The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 19

3.6K 224 7
By minbrown_


Faqira terdiam. Detak jantungnya mula berentak laju memainkan emosi yang mula bercelaru. Penuh persoalan di benak fikiran tatkala tirai persoalan dibuka. Firasatnya kuat mengatakan sesuatu tetapi malangnya sesuatu itu tak sampai ke otak untuk ditafsirkan.

"Apa maksud kau ?"

Razif tersenyum kecil sebelum bangkit. Sedar akan kesilapannya yang terlanjur kata. "My bad. Jom Rose,dah tengah hari sangat ni."

"Razif." Lelaki itu yang berura-ura mahu pergi terus terhenti. Perlahan kepala ditoleh menghadap Faqira yang mula menghampiri. Dia tahu apa yang bermain di fikiran wanita itu tapi sayangnya,dia masih belum bersedia walau hakikatnya dia nekad mahukannya.

"Siapa dia ?"

"Siapa apa ?"

Anak mata Razif ditenung. Mencari kebenaran di sebalik mata hitam itu. "Rose. It was -"

"Not you."

Entah mengapa, dia terasa hati dengan apa yang baru sahaja ditutur oleh Razif. Adakah dia mahukan dirinya yang menjadi sebutan Razif tadi ?

'Aku sedang mengharap ke ni ?'

"Rose-"

"Ramai perempuan aku panggil Rose. Tak semua tapi adalah dua tiga orang. But another one is my real 'Rose'." Bohongnya. Tiada orang lain yang pernah dia gelarkan bunga mawar untuknya melainkan 'Rose'dia sendiri.

Razif mengoyak senyuman nipis. Cuba menyembunyikan perasaan bersalahnya kerana terpaksa berbohong." Don't take it too serious okay. Yang pasti..."

Pandangan bersatu dengan mata Razif." 'Rose' aku. Bukan kau."

Air mata yang jatuh setitik di atas telapak tangannya membuatkan dia tersedar daripada lamunan. Sedar akan air matanya yang semakin mencurah di pipi,laju tangannya naik mengesat sehingga bersih. Tak mahu meninggalkan kesan.

"Bukan kau."

Tangannya terhenti saat bait-bait kata Razif kembali menjengah minda. Hati tiba-tiba menjadi sebak. Tambah pula dengan skrin handphone yang tak henti-henti menyala menandakan panggilan daripada Razif masih belum diangkat.

Perasaan ni,tentang apa ? Kenapa dia rasa sakit sangat bila dapat tahu yang perempuan tu bukan dia. Sepatutnya dia perlu happy.. Bukan macam sekarang ni. Terlalu sedih seakan dapat mengetahui berita buruk.

"Kau jangan cakap kau suka dia Qira !" Pipi ditampar berkali-kali cuba menghentikan tangisannya. Tak tahu lah kenapa sendu sangat sampai air mata tak mahu berhenti.

Handphone yang sekali lagi berdering pantas diambil lalu di off kan. Serabut. Kalau betul dia bukan 'Rose' dia kenapa nak babitkan diri dia dalam hidup dia sendiri ?

Function ?

***

"Go ! Go ! Go Razif Go ! Go Razif Go !"

Faqira mengerling dengan hujung mata melihat Afiy yang seronok bersorak dengan kedua-dua tangan dikibar ke kanan dan ke kiri. Pula tu dengan lenggok tubuh yang sengaja dilentikkan. Lagi berapi apabila gadis itu sengaja mengerlingnya dengan hujung bibir terjungkit melakarkan senyuman nakal.

"Ayuh Afiy ! Bersemangat lagi !" Sokong Cik Zul tak habis-habis. Diorang ni memang tau. Sejak dapat tahu dia dengan lelaki itu semakin rapat,makin menjadi-jadi dia diusiknya. Dibahan oleh dua dara itu. Ikutkan hati,mahu sahaja dia tekup kepala dua-dua minah tu dalam air. Nasib baik masih ada secebis rasa sayang dalam hati.

"Go Razif go ! Go-"

Faqira mengeluh kecil sambil menumpukan pandangannya pada Razif yang sedang beregu dengan pihak lawan. Sedar tak sedar,hari ni merupakan hari kejohanan sukantara. Riuh suara pelajar-pelajar bersorak demi memastikan kumpulan mereka untuk meraih kejayaan. Lihat sahajalah betapa bingit dan sesaknya di kawasan padang sekolah yang penuh dengan aktiviti sukan yang dijalankan serentak. Antaranya bola sepak,bola keranjang,takraw. Gelanggang takraw terletak di tepi padang jadi senang cerita kita kategorikan sebagai satu padang.

Tapi sebingit-bingit di sekitar kawasan padang ni,bingit lagi manusia yang memekak kat sebelah ni. Tak habis-habis dengan tarian suka papazola nya. Debik kang baru tahu !

"Razif ! Go ! Go ! Go ! Razif ! Go ! Go-"

Pakk !!

"Makk !!"

Laju Afiy mengusap punggungnya sebelum tubuh dibalikkan menghadap belakang. Tak sempat dia mahu menghamburkan amarah,kini bibir tersungging senyuman malu. Aduhai mem besar datang pula ! Kacau keamanan dia betul !

"Kamu buat apa ni ? Joget sana joget sini. Tahu tak kamu sedang menghalang pandangan saya untuk melihat pelajar-pelajar hensem saya yang sedang berlawan ?"

Pfft ! Faqira tergelak kecil diikuti Aisyah di sebelah. Aduh teacher pun fangirling juga ke ya rabbi !

Afiy menundukkan sedikit badan sebelum kembali tersengih."Maaf teacher."

"Memang teacher. Dia ni dari tadi duk gelek-gelek macam apa tah."

Faqira tersenyum lebar. Yess Rabi berpihak pada dia ! I love you Rabi !

"Alaa bukan selalu."

"Dah-dah. Sekali lagi kamu halang pandangan saya,memang saya rotan punggung kamu tu. Kalau nak rasa buatlah."

Laju Afiy menggeleng."No teacher. Tak nak."

Kepala digeleng perlahan melihat teacher Emi dengan Afiy. Teacher ni nampak je garang tapi sebenarnya satu kepala juga. Pantang kalau nampak Afiy buat perangai,saja je nak gertak. Padahal apa-apa yang perlu,Afiy juga yang dia cari. Haihlah untungnya jadi murid kesayangan cikgu ni kan..

Pretttt !!!!

Tumpuan Faqira kembali berpusat pada perlawanan bola keranjang tatkala wisel berbunyi menandakan perlawanan sudah pun tamat. Kini apa yang tertulis di papan putih di kawasan pengadil jelas membuktikan bahawa kumpulan HS meraih kejuaraan berbanding kumpulan PF. Dan semestinya lah sudah tentu kumpulan yang terdiri daripada Razif adalah juara. Nak-nak pula lelaki itu memang berbakat.

Pheww masa depan yang cerah !

Bibir melakar senyuman manis membalas lambaian daripada Razif. Lelaki itu dari jauh memandangnya walaupun sedang berada dalam kelompok ahli kumpulannya. Dengan bandana hitam dikepala cukup membuatkan Faqira tidak dapat menafikan lelaki itu benar-benar hensem.

Eh astaghfirullahalazim apa aku fikir ni !

Tangan naik meraup muka. Menepis perasaan aneh yang cuba bersarang di dada. Apa yang berlaku tempoh hari masih belum pudar dari ingatan. Dia tak mahu tanggung risiko lagi. Cukuplah sekadar dia tahu bahawa wanita itu semestinya bukan dia.

"Cikgu ni tak sporting langsung !" Rungut Afiy seraya kembali duduk. Bibir dijuih ke hadapan tanda memprotes. Orang nak happy-happy pun tak boleh !

"Yang hang terkinja-kinja tu pasaipa ? Kan dah kena."

Aisyah tergelak kecil. Figura Luthfi yang berada tidak jauh dari tempatnya duduk dikerling dengan hujung mata. Lagi-lagi apabila Syifa turut berlabuh punggung di sebelahnya. Dia sendiri tak tahu apa motif perempuan tu. Nak kata sepupu,nampak macam tak.

"Qira." Tersentak kecil dia dibuatnya apabila lengannya disenggol, pandangan beralih pada Aisyah namun gadis itu memberi tumpuan di hadapannya. Seakan mahu menunjukkan sesuatu.

Faqira juga melihat sesuatu yang dilihat Aisyah sebelum dia terkedu kecil. Ya sangkaan yang tepat.

"Kau ada persaingan baru lah Qira."

Faqira mencebik kecil."Jangan mengarutlah." Entah mengapa terasa lain macam tatkala Kak Iman menghulurkan air mineral pada lelaki itu. Gaya percakapan mereka tampak mesra.

Jap !

Dia cemburu ke ?

Faqira menggeleng kecil. Buat apa nak cemburu,dia bukannya kekasih Razif pun. Kan ? Buang masa je nanti.

"Weh jom lah makan. Aku lapar. " Punggung diangkat sambil mengerling satu-persatu wajah wanita kesayangannya. Namun baru perasan seorang tak cukup. Rabiatul.

"Aik ? Mana Rabi ?" Soal Afiy gusar. Bukan tadi dia dekat sebelah ke ? Bila masa Rabi bangun ?

Bibir Cik Zul terjuih ke arah sesuatu."Dengan Tash. Dia suruh kita pergi dulu,nanti dia datang."

Haih Rabi dengan Tash ni. Makin lama nampak macam makin bahagia. Sekejap,sekejap Tashriq. Haih parah member dia ni.

"Okay lah jom korang aku lapar gila ni !" Iylia menarik-narik tangan Cik Zul. Dah lah body kecik lepas tu buat tabiat kanak-kanak. Memang kalau sekali pandang orang akan syak dia budak-budak lagi.

"Jom !"

Botol mineral dicapai dan serentak pandangannya kembali terarah di padang untuk mencari susuk tubuh lelaki itu,namun malangnya hanya Kak Iman sahaja di situ. Razif nya tiada. Mana pergi mamat tu ?

Ah lantaklah ! Kesah apa !

Faqira kembali berdiri dengan hujung bibir ternaik sedikit. Baru sahaja dia pusingkan tubuh,muncul susuk tubuh seseorang di hadapan membuatkannya terkedu sehingga botol air terlepas daripada pegangan.

"Looking for me ?"

***

A

ir manis yang diletakkan di hadapan dipandang bersahaja. Bibir terpaksa mengoyak senyuman nipis. Menyembunyikan rasa segan dan kekok antara mereka berdua. Walau hakikatnya sebelum ini mereka tak pernah bersua muka dengan cara sebegini.

Atau mungkin semuanya bermula daripada kes tempoh hari ?

"Minumlah.."

Kepala diangguk kecil."Thanks. Nanti aku ganti duit kau."

"No need."

Razif mengeluh kecil seraya pandangannya dilarikan memandang Iman Humairah yang sedang berborak dengan rakannya di meja berdekatan. Tetapi dia tahu Iman Humairah memerhatikan mereka berdua.

"Aku ada buat kau tersinggung ke ?"

Terkebil-kebil Faqira memandangnya. Cuba menghadam bait-bait bicara lelaki itu. Jari jemarinya bermain antara satu sama lain di bawah meja. Menutup rasa gementar tatkala pandangannya bersatu dengan mata Kak Iman Humairah.

"Rose.." Panggil Razif sambil melirik ke arah di mana mata bundar itu berpusat. Dia tahu siapa yang Faqira pandang. Lantas punggung digerakkan sedikit menghalang susuk tubuh Iman Humairah di belakangnya sekali gus menghalang Faqira daripada terus melihatnya.

Pandangan mereka bersatu. Jelas terpancar melalui ekspresi wajah Faqira yang tak dengar akan apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Kenapa ?"

"Answer me." Faqira terdiam sebelum bibir diketap rapat. Bermakna dia dengar lah apa yang dia kata tadi cuma ianya seakan sekilas lalu.

"Kau terasa dengan aku kan ?"

"Sebab aku tak jawab call kau ? Reply whatsapp,DM include the stupid message ?"

Razif mengangguk sebelum mendapat balasan senyuman menjengkelkan daripada Faqira. Tergelak kecil gadis itu sebelum tawanya mati. "Kenapa kau buat semua tu ?"

"Sebab-"

" 'Kau Rose aku' ? Tu sebab kau ?"

Razif menggigit bibir."Kalau aku kata ye. Kau nak kata apa?"

Faqira tergelak sinis."Damn. Kau cuba nak permainkan aku ke apa ni?"

Kening bertaut. Seakan terkejut dengan ujaran tak masuk akal itu."Apa kau cakap ni ?"

"Kau sendiri cakap kau tengah try hard dapatkan Rose kau. Tapi kenapa kau call aku everyday. Whatsapp aku and so on sedangkan-" Faqira terdiam sebelum mengeluh kecil. Seakan baru tersedar ke mana hala tuju bicaranya yang hampir kepada cemburu.

"Nevermind."

"Spit it out. Aku nak dengar."

Faqira menggeleng."Tak perlu kot. Aku gerak dulu."

Faqira bingkas bangun dan laju dia mengorak langkah meninggalkan Razif. Tak betah mahu berlama-lama. Dia tahu dia tak ada hak nak persoalkan semua ni. Tapi andaian dia seakan mahu mengatakan bahawa Razif sedang mempermainkannya.

"Rose !"

Langkahnya terhenti saat lengan baju sukannya ditarik. Pantas Razif berdiri di hadapannya bersama lirikan mata yang tampak serius.

"Rose-"

"Stop calling me with that name."

"I won't. Rose-"

"Stop it !"

Razif menarik nafas panjang. Menentang pandangan tajam Faqira sebelum bibir mengoyak senyuman nipis. "Rose.."

Bukk !

Razif tertunduk sambil memegang pipinya yang terasa kebas. Wajah tak bersalah Faqira dipandang dengan terkejut. Tak sangka gadis itu akan bertindak sedemikian. Habis pipi aku woi !

"Jangan panggil aku Rose. Dan.." Nafas ditarik dalam-dalam. Cuba meredakan emosi yang kini bercelaru.

"Jangan buat aku rasa macam aku perempuan tu."

Usai berkata,Faqira terus berjalan pergi. Tak mahu toleh ke belakang. Tak mahu meminta maaf. Dadanya sakit. Sakit kerana terlampau menahan marah yang sedang mendidih.

Razif tersenyum nipis. Belakang Faqira dipandang."Rose Faqira . Exclusively mine Rose."

Terhenti serta merta langkah gadis itu.





***

Continue Reading

You'll Also Like

326K 11.8K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
898K 26.1K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
323K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...