[C] Free Topup ♡JJK

By snowflwr

300K 40K 2.4K

Unknown number yang baik hati nak sedekah topup secara percuma. Kau nak? Aku nak! Woi topup free kot. Siapa y... More

prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
Ending?
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
TRAILER
077
078
079
080
081
082
Makluman
083 : Final (1)
084 : Final (2)

066

1.9K 263 31
By snowflwr


"Pst. Kyung. Weh bangunlah."

Aku mengerutkan dahi. Cuitan dibahu semakin lama semakin mengganas. Kacau sungguh.

"Nak apa jin yang dilaknat?"

Tanya aku malas. Serta-merta cuitan tadi berubah menjadi cubitan. Haih budak ni. Siot nau perangai.

"Teman aku pergi shishi pleaseee?"

Ajak Nana. Terus aku garu leher yang gatal dengan kasar. Maroh ni maroh. Tak ada time lain ke dia nak shishi?

For god sake doh, sekarang pukul 4:45am. Kau nak ngajak aku pergi redah hutan cari tandas awam—

Oh memang tak lah. Waktu tidur aku berharga yalls.

"Pergi ajak Temah teman kau."

Sebab aku sayang masa tidur aku, terpaksa (dengan rela hatinya) aku petik nama Jung Temah yang juga satu khemah dengan kami.

"Em tapi dia tengah tidur."

Suara Nana kendur. Terus mood aku jadi macam ombak tsunami yang mengganas.

"Kau fikir tadi aku tengah training nak mampus ke?"

Soal aku dan Nana hanya tersengih kekok. Aih budak ni. Ada juga yang makan pelempang jam 4:50am ni.

"Alaaa please lah. Dah hujung-hujung dah ni."

Bentak Nana. Eyy dia ni. Kecik besar je aku tengok. Terus aku rembat lampu suluh ditangannya dengan ganas.

"Jom ah!"

Ajak aku kasar. Eyyy gerammm! Dia nak tencing, kita yang susah. Sila pupus.

• • •

Jungkook berjaga diluar tandas. Menunggu Mingyu selesai melepas hajat. Sambil tunggu, tangannya gatal nak menyuluh sekeliling.

Dan ketika itulah, dia terlihat dua lembaga sedang menuju kearahnya. Dari jauh lagi dah boleh dengar bebelan dari Sekyung.

Automatik bibirnya tersungging satu senyuman kecil. Dari duduk, kini dia sudah berdiri tegak. Menanti dua gadis itu mendekat.

"Dah cakap dah, takdir tak pernah salah. Kalau dah jodoh tu, pagi-pagi buta pun boleh berjumpa even depan tandas je."

Jungkook bicara sendiri. Macamlah budak Sekyung tu dengar.

Brak! (sound effect level dak-dak tadika)

"EYYY SEMUA NAK BUAT MOOD AKU MELIAR NI PAHAL?!"

Tengkingan Sekyung mematikan sengihan Jungkook. Laju langkahnya diatur menuju ke arah Sekyung yang sudah tersembam ke tanah.

Tersadung dahan pokok. Hah tepuk!

"Ya tuhan Sekyungggg! Kau pahal doh? Punya besaq dahan tu boleh pi langgar gitu je?"

Nana dah menepuk dahi. Sewel layan perangai bebal Sekyung. Dekut eah kau. Taknak simpan bebal tu dekat anak cucu cicit sikit ke?

"Diam ah. Buku lali aku pedih siuttt."

Sekyung mendesis pedih. Lampu suluh dihala kearah buku lali kanannya. Darah. Serta-merta Nana menekup mulut.

"Wehhh ampunnn. Ini semua salah aku. Kalau bukan sebab aku nak tencing, mesti semua ni tak jadi. Kau takkan luka gini. Maafkan aku Kyunggg. Aku bukan sahabat yang baik. Ampun ampun!"

Nana mula mental. Cuak dia tengok darah yang masih mengalir di buku lali Sekyung.

"Diam hanat. Rilek lah. Aku ok je kot. Sikit je pun."

Bibir Sekyung terjuih. Dia nak tunjuk yang dia betul-betul ok. Oh tidak— dia bohonggg!
  
  
Air mata pantas mengalir dipelupuk mata. Menitis di pipi dan seterusnya Sekyung meraung dan pukul badan Nana tak henti-henti.

Buku lali dia sakit yang teramat. Rasa macam nak give up. Dia taknak hidup lagi. Letih tahan sakit. Biar dia pergi dengan tenang. Akhiri penderitaan Sekyung. Dan fanfic ni akan ditamatkan dengan carutan dari para readers. Uhuk!

"Meraung macam budak kecik. Sini aku tengokkan kaki kau."

Dengan muka tembok, Jungkook bersila dihadapan Sekyung. Lembut tangannya menarik kaki Sekyung keatas ribaannya.

Dari meraung, kini Sekyung terkebil-kebil memandang Jungkook.

"Oemgeee iblis mana yang menyerupai jebon ni?!"

Nana mengundur beberapa tapak. Tangannya cuba menggapai lengan Sekyung dari jauh. Ajak melarikan diri.

Bebal dia pun 2 kali 5 macam Sekyung juga. Tu boleh jadi bestpreng tu.

"Iblis kau iblis. Aku Jungkook. Tadi aku temankan Gyu pergi tandas."

Bidas Jungkook sambil ralit membalut kaki Sekyung dengan bandana yang sentiasa ada dipoketnya. Nana tergelak kecil. Hala hala salah tafsir pula antara Jungkook dan iblis.

Macam sama je dedua em.

Tambah satu lagi ciri Nana, dia bukan sahaja bebal namun turut buta ya?

"Jom aku dukung kau balik tapak kem. Naik belakang aku cepat."

Jungkook bercangkung dihadapan Sekyung. Menanti gadis itu naik dibelakangnya.

"Eyyy kau gila apa? Taknak!"

Macam biasa, kalau tak jual mahal— bukan Ahn Sekyung namanya. Jungkook menghela nafas berat.

"Jangan degil."

Pinta Jungkook. Sekyung jeling arah lain. Dia ingat dia lawo lah tu. Dasar comot tak sedar diri. Tambah bebal, jual mahal namampos. Pi mati.

Em senang wa nak habiskan fanfic ni. Biar Jungkook together-gether dengan wa je senang.

Pi mati part two. HAHAHAHAHA talawak k.

"Taknakkkkk. Jangan pak— omak!"

Tubuh Sekyung terus dicempung oleh Jungkook. Tunggu minah tu rela hati naik belakang dia, sampai bila-bila tak adanya minah tu rela. Sekyung dan jual mahal berpisah teda. Sekian.

"Weh kau buat apa siot?!"

Tengking Sekyung. Sedaya-upaya dia tahan jantung dari berdetak sakan. Bauan maskulin dari tubuh Jungkook buat dia gelisah.

"Tengah tolong budak degil nak mati."

Jawab Jungkook slamber. Sekyung rasa macam nak lempang-lempang je muka Jungkook.

"Wuuu baru je lepas hajat, buka je pintu dah nampak k-drama free. Dah la free, offline pula tu. Berbaloi aku memerut dalam jamban tu lama-lama."

Mingyu muncul sambil tersengih lebar. Menyakat pasangan kurang gula lebih asam dihadapannya. Nana dah melekek gelak.

"Hafhgaagajajajafjaja—"

Sekyung mencarut dalam pelbagai bahasa. Bengang disakat sebegitu.

"Abaikan dua monyet belakang tu. Aku nak kau selesa dengan aku. Rilek je."

Jungkook bersuara tenang. Kedudukan tangannya yang mencempung tubuh Sekyung dibetulkan sedikit.

"Peluk leher aku."

Arah Jungkook. Membulat mata Sekyung. Laju dia menggeleng dengan riak jijik.

Kumain minah ni. Ada juga Jungkook lempar masuk semak kang.

"Degil je la kerja kau. Aku campak kang."

Rungut Jungkook. Dia berura-ura mahu melempar Sekyung dan secara automatik, tangan Sekyung dikalung erat pada leher Jungkook.

Muka mereka rapat. Dapat rasa hembusan nafas masing-masing menampar pipi yang mula memerah. Dada juga saling berdetak sakan. Anak mata saling bertatapan.

"Weh. Kau inesen lagi. Tutup mata."

Nana lekapkan tapak tangan pada mata Mingyu. Sengal tak habis. Mingyu macam nak pelangkung je kepala Nana. Biar bergegar sikit otak. Mana tahu lepas tu dapat berfungsi dengan baik? Kita kena usaha ye dok?

Mingyu tarik nafas panjang dan—

Tangannya naik melibas belakang kepala Nana sampai minah tu terdorong kedepan. Serta-merta tangannya terlepas dari menutup mata Mingyu.

"YAAA KIM MINGYU! WANNA FITE HUH?!"

Jerit Nana geram dan automatik tamatkan sesi bertatapan mata antara Jungkook dan Sekyung.

Macam tersampuk, terus terdiam dan berdehem perlahan. Sekyung telan liur dan pejam mata erat. Kalungan tangannya juga dilonggarka sedikit dari leher Jungkook. Maluuu!

Jungkook lirik wajah Sekyung sekilas. Dia tersenyum kecil. Detakan dadanya masih berdegup laju sehingga Sekyung pun dapat dengar. Memandangkan telinga Sekyung betul-betul berada di dada Jungkook.

"Kau buat aku tak tenang Kyung. Serius aku cakap, aku makin suka kau."

Gumam Jungkook perlahan. Sekyung hanya diam sahaja. Bukan dia tak dengar, setiap butir perkataan tu masuk dalam telinga dia. Cuma dia terlampau segan untuk membalas.

'Jahanam punya jebon.'

Rungut Sekyung dalam hati. Dadanya berdetak sakan. Dia akur yang dia semakin jatuh dalam diri Jungkook. Namun ego lebih menguasai.

Ya dengan itu, sila ninggal.

• • •

8.30am

Jimin tergesa-gesa menyarung kasutnya. Dia sudah terlambat ke kelas. Kes jam loceng habis bateri punya pasal.

Jam loceng noob!

"Awak jap!"

Seseorang menahan lengan Jimin. Serta-merta Jimin menghentikan lariannya. Terpaksa dia pandang gerangan yang semakin melambatkan dia.

Yujin.

"Jungkook tak ada. Nanti datang lagi!"

Ujar Jimin cepat-cepat. Dah la orang dah lambat, kau nak main tahan-tahan lengan bagai. Eyy siku kang—

"Saya nak tahu sesuatu pasal dia. Tak jumpa dia pun tak apa. Nanti-nanti pun boleh jumpa dia. Sekarang, saya nak bercakap dengan awak dulu. Cerita pasal Jungkook dekat saya boleh?"

Pinta Yujin. Tangannya masih menggenggam lengan Jimin. Jimin kerutkan dahinya.

'Mental aa minah ni aduuu.'

Jimin mula mengutuk dalam hati.

"Tak boleh. Saya nak cepat ni."

Ujar Jimin masih cuba menjaga percakapannya. Yujin geleng perlahan.

"Please awak?"

Pinta Yujin. Jimin guling mata. Dalam hati semakin rancak mengutuk gadis dihadapannya. Nampak je cantik tapi tak faham bahasa.

"Dik, habang dah lambat ke kelas ni dik. Dah la masa pertama pensyarah botak tu masuk. Dia tu angin taufan ribut semua ada dik. Sewel sikit dia tu. Habang takmau ada hal dengan dia. Habang blah dulu ya dik? Nanti adik datang lagi kita bual bual lagi ok? Bye dik."

Selesai. Jimin menarik lengannya dari genggaman Yujin dan berdesup laju kearah motonya. Helmet dipakai ala kadar dan enjin moto dihidupkan dengan ganas.

Vroom vroom vroommmm!

Maka, bermulalah kehidupan Jimin si rempit mengejar waktu yang kian singkat. Terbayang wajah pensyarah botak yang ketat. Fuh— makin bernafsu Jimin memulas gear.

Kecut perut jadinya bila jarum jam ditangan berdetik bagai sengaja menakut-nakutkan dia.

"Mampos Min Mamposss!"

Getus Jimin tak senang. Semoga tuah menyebelahi si Jeman. Good luck!

• • •

Bersambungggg!

  

Chapter ni ditaip secara rushing sebab sis tengah banyak idea. Lalala bohong je kau em. Tak ada lah— actually rushing sebab nak cepat hapdettt. Dan nak cepat-cepat habiskan fanfic ni. Hahahaaahaahahaha byeeeee ❤❤❤

Continue Reading

You'll Also Like

2.2K 1.2K 13
+ he's looking at me.. he's has no face. p/s : penulis tidak menyarankan anda untuk membaca karya ini sekian makan serai. © ssawvaend storyline
8.7K 1.3K 22
[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath
20.2K 1.8K 20
"aku nak kau jugak , tak ada orang lain" start : 060419 end : 051019
794 98 20
Apa perasaan kau bila buka mata je, terus nampak muka musuh kau sedang tidur nyenyak sebelah kau. Tak cukup dengan itu, korang dah ada anak umur lima...