The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 11

4.9K 230 3
By minbrown_

Angkat sahaja muka,pandangan terus berpusat pada susuk tubuh Razif. Yang sedang berbual dengan Cikgu Ahmad dari jauh. Tapi kalau dibuat kiraan jarak dengan tepat,sekali pusing rasanya Razif boleh nampak dia secara terus.

"Weh korang..Lalu jalan belakang jom." Tangan Aisyah dicengkam. Serentak Cik Zul dan Iylia menoleh. Rabiatul dan Afiy dah jauh ke depan. Haih jalan menonong dua orang budak tu.

"Kenapa pula nak lalu belakang ? Kita dah nak sampai dewan kan."

Faqira kelu lidah. Nampak gayanya Razif seakan mahu menghabiskan perbualannya. Sebolehnya dia tak mahu terserempak dengan Razif. Bukan sebab apa tapi sebab dia malas nak layan !

"Alaa sekali sekala jalan jauh. Bukannya datang-datang terus kena segak pun kan. Jom lah.." Faqira memancing simpati Aisyah. Harap sangat dia boleh faham situasi aku.

"Tak nak lah." Iylia memeluk lengan Cik Zul memaksanya berjalan. Nak gerak ke dewan lalu jalan belakang ? Eeii nak jadi anak dara peronda ke ?

"Alaaa Iylia ! Weh korang !" Kaki dihentak geram sambil merengus kasar. Selamba badak betul budak kecik tu jalan dengan Cik Zul. Rabiatul dan Afiy dah hilang ke mana entah. Laju betul diorang jalan. Tahu lah yang train segak tu abang senior hot.

Pantang tau diorang ni !

Dalam dia merengus,Razif segera memusingkan tubuh untuk meneruskan langkah. Faqira mula berubah kalut. Aisyah disebelah sudah menjongketkan kening sebelahnya. Dia tahu apa yang sedang berlaku sekarang tapi Aisyah sengaja buat-buat tak tahu ! Arghh mencii yaa korang ni !

"Aisyah jom !"

"Weh -"

Faqira tersentak apabila lengannya ditangkap. Aisyah di sebelah tersenyum nipis sambil menjeling tangan Faqira. Dia yang blur mula mengalihkan mata sebelum pandangannya tertunak pada senyum sinis seseorang. Statik dia terbuntang.

"Aisyah..Aku nak pinjam Qira jap boleh ?"

Aisyah tanpa rasa simpati tersenyum jahat lalu laju tangannya direntap daripada pegangan Faqira. "Eh boleh apanya tak boleh."

"Qira..Jumpa kat dewan. Take care." Usik Aisyah sebelum meloloskan diri. Sekelip mata sahaja sudah hilang susuk tubuh yang berbaju sukan kuning tadi. Perghh ! Hampeh punya member.

"Ehem,Rose.."

Tangan direntap laju. Tanpa isyarat,tubuhnya ditolak supaya berhadapan dengan Razif. Lelaki itu melemparkan senyuman manis seperti selalu. Tapi tika ini sangat menyakitkan hati Faqira.

"Nak apa ?"

"Kenapa kau tak jawab call aku malam tadi ?"

Tangan naik memeluk tubuh. Bibir tersungging senyuman menjengkelkan dan sempat matanya mengerling sekilas akak senior yang berada tidak jauh daripada mereka. Seakan tahu-tahu ada yang terasa. Lebih baik dia habiskan cepat urusan dia dengan Razif.

"Penting ke ?"

Razif mendecit."Kalau aku kata penting ?"

"So tell me now. Apa yang penting sangat tuh ? Boleh cerita dekat sini. Here or never." Kening sengaja dijongket tinggi. Tapi saat terpandangkan bibir Razif yang terlakar cantik,serta-merta darah gemuruh mula menyerbu. Ya Allah dugaan !

Razif tersenyum. Buku ditangannya dibawa ke dada. Wajah cemberut Faqira direnung. Tak banyak perubahan berlaku melainkan perangai gadis itu berubah sedikit.

"Haih..Kalau setakat nak bazir masa aku layan kau yang termenung. Lebih baik aku pergi dewan. Ada abang hot kat situ."

"Aku hensem juga apa ?"

"Suka masuk bakul angkat sendiri eh ?"

Razif beriak terkejut dengan tangan melekap di dada. Pura-pura sakit dengan tusukan bait-bait ayat Faqira yang memedihkan.

"Such a drama king. Cepat lah kau nak apa ni ?"

Jam tangan ditilik sekilas."Sorry. Nak cakap sekarang tak boleh sebab aku nak ke bilik perniagaan. So rehat nanti aku pick up kau kat kelas okay ?"

Faqira terbuntang. Laju tangannya menayangkan penumbuk."Jangan ganggu kebahagiaan aku please ? Aku nak rehat dengan kawan-kawan aku."

"I don't even care."

"Eeii !" Kaki dihentak geram. Kalau lah dia ni dilahirkan ganas memang dah lama kaki dia naik ke muka Razif. Suka paksa orang !

"So pergilah tatap muka abang hot kau puas-puas sampai muak.Rehat nanti tenung aku pula. See you,bye Rose." Satu kenyitan diberikan sebelum langkah dibawa pergi.

Faqira terdiam. Cuba mengimbas kembali wajah Razif yang sangat mengasyikkan bersama senyuman menawannya. Siap gaya lelaki kasanova pula tu.

"Haish ! Aku angau dengan dia pula dah kenapa ?"

***

"Weh punggung aku sakit."

Iylia berdiri dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang tubuh. Muka dah cemberut manja. Terjerit kecil dia dibuatnya apabila punggungnya ditampar kuat oleh Cik Zul.

"Kau tak ada kerja ke hah ?"

Cik Zul tergelak."Alaa saja je nak kacau dia." Bibir dijuih lalu air kosong diteguk. Nak bergurau pun tak oleh ! Semua tak oleh !

"Tu point sensitif aku. Don't you dare to touch again." Iylia memberi amaran. Rasa lenguh dari pinggang sehingga ke punggung membuatkan semangatnya untuk belajar hilang. Rasa nak balik sekarang juga !

Faqira tergelak."Tu lah jeling-jeling abang hot tu lagi. Kan dah kena."

"Abang tu hensem apa. Tak silap aku exco prs."

"Wow Afiy ! Tahu je kau kan ?"

Afiy tersengih sambil menayang riak bangga. Mestilah dia kenal siapa abang tu. Salah seorang crush yang tersenarai dalam list crush dia. Haa kau ada ?

"Sekolah pun tak habis lagi sibuk nak merenyam ye korang." Aisyah memerli. Laju je tangannya mencubit pipi seorang demi seorang. Dari awal datang segak sampai habis cerita pasal abang 'hot' tu je yang dia dengar. Rasa nak gigit-gigit je telinga sorang-sorang. Gedik !

Cik Zul menjuih bibir."Saya pun kena ke ? Eh saya tengok je."

"Tipu weh tipu. Cik Zul join sekali." Rabiatul sudah mahu menyekeh kepala Cik Zul. Cakap tak serupa bikin. Padahal dia yang cucuk-cucuk orang suruh tengok abang hot tu.

"Mana ada.."

"Semua salah hah dah ! Muktamad. Esok jangan ada yang tak datang pula. Konon sakit kaki lah,sakit ketiak lah." Faqira mengerling Aisyah yang tersenyum tak bersalah. Tangannya sibuk mengurut pangkal bahunya yang sengal. Orang dah lama tak bersenam,ni lah makannya.

"Guys dah rehat !"

Dengar sahaja perkataan rehat,statik Faqira terdiam. Laju matanya memandang ke pintu kelas. Setiap seorang yang lalu-lalang diperhatinya. Takut-takut ada yang singgah. Dan yang singgah tu pula si Razif bahenol tu.

"I malas nak pergi kantin sebab kaki I sakit. So I nak pergi kiosk. Wanna join me ?" Sebelah tangan,Afiy angkat separas bahu. Muka masing-masing dah cemberut sakit dan letih. Masa segak tadi buat sambil gelak-gelak. Kan dah terima padahnya.

"Saya !" Cik Zul menyahut.

"Me too,me too !"

Aisyah dah bersedia untuk keluar kelas. Tanpa sempat Faqira menyahut,masing-masing dah lari keluar serbu makanan dekat kiosk. Faqira yang tersedar cepat-cepat dia mengikuti mereka semua,tak mahu Razif datang dan mengheretnya untuk rehat sama-sama.

Hampir 7 minit,masing-masing dah kembali masuk ke kelas. Cik Zul,Rabiatul serta Afiy dah letak kerusi saling berhadapan. Macam-macam jenis juadah ada. Cukup buat Faqira terliur.

"Lepas ni akaun..Korang dah siap ke homework semalam ?" Rabiatul mengerling sekilas. Mulut sibuk mengunyah makanan.

"Eii jangan spoil mood orang nak makan lah Rabi !" Grrr..Aisyah menggerutu geram. Ada yang kena telan kejap lagi ni kang.

"Awak..Bagi kitaorang makan dengan tenang. Dengan bahagia. Aman. Lepas ni nak gaduh pasal akaun,hah gaduh lah."

Rabiatul mencebik."Tanya pun tak oleh !"

"Aku tak faham." Afiy merungut. Spagettinya digaul-gaul kasar. Seakan menggaul nombor-nombor amaun dalam makanan. Pening kepala dia belajar akaun !

"Afiy ! Jangan cetuskan kemarahan di sini !" Aisyah mencerlung geram. Tak senang dia nak jamah tauhu sumbat dia. Dah lah sambalnya pedas. Dengan kenyataan Afiy ni boleh berapi hati dia.

"Yang pasal debit kredit tu kan-"

Tok ! Tok !

Kata-kata Faqira tersekat begitu juga kunyahannya. Rabiatul dan Afiy di hadapan dipandang serius. Hati berdebar tak menentu. Harap bukan dia ! Tolong katakan bukan dia !

"Nak pinjam Qira boleh ?"

Ouh gosh !

Penumbuk dikepal erat. Tak mahu berpaling ke belakang. Sebaliknya dia memancing simpati daripada rakan-rakannya. Tapi lain pula yang dia dapat. Jawapan seorang demi seorang sangatlah menyakitkan hati.

"Ehem ! Abang kesayangan dah datang." Rabiatul tersenyum jahat sambil pura-pura kusyuk makan. Baru je ingat nak tanya tadi.

"Wow..Qira dia ajak date lah."

"Jangan sakai please." Tajam Faqira memandang Afiy. Iylia di sebelah sengaja mencucuk-cucuk. Saja je diorang ni. Bagi makan stoking tahu lah !

"Pergi lah Qira. Tak baik buat orang tertunggu-tunggu."

"Awat hang malu-malu ni Qira.." Rabiatul menjeling manja. Bahu Cik Zul sengaja disenggol-senggol. Suka lah tu usik orang.

Faqira mendecit. Makanannya ditutup lalu diletakkan di sudut meja. Dengan kasar dia bangun lalu menapak keluar dari kelas. Sempat pipi Aisyah dicubit geram. Bukannya nak back up lagi rela dia pergi !

"Okay cakap kat sini."

Kening Razif terjongket sebelah dan laju sahaja tangan Faqira direntap memaksanya berjalan. Faqira dibelakang menghentak-hentak kaki tanda geram. Akak senior pun dah pandang semacam. Mesti diorang fikir dia perempuan gedik. Tak ada maruah. Pegang-pegang lah !

Eei ! Jatuh reputasi aku betullah !

"Duduk." Kerusi panjang dihadapannya ditunjuk. Dengan wajah tak berperasaannya. Tadi elok je tersenyum. Dasar muka plastik !

"Tak nak."

"Rose..." Razif mengetap gigi. Dengan rasa sebalnya Faqira akur juga. Cepat habis,cepat lah dia masuk kelas.

Duduknya diperbetulkan dan tubuhnya tegak bersandar apabila Razif mendapat tempat di hadapannya. Lagi berapa inci lutut nak bertemu lutut. Apa dia fikir ni blind date ke nak duduk rapat-rapat ?

Urghh !

"Apa yang penting sangat kau nak cakap tu ?"

"Kau memang nak tahu sangat ke apa yang penting tu ?"

Menjengkelkan betullah anak zirafah ni. Dah lah deal sesuka hati dia. Lepas tu nak paksa-paksa orang. Report dekat ayah baru tahu. Biar boikot tak boleh jumpa dan berkawan dengan dia. Aman dunia !

"Cepat lah !"

"Then,aku sayang kau."

Laju Faqira mengangkat penumbuk. Tiber. Kena sampuk pula dah. Dengan hantu mana pula dia ni !

"Kalau kau nak rasa pipi kau bengkak dua hari,kau cakaplah lagi."

Razif tergelak membuatkan Faqira sakit hati. Dah lah ajak jumpa time rehat. Tak fikir ke dia tengah lapar sekarang ni ? Dia tu pun. Perut besi ke tak jamah apa-apa. Ke dia dah makan sebelum datang kelas orang.

"Okay-okay. Tengah marah pun cantik." Omel Razif. Kali ni botol air mineral hinggap di bahunya membuatkan dia ketawa terbahak-bahak. Tajam betul telinga dia boleh dengar apa dia cakap tadi.

"Actually tak ada lah penting sangat."

"Then ?"

"Kau sabar boleh tak ?" Razif mencerlung geram. Tahulah geram. Cuba dengar dulu apa yang dia nak cakap. Eii cubit tahu lah !

"Rabu ni dah start training untuk sukantara. Kau datang teman aku boleh ?"

Bibir Faqira tercebik."Kau fikir aku tak ada kerja lain ke nak buat selain teman kau."

"Teman aku pun kerja juga. Jom lah."

"Tak kuasa." Mata dijeling ke atas. Kalau dah namanya kena teman. Mestilah kena stayback ! Urghhh tak boleh ! Tak boleh ! Pergi koko pun malas lagi nak teman entah siapa-siapa budak ni.

"Kau masuk game apa ?"

"Bola keranjang." Faqira terdiam. Fikiran terngiang akan kata-kata Rabiatul semalam.

"Tash masuk dua game. Lompat tinggi dengan bola keranjang."

Bibir mengeluh perlahan. Kalau ada Tash memang tak lah dia nak datang. Nanti mata asyik dekat dia je. Rabiatul pula terasa nanti.

"Rose ?"

"Tak. Aku tak nak teman."

Razif menayang muka meminta simpati."Kau tak nak tengok aku main ?"

"Kau main je lah apa masalahnya ? Bukan aku yang jadi juri pun."

"Tapi kau boleh bagi vibe kat aku."

"Kau jangan merapu boleh tak Razif !"

Razif tergelak besar. Kelakar tengok respon Faqira yang jelas tak puas hati dengannya. Hari ni moody pula bunga dia ni. Halah..

"Dah lah serius sangat lah kau ni." Poket seluar diseluk lalu satu peket cadbury saiz kecil dikeluarkan dan dihulurkan.

"Ni dah kenapa bagi aku coklat ?"

Razif tersebik."Siapa bagi kau ? Aku nak suruh kau bagi dekat Afiy."

Spontan Faqira bangun. Hati jadi sebu. Dah jadi macam Tashriq pula nak jadikan dia foodpanda. Fikir tak ada kerja lain ke ?

"Wo wo..Relax." Razif mendepakan tangannya menghalang Faqira. Bibir tergelak kecil tatkala dia merasakan seakan ada aura bunga-bunga cemburu. Alahai..

"Ni untuk kau lah. Kalau untuk Afiy baik aku bagi terus tadi. Tak gentle lah bagi sorok-sorok."

Faqira tak percaya. Coklat ditangan Razif masih ditenung. Nak ambil ke tak nak ?

"Just take it." Faqira akur. Baru sahaja dia mahu simpan dalam poket seluar,suara Razif membuatkan dia terpana.

"Nak makan baca doa banyak-banyak. Aku dah santau coklat tu takut nanti kau angau dekat aku pula."

"Razif !"

Razif yang sudah berlari pergi dipandang geram. Tak guna punya Razif. Bagi tak ikhlas !

***

Perut yang sudah meragam membuatkan Faqira mendecit kecil. Nafas ditarik dalam-dalam sambil matanya melingas ke kanan dan kiri menunggu ibu sampai untuk mengambilnya. Cahaya matahari yang terik membuatkan dia berpeluh. Rasa nak buang air besar ditahan-tahan. Kalau ikutkan tandas dengan pagar sekolah ni tak adalah jauh sangat.

Tapi dia ni seorang yang demand ! Daripada buang kat sekolah,alangkah bagusnya dia membuang kat rumah. Melainkan kalau dah tak tahan memang terpaksa lah kat sekolah juga. Tandas dah lah busuk. Yang paling kurang ajarnya bila dah buang tak reti nak plush.

Eh diorang fikir ada yang nak tolong plush kan ke hah ? Dasar manusia tak bertanggungjawab !

Faqira merengus geram. Ikutkan hati,mahu sahaja dia bercangkung di bawah bumbung bus stop ni. Tahan lah selagi boleh ! Tapi sekarang ni ramai orang. Kang nanti semua pandang pelik.

'Ibu cepatlah ambik Iya ! Orang dah tak tahan ni !'

Faqira merintih dalam hati. Rasa macam nak lompat-lompat je sekarang ni. Tak pun jalan mundar-mandir ke. Tapi nanti orang ingat dia gila.

"Aku tak tahu macam mana aku terboleh suka dia."

Faqira terdiam. Matanya melirik pada dua orang pelajar senior perempuan yang baru sahaja melabuhkan punggung di kerusi besi bus stop.

"Tapi pagi tadi aku nampak dia dengan budak junior. "

"Siapa ?"

"Faqira."

Faqira tersentak. Kaki menapak ke belakang melindungi diri di belakang beberapa pelajar perempuan. Tetapi telinga masih tetap fokus pada isu yang dibicarakan mereka. Nak tahu juga kenapa nama dia menjadi perbualan.

"Diorang nampak mesra. Aku rasa diorang couple."

Bibir digigit perlahan. Dalam 'diorang' tu dah tentu lah dia dengan Razif. Tapi apa pula nak kaitkan dengan couple ?

"Mana kau tahu ?"

"Sebab aku nampak cara Razif berbual dengan dia. Rehat tadi pun aku nampak diorang rehat berdua."

Ya tuhan. Dia yang tak famous ni pun orang boleh perasan ke ? Eh jap. Tapi Razif famous. Mungkin sebab Razif dan berjangkit pada dia ?

Oh nooo !

"Weh aku jealous. Even aku classmate dengan Razif pun tapi,"

"Tapi ?"

"Aku tak suka lah tengok dia dengan budak junior tu."

Faqira terhenyak. Dia yang disangka ada hubungan dengan Razif membuatkan akak senior itu bersalah sangka. Ya Allah apa ni ? Suka betul buat pemikiran sendiri. Fikir dia hamak sangat ke sampai nak couple-couple ni. Setakat usha crush je dah cukup.

Sebuah kereta Honda City berhenti tidak jauh dari bus stop sekolah. Sedar si ibu dah tiba,Faqira laju meloloskan diri ke dalam kereta. Dalam hati tak henti-henti mengomel.

Tentang perbualan akak-akak tadi.

***

Continue Reading

You'll Also Like

314K 11.5K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
577K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
511K 12.5K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...