The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 9

4.5K 245 3
By minbrown_


Sejadah dilipat lalu disangkutkan di almari. Belum sempat telekung ditanggalkan,Faqira menerpa ke katil. Telefonnya yang berbunyi tak berhenti daripada tadi menggamitnya untuk diangkat. Lantas skrin dihidupkan.

5 missed called from 011-64******

"What ?" Faqira tersentak. Siapa pula call dia malam-malam macam ni. Dah nak dekat pukul sepuluh pula tu. Tak ada kerja ke ?

Telekung ditanggalkan,baru sahaja dia mahu sangkutkan di ampaian telefonnya sekali lagi berbunyi. Pantas saja dia menjawab panggilan itu.

"Hello ?"

"Assalamualaikum." Telefon dijauhkan daripada telinga. Bait-bait nombor telefon itu dibaca semula. Takkan lah ?

"Razif ?"

Razif ketawa dari dalam talian. "Hai,Rose.."

Razif ke ? Seriously ? "Mana kau dapat nombor aku ?"

"Come on lah Rose..Kau duduk dekat bumi bukan dekat Marikh. Lainlah kau ni alone?"

Penumbuk dikepal. Kalaulah dia ada dekat depan dia sekarang ni,memang lunyai muka dia. Nak kutuk-kutuk pula.. Seligi kepala baru hang tau !

"Kau nak apa call aku malam-malam ni ? Kacau je aku."

"Rose..Esok aku nak ajak kau keluar. Kau siap-siap okay ? Around 10 sharp aku sampai."

"What ?" Berasap telinga Faqira dibuatnya. Selamba betul dia ni. "No okay no ! Esok aku nak duduk rumah. Aku malas nak keluar."

"Ada aku tanya kau nak ikut atau tak ?"

"Razif !"

"So no excuses okay. Esok aku ambil."

Eeii mamat ni ! Wayar otak putus ke ?! Aku ni siapa sampai dia nak arah-arah ?! Hah ?! Haih ni yang buat aku panas ni !

"By hook or by crook ! Aku. Tak. Nak. Pergi. Get it ?"

Razif tertawa lagi. Kali ni lebih kepada sarkastik bunyinya."Really Rose ? Kau lupa ke yang kau tak boleh bantah aku ?"

Faqira tergelak sinis."Asal pula ? "

"Sebab parents kau percayakan aku. So..Kau tak boleh nak bantah. Get it ?"

Faqira mengetap gigi."Kau -"

"Hwaaa aku dah mengantuk Rose. Esok aku datang. Sleep tight okay."

Belum sempat dia mahu membalas,talian terlebih dahulu dimatikan. Lagi membuatnya semakin membara. Hati panas tiba-tiba. Kipas angin pun macam dah tak berfungsi.

"Datang lah besok. Memang tak aku nak keluar dengan kau."

Faqira tersenyum sinis. Telekung segera disangkut lalu langkahnya laju berlari ke tingkat bawah. Ruang tamu yang gelap dan hanya disinari dengan cahaya dari kaca televisyen membuatkan senyumannya lebar.

Klik !

Lagi membuatkan anak mata Faqira bersinar-sinar."Wahh makan kuaci tak ajak !"

Faqira terus melompat di atas sofa. Satu kuaci diambil."Wahhh Malificent ! Kenapa abang tak panggil Iya."

Fiqri mengangkat muka."Abang ingat Iya dah tidur. Bilik gelap semacam je."

"Mana ada. Iya tengah solat lah tadi.

Jam di dinding dipandang. Alahh dah lebih 15 minit. Ni Razif punya pasal lah ni ! Kan dah terlepas babak opening tadi.

"Tak ada kerja sekolah ke ?"

Kepala digeleng. Mulut sibuk mengunyah kuaci."Malas nak buat. Asyik study je malam-malam. Malam ni nak rest pula."

Faqira mengerling Fiqri sekilas. Dah lama tak berkumpul dua beradik macam ni. Selalunya waktu-waktu macam ni dah tidur. Kalau siang pula,mana nak melekat abangnya kat rumah. Asyik keluar je. Dah lah balik sini jarang-jarang.

"Abang balik kampus bila ?"

"Ahad petang."

"Balik sini balik ?"

"Bulan 5." Faqira melopong. Sekarang baru masuk bulan 2. Nak tunggu bulan 5 tu macam lama je..

"Abang-"

"Dah diam. Abang nak tengok Aurora ni. Nak bising pergi masuk bilik." Tegas Fiqri sambil kusyuk menggigit kuaci. Hilang tumpuan dia nak tengok Aurora.

Faqira mencebik.

***

"Iya !"

Faqira menarik selimut membaluti tubuh. Mata masih lagi terpejam rapat. Memang tak boleh bukak dah walaupun dia tahu dah pagi. Hoho tak puas tidur !

"Nur Faqira ! Ibu kata bangun !"

"Ibu..1 jam je. Iya penatlah bu." Nafsu tidur tak mahu dihalau pergi. Puas layan cerita Malificent,abang ajak lepak mamak pula dah..Memang syok habislah pekena roti canai tengah-tengah malam. Marvellous !

"Iya bangun. Tahu tak apa hukumnya membantah kata ibu ?"

Selimut segera diselak lalu pantas tubuhnya didudukkan. Mata masih terpejam tetapi wajahnya dicemberutkan. Hati merungut kecil apabila si ibu dah mula turn on kuasa veto tahap 3.0 dia. Dah upgrade sikit masuk ayat-ayat deep.

"Ibu.." Faqira merengek."1 jam je.. Nanti pukul 10 Iya bangun..Boleh lah bu.."

Ibu dah bercekak pinggang. Kalau Faqira ni masih kecil,memang dah lama dia rendamkan dalam air. Sekarang dah besar. Mandi sendiri pun malas. Nak kena paksa juga.

"Ni dah pukul 10 lah ni. Nak pukul 10 apa lagi ? 10 malam ?"

Faqira menjuih bibir. Wahai jam yang tergantung di dinding,kenapalah kau berdetik laju sangat. Huwaaaa !!

"Ibu.."

"Bangun Iya. Pergi mandi lepas tu bersiap. Razif dah tunggu lama kat bawah."

Terus tercelik mata Faqira. Susuk tubuh ibu yang sudah hilang dicari. Dengan rasa sebal tangannya menumbuk-numbuk tilam dengan geram. Hati tiba-tiba jadi panas. Telinga dah berasap.

"Kenapa kau kacau hidup aku Razif !"

***


"Kau ni memang perosak kebahagiaan orang eh ? "

Razif terkebil-kebil mendengar soalan tu. Haih pagi-pagi dah berdrama pula dah."Maksud kau ?"

Faqira berdecit."Minggu lepas kau dah culik aku. Pergi tasik. Minggu ni kau culik aku and I don't know where we want to go. Tak boleh ke kau biar aku duduk rumah dan tidur dengan sepuas-puasnya?"

Kening Razif terjongket sebelah sebelum dia ketawa besar. Pemandu peribadi papanya yang sedang memandu sempat mengerling melalui cermin pandang belakang. Bibirnya menguntum senyuman nipis.

"Tu kebahagiaan kau ?"

"Ye lah !" Marah Faqira. Dalam fikiran dah terbayang scene tarik-tarik rambut Razif sepuas hati. Eh bab-bab tidur jangan dibuat main eh ! Pantang 7 keturunan nanti.

Razif berdehem cuba menyudahkan tawanya. Tepi tubir matanya yang berair diseka. Kelakar betul dengan rungutan tak puas hati Faqira. Pecah perut dia gelak macam ni.

"Perempuan tak elok membuta sampai matahari dah tegak atas kepala. Nanti tak laku. Nilai hantaran pun jatuh."

Faqira menyirap. Penumbuk dikepal erat dan menunggu masa untuk dilayangkan ke pipi putih tu. Berani Razif membahannya ?

"Kau nak kata aku tak laku lah ?"

"No.. Kalau kau tak laku aku pun tak ingin nak pandang kau lah." Razif meraup rambutnya ke tepi. Bibir melakar senyuman sarkastik. Betul apa dia cakap. Kalau tak laku,memang tak lah dia nak kejar Rose dia balik.

"Eii sekali penumbuk aku hingga kat pipi. Menyesal kau nanti."

"Haha okay aku kalah."

Faqira mencebir. Razif yang sedang merenung ke luar tingkap dipandang. Dalam hati dah berbakul-bakul sumpahan dilemparkan buat Razif. Baru je plan malam tadi,ingat tengah hari ni nak buat homework sikit. Petang main instagram. Malam tengok youtube. Ni kalau dah ajak keluar pagi dah tentu lah balik petang. Kerja sekolah pun tak siap.

"Weh aku nak balik..Aku nak tidur."

"Jangan. Tak elok."

"Eii !" Faqira menghentak kusyen kereta. Geram !

***

"Qira ?"

Faqira menghadiahkan senyuman kekok. Tubuhnya yang dibawa ke rangkulan wanita yang dalam lingkungan sebaya ibu dibalas. Pandangan tak mengerti dilempar pada Razif yang tersenyum jahat.

"Assalamualaikum mak cik."

Pelukan dileraikan. Senyuman Puan Maya yang lebar mentafsirkan perasaannya yang kelihatan agak teruja. Tangannya perlahan mengelus kepala Faqira. Lagak seperti ini pertemuan pertama setelah perpisahan yang sungguh lama.

"Ma..Jangan obvious sangat Qira masih terkejut." Tegur Razif membuatkan wanita itu kalih pandang. Faqira gigit bibir. Kali pertama dia disapa mesra sebegini. Siap peluk-peluk bagai.

Puan Maya tertawa kecil."Tak lah..Mama excited. Dah lama tak jumpa Qira. Dulu jumpa kecil sangat. Comel-comel je sebelum-" Kata-kata Puan Maya terhenti apabila tangannya disentuh Razif. Isyarat mata diberikan sebagai tanda berkomunikasi. Seakan melarang wanita itu berkata lebih lanjut sehingga mengundang kerutan di dahi Faqira. Ada apa-apa rahsia ke ni ?

"Eh jom lah masuk. Apa pula sembang kat luar ni." Faqira ditarik masuk dan sempat matanya dijegilkan ke arah Razif. Menuntut penjelasan apa yang sedang berlaku sebentar nanti. Kalau ada peluang memang dia nak tumbuk muka Razif. Suka buat sesuatu tak bagitahu dia dulu.

"Ya Allah mak cik happy sangat dapat jumpa Qira."

Punggung dilabuhkan di sisi Puan Maya. Semakin jelas kerutan di dahi. Mengusutkan lagi fikirannya yang dipenuhi dengan soalan tanpa kesudahan.

"Err kenapa awkward sangat Qira ?"

Faqira tersengih kecil. Hidungnya digaru. Melingas matanya mencari Razif yang sudah hilang entah ke mana. Boleh pula dia lari tinggalkan dia berdua dengan mak nya.

"Err mak cik..Kalau saya tanya,mak cik jangan terasa ye ?"

Puan Maya tersenyum."Boleh Qira..Nak tanya apa ?"

Bibir bawah digigit. Serba salah dia mahu melemparkan soalan itu tetapi dia takut membuatkan wanita itu tersinggung. Tapi dia betul-betul mahukan jawapan.

"Apa hubungan saya dengan makcik dan Razif ? Saya pernah jumpa makcik ?"

Puan Maya tergemap. Senyuman yang tadinya mekar perlahan bertukar nipis. Faqira menunduk merenung tangannya yang digenggam erat tangan wanita tua itu. Hati diserbu rasa bersalah. Adakah kata-katanya menyinggung hati dan perasaan wanita itu ?

"Qira tak ingat mak cik ?" Soalnya sayu. Sepasang mata bundarnya memancarkan sinar harapan mahukan sesuatu kepastian. Namun gelengan daripada Faqira memusnahkan segalanya.

"Qi-"

"Mama !" Pantas Puan Maya menoleh ke belakang. Setelah meminta diri untuk pamit ke dapur,segera dia menapak ke sana meninggalkan Faqira sendirian.

"Kenapa abang ?"

Razif menjenguk ke ruang tamu seketika sebelum menarik Puan Maya ke dapur basah. Bibirnya mengukir senyuman nipis tatkala melihat wajah mamanya yang kemerahan. Seakan sedang menahan emosi.

"Ma..Please ?" Tangan Puan Maya diusap."Jangan tanya Qira macam-macam. Please pretend like you know her for so long. Tolong ma.."Rayu Razif. Perlahan air mata Puan Maya mengalir. Mungkin sebak. Atau mungkin juga terguris. Kenapa ?

"Mama terasa. Kenapa dia macam tak kenal mama ? Mama dah tunggu lama nak jumpa dia tapi-"

"Ma..Bukan sekarang ma. Abang tak nak jauh lagi dengan dia."

"Mama cuma nak tahu kenapa ?"

Razif ketap bibir. Tak betah melihat Puan Maya sebegini. Seorang ibu yang terpaksa menelan kepahitan saat bertemu dengan orang yang sudah lama terpisah.

"Ada sebab ma. Tapi please,ma anggap biasa je. Boleh ma ? Jangan push dia."

Puan Maya mengangguk lemah. Pilu hati wanitanya apabila bertemu kembali dengan seseorang yang seakan tak mengenalinya.

"Mama rindu dia."

***

Telekung ditanggalkan lalu dilipat kemas-kemas dan disusun bersama sejadah dan diletakkan di birai katil. Getah rambut dileraikan. Bebola mata melingas ke kanan dan kiri memerhati bilik yang cukup besar. Tak pasti sama ada bilik tetamu ataupun bilik Razif. Tapi dari konsep ketelitiannya sungguh kemas. Sangat berdisiplin penghuni bilik ini. Pandai dia jaga.

Cermin yang tergantung dihampiri. Tudung bawal kembali disarungkan di kepala dan kembali digayakan seperti tadi. Sedang dia memperkemaskan tudung yang dipakai,pandangannya terpanah sesuatu dibalik cermin dihadapannya. Benda tu seakan-akan menariknya untuk menerpa ke arahnya.

Faqira memusingkan tubuh dan teragak-agak dia mahu menyentuh sepasang kasut bersaiz kanak-kanak. Kasut ni kelihatan kasut lama tetapi tetap kelihatan menarik. Dengan manik-manik halus yang sudah rompong di tepi kulitnya. Hujung tapak kasutnya kelihatan haus dan sedikit merekah. Mungkin terlalu kerap memakainya.

Namun jauh di sudut hatinya,kasut ini membuatnya teringatkan sesuatu. Tetapi sedikit pun gambaran itu tidak dapat diingat dengan jelas. Rasanya dia pernah jumpa kasut ni.

Kasut itu diangkat,baru sahaja dia mahu melihat tapaknya,dia tersentak kuat apabila namanya dijerkah dan serta-merta kasut itu terlepas daripada tangannya.

"Rose !"

Faqira ter undur ke belakang setapak. Kasut di kakinya dicapai kasar sebelum disapa dengan wajah bengis Razif. Tiba-tiba jadi gugup.

"Siapa suruh kau sentuh barang aku ?!"

"Ttak-ak-aku." Kasut itu dirampas kembali untuk diletakkan semula ditempatnya.

"Jangan sentuh !" Tubuhnya ditolak kasar membuatkan Faqira terjatuh lalu terduduk. Sikit sahaja lagi kepalanya mahu terkena bucu meja. Razif yang sedar akan kesilapannya tergemap. Begitu juga Faqira yang terkejut dengan tindakan drastik itu.

"Rose."

***

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
93K 4.3K 53
Haaya Rose. A normal girl yang tak pernah bercinta. Nope, not even once. Hidupnya biasa saja sehinggalah tiba-tiba tanpa amaran dia dilanda konflik y...
128K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
151K 6.9K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...