The Rose [ C ]

By minbrown_

323K 15.2K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Bab 5

5.8K 287 23
By minbrown_


Jejak sahaja kaki kiri ke lantai, langkahnya terpasung seketika. Terbuntang matanya menatap seseorang yang berada di ruang tamu. Sedang berbual mesra dengan si ayah. Dan saat dia terkaku,lelaki itu mengangkat muka memandangnya bersama senyuman di bibir.

"Hai Qira.."

Tubuh dibalikkan. Pantas sahaja dia menuju ke dapur. Tubuh Fiqri yang kebetulan berada di peti ais didapati. Jantung serasa berdegup laju. Rasa nak meletup. Adakah dia sedang bermimpi tika ini ?

Tolong kata ya !

"Abang." Fiqri tersentak apabila air yang dipegangnya tertumpah. Terkejut dengan sergahan Faqira secara tiba-tiba.

"Iya ! Apa ni ?" Tisu diambil lalu baju kemeja hitamnya yang basah dilap. Dah lah pagi ni dia ada perjumpaan dengan lecture. Habis rosak baju dia.

"Sorry abang..Ni Iya nak tanya ni. Siapa kat depan tu ?"

Fiqri tersentak. Gelas yang sudah dibilas disangkut di rak pinggan."Razif lah. Kawan Iya kan ? Takkan Iya tak kenal."

Lagi buat jantung serasa mahu tertanggal dari tangkainya. Abang dia pun kenal Razif ? Lelaki tu ?

"Kawan Iya mesti Iya kenal. Dan macam mana abang boleh kenal ? Tu..Ayah sembang dia tu fuh bukan main rancak. Ayah kenal dia ke ?"

Fiqri yang mendengar tergelak kecil. "Iya merapu apa ni ? Razif kan kawan Iya. Ibu,ayah,abang. Semua kenal dia."

"Hah ?" Fiqri membetulkan tali leher maroon di lehernya. Wajah Faqira yang jelas dalam kebingungan menggelikan hati lelakinya. Namun kesuntukan masa menjejaskan niatnya yang mahu mengusik.

"Dah-dah. Abang dah lambat dah ni nak pergi KL. Nak jumpa pensyarah abang."

Faqira segera memintas langkah Fiqri yang mahu berlalu pergi. Tubuhnya ditilik dengan riak tak percaya."Wait. Abang hensem-hensem macam ni..Nak pergi jumpa pensyarah abang ?"

"Ye lah."

"Habis ?" Faqira menilik tubuhnya yang sudah lengkap berpakaian blouse bercorak bunga-bunga kecil. Bertudung bawal cotton senada dengannya. Hati tiba-tiba rasa ragu-ragu.

"Buat apa abang suruh Iya siap-siap ? Abang nak suruh Iya teman abang ke ?"

"Eh memang tak lah abang nak bawa Iya. Ni hal budak-budak kolej. Memanglah abang suruh Iya siap-siap. Tapi bukan keluar dengan abang."

" Dah tu ?"

"Dengan aku,Qira."

Faqira menoleh.

***

"Janganlah buat muka. Senyum sikit.."

Faqira mendecit. Pandangan tajam dilempar buat Razif yang sedang ber riak bersahaja. Seakan mengaku tidak bersalah. Lagi lah buat Faqira rasa mendidih. Rasa nak lempang-lempang je si Razif ni.

"Aku nak tanya kau ni."

Razif tersenyum halus. Punggung dilabuhkan di sebuah kerusi batu yang terletak berhampiran tasik. Faqira juga berbuat demikian tetapi jarak kedudukannya di hujung-hujung kerusi. Geram pun geram juga. Tapi kena duduk dulu. Lenguh pula kaki ni berdiri.

"Tanyalah.."

Faqira menarik nafas."Kenapa kau buat aku macam ni ? Macam mana kau tahu rumah aku ? Macam mana kau boleh kenal ayah aku ? Abang aku ? Family aku ? Kau siapa ? Kenapa ayah aku senang-senang je nak lepas kan aku keluar sedangkan aku dengan kau cuma kawan. Atau lebih tepat kawan baru. Selama ni,ayah aku memang tak izinkan aku keluar dengan mana-mana lelaki selain dia dan abang aku. Dan kenapa,ayah aku percaya kan kau ?"

Razif tertawa kecil. Terhibur dengan soalan Faqira. Tubuh dibawa bersandar selesa. Lewat ekor mata,Faqira kelihatan sangat cantik di matanya. Hari ini,detik ini. Adalah pertemuan pertama setelah bertahun-tahun lamanya berpisah.

"Jawapan dia simple."

"Dah tu ? Jawablah !" Faqira merengus geram. Awning tudungnya yang terlipat dibetulkan sekilas. Membara hatinya melihatkan respon Razif. Tersangatlah selamba dan seakan tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka.

"Semua soalan tu aku boleh bagi hanya satu jawapan."

"Kau-"

"Rose aku." Pandangan bersabung dengan panahan mata Razif. Pandangan penuh redup dan terdapat secebis emosi di situ. Mengharapkan si dia dapat menangkap isi hati lelakinya.

Faqira terdiam. Tubuh dipusing menghadap tasik. Tak betah mahu menatap lelaki itu lama-lama. Cukup panggilan itu membuatkan dia tergemap. Mahu sahaja dia membentak tetapi akal melarang. Akhirnya dia diam menelaah isi hati sendiri.

Tentang siapa 'Rose' yang dimaksudkan pada dirinya.

"Kenapa..Kau bawa aku ke sini ? Kita bukannya dating kan ?"

Razif menoleh bersama bibir tersungging senyuman nakal."Kalau aku declare macam mana ?"

"Okay aku nak balik." Faqira pintas bangun namun ditahan Razif. Punggung dipaksa duduk kembali seraya dengusan kecil dilepas. Orang tengah serius dia main-main pula.

"Aku gurau je. Jangan marah okay ?"

"Hmm.."

Razif tersenyum halus. Pandangannya dilarikan memandang sebatang pokok besar yang pada kulitnya terdapat ukiran nama. Membuatkan kenangan silam kembali menggamitnya supaya berlayar kembali ke memori manis. Dan akhirnya mengalami pengakhiran yang begitu menyedihkan.

"Tempat ni..Buat aku teringat dekat 'dia'." Ujarnya tenang dan berjaya membuat Faqira berpaling menghadapnya. Namun dia masih merenung ukiran nama yang terpahat di pokok redup itu dari jauh. Yang dia dapat yakin bahawa Faqira tidak dapat melihatnya.

"Siapa 'dia'?"

Bibir diketap kuat. Rasa sebak mula bertandang namun pantas diusir jauh. Penumbuk dikepal erat. Dengan nafas yang kedengaran sangat berat,membuatkan dia terimbau kembali kenangan dulu.

"Abang..Nak sikit."

Razif yang sedang mengunyah terhenti. Pandangannya melorot jatuh pada Faqira yang melemparkan reaksi comel. Dengan tangan melekap di perut.

"Kau nak apa ?"

Bibir Faqira dimuncungkan ke arah sebungkus roti gardenia ditangannya. Razif yang melihat melemparkan pandangan jelek. Rasa bengang apabila sesuka hati dia nak minta makanan orang.

"Ni aku punya. Kau pergi lah beli lain." Hujung roti dicubit lalu dimasuk ke dalam mulut tanpa sedikit rasa empati pada gadis kecil itu. Dia sememangnya tengah lapar. Nak berkongsi dengan orang ? Tak mungkin !

Faqira menunduk. Tubir mata terasa semakin panas. Tangan masih menekan-nekan perut. Terasa hati dia dengan perangai dia.

"Iya nak sikit..Perut Iya sakit." Rengek Faqira sambil tersedu-sedu kecil. Razif yang melihat mengeluh lalu gadis kecil itu dijeling tak puas hati. Pantas ditarik tubuh Faqira agar duduk rapat dengannya.

"Nah !" Secubit roti disua di bibir Faqira namun pantas tangannya dipegang. Menambah kerutan di dahi. Membuatkan dia semakin panasaran.

"Iya boleh makan sendiri."

Razif menayangkan wajah garangnya."Aku tengah lapar ni. Kalau bukan roti yang aku makan,kau yang aku telan. Kau nak ?!" Pantas Faqira menggeleng lalu menyambut suapan Razif sambil-sambil menyeka air matanya. Walaupun setakat makan roti sahaja yang sememangnya tak mengenyangkan,namun hanya itulah sumber rezeki untuk mereka berdua tika ini.

Razif diam sambil menyua secubit-secubit roti bergilir-gilir antara dia dan Faqira. Masing-masing tengah lapar. Terpaksa berjimat.

"Mana abang dapat duit beli roti ? Abang minta kat orang ?"

"Eii !" Razif mencubit pipi Faqira dengan geram. Panas hati dia dengar soalan Faqira."Roti ni aku beli guna duit aku lah. Bukan macam kau. Tak ada duit. Menyusahkan aku. Makan minta makanan aku. Aku yang patutnya kenyang dah terpaksa lapar balik sebab kau." Jelingnya dengan penuh rasa geram. Dah tak fikir dah pasal muka Faqira yang dah tercebik-cebik mahu menangis.

"Abang marah Iya ke ?"

"Kau rasa aku tengah gelak ke ?"

Faqira menunduk. Statik kepalanya bersandar di bahu Razif. Roti yang disua tak disambutnya. "Iya dah kenyang."

"Ambik lah. Nanti lapar aku juga yang susah kena cari makanan untuk kau."

"Tak apa lah abang makanlah." Razif yang mendengar terus menyambung makan. Tak ambil pusing dengan keadaan Faqira yang sememangnya kelihatan lesu. Namun dia kesah apa ?

Razif menjeling Faqira yang sedang bersandar di bahunya. "Kau tidur ke ?"
Faqira menggeleng."Iya takut nak tidur."

Razif mengangkat muka. Memerhati sekeliling sebelum kembali memandang Faqira."Nanti kita cari tempat teduh."

"Hmm.."

Suasana bertukar sepi. Masing-masing senyap melayan suasana yang kedengaran sayup-sayup bisingnya. Jauh di pinggir kota yang dia tidak pasti di mana keberadaan mereka. Yang penting dia mahu mereka selamat.

"Abang..Abang sayang Iya tak ?"

"Buat apa aku nak sayang kau." Balasnya tak berlapik. Nak sayang dia ? Faqira bukan adik dia pun. Buang masa !

"Tapi Iya sayang abang.."

"Kesah pula aku ?"

Faqira mengeluh kecil. Nafas ditarik dalam-dalam."Abang..Nanti kalau kita dah balik rumah. Abang ingat Iya tak ?"

"Kau ada rumah ke ?"

"Eeii abang ni ! " Telinga Razif ditarik mengundang tawa lelaki itu. Laju tangannya memaksa Faqira membetulkan posisi duduknya semula.

"Abang..Nanti kan..Kalau abang dengan Iya dah tak dapat sama-sama. Macam mana abang nak cari Iya nanti ?"

Hidung yang gatal digaru. Pandangan tertunak pada mata bundar Faqira. Walaupun gadis kecil ini kelihatan sungguh comel,tapi entah mengapa hati cuba menidakkannya.

"Buat apa aku nak cari kau ?"

Faqira mencebik." Takkan abang tak nak jumpa Iya lagi ?"

"Memang tak lah." Faqira mengeluh. Ingin sahaja dia menggigit lengan Razif. Biar dia rasa sakit setanding dengan rasa geramnya.

"Hmm.." Bebola mata diliarkan ke sekeliling sebelum matanya tertunak pada satu batang ranting yang agak tebal saiznya. Segera tangan kecilnya mengambil lalu dia bercangkung di sebelah Razif.

"Kau nak buat apa ?" Soal Razif melihat ranting di tangan kecil Faqira. Belum sempat akal mahu berfikir,kepalanya ditolak membuatkan dia terdorong ke hadapan.

"Aduh ! Kau tolak kepala aku kenapa ?!" Marahnya tak tertahan. Mamanya pernah pesan bahawa main kepala orang merupakan satu tindakan biadap. Hah samalah dengan si Faqira ni.

Ikutkan hati nakalnya,mahu sahaja dia sembur si Faqira ni. Biar dia tahu rasa sakit hati diperlakukan sebegitu. Namun dibatalkan saja niatnya yang satu itu apabila terpandangkan Faqira yang mengikis batang pokok.

"Kau gila eh ?"

"Mana ada !"

"Habis tu kau buat apa ?" Faqira menoleh. Bibir melakar senyuman lebar lalu ranting dihulur kepada Razif.

"Kau nak suruh aku sambung pula ke ? Eh memang tak lah."

"Bukan !" Tangan Razif ditarik memaksa dia menyambut ranting yang dihulur. "Iya tak pandai tulis. Abang kan pandai tulis. Iya nak abang tulis nama abang lepas tu nama Iya.

Razif mendekatkan diri di batang pokok. Layankan sahajalah kerenah budak kecil ni. Nanti tak layan kang susah pula. Satu kerja nak layan dia.

"Okay dah." Razif menepuk-nepuk tangan menghilangkan debu namun disambut dengan sorakan tepukan Faqira.

"Ajif dan Rose ? Siapa Ajif ?"

Jari telunjuk dibawa ke ukiran nama tersebut."Ajif tu aku."

"Rose ?"

"Kau lah."

"Nama kita Iya lah !"

Razif mencebik."Kau tu sesuai dengan Rose. Cepat layu."

"Abang !"

"She's special." Razif mengerling Faqira sekilas. Tak sedikit pun dia mahu berkongsi setiap kenangannya bersama wanita disebelahnya tika ini.

"Mana dia sekarang ? Takkan kau tak jumpa dia lagi ?"

Dush !

Bagaikan terima satu tamparan, berjaya membuatkan Razif tertunduk. Semangatnya merundum serta-merta. Semakin kuat kepalan ditangannya.

"Dia ada. Dekat dengan aku."

"Kenapa tak jumpa terus ?"

Keluhan berat meniti di bibir."Dia memang dekat. Tapi jauh. Sangat jauh."

Kalaulah Faqira tahu bahawa dia lah wanita yang dia cari selama ini. 'Rose' nya. Ingin sahaja dia lepas kan kata-kata itu. Namun bukan semudah petik jari dan mengharapkan hasil yang positif.

Ada kemungkinan juga dia akan dibenci.

"Aku sayang dia. Bila aku jumpa dia depan-depan. Tak sangka,dia tak ingat aku."

Sama ada Razif memerli atau benar dia memaksudkannya. Maka benarlah dia mahukan harapannya menjadi kenyataan. Dia mahukan Faqira kembali.

Faqira yang mendengar terdiam. Barangkali terbit rasa kasihan dengan lelaki di sebelahnya. Mungkin itu cinta pertama dia dengan 'perempuan' yang dia kata istimewa tadi. Terbit rasa empati dalam diri melihatkan pandangan redup Razif. Umpama memegang kata-kata 'pernantian suatu penyeksaan'.

"Tapi aku rasa mesti ada harapan kau nak dapatkan dia balik. Kau kena berusaha."

Razif tergemap. Hati meronta-ronta menahan seksa. Kata-kata Faqira berjaya menusuk lubuk hatinya yang paling dalam. Dan dia mengiyakan cadangan Faqira.

'Aku akan berusaha Faqira. Berusaha dapatkan 'Rose' aku semula.'

'Itu janji aku.'

***

Buku teks Perniagaan dibuka di hadapannya bersama dengan pen biru ditangan. Nafas dihela perlahan. Tumpuannya terhadap pelajaran cuba dipaksa namun semuanya sia-sia. Fikirannya kusut.

Gambar yang dilihatnya di aplikasi Instagram berjaya membuat hati wanitanya luruh. Terasa seakan dikhianati. Kecewa dengan sikap lelaki itu terhadap dirinya.

"Dah heboh weh satu sekolah. " Pen ditangannya digenggam sekuat hati.

"Luth tengah couple dengan Syifa sekarang. " Telinga ditekup sekuat hati bagaikan menghalang suara-suara itu menusuk masuk ke telinganya dan menghiris hatinya yang sememangnya sedang terluka. Air mata mengalir setitik.

"Baru dua hari lepas diorang declare."

" Weh Luth tu sweet gila sia !"

Hatinya meraung. Terluka dan tersangatlah membuatkan dia rasa down. Ini ke yang dia dapat untuk selama ni ? Ini ke tanda Luth sayangkan dia ?

"Kau penipu ! Lelaki tak guna !"

Prannggg !

Continue Reading

You'll Also Like

590K 37.1K 48
-Jangan menganggu hartanya kalau kau tak mahu terkena racunnya- .... KAHWIN dengan kawan baik sendiri? Itu bukan jadi masalah. Tapi...
575K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
323K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...
307K 11.4K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...