The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 6

5.3K 265 20
By minbrown_

"Awak..."

Faqira mengangkat muka apabila bahunya dicuit. Bagai ada suara latar 'tuing tuing' ditelinga. Kening sebelah terjongket tinggi. Mempersoalkan Cik Zul yang tersengih di pagi hari.

"Kau nak apa ?"

"Saya nak pinjam buku ekonomi awak."

Laju Faqira menjegilkan mata."Tak bawak."

"Haa ? Serius lah ?" Cik Zul terbuntang. Sapu tangan digigit-gigit tanda geram. Melingas bebola matanya memandang kerja sekolah Faqira.

Faqira tergelak kecil. Kalau tak buat orang suspen pagi-pagi memang tak sah."Bawak lah. Nak tengok apa ?"

"Nak tengok awak !" Jerit Afiy seraya mengenyitkan sebelah matanya. Faqira dan Cik Zul berpandangan. Ni lagi seorang. Telinga kuali. Cakap dengan orang depan,orang nun jauh yang dengar.

Cik Zul tergeleng-geleng dan jarinya mencapai buku tulis ekonomi Faqira. Sementara Faqira mengerling Iylia dan Aisyah di sisi kanan dan kiri. Masing-masing sedang sibuk menyiapkan kerja sekolah. Kusyuk benar.

"Awak..Saya nak tiru ? Sikitt je." Cik Zul melemparkan senyuman manis. Kedua-dua belah kening dijongket berkali-kali. Memohon keizinan untuk meniru. Ni kalau tak siap ni mahu kena bambu dengan cikgu.

Kelopak mata dikecilkan. Lama Faqira merenung Cik Zul sebelum bibir mengoyak senyuman. "Boleh..Pastikan kau faham apa yang kau tiru. Ngerti nggak ?"

"Ngerti non." Cik Zul tergelak kecil sebelum berlalu pergi. Jam di dinding kelas dipandang. Hampir menginjak pukul 7:50 pagi namun cikgu matapelajaran sains belum lagi menampakkan diri. Harap-harap laaaa cikgu tak masuk.

Ehehehe anak murid apa macam ni.

"Haih..Lapar lah pulak." Perut ditepuk-tepuk. Dalam hati berharap semoga dicepatkan masa rehat. Kang tak pasal-pasal kena gastrik.

Faqira menoleh ke kanan. Memerhati Aisyah yang kusyuk menulis. Dari awal dia datang laa ni. Langsung tak bertegur sapa. Diam je.

"Aisyah..Kau okay tak ?"

"Hmm.." Dahi Faqira berkerut. Hati bikin resah melihat perangai Aisyah yang satu itu. Perlahan dia menyentuh tangan Aisyah namun belum sesaat telinganya menangkap decitan kecil dari mulutnya.

"Aisyah-"

"Diam lah aku nak buat kerja." Marah Aisyah lalu buku rujukannya dialih ke sebelah kanannya. Semakin membuat Faqira berkerut apabila nada suaranya yang kedengaran lain. Dan..

"Kau menangis ke Aisyah ?" Rahang Aisyah dipegang namun belum sempat dia halakan wajah itu menghadapnya, pantas tangannya ditepis. Aisyah melemparkan pandangan tajam dan cukup jelas membuatkan Faqira tersentak.

"Jangan kacau aku." Usai memberi amaran,dia kembali menyambung menulis. Faqira terdiam. Risau dia melihat mata Aisyah yang sembap. Seakan baru lepas menangis dengan teruk.

Kenapa dengan dia ?

"Sorry..Aku nak buang sampah jap." Faqira bangkit lalu laju dia mencapai kertas-kertas yang mahu dibuang. Baru sahaja tubuhnya berpusing,statik dia di situ.

Melihat seseorang sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan sambil berjalan beriringan. Saat pandangan mereka bersabung,pantas Faqira memusingkan tubuh sebelum dia terhenyak pada kerusi.

Itu..

"Tash.."

***


"Semua diminta bergerak ke dewan untuk ujian talasemia sekarang."

Usai pengawas itu berlalu pergi,suasana kelas menjadi kecoh serta-merta. Ada yang teruja. Tu geng-geng belakang. Ada yang dah keluar kelas. Ada yang merengek. Siapa tu ?

"Weh korang...." Cemberut wajah Rabiatul. Bahunya merundum jatuh. Dengar sahaja pasal talasemia,terus hilang semangatnya. Auchh ! Ibuu !!

"Jom korang ! Aku tak sabar.." Iylia menarik tangan Cik Zul dan Faqira. Afiy pula menarik Rabiatul. Serba salah Faqira melihat Aisyah yang masih diam tak bertegur sapa. Ekspresi mukanya serius.

"Weh ! Aku tak nak ! Aku tak nak !" Rabiatul mencangkung sambil memeluk tiang mengundang tawa mereka. Faqira mengerling Aisyah. Gadis itu hanya tersenyum nipis namun senyuman itu hilang apabila dia terpandangkan sesuatu.

Pandangan Faqira beralih pada sesuatu yang menjadi tatapan mata Aisyah. Tergemap dia di situ melihat Luthfi bersama seorang pelajar perempuan baru masuk ke sekolah ini. Sedang berbual-bual di tepi dewan memandangkan sekarang waktu PJ diorang. Nampak mesra sekali.

'Luth dengan Syifa ?'

Pandangan kembali pada Aisyah. Bergenang tubir matanya sebelum cepat-cepat Aisyah seka. Barangkali tidak mahu sesiapa perasan.

"Awakk ! Jangan lah macam ni malulah orang tengok."

"Rabi..Ya Allah tak sakit pun." Afiy menarik Rabiatul dari terus memeluk tiang. Gaya macam nak pergi medan pertempuran je dia punya takut tu. Habis budak-budak junior semua tengok.

"Tak nak weh ! Aku nak balik ! Eii kenapa aku pergi tanda 'ya'dekat borang tu ! Erghh I don't want !"

Cik Zul dan Iylia mengekek ketawa melihat kesungguhan Afiy menarik Rabiatul yang berperangai kebudak-budakan. Faqira yang melihat pun kesian dekat dua-dua. Kesian dekat Afiy sebab terpaksa pujuk Rabiatul. Kesian dekat Rabiatul sebab sesungguhnya dia memang takut jarum.

Aduh ! Apa mau bikin ?

"Rabi..Jom. Benda tu sekejap je serius. Kau pejam mata lepas tu tahu-tahu dah siap."

"Percayalah..." Sambung Afiy bersama lagunya. Rabiatul yang seakan termakan dengan pujuk rayu Faqira mula menapak ke dewan diiringi mereka. Faqira mengerling Aisyah di sebelah.

"Korang.." Rabi merengek tatkala matanya memandang seorang demi seorang pelajar kelas Efisien yang mempamerkan riak muka menahan sakit. Lagi buat Rabiatul bertambah gerun.

"Weh korang Rabiatul menggigil." Afiy memeluk bahu Rabiatul. Cik Zul dah tersengih-sengih lalu dia membuat isyarat mengatakan tangan Rabiatul sejuk.

"Ya Allah Rabi ni. Behave okay. Diorang auta je tu."

"Ye Rabi..Mana ada sakit lah."

"Kalau darah aku tak keluar macam mana ?"

Iylia tersenyum jahat."Bak kata Qira,kau tenunglah muka nurse tu. Automatik darah keluar."

Gamat suara dewan itu dengan suara gelak tawa mereka. Nak bergurau pun bertempatlah aduhai Iylia ni. Makin bertambah pucat muka Rabiatul. Saja je nak kenakan orang.

"So siapa nak pergi dulu ?" Soal Faqira. Spontan Iylia,Cik Zul dan Afiy berundur ke belakang. Mata melingas mencari Aisyah. Jatuh rahang mereka melihat Aisyah yang sudah bersedia untuk diambil darahnya.

"Berani do Aisyah."

"Ek eleh..Tadi kata excited. Pergi lah awak." Bahu Iylia disenggol. Cik Zul menjongket tinggi keningnya. Tadi dalam kelas bukan main lagi tanya bila nak cucuk. Sekarang dah depan mata tahu pula nak lari.

Iylia tersengih."Entahlah weh. Tiba-tiba rasa takut pula." Faqira yang mendengar menggeleng kepala. Aisyah yang sedang membetulkan baju segera dihampiri.

"Aisyah..Dah ke ?" Aisyah mengangguk. Baru sahaja dia mahu menapak pergi,pantas Faqira menahan. Hatinya benar benar terseksa melihat perubahan Aisyah hari ni.

"Aisyah-"

"Aku balik kelas dulu eh ?"

"Aisyah-" Tangannya direntap dan tanpa sempat dihalang,Aisyah berlalu pergi. Lagi membuatkan Faqira menahan rasa dalam hati. Dia tahu semuanya pasti sebab Luthfi.

Dia teramat pasti.

***

"I'm done.."

Lengan baju sekolah diturunkan seraya bibir mengoyak senyuman. Mata memandang Iylia,Cik Zul dan Afiy yang masing-masing sedang menahan lengannya yang baru lepas kena suntik. Keempat-empat pasang mata beralih pada Rabiatul yang masih berurusan dengan nurse perempuan.

"Rabi memang nak last turn ke ?" Afiy mengangkat bahu. Masing-masing fokus memandang Rabiatul yang sedang memandang tajam saat jarum menembusi kulit lengannya.

Satu saat,

Dua saat,

Gelengan Rabiatul mengundang keresahan mereka. Gadis itu tergeleng-geleng kepala melihat jarumnya yang dikeluarkan semula dan di suntik ke lengan kiri pula. Cik Zul awal-awal dah titipkan doa semoga semuanya dipermudahkan.

"Weh kesiannya Rabi.Aku pun kena sekali je." Afiy menggigit bibir. Takut dia melihat perubahan air muka Rabiatul. Nampak gayanya kejap lagi hujan lebat akan turun.

Rabiatul menggeleng lagi. Bibirnya bergerak-gerak memberitahu darahnya masih tak keluar. Meronta kecil dia di situ. Cubaan sekali lagi pun sama,Rabiatul bangkit dan menapak menghampiri. Wajahnya terbias seribu satu perasaannya.

"Macam mana Rabi ? Okay tak ?"

"Okay apa nya ?! Darahnya tak nak keluar ! " Rabiatul melabuhkan duduk. Air mata tak semena-mena mengalir keluar membuatkan Faqira,Iylia,Cik Zul dan Afiy segera bercangkung mengelilinginya. Kan dah cakap Rabiatul ni lemah semangat.

Memang betul pun dia menangis sebab jarum.

"Ni dah masuk kali ketiga Rabi."

"Aku tak nak..Nurse nya pun fedup sebab darah tak keluar-keluar. Huaa !" Faqira cuba menahan tawa daripada terlepas. Nak gelak depan-depan ? Rasa macam jahatlah pula. Orang tu dah lah tengah sakit campur takut. Kau lagi nak bahan dia pula. Ada yang kena sembur sat gi ni kang.

"Rabi jangan nangis..Fighting baby !" Belakang Rabiatul,Afiy usap lembut. Tak pernah-pernah tengok kawan dia menangis teruk sampai macam ni.

"Awat lagu tu jadinya..."

"It's okay Rabi..Kitaorang tunggu. Kitaorang doa lepas ni yang last punya."

"Amiinn.." Sahut Cik Zul,Afiy dan Iylia. Dalam bergelak ketawa,hati risau fikirkan Aisyah yang sudah lama pergi meninggalkan mereka berlima. Jelas sekali perubahan Aisyah sampaikan diorang pun perasan.

"Dah jangan nangis. Lap air mata." Faqira membantu menanggalkan kaca mata Rabiatul. Afiy dengan Cik Zul menyeka air mata Rabiatul dengan lapisan tudung sekolah. Masing-masing tengah tahan gelak. Terhibur dengan keletah manja si Rabiatul ni.

Faqira mengerling Iylia yang terkekek-kekek ketawa dibelakang. Barangkali tak dapat tahan diri daripada ketawa. Pantas punggungnya ditepuk membuatkan gadis itu merengek kecil.

"Asal tepuk punggung aku." Faqira menjegilkan mata seraya bibir sedaya upaya menahan tawa."Jangan gelak lah do."

"Weh ni plastik speck aku." Rabiatul mengeluarkan sebahagian kecil plastik cermin matanya yang tertinggal dalam anak tudung. Serta-merta membuahkan tawa mereka berlima di situ. Rabiatul yang sedang menangis pun turut gelak. Lagi buat mereka terhibur.

"Eii Rabi ni..Macam mana boleh tercabut ?" Faqira tergelak. Menggigil-gigil tangannya memasang semula plastik cermin matanya.

"Aku-Aku tak tahu." Tersengguk-sengguk bahu Rabiatul menahan gelak seiring dengan air mata yang berjuraian. Tergeleng-geleng kepalanya. Tangannya yang menggigil diangkat.

"Hahaha kau nak gelak ke nak nangis Rabi ?"

"Dua-dua." Makin lebat air mata Rabiatul tetapi masih dalam mood ketawa. Iylia dan Cik Zul dah bantai gelak. Hari ni saja Rabiatul dah buat hari mereka ceria. Takut dengan jarum punya pasal.

"Aduhai sakit perut aku layan Rabi ni." Faqira terduduk kepenatan. Tangan masih mengusap bahu Rabiatul cuba menenangkannya.

"Rabi,tu nurse panggil."

Rabiatul tergemap. Wajahnya berkerut serta-merta dan sekali lagi mengundang tawa mereka. Baru je nak redakan rasa takut,dah kena panggil.

"Tabahlah awak.."

***

Faqira mengeluh kecil memandang tubuh Aisyah yang semakin hilang dari pandangan. Cukup buat dia terkilan apabila Aisyah seakan mahu mengelak daripada berterus-terang dengannya. Kalau setakat kena sembur tu mungkin dia boleh terima. Tapi kalau sampai tak nak bertegur sapa. Tak nak kongsi masalah. Tak nak mengadu. Siapa yang sanggup tengok kawan dia macam tu ?

"Hai Rose."

Terlepas buku Prinsip Perakaunan daripada tangan. Razif disebelah dipandang tak puas hati. Ni lagi satu. Hari-hari kalau tak ada muka dia memang tak sah !

"Yes ? "

Razif tersenyum. Buku Faqira dikutip lalu punggung dilabuhkan disebelahnya. Segera Faqira mengesot sedikit tatkala dia sedar akan batasnya sebagai seorang wanita.

"Balik naik apa ?"

"Pesawat."

"Really ? Private pesawat ke ? Aku nak tumpang boleh ? Mesti sweetkan kalau kita je yang ada dalam pesawat tu."

"Go to the hell." Faqira mencarut perlahan. Sakit telinga dia dengar bebelan merapu si Razif ni. Tahu lah nak pulangkan paku buah keras. Terasa hati kita tau awak !

Razif tergelak melihat wajah cemberut Faqira. Matanya melingas ke kanan dan kiri mencari kereta pemandu peribadi papanya. Manalah tahu dah sampai ke ?

"Kau kenapa balik awal ? Form 5 bukan dah start kelas tambahan ke ?"

"Entahlah. Aku rasa cikgu macam faham-faham je aku nak jumpa kau."

Faqira mencebik. Punggung diangkat lalu buku ditangan Razif dirampas. Langkah diatur gesa menuju ke arah seseorang namun suara Razif yang memanggilnya membuatkan dia mendengus.

"Jom lah aku hantar kau balik."

Faqira menoleh."Baliklah dulu. Aku ada hal."

Baru sahaja dia pusingkan wajah,automatik bunyi hon kedengaran sangat menyakitkan di telinga seiring dengan teriakan seseorang.

"Rose !"

Dengan tindakan yang tersangat pantas,tubuhnya terasa ditolak kuat sebelum dia terhantuk pada tembok sekolah.

"Rose !"

***

Maaf tak best

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 55.2K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
491K 19.8K 55
Naura Melyssa | Haris Zufran Naura Melyssa seorang wanita yang kaya dan agak sombong. Di kala umurnya mencecah 24 tahun dia dipaksa berkahwin dengan...
426K 30.4K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...
307K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...