[C] Free Topup ♡JJK

بواسطة snowflwr

300K 40K 2.4K

Unknown number yang baik hati nak sedekah topup secara percuma. Kau nak? Aku nak! Woi topup free kot. Siapa y... المزيد

prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
041
Ending?
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
060
061
062
063
064
065
066
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
TRAILER
077
078
079
080
081
082
Makluman
083 : Final (1)
084 : Final (2)

059

2.1K 289 6
بواسطة snowflwr


Nota menyemak: Chapter ni agak hambar. Maafkan saya. Ini je yang mampu saya bagi.

•••

Anda masih ingat Kim Yujin? Mustahil tak ingat. Watak Yujin lah yang korang dok tertanya-tanya siapa dia sebenarnya kan?

Sekarang dia sudah berada di Seoul. Tubuhnya dibaringkan diatas katil hotel. Lenguh rasanya drive dari Busan ke Seoul.

Dia datang Seoul sebab nak berjumpa dengan Jungkook je. Dia dapat tahu tentang keberadaan Jungkook pun sebab Puan Jeon sendiri. Baru beberapa hari lepas dia berjumpa dengan Puan Jeon, sembang punya sembang akhirnya Puan Jeon bagitahu jugak apa yang berlaku pada Jungkook dua tahun lepas. Sewaktu Yujin berpindah ke Amerika.

"Jungkook jadi pendiam lepas Yujin tinggal dekat Amerika. Dia dah tak banyak cakap macam dulu. Mama pun tak tahu nak buat apa. Sampailah dia dapat surat tawaran sambung belajar di Universiti Seoul. Nasib baik dia nak pergi. Lega jugaklah mama."

Itu cerita Puan Jeon mengenai Jungkook. Yujin gigit bibir bawahnya perlahan. Hatinya dipagut rasa bersalah. Serba-salah tinggalkan lelaki itu.

"Tak lama lagi saya akan berjumpa dengan awak Jungkook. Masa tu saya harap awak tak lari dari berjumpa dengan saya."

Keluh Yujin. Dia menyebak rambutnya kebelakang. Boleh nampak bayangan Jungkook senyum, ketawa— tapi malangnya itu semua hanya kenangan.

Rinduuuu.

•••

Bang!

Itu bunyi sepakan padu aku pada pintu bilik air. Bukan bunyi tembakan pistol ya. Tengah berangin sebenarnya ni. Tunggu angin ni jadi angin taufan je. Bila dah jadi angin taufan, mahu roboh pintu bilik air ni aku buat.

"KAU MAMPOS KE DALAM TU JAE?!"

Aku sepak lagi pintu bilik air. Gerammm! Kau bayangkan dah setengah jam dia dalam bilik air tu. Aku tak tahu lah dia mandi ke dah tenggelam dalam laut pasifik. Sumpah lama gila!

"WOH JAEHYUNNNN!"

Jerit aku lagi. Ya tuhan, karang ada juga aku ajak ibu sepak pintu ni karang. Dah la dah lambat. Bas gerak pukul 7.30 dan sekarang dah pukul 7! Nasib baik aku dah siap mandi. Tinggal si Jaehyun ni je.

"Ish sabarlah!"

Balas Jaehyun dari dalam. Berapi je aku. Aku merengus geram. Satu tumbukan dilepaskan pada pintu bilik air sebelum pergi. Ugh baik aku makan dulu cenggini.

"Memekak je budak-budak ni pagi-pagi."

Bebel ibu dari dalam bilik. Dia dah tak larat dengar Jaehyun dan Sekyung bergaduh. Tiap-tiap hari pulak tu. Telinga pun dah kebal.

"Ayuh berzumba!"

Ibu bersorak kecil. Tak dilayankan anak-anaknya yang masih kabut diluar tu. Dah biasa dah hadap benda macam ni.

Nada radio dikuatkan sikit. Ibu panaskan badan sebelum mula berzumba. Aktiviti wajib!

•••

"Semua dah ada?"

Tanya Cikgu Kwang. Matanya memerhati satu persatu muka pelajar-pelajar tingkatan lima yang sudah beratur dihadapannya.

"Jap cikgu! Sekyung tak datang lagi."

Nana cepat-cepat angkat tangan. Sebut pasal Nana, weh dah lama aku tak munculkan watak Nana. Bertapa taksubnya aku dengan JungSe sampai hilangkan watak Nana.

"Jaehyun pun tak sampai lagi. Diorang lambat sikit kot cikgu."

Mingyu peringatkan cikgu pasal Jaehyun. Nana mana tahu pasal Jaehyun, kesahkan member sekepala dia tu je.

"Dah 7.20 ni. Lagi 10 minit bas dah nak gerak. Mana diorang ni? Jam rosak ke macam mana?"

Cikgu Kwang mula membebel. Tak habis-habis dia tilik jam ditangan. Mentang-mentang jam helok. Swarovski kau ada? Kita tak ada.

"Weh mana diorang ni? Tak cuba call ke?"

Vernon tanya Nana. Nana muncungkan mulut. Nak call, tapi tapiii—

Kredit tak ada.

"Walaweh aku pun tak ada kredit."

Vernon mengertap bibir. Nana jeling je.

"Pehal kau jeling-jeling aku?"

Soal Vernon. Nana pandang tempat lain. Muka menyampah je dia tayang dekat Vernon.

"Harap je guna iphone paling latest tapi kredit tak ada."

Ujar Nana. Vernon mengertap bibir. Geram lah ya dengan minah ni. Sibuk je. Salah ke iphone tak ada kredit? Beli iphone bukan sekali siap dengan pakej kredit. Haih.

"Jap aku call."

Jungkook cepat-cepat keluarkan fon dari poket seluar. Malas tunggu dua ekor tu berhenti gaduh. Takkan habis. Ni kalau report dekat Taehyung pasal Nana asyik gaduh dengan Vernon ni, mahu melenting kawan tu.

Bukan dia tak tahu yang Taehyung tak suka kalau ada yang buat Nana marah. Acah material boyfriend gitew. Geli je.

"Ha patutnya dari tadi kau dah call si Sekyung tu. Penat je aku pok pek pok pek dengan minah ni. Bazir air liur hm."

Perli Vernon. Nana mendengus dan betulkan tali beg yang dah melorot jatuh dari bahu.

"Ish beg ni pun! Ada juga aku hempuk kang!"

Tak pasal-pasal beg pun Nana marah. Geram dengan Vernon, beg yang kena.

"Bawak apa je kau? Kem dua hari je pun. Macam nak tinggal terus dalam hutan je aku tengok."

Tegur Mingyu. Beg dia dan Nana jauh beza. Beg Nana kembung semacam. Entah apalah minah ni sumbat dalam beg dia. Tertanya-tanya jugak.

"Em aku niat nak bawak sikit tapi bila dah habis pack, eh macam banyak pulak aku rasa. Tapi takpe lah, buat spare kalau apa-apa jadi nanti. At least ada baju lebih. Kita tak tahu keadaan macam mana dalam hutan tu. What if anything happened? So kita kena lah be prepare. Sediakan payung sebelum hujan."

Panjang-lebar jawapan Nana. Sekali dengan peribahasa dia selit untuk mengukuhkan lagi jawapan dia. Mingyu dan Vernon hanya diam. Tak terbalas weh.

"Lagi 5 minit. Kalau diorang tak sampai jugak, kita terpaksa tinggal diorang."

Kata Cikgu Kwang. Bas pun dah mula panaskan enjin. Tinggal nak jalan je. Pelajar-pelajar lain mula masuk kedalam bas satu persatu.

Makin gelisah Jungkook dibuatnya. Dia teruja nak datang kem sebab si Sekyung je. Kalau minah tu tak ada, dia pun taknak ikut kem ni.

"Ish minah ni ada telefon bukan reti nak angkat."

Bebel Jungkook. Dia bercekak pinggang sambil kembali cuba mendail nombor Sekyung.

"maaf. Panggilan anda-"

Tut!

"Operator ni pun satu."

Habis operator telefon pun Jungkook nak marah. Cikgu Kwang pandang Jungkook. Dia sorang je yang tak naik-naik bas lagi.

"Awak pun nak kena tinggal ke?"

Tanya cikgu Kwang sambil bersandar dipintu bas. Jungkook tengok cikgu Kwang dua tiga kali kemudian dia mengangguk ringkas.

"Hah jangan buat hal. Awak dah ada dekat sini jadi awak pun kena ikut. Kem ni diwajibkan untuk semua pelajar tingkatan lima."

Cikgu Kwang dah mengurut dahi. Menyesal tak sudah bila tanya macam tu.

"Woi Kook. Naik aa cepat. Nak gerak dah ni."

Vernon sua kepala keluar dari tingkap bas. Mingyu pun sibuk menyelit dekat tingkap yang sama jugak. Seksa je nampak dua-dua tu. Macam tersepit pun ada. Gigih yakmat.

"Pat ah Kook. Takyah risau la pasal Sekyung. Dia dah besar. Pandai la dia jaga diri sendiri."

Mingyu pula mengajak Jungkook naik. Jungkook mengeluh. Tak boleh lari dah. Dengan muka pasrah dia naik juga bas.

Pintu bas dah ditutup. Tinggal nak gerak je. Cikgu Kwang perhati setiap satu pelajarnya. Semua muka meriah je. Kecuali Jungkook and the gang.

Geng tak cukup, mana meriah.

"TUNGGUUUUUU!"

Satu jeritan nyaring dari luar bas buat Jungkook tersenyum lebar. Nana yang baru nak baca komik tu pun tak jadi. Laju je dia sua kepala dari tingkap bas.

Nampaklah si Jaehyun dan Sekyung gigih berlari kearah bas sambil bawa beg besar gedabak dekat belakang.

"SEKYUNGGGGGG!"

Jerit Nana teruja. Dari jauh lagi dia sudah melambai penuh semangat. Seronok kemain bila nampak Sekyung.

"Hah dah sampai dah diorang."

Cikgu Kwang tunggu di pintu bas. Jaehyun dan Sekyung naik bas sambil bernafas laju. Fuh! Letih siak.

"Ha cuba bagitau kenapa awak lambat?"

Cikgu Kwang minta penjelasan dari dua beradik tu. Belum sempat nafas nak elok, dah aju soalan tu.

"Jaehyun ni mandi lama cikgu."

Jawab Sekyung. Jaehyun menjeling tajam.

"Salah ke aku membuang dulu?"

Jaehyun taknak kalah. Sekyung mengertap bibir. Geram dengan Jaehyun. Nasib baiklah skuter cabuk Jaehyun tu tak buat perangai harini. Berdesup je atas jalan tadi.

"Ish dah dah. Pergila cari tempat duduk. Kita nak gerak dah ni."

Cikgu Kwang pun dah fed up nak tanya. Terus halau je dua beradik tu. Kabut je nak gaduh-gaduh. Dah la lambat.

"Baik cikgu."

Ujar Jaehyun dan Sekyung serentak. Maka, bermulalah perjalanan mereka untuk kem perkhemahan.





————

To Be Continue

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

335 52 9
Al-kisah si Park Jimin yang jadi playboy sebab nak tarik crushnya. Author notes : short fanfic, less than 200 words. Thanks for supporting ❤️
23.9K 3.7K 33
"Every beauty needs her beast to protect her from everything but he is dangerous beast that will ruin her life" - PERFECT BEAST + Park Jimin ________...
63.9K 295 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
20.2K 1.8K 20
"aku nak kau jugak , tak ada orang lain" start : 060419 end : 051019