dingin dengan dinda, janganlah sembunyi perasaan kanda, dinda tahu. Apa salah dinda? Mengapa kanda mengelak daripada dinda?"

Baginda menatap mataku.

"Tidak. Dinda tidak salah apa-apa. Kanda cuma sedikit rungsing dan lelah."

Aku tersentak mendengar keluhan baginda tersebut. Baginda tidak pernah mengadu penat mahupun rungsing kepadaku. Apa sebenarnya yang telah mengganggu benak baginda ini? Apa disebabkan perbualan kami dengan Ratu Permaisuri siang tadi?

"Apa kanda rungsing kerana kata-kata bonda siang tadi?"

Baginda diam. Tidak menjawab. Aku masih menanti jawapan baginda.

"Apa maksud adinda apabila adinda berjanji mahu menyampaikan khabar gembira kepada bonda?"

Aku terdiam. Rupa-rupanya itu yang difikirkan oleh baginda. Aku beriak selamba.

"Dinda mahu tunaikan apa yang bonda mahukan." ujarku lalu merapati baginda.

"Dinda mahu lahirkan pewaris Langkaskti dengan segera." bisikku perlahan di sisi telinga baginda.

Aku memandang wajah baginda yang sudah beriak terkejut.

"Dinda..."

"Shhh..." lantas jariku naik menghalang baginda daripada meneruskan kata-katanya. Aku mengundurkan diri beberapa tapak, baru tanganku naik untuk menyentuh bahagian atas baju jubah, fikiranku segera kembali sedar.

"Ini tidak benarkan dinda?" Redup baginda memandang wajahku. Aku terdiam. Ya Allah...apa aku nak buat ni? Kenapa aku terlalu ikutkan perasaan cemburu ni?

"Mengapa adinda ingin melanggar perjanjian yang dicipta adinda sendiri?"

"Mengapa kanda menolak? Sedangkan perjanjian itu adinda yang menciptanya?"

"Kerana kanda tahu adinda tidak patut lakukan semua ini. Ini salah bukan?" ujar baginda tanpa memandangku. Aku menghampiri banginda dan duduk di sisi katil.

"Astaghfirullahalazim..." aku beristighfar perlahan. Kenapa makin lama aku rasa aku makin tidak boleh kawal diri aku? Kenapa aku rasa terlalu cemburu berlebih-lebihan ini?

"Adinda takut..." ujarku dalam nada sebak.

"Baginda menoleh kepadaku."

"Takut akan apa dinda?"

"Dinda takut jika hati kanda akan dimiliki oleh perempuan lain. Dinda takut...dinda cemburu bila dinda fikir nanti perempuan itu akan menyentuh kanda dan kanda akan menyentuh dan membelai dia seperti mana saat kita bersama! Dinda tidak suka! Dinda cemburu bila memikirkan dia yang akan berikan pewaris untuk kanda! Dinda tidak suka!"

"Kerana itu dinda sahut cabaran bonda. Tapi dinda baru tersedar, benar kata kanda. Semua ini tidak benar. Dinda berdosa kepada Tuhan adinda jika tadi kita teruskan." Air mataku mengalir deras. Antara cinta kepada Allah dan cinta kepada makhluknya, aku tersepit antara dua. Makin lama aku rasa makin tidak tahan jika dekat dengan baginda, mengapa lah kita bukan seperti pasangan kekasih yang lain kanda?

Tangan baginda naik mengelap air mataku.

"Shhh....jangan menangis cinta...kanda tidak suka adinda bersedih hati. Siapa bilang akan ada wanita lain selain dinda di hati kanda? Tidak akan ada. Dinda yang pertama dan selamanya pemilik hati kanda. Itu sumpah kanda."

"Janji?"

"Sumpah!Kanda bersumpah atas nyawa kanda sendiri. Tidak akan ada wanita lain selain Bella Amanda untuk bertakhta di hati ini. Sumpah ini melebihi janji."

"Walaupun nanti adinda sudah tidak bersama kanda?"

Perlahan baginda mengangguk dan cuba tersenyum. Tubuhku ditarik ke dalam dakapan.

"Tetapi tetap akan ada wanita lain juga bukan yang akan menjadi bonda kepada pewaris takhta kanda kelak?"

Pertanyaanku dibiarkan sepi tidak berjawab. Reaksi baginda ini membuatkan aku bertambah takut dan cemburu. Tidak semena-mena aku memeluk tubuh baginda dengan lebih kuat dan erat. Seakan-akan tidak mahu melepaskan baginda pergi buat selama-lamanya.

Andai saja aku boleh laungkan kepada semua wanita di dunia ini untuk jangan sesekali berani-beraninya mendekati baginda! Baginda milik aku! Ingin sangat aku lakukan itu tetapi percuma, aku tidak berkuasa. Aku hanya ada senjata dan senjata yang aku hanyalah doa. Ya Allah, jangan biarkan baginda menjadi milik wanita lain, kau takdirkanlah baginda ini jodohku sampai syurga, walau dengan apa cara sekalipun. Yang penting engkau bukakan jalan yang engkau redha. Aku mohon ya Allah.

Doaku dengan linangan air mata yang mengalir perlahan-lahan.

"Jika ini takdirnya, maka aku pasrahkan sahaja." 💘

|Bella Amanda|

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

396K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
83K 6.1K 58
Syairish Rey, pelajar kolej yang menjalani rutinnya sebagai seorang pelajar. Kehidupannya normal sehinggalah pada hari dia diselamatkan secara tidak...
742K 16.6K 21
Nadhira Sofea Bertahun lamanya dia menyimpan perasaan. Rasa yang membungakan hatinya. Rasa yang sangat indah hingga dia mencatat segalanya di setiap...
291K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.