The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 26

3.5K 210 2
By minbrown_

"Aku nak tahu daripada mulut kau sendiri. Siapa aku bagi kau ?"

Razif termangu seraya tangan naik berpeluk tubuh. Tergelak kecil dia dibuatnya. Punyalah call macam ada emergency case..

"Hmm..Siapa kau bagi aku ?" Jari telunjuk diketuk di dagu tanda berfikir."Rose Faqira. Seorang perempuan yang aku sayang-"

"Aku tengah serius ni Razif !"

Razif tergelak kecil."Aku pun tengah serius lah ni."

Faqira berdecit geram sebelum bertindak menghentak dada Razif dengan menggunakan botol air mineral. Meringis kecil lelaki itu dibuatnya namun sedikit pun tak membuatkan Faqira rasa serba-salah.

"Apa kaitan aku dengan kau?! 9 tahun lepas yang kau cakapkan tu,kau nak bagitahu perkara yang sebenar kan ?!"

Dahi Razif berkerut tanda tidak mengerti. Dadanya diusap perlahan cuba meredakan rasa sakit. Perempuan kalau dah marah memang macam ni eh ?

Faqira mengetap gigi sebelum menghentak lagi dada Razif dengan air botol. Kali ni tindakannya agak kasar sedikit sehingga membuatkan Razif terbatuk kecil. Sungguh dia tiada masa untuk bermain-main dengan perkara yang amat rumit baginya.

"Kau tahu something kan !"

"Rose-" Duk ! Tangan Faqira cuba direntap namun tak berjaya tatkala Faqira bertindak menepis tangannya. Kenapa dengan perubahan Faqira yang secara tiba-tiba je ni ?

"Rose kejap! Uhuk !"

"Aku tak faham-aduh ! "

"Aku jumpa surat khabar lama pasal pedofilia. Kau mesti tahu sesuatu kan ?!"

Belum sempat botol hinggap buat kesekian kalinya di dada Razif,lelaki itu lebih pantas menangkap tangan Faqira sebelum bertindak menarik gadis itu hampir merapati tubuhnya. Sepasang mata Faqira ditentang tajam.

"Kau baru cakap- tentang Pedofilia.." Jantung Razif mula berdegup laju. Semakin tak menentu tatkala Faqira bertindak mendiamkan diri setelah puas melepaskan amukan kecil.

"Kau..Dah tahu ?"

Diam. Kelu lidah Faqira untuk membalas kata-kata lelaki itu. Sebaliknya pandangannya terpaku pada sepasang mata Razif. Dia dapat rasakan sesuatu. Bila dia dapat tengok mata Razif secara dekat..

'Mata abang cantik. Iya suka.'

Jelaslah bahawa..

Faqira tergemap. "Kau..Kau budak lelaki tu."

Bagaikan terkena renjatan elektrik,perlahan tangan Faqira dilepaskan. Sungguh lidah Razif kelu. Tak sangka begitu cepat Faqira mengetahui perkara sebenar.

"Macam mana kau tahu- tu aku ?"

Faqira menentang lagi mata Razif sebelum jari telunjuknya dihala pada mata lelaki itu. Sumpah dia tak tipu. Mungkin orang akan kata merapu tetapi dia sendiri pasti dan hanya dia sendiri yang dapat pastikan kelainan pada sepasang mata lelaki itu.

"Your eyes."

***

"Rose kejap -"

Sekali rentapan,berpusing tubuh Faqira sebelum sempat dia tersembam di dada lelaki itu. Wajah dingin Razif dipandang tak beriak. Sekarang ni bukan Razif menjadi point utama dia.

Tetapi ayah dan ibu !

"Kau nak apa ?!"

"Kau tak boleh buat macam ni ?!"

Tubuh Razif ditolak kasar."Kau siapa nak halang aku ?! Ayah dan ibu aku pun sanggup rahsiakan semua ni apatah lagi kau !"

Razif mengetap rahang tanda benar-benar menahan geram. Lantas kedua-dua tangan Faqira dicengkam kuat sebelum ditarik rapat padanya. Pandangannya cukup bengis menentang sepasang mata Faqira yang penuh dengan emosi.

"Kau bertindak pakai otak boleh tak ?! Kalau kau terus nak letakkan salah dekat parents kau,nanti diorang fikir aku yang bagitahu perkara sebenar !"

"Perkara ni bukan remeh-temeh Razif !"

"That's why aku suruh bertindak pakai otak bodoh ! Kau tahu lebih detail ke apa yang berlaku 9 tahun lepas ?! Kau tahu ke macam mana kau boleh jadi mangsa suspek pedo ?! Kau tahu ke macam mana aku boleh terbabit sama ?!"

Faqira terdiam dek kerana tamparan jerkahan lelaki itu. Pegangan dilengannya juga semakin kuat dicengkam tanda lelaki itu benar-benar menahan marah. Takut dengan perubahan emosi yang membawa perubahan kepada Razif.

"Selama ni aku minta kau explain ada kau buat ?" Soalnya perlahan. Sungguh dia terkesan dengan sikap Razif yang suka ambil jalan mudah. Semua ni takkan jadi kalau dia sendiri tak bagi hint untuk bocorkan perkara sebenar !

Jadi siapa yang patut disalahkan ?!

"Kau berdalih ! "

"Sebab aku tak nak kau dengar daripada aku melainkan kau cari sendiri bukti ! Mungkin kau nak kata aku tak ada hak untuk masuk campur." Razif tersenyum sinis.

"Tapi ada kau ingat siapa yang hampir mati untuk selamatkan kau ?!"

"Ada ?!"

"Abang !"

"Iya !"

Spontan kepala mereka berdua menoleh memandang gerangan yang menghampiri sebelum dua-dua terkedu. Razif berpaling merenung Faqira dengan perubahan wajah yang jelas ketara.

"No matter what,bincang elok-elok. Please don't put the high expectation to put a blame on your parents. Please,"

Faqira terdiam sebelum tangannya direntap oleh tangan seorang ayah.

***

"Bagus kan ?!"

Razif mengeluh perlahan seraya penumbuknya dikepal erat. "Dia tahu sendiri bukan daripada abang."

"Kalau abang tak desak dia,dia takkan cari tahu semua tu ! Kenapa abang degil sangat ?!"

"Tak salah kalau dia tahu perkara sebenar ! Kalau dia tak tahu sekali pun,mesti dia ada tanya tentang parut dekat badan dia. Luka-luka lama tu ?!"

"Ni hal orang dewasa ! Abang masih budak-budak lagi abang faham tak ?!" Hambur Encik Zainuddin tak tertahan. Kalau dia tahu jadi begini,memang dia takkan setuju untuk menukarkan anaknya ke sekolah sini.

Degil !

Razif bangkit."Abang dah pernah cakap yang abang takkan berputus asa. Rose baru tahu pasal ni. Ada lagi satu perkara yang abang sendiri akan buat."

Encik Zainuddin berpaling.

"Abang nak dia tahu siapa dia sebenarnya."

***

Faqira menunduk merenung jari-jemarinya. Takut untuk menentang pandangan ayah dan ibu. Seakan dirinya sedang menunggu hukuman mati dijatuhkan sebentar nanti.

"Sebelum Iya jumpa surat khabar tu,Iya ada mimpi apa-apa ?"

Perlahan kepala diangguk. Dari ekor mata dapat dia lihat ayah dan ibu yang saling berpandangan.

"Iya mimpi apa ?"

Bibir bawah digigit perlahan."Iya mimpi..Iya kena kejar. Tapi Iya tak tahu kenapa Iya lari dan dikejar oleh siapa."

Langkah kecilnya cuba dilajukan tanpa arah tuju. Wajah dan baju yang sudah basah dengan peluh tak dihiraukan sebaliknya matanya sibuk meliar mencari susuk tubuh seseorang.

"Lepas tu,Iya selalu mimpi. Iya penuh luka sana - sini. Kepala. Tangan."

"Kau tak boleh nak harapkan aku je untuk bersihkan luka kau."

Penumbuk dikepal erat."Dan dalam mimpi tu,ada seorang budak lelaki. Yang selalu ada dengan Iya. Dia-"

Nafas dihela perlahan."Dia jaga Iya. Dia selamatkan Iya."

"Iya tahu ke siapa budak tu ?"

Faqira mengangkat muka memandang wajah ayah sebelum dialihkan ke wajah ibu. Perlahan kepala mengangguk mendahului kata.

"Walaupun dalam mimpi tu tak berapa nak clear. Tapi Iya yakin,dia. Razif Zikry."

Sebab mata dia. Yang secara tak langsung membuatkan dia ingat wajah budak lelaki dalam mimpi dia.

"Macam mana Iya pasti tu Razif ?"

"Rose ! "

"Kau kena makan ni Rose. Sedap."

"Kita kena lari dulu,kau kena kuat tau Rose."

"Sebab dalam mimpi tu,hanya budak lelaki tu je panggil Iya,Rose. Sekarang pun hanya dia yang panggil Iya,Rose."

"Iya teramat pasti. Budak lelaki tu,Razif Zikry."

Suasana janggal secara tiba-tiba. Ayah kelihatan sangat bingung dan terbias rasa ketakutan di wajahnya. Ibu pula hanya menunduk. Seakan sedang berfikir tentang sesuatu yang serius sehingga membuatkan dahi ibu berkerut habis.

"Kenapa ayah dan ibu,rahsiakan semua ni ?" Spontan kedua-dua nya berpandangan sesama sendiri. Mencari jawapan dibalik renungan dalam itu.

"Dan kenapa,Iya langsung tak ingat semua yang jadi dekat Iya. Sedangkan tragedi tu,boleh buatkan Iya trauma ?"

Ibu bangun sebelum melabuhkan duduk di sebelahnya. Terasa mata ibu basah dengan air mata. Jelas bahawa ibu menangis dalam diam.

"Ibu dengan ayah bukan tak nak cerita tapi,"

"Sebab kita terlibat dalam kemalangan 8 tahun lepas."

Statik pandangan Faqira terpaku pada si ayah.

***


"Iya hampir mati masa tu."

Genggaman tangan ibu terasa kuat menggenggam tangannya. Tanpa disedari,tubir mata sudah terasa panas. Seakan terkesan dengan perkataan mati yang baru sahaja dituturkan.

"Iya cedera teruk dekat kepala. Especially your brain. Secara tak dijangka ingatan Iya lumpuh. Doktor pun kata sama ada Iya hilang ingatan atau mati. "

Setitik air mata jatuh. Dia pernah hilang ingatan ? Jadi selama ni yang terbayang-bayang dalam mimpi semua tu..Adalah secebis memori yang mungkin sedang dalam proses untuk mengembalikan ingatannya.

"Macam Iya cakap tadi,kalau Iya ingat semua yang jadi 9 tahun lepas. Ada kemungkinan Iya akan trauma kan..Tapi ibu bersyukur sangat-sangat sebab Allah dah tarik memori Iya secepatnya."

"Ayah dan ibu dah tak perlu risau sebab Iya dah tak ingat apa-apa. Ibu bapa mana yang sanggup tengok anak sendiri trauma."

Tangan naik mengesat air mata di pipi."Iya nak tahu."

Wajah ibu ditenung dalam. Sungguh dia mahu tahu tentang semuanya. Bagaimana dia boleh terlibat dalam kes jenayah ini. Bagaimana nyawa dia boleh dijadikan taruhan.

"Suspek pedo dan suspek black market yang Iya baca tu..Orang yang sama ke ?"

Ayah terdiam. Tiada tanda mahu menjawab malah ayah berlalu keluar. Meninggalkan dirinya yang dihantui persoalan demi persoalan. Ditemani dengan ibu yang sedang menahan tangis perih.

"Ibu-"

"Ibu minta maaf. Ibu tak boleh cerita."

Bantal dipeluk erat seraya air mata yang merembes keluar dibiarkan. Sungguh selama dia membesar dengan gembira dan bergelak ketawa. Menangis tatkala menjadi usikan abangnya. Namun disebalik semua tu,ada kisah yang dia sendiri tidak pernah untuk menjangkakan.

Bahawa dia adalah bekas mangsa pedofilia.

9 tahun yang lepas.

Bersama seorang budak lelaki.

Yang teramat pasti bahawa dia adalah Razif.

***

Sis tak tahu nak rangka plot cerita tu mcm mana tapi susah sikit lah dan mungkin adalah buat korang rasa confuse ke anything...

Tapi sis harap sangat hala tuju cerita ni seiring dgn idea.

Keep reading !✊


P/s: Sis rasa mungkin tak penting bagi korg tapi bagi sis penting.

👇

Sis seorg yg pelupa. Kalau korg perasan mungkin ada bnyk silap dari aspek ejaan nama,tempat dan bnyk lagi.

Kalau korg perasan ke tolong drop the comment below okay. Sis hargai sgt²dgn korang.

Continue Reading

You'll Also Like

109K 10K 84
﷽ 𝐹𝑖𝑟𝑠𝑡 𝐴𝑐𝑡𝑖𝑜𝑛 𝑅𝑜𝑚𝑎𝑛𝑐𝑒 ♡ @haniswrite 🌙 also known as, Bidadara Dalam Hati. Nurul Haira Jannah- Dirinya mungkin disangka naif dan...
151K 6.9K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...
Rooftop Rant By hlovate

General Fiction

148K 9K 71
TRIGGER WARNING -substance abuse - suicide attempt - mental health Be kind. To you yourself and others. (published February 2009, ISBN : 978-967-511...
1.1M 51.3K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha ❄ Who are you? ❄ Her fright, her face...