The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 14

3.8K 228 1
By minbrown_

"Abang.."

Kalut-kalut Razif menarik tubuh kecil itu lalu kepala Faqira diletakkan di riba. Dahi yang basah dengan darah itu di seka dengan tangan kecilnya yang baru disiram dengan air botol.

"Abang.."

"Aku kat sini." Luka yang bergaris itu ditiup perlahan sebelum ditekap dengan cebisan kain bajunya. Hati lelakinya gundah-gulana tatkala melihatkan keadaan Faqira yang teruk sebegini. Mahu sahaja dia menangis sekarang juga.

"Abang..Kepala Iya sakit."

Razif ketap bibir. Air mata yang jatuh disekanya. Tak betah melihat Faqira yang separa lemah ini.

"Tahan sikit. Jangan tutup mata."

"Sakit.."

"Aku kata jangan tutup mata lah !" Marah Razif tatkala melihat mata kuyu Faqira yang berkelip lemah. Seakan menunggu masa untuk tertutup sepenuhnya. Sebelah tangannya yang digenggam tangan kecil itu lagi membuatkannya tak keruan.

Faqira yang diam tak berkutik itu direnung dengan perasaan simpati. Lagi membuatnya sebak apabila kedengaran sayup-sayup suara anak kecil itu menangis. Menangis yang lebih kepada merintih.

"Jangan menangis." Pujuk Razif. Sesekali matanya meliar ke sekeliling. Mengharapkan pertolongan daripada orang awam. Namun hampa,lorong ini terlalu sunyi.

"Abang...Iya takut."

"Aku ada." Dahi Faqira yang luka ditekap dengan sekeping daun. Calar-balar di lengan anak kecil itu juga disentuh perlahan.

"Iya.."

Faqira mendongak dan matanya sedaya upaya cuba dibesarkan. Wajah Razif yang jelas tanpa senyuman itu membuatkannya gugup. Walaupun dia tahu Razif tak akan memarahinya tetapi sungguh dia benar-benar takut dengan lelaki ini...

"Kau percaya aku?"

Perlahan Faqira mengangguk. Razif terdiam lalu sepasang mata bundar Faqira ditenung. Terluah kata 'cantik' akan mata yang dimiliki oleh Faqira. Bibir cuba diukir dengan senyuman. Walau jelas sekali kelihatan kelat.

"Kalau kau percayakan aku,kau bertahan demi aku okay. Aku janji,tak lama dah.."

"Iya janji.."

Tubuhnya disandarkan pada batang pokok. Sayup-sayup telinganya mendengar dengkuran halus Faqira di riba. Langit yang mendung dan dihiasi dengan awan hitam direnung. Bersama senyuman nipis di bibir. Bersama segunung semangat di dada.

"Tak lama dah.."

Penumbuk dikepal erat."Sikit je lagi.."

Razif mengeluh kecil. Peluh dingin di dahi dan leher diseka. Sesekali matanya melirik pada wad pesakit di hadapannya. Masih terlekat kukuh akan kata-kata doktor sebentar tadi.

"Dia okay. Cuma saya harap awak bersabar sementara menunggu dia sedar."

Razif memejam mata sekilas."Doktor pasti dia okay ?"

"Yup. Ujian x-tray dah dijalankan but nothing happen. She's okay."

"Kalau dia okay kenapa ada pendarahan dekat hidung ?"

Doktor lelaki itu meneliti seketika dokumen ditangannya sebelum bibirnya mengukir senyuman kecil."Hanya pendarahan dalaman but keadaan dia okay. Mungkin kesan hantukan tadi membuatkan dia mengalami pendarahan tapi semua tu tak menjejaskan sistem saraf atau organ badan pesakit yang lain."

Razif mengangguk mengerti. Dalam hati dia mengucap kata syukur kepada Ilahi. Nasib baik tak teruk sangat. Nak tercabut jantung dia tadi.

"Okay..Thanks doktor."

Doktor lelaki itu mengangguk lalu bahu Razif ditepuk sekilas."Awak boleh lawat pesakit. Oh ya,please inform family dia as soon as possible ya. Sebab ada beberapa dokumen yang perlu dilengkapkan."

"Baik doktor."


Tangan naik meraup muka. Langkah kaki disusun memasuki ke wad Faqira. Masuk sahaja,bibirnya terlakar senyuman kecil. Faqira yang masih tidak sedarkan diri ditenung.

"Eh !" Tersentak Razif apabila bahunya disentuh. Wajah Ibu Faqira yang berkerut risau dibalas dengan senyuman kelat. Terkejut dia tiba-tiba ada orang sentuh bahu.

"Eh mak cik." Kepalanya ditunduk sekilas tanda hormat. Kalau ada ayah Faqira boleh lah dia salam.

"Iya macam mana ?"

"Alhamdulillah mak cik,doktor kata tak ada yang serius sangat cuma luka dekat kepala je."

Razif menarik kerusi mempelawa Ibu untuk duduk. Nampak macam risau sangat takut tiba-tiba pitam pula. Dah kena tempah satu lagi katil.

"Cerita kat mak cik apa yang jadi."

Air liur ditelan gugup. Tegak Razif berdiri di sebelah Ibu. Terasa peluh dingin mula merenik di sekitar dahi dan leher. Bibir digigit perlahan. Cuak. Nak cakap macam mana ni.

"Razif.."

"Ha ye ye mak cik." Razif berdehem kecil."Dia kata dia kena susun balik buku-buku tu sebab dah senget. Kebetulan dia pun panjat kerusi. Mungkin sebab dia tersalah tarik,lepas tu buku tu dah tak stabil. Tu yang..." Ibu dikerling sekilas."Jatuh terkena Faqira." Sambungnya perlahan. Nak tercabut jantungnya apabila mendapat renungan tajam.

Alamak..Salah dia ke ?

"Terima kasih.." Razif terdiam. Tangan dibawa ke dada.

"Untuk apa mak cik ?" Anak matanya melirik tangan Ibu yang menggenggam tangan Faqira. Benak fikiran diserbu dengan pelbagai soalan.

"Sebab sudi cari dan jaga anak mak cik lagi."

Razif tersenyum. Wajah polos Faqira ditatap. Terimbas wajah kanak-kanak dan wajah remaja Faqira. Tak sia-sia penantian dan pencarian dia kali ni.

"Sebab hati saya dah sayang kat dia mak cik." Omelnya perlahan.

***

"Sakit lagi tak ?"

Tangan naik menyentuh balutan bandage dikepala."Sikit. Aku rasa kepala aku macam berat sangat."

Razif mengangguk lalu punggung dilabuhkan di kerusi. Satu mesej masuk dibacanya lalu laju jarinya menaip membalas.

Faqira yang melihat,tercebik kecil.Whatsapp girlfriend lah tu. Siap senyum-senyum bagai. Semalam tak nak mengaku.

"Kau tak sekolah ke hari ni ?"

Kening Razif terjongket sebelah. Kebetulan dia baru sahaja membuka surat khabar yang baru dibeli Ibu Faqira. Bibir tersenyum sinis. Macam ada maksud disebaliknya je.

"Tengah sekolah lah ni. Tak nampak aku tengah menelaah karangan ni ?"

"Hish.." Bibir terkumat-kamit mengata Razif. Orang tanya betul-betul dia main-main pula. Puk kang !

Razif tergelak kecil."Best tak masuk hospital ?"

"Kau apesal ?" Dengan dia ni asyik menyakitkan hati je. Orang tengah sakit tak boleh ke layan elok-elok ?!

"Mak cik balik kejap. Nanti tengah hari dia datang. "

Faqira mengangguk kecil. Patutlah masa dia sedar tadi nampak macam ada bayang ibu. Baru ingat nak peluk ibu. Nak minta ampun mana lah tahu dia ada buat dosa lepastu lupa nak minta maaf. Lepas tu dapat kifarah macam ni.

So dramatic.

"Razif."

"Hmm ?"

"Girlfriend kau tu..Sebaya ke ?" Bibir diketap rapat. Dalam hati rasa menyesal kerana melontarkan soalan sebegitu rupa. Macam tak ada soalan lain je nak tanya. Mesti Razif fikir yang bukan-bukan.

"Aah sebaya."

Angguk lagi."Macam mana kau boleh kenal ?" Tengok ? Tanya lagi. Qiraaaa kau dah kenapa ?! Tu bukan pakwe kau lah yang kau nak busybody sangat kenapa ?!

Razif terdiam. Bibirnya tersenyum mengusik seakan tahu ke mana arah tuju perbualan ini. Dia tahu sangat-sangat. Tengok sahajalah ekspresi wajahnya. Berkerut. Penuh persoalan.

Nampak jelas sangat !

"Takdir. I know it seems like cliche but that's the true."

"Apa yang takdir ? Dah ada plan nak kahwin sama-sama ke ?" Faqira tergelak dalam hati. Macam seronok pula tanya dia macam-macam. Boleh selidik lebih detail kan pasal mamat jiwang sebelah ni.

Razif tersenyum tersirat."Insyaallah kalau dipermudahkan,one day dia jadilah isteri aku."

"Wuuu...Longlast lah ni ?"

"Maybe ?"

Faqira tergelak sarkastik. Geli bulu telinga dengar. Ada hati nak kahwin sama-sama konon. Baru form 5 dah fikir nak kahwin.

"So, apa yang kau nak buat untuk dapatkan dia ?" Faqira tersenyum jengkel. Suka betul dia tanya soalan-soalan geli macam ni.

Razif menunduk merenung jubin hospital. Pandangannya redup. Entah mengapa setiap kali dia disoal sebegitu,pasti dia akan terasa.

"Aku tak minta banyak,"

"Maksud kau ?"

"Aku nak dia,"

Faqira merenung Razif yang menunduk. Wajahnya seakan memendam seribu satu rasa. Terbit rasa kasihan pada lelaki itu.

"Aku nak dia ingat balik kenangan kitaorang dulu."

"That's all..."

***

"Razif--Uhuk !"

Faqira menggeliat dengan mata terkulat-kulat. Cawan ditangannya diletak di meja sebelah sebelum mencapai air kosong. Razif yang sedang gelak terbahak-bahak dipandang tak puas hati. Suka lah tu kenakan orang !

"Kau nak bunuh aku ke apa ni ?" Kepala digeleng laju. Air tadi dikerling tajam. Boleh tersekat nafas dia macam ni.

"Hahaha air ni bukannya pencabut nyawa kau pun,chill lah."

Faqira menjuih bibir."Air apa tu ? Werkk ! Gila masam !"

Razif mencapai cawannya lalu air yang berwarna hijau diteguk dengan selamba. Sempat pula tu memberi jelingan berlagak tanda dia berjaya menghabiskan air tanpa sedikit pun rungutan. Kelakar betul muka perempuan ni. Air je pun.

"Tu jus kedondong. Mak aku buatkan untuk kau. Sedap apa.."

Faqira menjeling tajam."Aku mana telan benda-benda masam ni ! Aku cepuk kau kang !" Tangan dah diangkat tinggi. Kalau boleh nak je dia hadiahkan tamparan wanita siap lagu kumpulan Elit nanti dimainkan.

"Mana lah aku tahu. You should say thanks to my mother because she's so caring about you naa..So,bersyukur lah."

Deep. Faqira terkedu sebelum tersengih."Sorry. Nanti cakap terima kasih dekat dia. Cakap juga aku sayang dia sangat-sangat."

"Anaknya tak sayang ?"

"Pergi berambus !"

"Hahahahahahah...." Ketawa Razif mati membuatkan Faqira terdiam. Dah kenapa pula tiba-tiba berhenti gelak.

"Cakap jelah kau malu nak mengaku kau sayang aku."

Laju bantal hospital dibaling membuatkan ketawa Razif meletus. Sumpah kelakar muka Faqira. Dah lah dengan kepala berbalut. Lepas tu nak belasah orang.

"Daripada aku sayang kau,lebih baik aku sayang Tashriq."

Dush !

Kedua-duanya terkedu sambil saling berpandangan sesama sendiri. Faqira menampar-nampar mulut kerana terlajak kata. Razif pula tersenyum kelat.

Dia dah agak. Faqira ada hati dekat Tashriq. Sebelum dia tahu Rabiatul declare dengan Tash. Tapi sungguh dia terkilan.

Sikit.

"Tak. Bukan aku salah cakap."

Razif mengangguk."I see.."

***

"Hishh ! Tak payah lah paksa-paksa aku !"

"Kalau kau nak selipar aku melekat dekat muka kau,kau buat !"

***

Continue Reading

You'll Also Like

161K 5.6K 53
[ COMPLETE ] Isteri pertama sebagai isteri simpanan? Hehh! Itulah kesan yang perlu ditanggung oleh Hanna Khayla kerana berkahwin secara rahsia. Perk...
900K 26.1K 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Ya...
806K 25.8K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...