The Rose [ C ]

By minbrown_

324K 15.3K 606

Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripad... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
E P I L O G

Prolog

32K 796 44
By minbrown_

Just want you to know one click at the vote,you make me appreciate it.

Thank You.

**
P/s:ada part aisyah & luthfi muncul saffia act nama penuh (aisyah saffia) tak edit lagi

Bismillahirahmanirahim

***

"Saya nak awak rekodkan tarikh dan semua judul. Senarai ni hanya untuk pelajar yang hantar buku lengkap."

Pen biru dicapai. Faqira tersenyum. Perasaan teruja dan semangat mula menjelma. Waktu inilah yang dia nantikan. Bersedia menjalankan tugas !

"Err cikgu.." Faqira mengangkat muka memandang Cikgu Alia dan Amirul. Tapi pandangannya tertumpu pada Amirul. Mesti ada apa-apa ni. Tu tengok senyum-senyum tu.

"Ha kenapa Mirul ?" Mirul tersengih.

"Saya nak tolong Qira boleh cikgu ? Tolong tick kan ke tolong check satu-satu ke kalau ada buku koyak ke atau ada yang kurang ke.." Amirul mencipta alasan. Bibir tersungging senyuman palsu sambil mengerling Faqira dihadapannya. Dalam hati dia berdoa semoga dia tak ditugaskan kat belakang.

Stress !

"Eh kau. Ni biar aku buat sorang. Annysa dan Allysa ada."

"Dorang tengah cop buku."

"Dina ada."

"Dina tengah tulis tarikh." Dia menjegilkan mata. Lagak nak suruh Faqira tak terlalu banyak tanya. Diam-diam sudah lah !

Faqira tersenyum sinis. Cikgu Alia yang dari tadi menyusun kertas mengangkat muka. "Ye ke ? Habis buku-buku kat belakang tu siapa nak angkat letak atas almari ?"

"Entah kau." Sampuk Faqira. Amirul ni semua benda mengelat. Nuaim dengan Zahir yang dah berpeluh-peluh kat atas tu tak ada pula nak tolong.

"Ala cikgu..Nuaim dengan Zahir tu dah cukup dah nak settlekan."

"Tak boleh. Pergi siapkan sana. Nanti boleh makan sama-sama. Kejap lagi makanan sampai."

"Alaa cikgu.."

"Saya kata tak boleh. Saya tahu awak bukannya nak buat kerja. Awak sengaja nak duduk rapat-rapat dengan Faqira. Macam saya tak tahu perangai awak."

"Mana ada cikgu !" Geram Amirul. Tapi cukup buat dia tersentak kecil. Pedih kena tuduh sebegitu. Auch cikgu !

"Tak boleh. Dah pergi sana." Halau Cikgu Alia sambil berjalan pergi. Amirul mencebik sebelum mengalihkan pandangan memandang Faqira. Memancing perhatian agar dia dapat buat kerja senang dengan Faqira. Nak angkat buku kat belakang tu ?

Halamakk malas betul !

Faqira tertawa kecil."Dah pergi sana. Sengaja je nak mengelat."

"Diam lah kau."

Faqira kembali memandang kertasnya. Ada dua kertas di tangannya. Satu yang asal dan satu lagi yang copy. Kerja ni senang je. Hanya perlu tick kan dekat nama-nama pelajar yang dah hantar semua set buku dengan lengkap. Sebab nak masukkan dalam fail. Nanti akan ada semakan semula. Lagipun tak adalah banyak mana. Dalam 5 buah kelas je. Selebihnya yang dalam 13 buah kelas tu esok atau lusa baru siapkan.

Sedang asyik kusyuk membuat kerja. Tiba-tiba cahaya di hadapannya dihalang tubuh seseorang. Segera dia mengangkat muka sebelum disapa dengan satu set buku matapelajaran tingkatan 4. Kepala disenget sedikit memandang gerangan yang berdiri di hadapan mejanya. Atau lebih tepat di kaunter meja yang sedikit tinggi.

"Yes ?" Lelaki yang berpakaian kasual menghadiahkan senyuman. Keringat yang mengalir di dahi diseka.

"Nak hantar buku." Faqira mengangguk. Punggung diangkat sedikit lalu set buku yang dah lengkap diikat diletak di mejanya.

"Kelas dan nama?"

"Razif Zikry. Budak baru." Spontan kepala Faqira terangkat semula. Wajah lelaki itu dipandang. Patutlah macam tak pernah nampak je sebelum ni. Budak baru rupanya.

"Ouh.."Kertas kosong yang entah sejak bila terselit di bawah raga merah kecil ditarik. Dalam hati dia tersenyum nipis. Hensem juga budak ni.

"Hantar buku form 4 ambil buku form 5 ?" Soal Faqira inginkan kepastian. Manalah tahu dia dah dapat buku awal ke sebelum ke sekolah sini.

"Yup. Kalau ambik kau sekali pun boleh ?" Spontan Faqira terdongak. Kening terjongket sebelah. Rasanya nak je dia sembur si Razif ni. Tapi bila ternampak senyuman di bibirnya. Alahai...

Manis abe !

"Haha..Aku gurau je lah. Cepatlah. Aku nak pergi pejabat ni."

"Ha jap.Tapi,next year kelas apa ?"

"5 Efisien. Elektif Prinsip Perakaunan dan Perniagaan."

Faqira terdiam. "Eko tak ambil ?"

Razif tersenyum seraya menggeleng."Kat sekolah lama aku,aku tak ambil eko. So tahun depan nak start belajar rasa macam aku tahu aku tak boleh catch. So tak ada."

Faqira mengangguk mengerti. Subjek ekonomi bukannya senang. Tingkatan 4 pun tak silap dia macam susah je. Ada lah dengar senior spbt yang cerita pasal subjek tambahan. Dengar-dengar macam susah je. Lagi sebulan lebih dia nak naik form 4. Result PT3 dah dapat. Tak tahulah dapat kelas apa.

Jangan dapat addmath sudah !

Mati dia nanti.

Setelah nama dan kelas pelajar baru itu dicatit. Faqira mencari bayang Amirul. Nak tergelak dia tengok wajah cemberut lelaki itu. Eleh ! Susun buku je pun !

"Mirul ! Tolong aku jap."

"Kau nak apa ?" Faqira tersengih.

"Ambilkan satu set buku form 5. Elektif Akaun dan Perniagaan."

"Nak yang baru-baru sikit !" Celah Razif seraya menayangkan wajah tak bersalahnya.

Tak lama kemudian,buku yang diminta tiba. "Thank you." Ucap Faqira mesra. Amirul yang sedang mengunyah hanya mengangguk sebelum pergi panjat almari belakang. Jelas sekali diorang kelihatan penat. Tapi sekejap je tu..Lepas settle semua pasti bilik SPBT akan riuh seperti selalu.

Satu borang maklumat diletak diatas set buku tingkatan 5 sebelum ditolak ke arah pelajar baru itu. Faqira melemparkan senyuman nipis. Walaupun abang senior di hadapannya cukup menawan,tapi dicuba tepis perangai terujanya satu itu. Ni kalau Cikgu Alia tahu ni mahunya aku kena bebel.

"Borang ni aku nak kau isi. Lengkap dan tepat. Hantar semula dekat sini hari Isnin."

"Hantar direct kat kau tak apa kan ?"

Mata Faqira terjegil. Hidung dah kembang-kempis tahan geram. Kang aku jerit panggil Amirul kang tak pasal-pasal mamat ni kena ceramah free.

Mau ka?

Razif tertawa nipis."Haha chill lah rose. Buat kerja,aura kena positif. Barulah everything berjalan lancar. "

Faqira tersenyum dalam diam. Tiba-tiba rasa berbunga jumpa pelajar baru ni. Gaya dia yang tenang. Bibirnya yang tersenyum menawan.

Ya tuhan..

Dan dia panggil aku rose ?

"Isnin ni aku datang sini. Aku harapkan kau yang jaga kaunter ni. So,thanks." Buku ditangannya diangkat bersama senyuman mesra di bibir.

Senyumannya dibalas."By the way,tadi nak buku baru sangat kan ? Ni semua buku yang tak berapa nak baru sangat. Pastikan berbalut dan jaga elok-elok."

"Okay rose. " Susuk tubuh yang kira-kira dalam 170 cm tingginya itu yang berlalu pergi membuatkan Faqira terhenyak di atas kerusi. Tangan kembali mencapai pen bersama senyuman tak lekang dari bibir.

Senior tadi..

Satu pertemuan yang baik.

"Kau jangan nak mulakan perangai kau ye,Qira." Celah Aisyah sambil jarinya mencengkam bahu Faqira. Tergeleng-geleng kepala dia melihat adegan tadi. Faqira ni pun satu. Pantang dengan senior !

Faqira melemparkan sengihan lebar. Hujung baju sukan Aisyah ditarik-tarik. "Senior tu kan.."

"Kau jangan Qira."

"Dia panggil aku rose. Aaa..." Jeritnya perlahan sambil menyorokkan muka. Hatinya berbunga mekar. Terbayang-bayang senyuman Razif. Bagaikan ada aura yang penuh mesra disekeliling.

Membuatkan Faqira tersengih lebar. Amirul dan Nuaim yang menjadi pemerhati hanya menggeleng kepala. Masak dengan perangai leadernya.

***

"Eleh. Depan-depan 'kau-aku'. Belakang-belakang panggil abang Razif."

"Eh suka hati lah.". Tangan naik menopang dagu sambil mata terpanah pada susuk tubuh seseorang yang berdiri tidak jauh darinya. Razif kelihatan sedang sibuk membelek kertas.

"Rose.."


Bagaikan tahu-tahu dirinya diperhati,Razif mengangkat muka membuatkan pandangan mereka bersabung walau dari jarak jauh. Kaku Faqira dibuatnya.

Mahu alihkan pandangan. Dia tak bisa ! Bagaikan ada aura yang tersangat kuat melalui mata lelaki itu. Sedang asyik bersabung mata,pantas Razif menghadiahkan senyuman mesra. Tersekat nafas Faqira dibuatnya.

Dia..

Dengan senyuman.

Hanya untuk aku ?

***

"I stole 'U' from the alphabet,because U only belong to me."

"You stole 'M' and 'E' from the alphabet,because ME only belong to you."

"Wuuu !!"

"Pewiit !"

"Bersemut sia ! Siapa tumpahkan ayat manis ni!"

"Qira ni dalam diam eh !"

Faqira menuduk tersipu-sipu malu. Alahai dia ni pun ! Jujur sangat !

Susuk tinggi lampai Razif menyapa pandangannya dengan jelas. Semakin hampir sehingga berdiri bertentangan dengannya. Sesuatu di tangannya dibawa ke hadapan Faqira. Bersama senyuman manisnya.

"Dear my rose.." Ucapnya lembut disambut usikan nakal rakan-rakan Faqira mahupun Razif. Faqira pula dah berbahang habis ! Malu !

Faqira mendongak. Saling bertatapan mata dengan Razif. Ada getaran pada bibirnya melihat keikhlasan lelaki itu di matanya. Sedikit-sedikit membuat kepercayaannya semakin bertambah.

"Happy birthday rose..."

***

***

Continue Reading

You'll Also Like

2K 128 18
Dᴀʀιᴇʟ Lᴇᴀɴᴅʀᴇ X Eιғғᴇʟ Dᴀɴᴇᴇɴ Eiffel Daneen dengan teori novelnya tidak pernah berpisah. Bagaikan kuku dengan kulit. Namun, itu tidak menjadi masal...
151K 6.9K 57
Daim Al Waqeel Daneen Isabella One of the most charming love story I've ever written. Apa lah nasib si Daneen ni. Mohon kerja tapi tak tengok dulu s...
577K 23.9K 46
⋆ ˚。⋆୨୧˚ 2nd Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Pemergian ibubapa tercinta memberi kesan yang mendalam terhadap kanak-kanak lelaki yang baru berusia 10 tahun. SYE...
431K 30.6K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...