The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 10

5K 234 1
By minbrown_

"Rose.."

Tubuh Faqira menggigil kecil. Tangan Razif yang mahu menyentuhnya pantas ditepis. Dahinya berkerut habis.

"Aku dah cakap jangan degil !"

Tubuh kecilnya ditolak tanpa belas sehingga berlanggar dengan kerusi. Sempat dagunya terhentak dengan pemegang kerusi besi itu.

"Rose.." Razif panik melihat Faqira yang seakan dalam ketakutan. Berkali-kali tangannya ditepis.

"Rose kenapa ni ?"

Faqira menggigit bibir. Kepalanya sakit apabila seakan secebis memori bermain-main di fikirannya.

"Kalau kau berani kau buat !"

Faqira tersembam di atas tanah. Tangannya yang berdarah sedikit pun tak dapat tagih rasa belas dan simpati daripadanya.

"Rose ! Kenapa ni ?"

"Aku tak nak tengok muka kau !" Tangan Razif ditepis. Kepalanya sakit. Tubuhnya dah menggigil kuat seiring dengan ketakutan yang menjalar dalam tubuh. Bayangan kejahatan tak henti-henti menusuk fikirannya.

Razif pula yang panik. Dengan Faqira yang tak henti-henti meronta. Seakan takutkan sesuatu. Seakan teringatkan sesuatu.

"Pergilah ! Pergi !"

"Rose !" Kedua bahu Faqira dipegang kuat. Satu jerkahan berjaya membuat rontaanya berhenti. Hati kembali reda melihat Faqira yang sudah sedia pulih daripada meronta sedemikian.

"Kenapa ni ?" Setitis air mata Faqira jatuh membuatkan Razif terhenyak. Hati diburu rasa bersalah. Tak pasti sama ada silapnya kerana bertindak gila dengan menolak Faqira. Atau sebaliknya.

"Rose kenapa ni jangan diam. Jangan buat aku risau." Air mata Faqira diseka dengan sapu tangan yang sempat diambil dari dalam laci kecil. Teresak kecil dibuatnya.

"I really sorry..Aku tertolak kau. Sakit sangat ke ?"

Faqira diam tak membalas. Masih lagi melayan perasaannya. Samar-samar bayangan itu difikirannya. Seakan mahu menghantuinya kembali.

"Rose..Answer me jangan diam. Aku risau. Sakit sangat ke aku tolak ? Kita pergi klinik eh ?"

"Dd-dia."

"Dia ?" Faqira mengangguk. Terketar-ketar tangannya menarik hujung baju Razif.

"Aku takut."

Razif terkedu sebelum dia terduduk. Hati jadi sebu. Fikiran seakan bersetuju akan pendapatnya. Bahawa Faqira sedang trauma. Trauma akan sesuatu yang dah lama berlaku.

Semuanya kerana 9 tahun lepas..

***

Faqira yang mahu berjalan pergi segera dihalang. Gadis itu melemparkan senyuman nipis dan cukup membuatkan hati Razif lega. Tapi masih tak reda rasa gementarnya. Mungkin sebab rasa bersalah kerana bertindak kasar sedemikian.

"Thanks hantar balik." Razif mengangguk. Wajah lesu Faqira ditenung sekilas. Tangan Faqira yang berlapik dipegang.

"Aku minta maaf okay pasal tadi."

Faqira mengangguk. Bukan salah dia pun kalau dia bertindak macam tu. Sama juga dia,pantang kalau ada yang sentuh barang peribadi dia.

"Kau okay ?" Pandangan Razif penuh emosi. Mengharapkan jawapan yang mampu meredakan hati lelakinya.

"Aku okay."

"Err Razif." Bibir bawah digigit. Serba-salah dia mahu menuturkan kata maaf itu.

"Sorry pasal tadi. Aku tahu aku tak patut ceroboh privasi kau. Aku minta maaf." Faqira menunduk. Kalau lepas ni Razif benci dia memang tak tahu lah dia nak kata apa.


"It's okay. Aku yang patut minta maaf sebab berkasar dengan kau. Aku tak patut buat macam tu."

Razif tersenyum. Ada sebab kenapa dia bertindak gila seperti tadi. Kasut tu barang yang paling berharga. Kenangan antara dia dan 'Rose' ketika susah dan senang dulu.

"Kalau kau tak kisah,boleh aku tahu. Tu kasut siapa ?"

Razif mengangkat muka."Kenapa nak tahu ?"

Pantas Faqira menggeleng. Dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah dituju buat dirinya. Dasar perempuan tak malu. Tadi dia sentuh barang orang. Sekarang nak tahu rahsia orang.

"Kasut tu..Milik 'dia'."

"'Dia' yang kau cakap kat tasik tu ke ?"

Razif mengangguk lalu mengeluh perlahan. Hatinya menjerit seakan mahu meluahkan apa yang dia rasa. Mahu memberitahu secara depan dan terang-terangan bahawa 'dia' tu Faqira. 'Dia' tu Rose. Yang berada di hadapan dia sekarang ni. Yang sedang menunjukkan wajah polosnya.

Sebab 'dia' tu kau !

"Tu je hadiah yang terakhir dia bagi sebelum kitaorang terpisah." Tangan naik memegang dada. Cuba mengawal emosi lelakinya yang gundah-gulana.

"Kasut tu banyak kenangan aku dengan dia."

Faqira gigit bibir. Tahu seakan aura disekeliling lelaki itu sudah turn off kepada dingin. Segera sling-bag disangkutkan ke bahu. Tak sanggup untuk dia mendengar dengan lebih terperinci. Tiba-tiba rasa tak selesa.

"Err Razif..Aku masuk dulu eh ?"

Razif mengangkat muka. Bibir menguntum senyuman pahit sebelum mengangguk. Langkah Faqira yang berlalu pergi dipandang.

"Rose.."

Faqira menoleh dengan kening terjongket sebelah.

"Take care."

***

Dahi Razif berkerut serius saat melihatkan sesuatu di tangannya. Ikutkan hati,mahu sahaja dia rampas dan buang jauh-jauh benda itu. Rimas dan sakit mata dia melihatnya. Semakin membuatkan dia panasaran.

"Kau ni. Tak habis-habis dengan bunga kau tu. Buanglah !"

Faqira tersentak. Segera dia mendongak dengan pandangan tajamnya."Ni Iya punya. Kenapa abang suruh buang ?"

Razif mendengus."Bunga kau tu dah layu. Kelopak dia pun dah banyak hilang. Asal kau sayang sangat nak buang ? Ke sana sini dengan bunga tu." Punggung dilabuh kasar di atas rumput. Tajam matanya memanah bunga Rose merah yang seakan tak berupa bunga lagi. Layu dan kering habis.

"Abang yang bagi Iya kan ?"

Razif menyirap. Sakit pula hatinya tika ini. Memanglah dia bagi bunga tu tapi suka-suka je memandangkan itu pertama kali Faqira seakan teruja melihatnya. Jadi dia petikkan satu buat si dia. Tak tahu pula sampai terobses macam ni.

"Aku bagi suka-suka. Dah pergi buang. Tangan kau pun dah kotor."

"Tak nak." Bantah Faqira. Bunga Rose diangkat setentang matanya lalu bibir terukir senyuman manis. Selama dia membesar,dia belum pernah lagi melihat secara depan-depan bunga mawar merah ini. Sehinggalah Abang Razif yang memberinya sewaktu menjadi pelarian tadi.

Namun lain pula pada Razif,pantas bunga Rose ditangan Faqira dirampas lalu dipijak-pijak sehingga lunyai. Membuatkan Faqira menjerit di situ dan tergemap sendirian.

"Abang !"

"Aku rimas. Kau tak nak buang ? Aku tolong buangkan." Bunga Rose yang sudah hancur dicampak ke rumput tebal.

Faqira menggigit bibir. Air mata mula bertakung di tubir mata. Pantas dia berdiri lalu dengan kudrat yang ada,pantas tangan kecilnya mendarat di atas kepala Razif. Mengaduh kecil lelaki itu.

"Hey ! Biadap kau main kepala aku !"

"Abang kenapa buat bunga Iya macam tu ! Abang dah bagi kan kenapa abang jahat sangat ?"

"Aku yang bagi suka hati aku lah." Jawabnya tak berperasaan. Eleh setakat bunga Rose pun nak menangis meroyan bagai. Kat taman mini mamanya berlambak lah bunga tu. Macam-macam warna ada.

"Eissh jahat !"

Bibir terlakar senyuman halus. Angin malam yang menampar tubuhnya membuatkan dia terbuai seketika. Terimbau kenangan memori pahit gentir bersama 'Rose' nya. Bila difikirkan balik. Tak sangka perangainya macam setan dulu. Ala-ala boyish nakal.

Tapi kenangan yang nakal tu lah yang dia rindu sekarang.

"Rose.."

Tangan Razif melekap dibahagian hati. Bibir terlakar senyuman mekar. Tak sangka doanya dimakbulkan oleh Allah. Bahawa dia mahu berjumpa semula dengan Faqira.

Sejak daripada peristiwa tu lah. Faqira digelar 'Rose' daripadanya. Sampaikan kadang-kadang dia lupa akan nama sebenar gadis itu. Kerana panggilan 'Rose' itu terlalu kerap digunakan tika dulu.

Walaupun dia cukup terkilan bahawa gadis itu tidak mengingatinya. Habis kenangan suka duka mereka lenyap dari ingatannya.

"Cepat atau lambat,kau akan tahu siapa 'Rose' dalam hidup aku,Rose."

Air mata jatuh setitik. Sungguh dia terlalu terkilan atas takdir pertemuan sebegini. Namun dia tahu lambat laun dia pasti dapat semula 'Rose' nya.

One day..

"Aku tuntut janji aku rose.."

***

Satu cuitan di pinggang berjaya membuatkan si ibu melatah. Faqira ketawa geli hati lalu bahu ibu diusap perlahan. Mata meliar ke segenap ruang dapur yang sunyi.

"Ni kenapa turun ni ? Nak makan malam lah tu."

Faqira tersengih. Pantang saja tengok anak dia turun,malam-malam macam ni.

"Mana ada lah bu. Abang mana ? Iya tengok bilik dia gelap je."

Air suam dituang ke dalam gelas."Abang keluar cari barang. Besok petang dia dah nak kena balik Pahang dah."

"Ouhh.." Bibir dijuih ke hadapan sambil mata memerhati tangan ibunya yang lincah mengambil sesuatu. Sekejap ke sana. Sekejap ke sini. Pusing sana pusing sini.

"Ibu buat apa ni ?" Almari di atasnya dibuka lalu sepapan pil diambil daripada bekasnya.

"Ayah. Minta panadol dengan milo suam. Migraine datang balik."

Faqira mengangguk."Ayah tak cukup rehat lah tu."

"Dah lah ibu naik dulu. Jangan tidur lambat pula."

"Yes mom !" Faqira tertawa kecil apabila telinganya ditarik. Amaran keras ibu dah keluar. Sebab dia tak nak anak daranya yang satu ni membuta sampai tengah hari.

"Haih.." Punggung dilabuhkan di tools kitchen island. Tangan naik menongkat dagu. Bibir dijuih ke hadapan. Bebola mata meliar ke sana sini memerhati ruang dapur yang cantik di design oleh rekaan rakan ayah. Sangat cantik dan classic.

"Nak tidur. Tak ngantuk. Nak makan. Aku tak lapar. Nak tengok tv. Cerita entah apa-apa entah disiarnya. Nak main ig,kuota pula habis. Nak main whatsapp,baik aku duduk je dalam library. Senyap je diorang." Faqira mendongak merenung jam di dinding. Takkanlah masing-masing dah tidur. Baru pukul 10 malam. Selagi belum pukul 2 selagi tu lah kawan-kawannya tak tidur.

Dah hadap sangat dah.

"Haih bosan !"

Jari-jemari diketuk-ketuk. Bibir entah lagu apa yang dimainkan. Nak tunggu abang balik ? Selagi ayah tak bising selagi tu lah tak balik. Kalau boleh sampai pagi kat luar.

"Kau termenung apa ?"

"Arghh !"


***

Continue Reading

You'll Also Like

327K 11.9K 50
Selepas 15 tahun menetap di bumi Amerika, Kaira Farhanim akhirnya membuat keputusan untuk pulang semula ke pangkuan ayah kandungnya. Tempat di mana d...
1.3M 55.2K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
804K 25.8K 16
Tajuk: DHEO'S Penulis: Anjell Penerbit: Karyaseni ISBN: 978-967-469-090-8 Muka Surat : 672 Harga: RM28.00 (Semenanjung) // RM31.00 (Sabah & Sarawak) ...
127K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...