[C] Free Topup ♡JJK

snowflwr द्वारा

300K 40K 2.4K

Unknown number yang baik hati nak sedekah topup secara percuma. Kau nak? Aku nak! Woi topup free kot. Siapa y... अधिक

prologue
01
02
03
04
05
06
07
08
09
010
011
012
013
014
015
016
017
018
019
020
021
022
023
024
025
026
027
028
029
030
031
032
033
034
035
036
037
038
039
040
Ending?
042
043
044
045
046
047
048
049
050
051
052
053
054
055
056
057
058
059
060
061
062
063
064
065
066
067
068
069
070
071
072
073
074
075
076
TRAILER
077
078
079
080
081
082
Makluman
083 : Final (1)
084 : Final (2)

041

3.1K 367 55
snowflwr द्वारा


Third person pov- 💛

Jimin melingkarkan tangannya disekitar bahu Jungkook. Serta-merta lelaki itu panggungkan kepala. Fokusnya terganggu dek tindakan Jimin.

"Hyung, kau nak apa?"

Soal Jungkook. Dia cuba kembali fokus pada game yang dimain.

"Jom lepak cc."

Ajak Jimin. Jungkook mengerutkan dahi.

"Lepak cc buat apa?"

Jungkook membalas dengan soalan semula. Jimin masih meletakkan tangannya disekitar bahu Jungkook.

"Laptop aku rosak doh. Nak buat assignment tak boleh. Due date assignment minggu depan."

Adu Jimin dalam nada sayu.

"Argh kau boleh bla! Aku nak main game! Jangan sibuk!"

Balas Jungkook dan permainan video diteruskan semula.

"Weh siot. Jom lah teman aku pergi cc wehhhhh!"

Jimin merayu dengan kerutan pada dahinya. Lengan Jungkook turut digoncang.

"G berambus!"

Jungkook masih dengan kedegilannya. Sebenarnya dia sengaja mahu bertarik-tali dengan Jimin.

"Kau kena ingat, aku lahir dulu."

Ujar Jimin. Kali ini nadanya serius. Terus Jungkook hentikan permainan video dan bersiap untuk pergi cyber cafe bersama Jimin.

Tahun 95 dan 97. Dah tentu-tentu 95 menang. Jungkook melepas nafas lelah. Nasib dia lah lambat keluar.



"Bagi aku bawa motor."

Jimin berdiri didepan Jungkook. Kunci motor sudah bertukar tangan.

"Bawa motor elok-elok hyung. Aku taknak kita terbabas sebab cc semata-mata. Aku belum kawin."

Pesan Jungkook sambil mengetatkan tali helmet dibawah dagunya.

"Aku tahu lah. Kau jangan ingat sebab aku rendah, aku tak pro bawa motor. Aku rendah bukan sebarang rendah. Rendah aku special sikit."

Kata Jimin dan memulas gear perlahan. Saat itu jugalah si childish Jungkook nak muncul, dicucuknya pinggang Jimin dengan jarinya.

"ASKARRRRR TEGAK!"

Jerit Jungkook. Disebabkan perlakuannya, Jimin secara tidak sengaja memulas gear secara berlebihan. Hasilnya motor mereka melompat kedepan.



Aku berjalan ditepi taman apartment sambil menjinjing beg plastik barangan runcit. Terikan matahari membahang diatas kepala tidak dihiraukan. Hati lagi membahang dek Jaehyun.

Flashback

        Tangan aku naik mengetuk pintu bilik Jaehyun. Selepas dia masuk bilik dek terasa dengan gurauan ibu tadi, dia terus tak keluar.

"Jaehyun. Dah-dahlah tu marah. Ibu gurau je doh."

Pujuk aku. Tapi dia hanya diam tak membalas. Makin kuat aku mengetuk pintu biliknya.

"Woh Jaehyunnnn!"

Jerit aku berserta ketukan dipintu. Masih sama. Tiba-tiba aku dengar dia memainkan muzik rock didalam bilik. Mulut aku mengherot tanda sebal.

"Weh bengong! Jom teman aku pergi kedai runcit jap ah halamakkk!"

Ajak aku dalam nada keras. Orang kata kalau nak minta tolong, kena minta cara baik. Tapi aku rasa sabar aku dah menipis dengan perangai bisu dia. Bunyian muzik semakin bertambah kuat tanda dia menghalau aku.

Sial.

Buk!

Aku tendang pintu bilik Jaehyun sekali dan terus melangkah pergi. Siut je perangai.

Flashback End

"Macam perempuan nak terasa lama-lama! Hergh!"

Aku membebel berseorangan. Peluh didahi diseka menggunakan lengan. Barangan yang dibeli diperiksa kembali. Takut ada yang tak cukup. Masak aku dengan ibu kalau ada yang tak beli.

"ARGHHHH!"

Jeritan nyaring lelaki menarik perhatian aku. Sepantas kilat, aku mengangkat wajah dan mata aku membulat. Dari jauh, sebuah motor sedang bergerak laju kearah aku. Dengan gelabah dan cemasnya, aku terus pusing dan berlari laju.

Disebabkan tindakan kurang bijak aku, aku berlanggar dengan pokok pinang. Bunyi motor dan jeritan lelaki semakin menghampiri. Aku pejam mata rapat. Confirm mati katak ni. Dahi aku berdenyut kuat dan aku terus tak sedarkan diri.



Jimin secara cemasnya cuba mengawal kembali motornya. Tubuh seorang perempuan yang sudah berbaring didepan dipandang dengan mata membulat.

"HYUNGGGGGG!"

Jeritan Jungkook nyaring ditepi telinganya. Jimin pejam mata rapat sambil menekan brek motor dengan kuat. Sambil itu, dia cuba elakkan dari melanggar tubuh perempuan tersebut. Motornya dipusingkan kesebelah kanan.

Skreetttttt!

Bunyian tayar motor bergesel dengan jalan tar. Jimin dan Jungkook sama-sama memejam mata rapat. Berharap mereka dapat selamat.

Dan, motor mereka berhenti. (Ending dia, ayat budak tadika. Maaf 😂). Tayar belakang berasap dek bergesel dengan tar yang kasar.

"Fuh! Bapak ah."

Jimin bersuara perlahan. Dahinya diseka dengan lengan. Jungkook terkebil-kebil diatas motor. Cuba mencerna hal yang baru berlaku.

Prak!

"Brek patah sial!"

Jerit Jimin. Brek ditunjuk kepada Jungkook dengan mata membulat tak percaya. Kuat sangat dia tekan brek barangkali.

"Hyung."

Panggil Jungkook perlahan. Jimin berkalih memandang Jungkook yang sudah pun turun dari motor.

"Ya."

"Hyung, ki-kita ba-baru bunuh orang ke?"

Jari telunjuknya naik menunjuk kesatu tubuh yang masih berbaring tidak sedarkan diri. Serta-merta Jimin turun dari motor. Dia baru teringat hal perempuan tersebut. Langkahnya pantas diatur kearah perempuan tadi dan diikuti oleh Jungkook.

"Ma-macam mana ni? Aku baru bunuh jodoh aku!"

Membulat mata Jungkook. Jari-jarinya digigit dengan perasaan cemas. Dia baru perasan yang perempuan tersebut adalah Sekyung.

"Kita pembunuh Jimin! Kita pembunuh!"

"Mana kita nak sorok mayat dia?"

Jungkook bermundar-mandir sambil mengetuk kepalanya berulang kali.

"Hei, dia belum mati lagi lah!"

Jimin bersuara keras. Semak pula pandangannya disebabkan Jungkook. Jarinya memeriksa nadi Sekyung. Masih hidup. Dia melepas nafas lega.

"Se-Sekyung belum mati lagi?"

Soal Jungkook takut-takut. Jimin angguk mengiyakan. Dia pandang kiri dan kanan sebelum kembali memandang Sekyung.

"Kita nak buat apa ni?"

Soal Jungkook. Dia bercangkung disebelah Sekyung. Anak matanya lekat memandang gadis itu.

"Aku tak tahu. Kita tunggu?"

Usul Jimin. Terus dipersetujui oleh Jungkook. Dua lelaki itu duduk bersila dikiri dan kanan Sekyung. Ralit kedua-duanya menatap wajah Sekyung.

"Hyung, kau jangan macam-macam weh. Jodoh aku ni."

Tegur Jungkook bila perasan Jimin masih tak berkalih dari memandang Sekyung. Tangannya naik melindungi wajah Sekyung.

"Eleh. Taknak aku. Selebet je aku tengok budak ni."

Jimin menyengetkan hujung mulutnya dan berkalih kearah lain.

"Hyung buta ke?"

Jungkook menolak bahu Jimin perlahan. Berang crush-nya dihina.

"Gurau je siot."

Jimin tergelak dan bermain dengan batu-batu kecil diatas jalan tar. Hampir sepuluh minit mereka menunggu Sekyung sedar, sampai tersengguk kedua-duanya menahan kantuk.

"Weh tak boleh jadi ni. Silap hari bulan, kau dengan aku sekali berbaring dekat sini."

Tegur Jimin. Tangannya naik meraup wajah sendiri. Jungkook angguk mengiyakan.

"Kita bawa balik rumah kita?"

Usul Jungkook. Jimin terdiam lama dan mengangguk perlahan.

"Kau angkat dia, aku nak park motor."

Ujar Jimin. Dia bangun dari duduknya dan mendekati motor yang tersadai ditengah jalan. Mujur ditaman apartment ketika ini tak ada orang lain.

Tinggal Jungkook dan Sekyung sahaja saat ini. Jungkook ligat merenung setiap inci wajah Sekyung. Dia tersenyum kecil.

"Kau ni cute siottt."

Bisik Jungkook. Tangannya mula mengangkat tubuh Sekyung ala bridal style. Tiba-tiba Jimin melangkah kembali kearah mereka dengan sesuatu ditangan kanannya.

"Kook, look what I've found. Guni."

Satu guni besar dicampak didepan kaki Jungkook. Jimin mengangkat keningnya sambil tersenyum lebar.

"Jangan cakap hyung nak-"

"Yes Kook yes, kita sumbat awek tu dalam guni and kita angkut dia balik rumah. Mudah sikit kerja."

・・・

Tbc-

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

similar - ten aegi द्वारा

फैनफिक्शन

8.7K 1.3K 22
[ complete ] [ malay fanfic ] start : 20/06/26 end : 21/ 07/ 17 - you are my reason to breath
57K 296 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...
51.2K 3.4K 71
+Kisah cinta ini bermula bila Cikgu Sains suka kat aku . Ye aku , Lisa Kim+
335 52 9
Al-kisah si Park Jimin yang jadi playboy sebab nak tarik crushnya. Author notes : short fanfic, less than 200 words. Thanks for supporting ❤️