Menggunung (Completed)

Av HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Mer

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...

3.2K 240 10
Av HelmiEffendy

"Apa yang awak buat tadi? Nasib baik abang Amir kamu kenal beberapa orang penting dekat balai polis. Kalau tak, tidur lokap awak malam ni!" tutur Huraiya tatkala melangkah keluar dari Taman Tema HE Universe sambil Megat Azizan menundukkan wajahnya.

"Saya... saya... saya macam dapat mimpi kak!" ucap Megat Azizan.

"Kamu tak ada dapat maklumat ni dari mana-mana penjenayah atau pengganas?" soal Huraiya. Untuk seketika, Megat Azizan yang berhenti sejenak dipintu masuk taman tema yang sudahpun ditutup dek kerana kemalangan ngeri tadi, sambil memandang wajah Huraiya yang sedang bercekak pinggang. Sedari tadi, dia membebel sahaja. Namun, bebelan wanita yang bekerjaya sebagai jururawat itu mati apabila Amir Taufiq menyertai dari belakang.

"Saya dah cakap dengan Inspektor Ninie. Katanya, Megat boleh balik. Tapi kena stay dekat Rajawali dulu untuk apa-apa urusan siasatan lanjut," kata Amir Taufiq.

"Rumah saya atau awak?" soal Huraiya.

"Rumah saya sebab lebih luas. Apartment awak tu tak muat nak sumbat diaorang berlapan," kata Amir Taufiq.

"Alang-alang saya nak ambil Tasha kat kakak awak, bolehlah saya tumpangkan budak perempuan ni sekali," kata Huraiya.

Amir Taufiq lantas menghidupkan Toyota Avanzanya, manakala Huraiya terus berlalu ke arah Toyota Vious yang diparkirkan tidak jauh dari Toyota Avanza. Ketika Kamarul mahu melangkah masuk ke dalam kereta, Izzat yang tangannya berbalut dengan bandage itu menarik tangannya ke satu sudut di belakang kereta Amir Taufiq.

"Kenapa?" soal Kamarul.

"Buka laman web tu sekarang!" suruh Izzat.

Kamarul terus mencapai telefon bimbit dalam seluar jeansnya, mencari pelayar google chrome dan terus membuka laman yang sudah dibookmark awal. Sebaik sahaja paparan halaman utama laman web Dari Alam Lain keluar di telefon bimbitnya, dia terus mendongak memandang Izzat.

"Jadi... diaorang bertiga?" soal Kamarul. Izzat mengangguk.

"N, S dan M. Aku Ada Rahsia Tentang Kalian Yang Aku Mahu Dunia Tahu!"

Itulah isi artikel yang baru dinaikkan semalam. Setakat ini ia artikel paling tular di laman web tersebut dengan jumlah bacaan mencecah 200, 000. Semuanya kerana mereka berspesikulasi tentang siapakah N, S dan M yang dinaikkan di laman web.

"N, S dan M ialah penentang utama kepada Dari Alam Lain. Mereka bertiga ialah manusia paling aku benci di dunia. Oleh kerana itu, aku mahu bongkarkan rahsia tentang mereka bertiga. Bermula dengan M, lelaki yang menyangka dirinya sebagai hero. Cuba mempertahankan si N dan S, belahan jiwanya. Si M, dia punya visi yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kalau ada sesuatu yang mampu trigger visinya, M mampu mengembara ke waktu silam dan waktu hadapan. Tapi, kelemahan M dia tidak akan mengetahui dia sedang menyelami tragedy silam, atau dia bakal menyaksikan bala yang bakal menimpa." Kamarul terhenti bacaannya sambil menoleh ke arah Megat Azizan yang sedang bergaduh dengan Ikmal di dalam kereta.

"Megat?"

"Aku baca pagi tadi, aku pun terfikir macam tu. Tapi sekarang aku yakin tu ialah Megat," kata Izzat sebelum Kamarul kembali meneruskan bacaannya.

"S adalah gadis malang. 16 tahun usianya. Ketika kecil, ibu dan ayah mati dijilat api. S selamat namun separuh kejelitaannya dimamah api. Namun, apabila wajahnya ditarik TUHAN, S menerima kebolehan lainnya. Matanya mampu menyaksikan penghuni dari alam lain. Namun, sejak kebelakangan ini, aku menerima khabar dari khadamku, si S sudah boleh lihat kematian. Sesiapa sahaja yang tertulis di luh mahfuz, si S juga akan menerima pengkhabaran itu. Seolah-olah dia ialah sahabat malaikat maut!"

"Sofea... dia nampak awan hitam..."

Izzat mengangguk.

"Baca yang terakhir, pasal Najirah pula," gumam Izzat.

"N. Aku tahu apa yang jadi pada kau. Sumpahan Menggunung tidak sempurna. Makhluk yang menghuni rimba Menggunung terlalu bodoh untuk berhadapan dengan budak-budak mentah. Namun percayalah, kau bukanlah vampira separuh manusia seperti yang didabik. Mulai detik aku menulis artikel ini, kau akan bertukar menjadi vampira. Kemanusian kau akan mula hilang. Ketika ia berlaku, aku sendiri akan turun ke Menggunung, dan bersihkan dosa yang Menggunung harus tanggung! Wahai para pendosa di Menggunung, aku akan kembali!"

"Najirah..." spontan Kamarul.

"Ya, tak cukup darah 4 pengasas Menggunung yang ditumpahkan untuk pastikan Najirah bertukar jadi vampira secara sepenuhnya. Tapi kita semua tahu, kalau ada yang cukup percaya pada artikel ni, Najirah tentunya akan bertukar jugak!" Izzat berhujah.

"Sekejap... kalau Najirah tengah bertukar jadi vampira yang betul-betul vampira, maksudnya kau..."

"Aku tak boleh mati kena bunuh, kemalangan, atau seumpama dengannya kalau aku tak nak bertukar jadi vampira. Sekali darah vampira ni dalam badan aku, aku tak bebas dari sumpahan Menggunung juga," jelas Izzat, seolah-olah apa yang dituturkannya itu perkara biasa.

"Woi, kau orang dua buat apa kat belakang tu? Cepat naik kereta abang ni!" Amir Taufiq yang sedang bersandar pada bonet depan kereta menjerit, memanggil dari depan.

"Sekejap bang! Belum habis sembang!" balas Izzat.

Serentak itu, telefon bimbit Izzat berdering. Untuk seketika, Izzat melangkah sedikit jauh dari Kamarul, menjawab panggilan telefon. Namun, riak tenang wajah tinggi lampai itu terus bertukar beberapa saat selepas dia menjawab panggilan telefon.

"Kak... Kak Kaira..." Jari-jemari Izzat menggigil aneh. Air matanya terus tumpah.

"Kenapa bro?" soal Kamarul yang sedikit risau melihat perubahan tingkah Izzat.

"Kak Kaira... Ariq baru jer call tadi. Kak Kaira kena tembak dekat dada dia!"

"Tiket KTM ke Menggunung hari ni yang paling latest pukul berapa?" soal Izzat dengan wajah yang terpapar seribu gelisah.

"Pukul 10. 2 jam lagi..."

"Tak sempat..." ucap Izzat sambil menghampiri Amir Taufiq yang masih terpingga-pingga dengan perubahan tingkah Izzat.

"Abang Amir... kakak saya kena tembak!"

"Allahu..." ucap Amir Taufiq, spontan.

"Bang... boleh tak hantarkan saya dengan yang lain-lain terus ke Menggunung malam ni?" pinta Izzat.

"Abang... abang..."

"Kak Kaira... dia... saya tak nak hilang orang yang saya sayang lagi dalam hidup saya! Saya dah hilang keluarga saya. Saya tak nak hilang yang dekat sini pula!" rayu Izzat. Ikmal dan Megat Azizan dari dalam kereta memerhati dengan seribu pertanyaan tentang babak yang baru berlaku di depan mata mereka.

"Sekejap... abang cakap dengan Kak Huraiya kamu," kata Amir Taufiq sambil menghampiri kereta Toyota Vious yang digunakan oleh Huraiya. Selepas beberapa minit berbincang, Amir Taufiq kembali, tetapi kali ini dengan beberapa orang rakan perempuan Izzat yang mengekori Amir Taufiq dengan riak wajah sedih, muram dan penuh resah seperti Izzat.

"Abang boleh bawakan, tapi kau orang kena bersempit sikit dalam kereta ni. Boleh?"

"Kami tak ada masalah..." kata kaum perempuan.

"Jadi, Ikmal, Megat dengan Kamarul, boleh kan duduk kat belakang sekali? Bagi tempat tengah ni kaum perempuan yang duduk?" suruh Amir Taufiq.

"Tapi..." Belum sempat Ikmal mahu membantah, terus Megat Azizan menolaknya untuk keluar dulu dari kereta, memberi ruang kepada Emmy, Adilla, Najierah dan Sofea untuk masuk dulu ke dalam kereta. Mujurlah mereka berempat mempunyai bentuk tubuh yang agak kecil sehinggakan empat orang di dalam kereta tersebut adalah bukan perkara yang menyulitkan.

"Semua... pakai tali pinggang kaledar sebab abang Amir nak pecut laju terus ke Menggunung!" gumam Amir Taufiq sambil tersenyum di tempat duduk pemandu.

"Bang... jangan laju-laju sangat. Saya ni ada sakit jantung!" Ikmal dari belakang bersuara.

"Sejak bila pula kau ada sakit jantung ni? Tak pernah dengar..."

Belum sempat Ikmal menjawab, tiba-tiba sahaja kereta itu dipecut. Spontan, Ikmal menjerit nama TUHAN di belakang. Emmy dan Adilla terus berpegang tangan. Manakala Megat Azizan menjerit sekuat hatinya.

"Bang, macam ni bawak kereta, kita orang sekali masuk Hospital, bukan kakak Izzat jer!" teriak Megat Azizan sambil spontan mencengkam kepala lutut Ikmal membuatkan jeritan lelaki makin kuat berkumandang.

"Sakitlah celaka!" teriak Ikmal.

Disaat gaya pemanduan yang sangat berbahaya Amir Taufiq itu membuatkan seluruh isi Toyota Avanza itu seriau, betapa Izzat hanya mampu termenung jauh dengan kakinya dari tadi bergerak dengan sendiri, seolah-olah dia sedang menjahit baju. Tangannya hanya memegang tali pinggang kaledar yang tersilang ditubuhnya.

"Dah masuk highway dah. Alhamdulilah Izzat. Tak banyak kereta hari ni!" Amir Taufiq disebelah bersuara. Namun, Izzat seperti sudah tenggelam dalam keresahannya. Apa yang sedang berlaku disekitarnya seperti tidak lagi diendahkan langsung. Sedar-sedar sahaja, selepas kereta yang dibawa oleh Amir Taufiq hampir melanggar treler kayu balak yang sedang turun dari hutan Menggunung dan juga hampir sahaja terlanggar papan tanda yang menyambut pengunjung Menggunung. Perjalanan dari Rajawali ke Menggunung yang mengambil waktu 2 jam menjadi 1 jam 30 minit sahaja.

"Hospital Daerah Menggunung... dah sampai pun dah Izzat..." gumam Amir Taufiq disebelah membuatkan lamunan Izzat tersentak. Terus dia memandang sekitarnya. Mereka kini sedang berada dihadapan tempat parkir zon kritikal yang biasanya tempat ambulans menghantar pesakit yang dalam kecemasan.

"Terima kasih bang!" ucap Izzat sambil mencabut tali pinggang yang merupakan satu-satunya halangan yang menghalang dirinya daripada menjumpai Kak Kaira kesayangannya. Izzat terus menyerbu ke dalam zon kecemasan, mencari kelibat mana-mana ahli keluarganya. Kemudian, dia terus ke kaunter yang berdekatan.

"Cari siapa?" soal jururawat yang bertugas.

"Nurul Kaira binti Ismail... rasanya baru masuk satu jam tadi. Kena tembak," ucap Izzat.

"Ohh anak Inspektor Ismail tu? Ada-ada. Kat dewan bedah sebelah zon kritikal ni jer," balasnya. Izzat mengangguk sebelum kembali membuka langkah kakinya sebelum tiba dihadapan dewan bedah. Kelihatan Pak Ngah sedang duduk sambil meraup wajahnya yang berpeluh. Ariq pula sedang mundar-mandir sambil meletakkan kedua-dua tapak tangannya di dalam seluar jeansnya.

"Pak Ngah..." gumam Izzat membuatkan pasangan anak beranak itu menoleh ke arah Izzat yang sudah bercucuran air mata.

"Kak Kaira macam mana?" soal Izzat.

"Mujurlah peluru tu tak kena jantung kak Kaira kamu. Doktor tengah buat pembedahan," gumam Pak Ngah.

"Allah..." Itu sahaja yang mampu diungkapkan oleh Izzat sebelum melabuhkan punggungnya disebelah Ariq. Tidak lama kemudian, Izzat disertai oleh rakan-rakannya yang lain termasuklah Amir Taufiq. Amir Taufiq tidak lama, dia hanya sempat bersalaman dengan Pak Ngah sebelum beredar. Lama juga tempoh pembedahan untuk mengeluarkan peluru dari dada Kaira berlangsung. Rakan-rakan Izzat masih setia menemani Izzat, walau mereka sedang diulit oleh rasa penat. Setianya mereka sehinggakan Sofea tertidur terlentokkan berbantalkan bahu Megat Azizan. Ikmal pula sedang ternganga diulit lena di atas kerusi pelawat yang disediakan.

Pintu dewan bedah terbuka dan semua orang serentak berdiri, termasuklah Ikmal dan Sofea yang sedang lena tadi. Sempat lagi Ikmal mengesat air liur basinya. Doktor yang bertugas malam itu keluar dengan raut wajah yang sedih. Tanpa perlu diungkapkan dari kata-katanya, cukup menatap pupil matanya dan betapa berkerutnya dahi doktor lelaki itu, Izzat sudah dapat mengangak ungkapan yang bakal keluar dari mulutnya.

"Maafkan kami. Kami dah cuba sedaya upaya... tapi TUHAN lebih menyayangi anak encik," tutur doktor lelaki itu sambil menepuk belakang Pak Ngah. Air mata terus berderu keluar dari kelopak mata lelaki tua itu manakala Ariq tersandar pada dinding koridor hospital. Izzat masih tercegat berdiri, merenung kosong ke arah pintu ke dewan bedah yang tertutup rapat. Ketika Megat Azizan mahu menenangkan rakannya itu, tiba-tiba Kamarul menarik pergelangan tangan Megat Azizn menghampirinya.

"Tengok video ni... baru jer dinaikkan dekat laman web tu..." tutur Kamarul sambil menyerahkan telefon bimbitnya kepada Megat Azizan. Sebuah video memaparkan seorang lelaki yang memakai sut hitam lengkap, tetapi memakai topeng Hannya yang merupakan topeng tradisional Jepun yang menyerupai iblis bertanduk. Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat menuturkan kata-kata yang pastinya akan bikin seluruh Menggunung gerun.

"Panggil aku The Reaper. Aku... adalah pemilik laman web Dari Alam Lain. Hari ini, aku baru sahaja meragut nyawa seorang manusia yang aku anggap sebagai pendosa di Menggunung. Kenapa aku melakukan semua ini? Tentu ramai yang tertanya-tanya. Aku tak perlu beri gambaran tentang apa niat sebenarnya aku. Tapi kepada Sinister 8, ini ialah amaran untuk kalian supaya jangan sesekali kau cuba menghalang kerja aku yang tertangguh di Menggunung. Kepada Big 4 Menggunung, tunaikan janji yang termeterai sejak zaman nenek moyang kalian, atau... lebih banyak nyawa di Menggunung akan melayang!" 

Fortsett รฅ les

You'll Also Like

69K 4.9K 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.
14.6K 397 25
membuat keputusan untuk berpindah ke rumah tersebut merupakan keputusan terburuk dalam kehidupan 3 beradik itu. satu demi satu kejadian yang berlaku...
57.6K 4.3K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
25.3K 1.3K 29
Mengisahkan murid kelas 5-1 dalam menjalani kehidupan yang mistik. Segalanya bermula dengan kisah pembunuhan. Namun setiap pembunuhan itu merupakan s...