The Rose [ C ]

Από minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... Περισσότερα

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 27

3.5K 211 1
Από minbrown_

"Rose !"

Faqira menunduk bersama wajah simpati. Roti di tangannya masih lagi tak disentuh. Hilang selera nak makan dek dimarahi lelaki itu.

"Kau duduk sini diam-diam. Aku tahu kau lari,aku korek biji mata kau !"

"Lepaskan kitaorang lah !" Jerit Razif bersama tangan dan kaki diikat. Yang paling menyedihkan apabila dia langsung tak diberi makan.

Yang dia terima hanyalah sepakan tak berperikemanusiaan manusia tak berguna di hadapannya.

"Diam !"

Bam !

Pintu yang tertutup rapat itu dipandang. Tanpa membuang masa,Faqira mengesot punggung menghampiri lelaki itu. Keadaan bilik yang serba gelap membuatkan pandangannya terjejas. Tapi cukup untuknya tahu kanak-kanak lelaki itu sedang menangis.

Atau lebih tepat,

Razif.

"Abang.." Roti disua ke bibir Razif dan pantas dia menggigitnya. Terbit rasa simpati melihatkan lelaki itu kelaparan. Nasib baik tangannya diikat di depan berbanding Razif dibelakang.

"Dahi abang ada darah."

Kunyahan Razif terhenti serta-merta. Bibirnya dijauhkan tanda tidak mahu menjamah roti coklat. Malah dia mengesot menghampiri Faqira.

"Kita lari jom ?" Faqira tersentak. Laju kepala digeleng. Tanda tidak bersetuju dengan cadangan Razif. Terbayang detik abang besar tadi menyepak dan melempang Razif.

"Tak nak. Iya takut."

"Kau nak takut apa ?" Soal Razif geram sambil tangannya sedaya upaya cuba dileraikan ikatan. Sesekali dia meringis kecil apabila kulit tangannya terasa pedih.

"Iya takut nanti dia lempang abang. Nanti dia sepak abang lagi. Iya tak nak. Iya tak suka tengok abang macam tu."

"Kau nak tengok aku kena lempang ke nak tengok aku mati kat sini ?"

Faqira terdiam. Terkesan dengan kata-kata kasar lelaki itu."Kenapa abang cakap macam tu ?"

Razif mengeluh kasar."Kau tahu tak kita akan mati kalau kita duduk sini ? Kau tak dengar ke dia cakap apa semalam ?"

"Dia cakap apa ?"

"Kau nak ke dia korek perut kau ? Dia ambil jantung kau ambil hati kau ambil usus kau. Lepas tu jual. Mak ayah kau tak pernah bagitahu ke ?"

Perlahan Faqira menggeleng. Fikiran terbang melayang memikirkan bagaimana keadaannya saat perutnya dikorek. Jantung dia di-

"Tak nak-tak nak !"

"Kau tak nak kan ? Sekarang kau buka tali kat tangan aku. Cepat !"

"Okay - okay !".

Razif memusingkan tubuh lalu pantas Faqira membuka tali yang agak ketat. Puas dia tarik tapi mana lah dia tahu nak buka tali ni.

"Macam mana nak buka ?"

Allahuakhbar. Razif mengeluh perlahan. Kalau macam ni dia rela mati kat sini. Nak buka tali pun tak pandai ?

"Kau pandai guna gunting tak ?"

"Hmm pandai !" Razif memandang Faqira dengan pandangan tak puas hati. Budak ni tak takut ke ? Jawab tu macam gembira sangat.

"Tu." Bibirnya dijuihkan di belakang Faqira."Ambil gunting tu lepas tu gunting. Cepat nanti abang tu datang !"

"Okay-okay." Mencicit Faqira berlari mengambil gunting lalu kembali menghampiri Razif. Takut juga dia tengok gunting besi ni. Macam gunting dalam cerita yang orang buat untuk gunting pokok.

"Kau jangan gunting tangan aku pula."

"Tak."

20 saat kemudian..

"Lamanya cepatlah."

"Kejap lagi sakit."

"Lagi sakit ?"

Faqira terdiam sebelum tersengih."Lagi sikit."

"Dah cepat." Serentak tali putus. Razif segera membuka ikatan kakinya sebelum tali di tangan dan kaki Faqira dibuka. Dibuat dengan tergesa-gesa kerana dia dapat merasakan lelaki itu akan datang dalam masa terdekat.

"Sian tangan abang merah."

"Kau lah ni lambat sangat."

"Hahahaha kejap lagi dia datang ambil-"

Faqira dan Razif sambil berpandangan tatkala terdengar sayup-sayup suara abang besar tadi. Serta-merta kedua-duanya cuak. Rasanya macam tak sempat nak lari.

"Abang-"

"Shuh !" Razif memutarkan bebola mata mencari sesuatu sebelum pandangannya berpusat pada sebuah almari kayu. Lantas tangan Faqira ditarik sebelum menyembunyikan diri di belakang almari tersebut.

Streett...

Faqira terbeliak. Baru sahaja dia mahu membuka mulut,tangan Razif pantas menutup mulutnya. Menghalangnya daripada berkata sesuatu. Malah lelaki itu juga memberi amaran melalui isyarat mata.

"Weh !"

"Bodoh mana budak-budak tu ?!"

"Manalah aku tahu ! Aku tinggalkan diorang kat sini tadi ?!"

Razif menarik Faqira ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh kecil itu sambil menahan rasa gemuruh dan takut dalam diri tatkala kedengaran beberapa barang jatuh diatas lantai. Menandakan lelaki itu sedang mencari mereka di setiap ruang yang ada.

"Carilah bengap ! "

Faqira mendongak memandang mata Razif. Terasa tubir mata terasa hangat dek kerana terlalu takut tatkala barang yang dihempas semakin kuat. Diselangi dengan bunyi hempasan kaca. Saat air matanya mengalir pantas Razif menyeka sambil menggeleng kepala tanda memujuk. Sekarang bukan masa nak menangis !

"Aku rasa budak-budak tu dah keluar !"

"Kejar cepat !"

Bam !

Pintu yang tertutup rapat membuatkan Razif menghela nafas lega spontan tubuh Faqira dilepaskan. Nak tergelak dia melihat budak perempuan itu menggigil. Tu lah ajak lari awal-awal banyak tanya.

"Macam mana kau nak mati kat sini kalau diorang dah cari pun kau dah takut macam ni ?"

"Iya takut."

Razif mengeluh lalu tangan Faqira dipegang.

"Kita keluar dari sini dulu."

Faqira mengeluh kecil tatkala mimpi malam tadi menjengah fikirannya. Sekali gus membuatkan mood dia terbang. Tak rasa nak jumpa dan bercakap dengan sesiapa malah rasa macam tak nak sekolah je harini.

Tapi terpaksa.

"Oit ! Termenung je pasaipa ?" Kening Rabiatul terjongket sebelah. Sangsi dengan perubahan emosi yang ditonjolkan Faqira. Selalu pagi-pagi macam ni dah kecoh dengan gosip lah. Crush lah.

"Haah Qira. Kau diam je dari awal kau datang sampailah dah nak rehat."

"Awak tak sihat ke Qira ?"

Faqira mengeluh seraya menggeleng kecil. Kalau ikutkan hati,mahu sahaja dia bagitahu perkara sebenar. Tapi itulah masalahnya,perkara ni bukan perkara remeh. Melibatkan maruah dia.

"Korang..Korang tahu ke pasal kes Pedofilia.. 9 tahun yang lepas ?"

Rabiatul,Cik Zul,Afiy dan Aisyah saling berpandangan. Seakan pelik dengan soalan yang diutarakan sahabat mereka. Dah kenapa tiba-tiba cerita pasal ni ?

"Tak silap aku.."Afiy mengira menggunakan jari-jemarinya."Kita darjah dua."

"Yup. Aku rasa pernah dengar lah tapi tak ingat. Biasalah benda dah lama kan.." Ujar Aisyah bersama sengihan kecilnya. Tak silap dia memang kecoh pasal kes tu. Tapi masa tu dia budak-budak lagi. Budak-budak apa tahu pasal semua ni ?

Faqira tersenyum kelat. Jadi,diorang memang tahu kes tu.

"Tapi kan,yang saya ingat ada dua orang kanak-kanak. Diburu dengan suspek black market. Lepas tu diorang kena culik pula dengan seorang lelaki yang dikatakan pedofilia.

Segenap tubuh Faqira kaku. Terasa kenyataan yang baru keluar daripada mulut Cik Zul. Seakan baru terkena tamparan yang maha dahsyat.

"Kau..Kenal ke budak tu ?"

"Tak."

***

"Hai."

Faqira menjeling perlahan apabila kerusi dihadapannya diduduki Razif. Beg dipeluk erat sambil mata meliar bosan memerhati kereta yang lalu-lalang. Tak ada mood nak layan orang sebelah.

"Ni kenapa ni moody je ni ? Lapar eh ?"

Usik Razif sebelum mendengar decitan halus Faqira. Tanda tidak suka dengan perangainya yang satu ini.

"Rose ?"

Kening Razif terjongket sebelah. Kenapa dengan budak ni senyap je. Selalu ada je benda nak bising.

"Rose ?"

"Rose Faqira. Kau tak dengar ke aku panggil ?"

Faqira menoleh."Nama aku Rose ke ?"

Razif mengetap bibir tanda geram. Orang tanya baik-baik macam tu dia balas. "Kau okay ke tak ni ?"

"Kau nampak aku tak okay ke ?"

"Sebab tu aku tanya."

"Dah tu ?"

Ya Allah Ya Rabbi ! Minah ni dah kenapa nak bersinis-sinis bagai. Datang bulan ke apa ?

"Kau fikir apa ni ? Pasal tu ke ?"

"Pasal apa ?"

Razif meraup muka tanda bengang. Faqira betul-betul menguji kesabarannya. Takkan malam tadi terhantuk dekat bucu katil lepas tu terus hilang ingatan ?

"Kau fikir pasal pedo-"

"Aku tak nak dengar."

Razif terdiam sebelum mengangguk perlahan. Jadi betullah tekaan dia. "So kau serabut sebab benda ni ?"

Soalan Razif dibiar sepi. Fikirannya kusut dengan satu soalan yang sedari malam tadi melekap diingatannya. Andaiannya, pasti Razif tahu jawapannya.

"Aku nak tanya kau something."

"Tanyalah."

Faqira mengeluh kecil. Beg dipeluk erat bersama perasaan gemuruh di dada. Patutkah dia tanya ? Kalau jawapannya betul. Dia takut dia akan kecewa. Tapi kalau dia tak tanya. Sampai bila dia nak hidup dengan satu persoalan yang mampu membuatkannya gila.

"Rose ?"

Faqira mengangkat muka."Kau kata kau sentiasa ada dengan aku kan dulu ?"

"Yup. Kenapa ?"

"So. Aku nak tahu yang aku..Dah pernah disentuh atau..Sebaliknya ?"

Razif terdiam. Sepasang mata ditatap dalam. Tersentak dengan soalan yang ditujukan buatnya. Tak pernah terlintas difikirannya bahawa Faqira akan bertanyakan soal itu.

"Kenapa kau tanya ?"

"Kenapa kau diam ?" Soalan berbalas soalan. Faqira sedaya upaya cuba bertenang tatkala Razif memilih untuk berdiam diri. Secara tak langsung membuatkan fikirannya bertukar negatif.

Kalau tidak. Kenapa Razif tak mampu nak kata ? Kenapa dia masih diam ? Kenapa dia terkejut ? Dan kenapa dia tunjuk muka bersalah dia tu ?

"Jadi betullah kan aku dah pernah disentuh ?"

Razif mengeluh kecil."Kau rasa ?"

Faqira tersentak. Sepasang mata Razif ditatap untuk mencari jawapan. Namun disebabkan emosinya terlampau membuatkan dia tak mampu mentafsirkan kebenaran. Tubir mata dah terasa hangat. Menunggu masa untuk air mata mengalir hiba di pipi.

Sumpah dia kecewa dengan diri dia.

Lantas Faqira bangkit dan berlari menjauhi Razif. Hatinya benar-benar remuk dengan kenyataan yang satu itu. Satu-satunya perkara yang paling ditakutkan tanpa sedar,

Dia sendiri sudah alaminya.

Allahuakhbar.

"Rose !"

***

Συνέχεια Ανάγνωσης

Θα σας αρέσει επίσης

92.9K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
DHEO'S Από KARYASENI | PENULIS...

Γενικό Φαντασίας

804K 25.8K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
Kayla Από Am___ __ya__

Γενικό Φαντασίας

730K 6.2K 127
Kisah kehidupan Kayla Adena Raisya yang penuh ranjau, pengkhianatan, suka dan duka. Kayla gadis berdarah campuran melayu + sweden yang menjadi perhat...
575K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...