disease • h.yunseong

Von airtiny

1.9K 537 85

+ kelopak-kelopak bunga itu seperti menyekat laluan pernafasan ku. sakit! ↷ producex101, hwang yunseong。 stat... Mehr

000
001
002
004
005
006
007
008
009
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020

003

106 27 5
Von airtiny

eunwon berlari dengan pantas. air mata yang jatuh diseka laju. dia dah agak. salah dia juga kerana terlalu berharap. padahal dia sudah tahu perkara ini akan berlaku.

eunsang yang sedang mengejar eunwon dari belakang mempercepatkan lagi langkahnya. terbit rasa bersalah dalam diri eunsang apabila memikirkan kembali bahawa semua ini berpunca daripada ideanya.

eunwon berhenti di hujung koridor. dia terduduk di situ sambil melepaskan tangisannya. eunsang yang tiba tidak lama kemudian, terus menghampiri gadis itu lalu memeluknya erat.

"maafkan aku." eunsang berkata perlahan.

tiada balasan. hanya kedengaran esakan kecil daripada eunwon. perlahan-lahan eunsang membelai rambut eunwon, cuba untuk menenangkannya.

eunsang kembali teringatkan kejadian semasa dia memberikan surat dan coklat kepada yunseong tadi.

✿    ✿    ✿

"aku serba salah nak cakap perkara ni. tapi kau faham kan?" yunseong memandang anak mata eunsang dalam. coklat dan surat pemberian eunwon itu dipegang erat.

"aku hargai sangat apa yang dia bagi pada aku ni. cuma aku tak boleh nak balas cinta dia. maaf." sambung yunseong lagi. suaranya semakin kendur. eunsang hampir-hampir tidak dapat menangkap apa yang lelaki itu mahu katakan.

"tapi eunwon ikhlas cintakan kau. dia dah lama pendam perasaan ni. kalau kau terima jadi boyfriend dia, tentu eunwon rasa gembira sangat. aku nak tengok eunwon gembira." eunsang menggenggam tangannya.

kali ini yunseong mengeluh panjang. tak sampai hati juga dia nak sakitkan hati orang lain. tapi nak buat macam mana? dia terpaksa tolak juga.

"eunsang, katakanlah pada eunwon ada ramai lelaki yang lebih baik mahukan dia. maafkan aku sebab tak boleh nak terima lamaran dia tu. dan kau sampaikan lah juga ucapan terima kasih aku kepada eunwon. aku hargai sangat usaha dia buat coklat ni! aku janji aku takkan sesekali buang coklat pemberian dia ni. jangan risau!" yunseong cuba mengambil hati gadis itu dan berharap agar kata-katanya itu tidak mengguris perasaan eunwon nanti.

eunsang tiada hak untuk memaksa lagi. cinta tidak boleh dipaksa. maaf eunwon, aku gagal memujuk yunseong.

✿    ✿    ✿

lamunan panjang eunsang dimatikan apabila telinganya menangkap bunyi seperti ada orang yang sedang batuk dengan sangat teruk.

dia terkejut apabila mendapati ada banyak kelopak bunga yang keluar dari mulut eunwon setiap kali gadis itu terbatuk.

eunwon memegang dadanya. sakit! kepalanya juga terasa amat berat. sedikit demi sedikit pandangannya mula bertukar gelap.

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
4.6M 108K 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Saf...
21.1K 436 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.3M 100K 57
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...