ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

Od WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... VΓ­ce

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 8
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 18

4.8K 246 21
Od WafaAriffin

MRS. DANISH
"no one sees what I see on you"

-✿-

BUNGA ros yang mekar cantik itu di sentuh lembut sebelum di hidu. Subhanallah, wangi! Diliarkan tangannya ke bunga lain pula bersama bibir yang tak henti menguntum senyuman manis. Senang melihat taman bunga yang di jaga rapi semakin hari semakin tumbuh cantik.

Cantik macam dia. Hikss..

Dia

Selang beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta berderum perlahan masuk ke perkarangan rumah villa itu.

Tengku Seri terus berpusing ke arah halaman rumah. Dia kenal kereta itu. Tengku Danish yang baru saja keluar dari pertu kereta terus menghampiri bonda tercinta. Tangan Tengku Seri di salam dan di cium lembut.

Tengku Seri tersenyum lagi.

"Awal along balik? Tak busy harini?" soal Tengku Seri. Tengku Danish tersengih kecil sebelum menggelengkan kepalanya.

"Tak busy pun harini, tapi kejap lagi along masuk pejabat balik. Along balik sekejap nak bagitau ummi something je" ujar Tengku Danish. Tengku Seri memandang anaknya pelik.

"Nak bagitau something? Apa dia?" Tanya Tengku Seri pelik. Tengku Danish melihat ummi yang sedikit berpeluh itu. Sekarang sudah masuk waktu tengah hari, memang panas lah cerita dia kalau duduk dekat luar ni. Dia menarik lengan umminya lembut mengajak untuk menyambung perbualan mereka di balkoni. Langkah diatur ke arah kerusi batu sebelum mereka duduk secara menghadap antara satu sama lain.

"Hah along nak bagitau apa dekat ummi?" Tanya Tengku Seri lagi. Dahinya semakin berkerut melihat sengihan anak sulungnya itu. Aii.. lain macam perangai anak dia harini. Pagi tadi rasanya okey je. Mana perginya anak beku dia ni? Ni anak orang lain ke? Asal rupa sama?

"Ummi, malam ni along ingat nak bawak Aaira ke rumah–" Terangkat kedua bahunya apabila Tengku  Seri menepuk meja batu secara tiba-tiba. Kuat woi!

Tengku Danish terdiam. Kenapa?

"Bertuah punya budak. Kenapa tak bagitau ummi awal-awal? Tengah hari baru nak cakap" bebel Tengku Seri geram. Kepala digeleng perlahan melihat senyuman bersalah anaknya itu sebelum lambat-lambat bibirnya melorek senyuman manis.

Teringat kembali permintaan anaknya haritu. Ingat tak? Waktu dia balut luka jahitan Tengku Danish. Kan dia ada beritahu something. Haa.. itulah something dia.

Gembira hatinya apabila anak sulungnya itu mengeluarkan hasratnya untuk berumah tangga. Lebih-lebih lagi gadis yang bernama Aaira itu yang menjadi pilihan hati Tengku Danish. Sesungguhnya dia memang sudah jatuh sayang pada gadis itu. Lemah lembut dan sopan orangnya. Cantik pula tu. Comel lagi.

"Eyy.. tak sabarnya ummi nak jumpa dia" ujar Tengku Seri teruja. Kedua tapak tangan dilekapkan pada kedua belah pipi sambil kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan.

Tengku Danish menggelengkan kepalanya. Sudah tahu mana adik kembarnya dapat perangai gedik terlebih mereka itu. Daripada Tengku Seri lah. Setiap kali dia balik lewat petang, mesti nampak ummi menggedik mahu bermanja dengan abah di ruang tamu. Meskipun tak dilayan Tengku Farid.

Tsk.. isteri tersakiti.

Apa-apa pun Tengku Danish bersyukur dapat peluang untuk hidup dengan keluarga kandungnya. Mengingatkan Aaira yang hidup sebatang kara, membuatkan dia berasa sedikit simpati.

"Tengku Fahriel Danish!"

Tersentak dia apabila Tengku Seri sudah menampar permukaan meja dengan kuat. Membulat matanya melihat Tengku Seri. Tanpa sedar, tangannya sudah melekap ke dada menahan rasa terkejut. Mujur tak melatah.

"Ummi, meja batu ni kan. Sakit tangan ummi nanti. Terkejut along dibuatnya" tegur Tengku Danish perlahan. Tengku Seri mencebikkan bibirnya.

Ehh.. sebijik la macam si kembar. Betul la budak dua ketul tu adik kandung dia. Sebelum ni dia fikirkan anak kutip.

"Ummi panggil banyak kali tak dengar jugak kenapa? Haa.. along teringatkan bakal menantu ummi ye" usik Tengku Seri sambil menggoyangkan jari telunjuknya. Tengku Danish mengherotkan bibirnya sedikit.

"Mana ada lah mi"

"Apa mi mi?!" Tegur Tengku Seri kuat. Tengku Danish terundur ke belakang sedikit apabila si sergah begitu. Terus dibetulkan cara panggilannya tadi. Tengku Seri menjeling anak sulungnya sebelum tersenyum semula. Berkerut dahi Tengku Danish melihatnya.

"Yang ummi senyum-senyum tu kenapa? Ummi gila k–"

Lantas baju si anak ditampar kuat. Hilang sudah senyumannya tadi. Digantikan dengan wajah geram. Tengku Danish tersengih tak bersalah.

"Sampai hati cakap ummi gila ye" rajuk Tengku Seri. Tengku Danish menggaru belakang kepalanya.

"Ummi jangan la merajuk. Angah mana? Kembar?" soal Tengku Danish terus. Tak mahu melayan rajuk umminya itu. Dia memang tak reti bab memujuk ni. Malu plus malas.

"Angah pergi keluar lepak katanya. Si kembar ada dekat bilik diorang. Pukul 10 tadi ummi tengok tengah tidur lagi. Sekarang tak tau dah bangun ke belum" balas Tengku Seri. Biasalah budak dua ketul tu, tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak bangun.

"Along nak suruh angah masuk kerja dekat syarikat along dulu. Nak ajar semua selok belok syarikat, bagi dia biasakan diri" ujar Tengku Danish senada.

"Jangan sampai angah tu busy macam kamu sudahlah. Sampai lewat petang kat pejabat tak ingat nak balik" perli Tengku Seri. Tegak terus tubuh Tengku Danish mendengarnya sebelum cepat-cepat dia bangun meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Datin Seri tersenyum senget. Terasa la tuu..

-✿-

SYIRA membulatkan matanya melihat Aaira. Telinga dia tak salah dengarkan tadi? Tengku Danish ajak kawan comel dia ni kahwin? Woahh.. Cepat-cepat dia rapatkan tubuhnya dengan Aaira yang sedang menyusun buku itu.

"Serius lah dia ajak kahwin?" Tanya Syira, meminta kepastian. Disenggol bahu kecil gadis itu.

"Iyee" balas Aaira perlahan. Tangannya masih bergerak membuat kerja. Sekarang baru tengah hari, jadi pelanggan tak ramai sangat. Boleh lah santai-santai sikit.

"Kau tak cite pun malam tadi" ujar Syira dengan bibir memuncung ke depan memandang gadis itu.

"Malam tadi kau dah membongkang tidur, celah mana aku nak cerita dekat kau" perli Aaira perlahan tanpa melihat ke wajah kawannya itu. Syira terus tersengih. Lupa pula dia tidur awal malam tadi. Terlupa nak tunggu Aaira balik.

"Tapi pagi tadi kan boleh cerita" Aaira mendengus kuat. Terus dia berpusing menghadap Syira.

"Nasyiera Heidi, pagi tadi kita bangun lambat tau. Datang kerja pun terkejar-kejar. Lepastu terus kena buat kerja, bila aku nak ceritanya? Harap je kau tidur awal, tapi tetap bangun lambat" perli Aaira lagi sambil menayangkan senyuman mengejek kepada Syira yang sudah tersengih kambing.

Syira menggigit bibir. Aloo.. bukan salah dia pun. Alarm yang tak kejutkan dia pagi tadi. Jadi, sila salahkan alarm telefon dia ye!

"Habistu?" Tanya Syira. Aaira mengerutkan dahinya.

"Habistu apa pulak?" Tanya Aaira pula. Syira menyengetkan bibirnya.

"Tengku ajak kau kahwin, lepastu??" Tanya Syira dengan lebih jelas. Aaira menjatuhkan kepala.

"Lepastu.. dia ajak aku jumpa family dia malam nanti"

"Woah.. really? Malam ni jugak?" tanya Syira dengan nada teruja. Aaira menganggukkan kepala, mengiyakan. Syira tersenyum lebar. Sheshh.. dia pula yang excited terlebih.

"So.. malam ni bagi aku dandan kau pulak eh?" Pinta Syira sambil menggoyangkan lengan kecil Aaira sekali gus menyedarkan gadis itu. Terus terhenti pergerakan tangannya. Wajah Syira disebelahnya dipandang.

Syira mengangkat kedua belah keningnya. Turut membalas pandangan mata kawannya itu.

"Weyhh.. aku nak pakai baju apa do malam ni" tutur Aaira perlahan. Bila difikirkan balik, baju dia semua biasa-biasa saja. Paling cantik pun dress yang Tengku Danish belikan itu. Tapi dia sudah pakai malam tadi, takkan nak pakai lagi malam ni.

Macam mana? Readers tak nak pinjamkan baju?

Syira menyengetkan bibirnya sedikit sambil berfikir. Dia cuba ingat semula semua baju yang ada dalam almari baju di rumah. Rasanya dia ada satu baju yang sudah tak muat untuk dia pakai, tapi mungkin muat untuk Aaira.

"Ermm.. takpe takpe. Balik nanti, kau tolong aku geledah almari baju aku. Kita cari and pilih mana yang sesuai untuk kau" ujar Syira tenang. Aaira senyap buat seketika.

"Kau nak pinjamkan baju kau ke?" Tanya Aaira perlahan. Wajahnya berkerut sedikit. Ada ke yang muat untuk dia? Tak ada lah nak cakap tak muat, tubuh badan Syira bukannya gemuk pun. Kurus saja, lebih kurang seperti tubuh badannya. Cuma apa yang dia maksudkan adalah ketinggian mereka.

Bayangkan kalau Syira bagi dia baju yang labuh, bila dia sarungkan ke badannya mesti akan lebih labuh. Ada yang dia jadi tukang mop lantai rumah tak bergaji pula.

"Haah.. rasanya ada yang muat untuk kau" balas Syira  sambil membelek-belek buku di tangan. Aaira menjatuhkan kepala. Ikut sajalah. Takkan nak beli lagi pula kan. Lagipun dia tengah menyimpan sekarang ni.

Ada bagusnya jugak kalau dia pinjam. Nak pakai untuk malam ni saja kan.

Entah kenapa dia tiba-tiba terfikir kalau keluarga Tengku Danish tak terima kehadiran pada malam ini. Dia kena halau ke nanti? Tapi takkan lah. Mesti Tengku Danish dah beritahu keluarga dia dulu kan. Lepastu kslau keluarga dia tak terima, mesti Tengku Danish akan beritahu dia awal-awal.

Tapi lelaki tu senyap je. Maksud dia macam mana tu? Dia kena tanya lelaki tu ke yang malam ni jadi ke tidak? Kena call? Mesej? 

Ishh tanak lahh...

Mesti ada kembar kan nanti. Tak sabar pula nak jumpa diorang. Agak-agaknya apelah reaksi budak-budak tu bila dia datang nanti.

Gembira? Takkan lah diorang suka dapat kakak ipar macam dia ni. Aaira ni cokia cokia punya orang je wakk.

Harta pun tak ada, tapi rupa tu ada lah.

"Dah la woii.. kau berangan apa lagi? Berangan pergi honeymoon dengan tengku ke?" Usik Syira bersama bibir yang menyenget nakal.

"Banyak la kau! Dah lah, jom pergi belakang" dalih Aaira dengan nada perlahan sebelum mengatur langkah melepasi kawannya itu. Tersenyum-senyum. Nak menyakat orang je kerja dia.

Puk kang!

-✿-

MELLYSA termenung melihat makanan yang terhidang di hadapannya. Langsung tidak menaikkan selera. Sedangkan perutnya sudah berdendang lapar minta diisi. Haih.. malas betul nak suap makanan tu. Nak kunyah pun terasa malas.

Auni yang perasan dengan tingkah pelik Mel itu terus menyiku sisi tubuh Wiena yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut . Wiena menoleh ke arah Auni dengan mulut penuh tak henti mengunyah.

Tak senonoh punya budak. Makan sikit-sikit tak boleh ke? Wiena ni kalau dah dapat makanan dia memang tak toleh kiri kanan dah. Agaknya kalau kedai di terbakar sekali pun, makanan tu yang dia selamatkan dulu. Member tinggal belakang.

Ish ish ish..

Wiena menjongketkan sebelah keningnya. Auni memuncungkan bibir ke arah Mellysa yang masih termenung. Kunyahan Wiena terhenti. Turut berasa pelik dengan kawannya itu. Pandang saja nasi ayam tu, tak nak makan ke? Kalau tak nak bagi je lah dia habiskan.

Auni terus membuat muka apabila melihat Wiena hanya tenung pada pinggan Mellysa. Dasar..

Beberapa saat kemudian, Auni ambil keputusan untuk menyedarkan gadis itu. Jarinya di ketuk sedikit kuat tetapi gadis itu masih diam seperti tadi. Terus dia menepuk permukaan meja di hadapan Mellysa. Serta merta Mel mengangkat wajahnya.

"Apa?"

"Kau dah kenapa tengok je nasi tu. Makan lah" tegur Auni bersama kerutan di dahi. Wiena mengangguk laju.

"Makan lah. Sedap tu, kalau tak nak bagilah aku" Mellysa melepaskan nafas panjang sebelum tangannya menolak pinggan itu merapat ke pinggan Wiena. Mengizinkan gadis itu menghabiskan makanannya. Tak selera dia mahu makan.

Wiena memandang lama ke arah Mellysa yang sudah menongkat sisi kepala memandang ke luar kedai makan. Kemudian pandangannya dialihkan ke wajah Auni pula. Dari ekor mata, Auni kerling ke arah Wiena. Kedua belah bahu dijongketkan.

Tak tahu apa masalah yang Mellysa melanda di fikiran gadis itu. Wiena memberi isyarat mata menyuruhnya menegur lagi. Sedikit rasa risau yang bermain di fikiran apabila melihat gadis itu lebih banyak berdiam sejak tadi.

Auni berdehem sedikit.

"Mel.."

"Hmm" Mellysa menggumam perlahan. Mata masih meliar ke luar kedai.

"Kau kenapa? Senyap je dari tadi. Dah bisu ke?" Tanpa amaran, tapak tangan Wiena terus bertapak pada bahu Auni. Dah tau budak tu macam moody, janganlah cakap macam tu.

Auni mencebikkan bibirnya sambil mengusap bekas tamparan tadi. Sedang mereka saling berbalas jelingan. Tiba-tiba Mellysa pusingkan kepalanya mengejut menghadap mereka.

"Pahal kau ni?" Tanya Wiena pelik.

"Ayah aku" Pendek Mellysa membalas. Tersenyap Auni dan Wiena di situ.

"Kenapa? Ayah kau mintak duit lagi ke?" Tanya Auni senada. Setelah itu dia mengeluh perlahan selepas melihat anggukan daripada Mellysa itu.

Orang tua tu. Tak habis-habis menyusahkan orang.

"Haishh.. ayah kau tu dah kenapa? Suruh kerja tak nak. Tau nak menghabiskan duit anak je" bebel Auni. Wiena mengangguk setuju. Sempat dia tukarkan pinggannya yang sudah kosong dengan pinggan Mellysa tadi. Kesian nasi tu tak berusik daripada tadi.

Sadsod nasi tu menangis.

"Tak tau lah wey, aku nak lari pun tak boleh. Tu ayah aku juga, bukan orang lain" tutur Mellysa perlahan.

"Lari je lah. Orang tua tu dah tak ada rupa manusia dah" Kata Auni selepas itu. Wiena menyiku lengan Auni. Mulut tu, terasa juga Mel tu nanti.

Mellysa hanya diam tak membalas. Apa yang Auni cakapkan itu benar. Tak dapat nak sangkalkan lagi ayahnya itu semakin hari semakin teruk. Berjudi sana sini. Jual beli dadah. Puas dia menegur tetapi hanya tengkingan saja yang dia dapat.

Sebolehnya dia mahu sembunyikan perkara ini daripada diketahui oleh Asyraff. Dia tak mahu ayahnya ditangkap polis walaupun sudah berdesing telinga menerima bebelan Nara, Auni dan Wiena.

Memang dia rimas dengan ayahnya itu tetapi apa yang dia mampu buat? Hanya lelaki itu sahaja keluarga yang dia ada di dunia ini.

Ya Allah, dia masih mahukan curahan kasih sayang daripada ayahnya itu. Hanya secebis saja pun sudah memadai. Cukup untuk dijadikan bekalan rindu sebelum malaikat maut datang menjemput salah satu daripada mereka.

Apa yang dia nak selama ini hanyalah kebebasan. Bagaimana perasaan bebasnya seorang anak yang mempunyai keluarga yang lengkap dan bahagia. Hanya itu yang dia mahukan.

Dia yakin Allah ada dengannya. Jadi, tolong berikan dia kebebasan untuk merasai kebahagian.

Hanya itu.

-✿-
MRS. DANISH
Wafa Ariffin
-✿-

ෆ Do vote and comment ෆ

Thanks for reading ♡

Pokračovat ve čtení

Mohlo by se ti lΓ­bit

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
27.3K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
1.8M 61.5K 47
1st story β™₯️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
148K 13.2K 58
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...