[C]Psycho Crush | JJK

By iamyourcupcake

589K 68.7K 6.3K

Hae Yoon sudah terjerat dan tidak mampu keluar dari permainan Jeon Jungkook. Start : 29 July 2018 End. : 4 S... More

Prolog
Kenali karakter [My Psycho Crush]
1
2
3
4
5
6
Teaser
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
19
20
21
22
23
Jungkook nak cakap 🛀
24
25
26
27
28
29
Thank You 💖
30
31
32
33
34
35
36
37
Usik 👀
38
39
40
Psycho Crush 2 [Re-publish]
Happy 100k 🎈
Psycho Crush 2
Happy 50k and info!❤
The Finale : Psycho Crush 3

18

10.8K 1.3K 106
By iamyourcupcake

A/N: Update ketiga terakhir seperti dijanjikan, Enjoy ××

Like, dan komen. :)))

---

Leher aku terasa sakit. Udara tidak dapat masuk dengan stabil. Jari-jari Jungkook mencekik leher aku.

Nafas aku tercungap-cungap. Kuku aku mencakar belakang badan lelaki itu minta dilepaskan leher aku dari jarinya.

Aku minta dia cuma lepaskan leher aku. Jujur aku dah tak mampu tanggung kesakitan yang makin menyeksa.

Dia serious nak bunuh aku juga hari ni?

Badan kecil aku dicempung oleh Jungkook. Dia melangkah laju ke arah bilik bawah tanah. Sampai sahaja di bilik tersebut, dia membuka lantas meletakkan aku untuk berbaring di atas lantai.

Bilik kecil tersebut dicat dengan warna hitam. Keseluruhan dinding dicat dengan warna hitam dengan ruangnya yang sempit.

Tiada sebarang perabot kelihatan di dalam ruang bilik itu.

Lampu kecil tergantung di satu sudut. Aura bilik  seolah menjerit aura kekejaman. Aku mengusap leher yang terasa perit dan berdenyut laju kerana kesan cengkaman Mr Jeon.

"Mak..ayah..tolong Yoon"rintih aku. Aku berundur ke belakang apabila sedar Jungkook sudah menarik satu rantai.

Apa dia nak buat?

--
Dalam bilik bercat hitam , terserlah satu suasana yang dapat mendera mental sesiapa sahaja yang memasukinya.

Jungkook duduk melutut di hadapan Hae Yoon. Dia menarik rantai yang sudah sedia wujud di dalam bilik dan memasangkannya di pergelangan kaki Hae Yoon.

"Aku janjikan kebebasan. Kau langgar. Aku terpaksa hukum kau. Setiap kesalahan, kau kena terima akibat. Aku dah pesan."bisik Jungkook dengan nada yang dingin.

Tamat sahaja perbuatannya memasang rantai di kedua kaki Hae Yoon, Jungkook menyelak rambut Hae Yoon yang hampir menutup mata.

Dia hadiahkan ciuman di dahi sebelum melangkah pergi. Hae Yoon merintih takut dan dibiarkan kesedihan di dalam bilik.

Tiada peneman. Tiada Jungkook.

Hanya dinding seperti yang dijanjikan lelaki psiko bernama Jeon Jungkook.

--
Jungkook menekan mangga pintu bilik yang terletak di bawah tanah. Dia masuk ke dapur. Pernafasannya menjadi tidak teratur.

Ubat-ubat dikeluarkan dari kabinet dapur. Air kosong dituang ke dalam gelas kaca. Bibir Jungkook mengigil. Tudung botol ubat dibuka dan ubat dituang ke atas telapak tangannya.

"A-aku kejam. Aku binatang. Aku lelaki psiko. Aku syaitan."kata-kata yang keluar dari mulut lelaki yang tertekan itu diulang beberapa kali seperti mantera.

Jungkook memasukkan ubat ke dalam mulutnya. Giginya diketap untuk menahan diri daripada menyerang gadis tak bersalah.

Air kosong diteguk dan gelas kaca  dibaling ke atas lantai.

Jungkook meraup rambutnya kasar. Matanya dipejam rapat apabila suara Hae Yoon singgah di cuping telinganya.

"J-jungkook. S-saya nak keluar. Maafkan saya! Saya janji saya akan patuh dengan arahan awak. Jungkook...takut! S-saya takut sangat!"

Dia menutup telinga. Dia menolak botol ubat jatuh ke lantai juga.

"Jungkook. Jungkook. Perbuatan kau ni betul. Tak ada salahnya. Tak ada. Ssh, kau jangan risau. Lepas seminggu kau lepas dia. Okay?" Pesan Jungkook pada diri sendiri.

Seketika kemudian, dia duduk berteleku di atas lantai. Jeritan Hae Yoon masih kedengaran. Dia buat-buat tidak dengar.

"Kau akan baik-baik sahaja Hae Yoon."Jungkook mengeluh sambil merapatkan kepala ke lutut.

Malam itu, lena dia  sepi tanpa kehadiran Hae Yoon.

💑
Last update untuk hari ini. Terima kasih untuk semua yang membaca ❤

Continue Reading

You'll Also Like

349K 22K 71
Dia, gadis naif dan bermulut murai berumur 17 tahun mampu membuatkan seorang mafia yang dingin dan ego itu menjadi seseorang yang lain. Gadis yang pa...
503K 94.5K 111
Demi si dingin Kim Taehyung, Jae Yoon sanggup redah segala cabaran. Photo [Using For Cover]: Afi @baeknob Siri His Roommate (Preview sahaja) 1) His...
186K 19.1K 50
| Park Jimin X Jeon Haerin | Jeon Haerin, bertunang secara paksa selama hampir dua tahun. Sedikit pun dia tak pernah melihat wajah tunangnya. Lelaki...
43.9K 2.4K 47
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...