Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 40: Yang Tidak Mati

2.8K 250 11
By HelmiEffendy



Muntah yang menyebarkan bau masam sedang memenuhi baju-T yang sedang disarung pada badan Izzat. Kelihatan isi muntah tadi adalah seperti cebisan daging yang tidak sempat dicerna oleh perut Izzat, meluahkan bersama dengan makan malam yang baru sahaja ditelan beberapa jam tadi sebelum Izzat ditangkap bersama dengan Emmy dan Adilla. Selain itu, kelihatan juga beberapa ekor cacing dan ulat-ulat sedang berenang dalam cecair muntah Izzat yang turut terpelanting di atas lantai rumah itu.

"Awak..." panggil Adilla yang sedang duduk sambil memandang penuh sayu ke arah Izzat.

"Sekarang saya betul-betul masam... macam yang awak tuduh saya tadi," ucap Izzat sambil tersenyum. Namun, air mata Adilla sudah mengalir keluar dari kelopak matanya.

"Sekarang bukan masa untuk awak buat lawak macam ni!" tutur Adilla.

"Awak... okey ke?" soal Emmy pula, yang kini tidak lagi bertudung. Entah kemana pergi tudung yang membaluti kepalanya.

Izzat sekadar mengangguk. Dia kini sedang memerhati keadaan sekeliling rumah kayu dua tingkat itu. Mereka sedang berada ditempat makan malam. Makanan yang sedang mereput di atas meja hampir kesemua dibiar tidak bersentuh kecuali ayam panggang tadi yang disumbat ke dalam mulut Izzat. Izzat cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya daripada kerusi tempat dia sedang duduk, namun dia seperti kehilangan upaya untuk berbuat demikian. Tenaga jantannya tiba-tiba hilang.

Tidak jauh dari tempat makan itu, ruang tamu yang terdapat sofa empuk, kesan darah panjang yang seperti sudah beberapa hari di situ berserta dengan televisyen yang sedang terpasang, memaparkan drama Melayu lama. Selain itu, kelibat tiga beranak pemilik rumah itu tidak ketinggalan.

"Saya rasa... saya dah boleh lepaskan diri..." kata Emmy tiba-tiba.

"Macam mana?"

Emmy terus menunjukkan kedua-dua pergelangan tangannya yang kini sudah bebas, dengan tali yang sebelum ini sedang membelenggu tangannya kini sudah longgar, tergantung tanpa ikatan. Ada senyuman terukir di wajah kacukan Melayu-Cina itu. Sempat lagi sebuah pisau kecil diambil oleh Emmy dari atas meja. Ketika Emmy mahu melangkah ke arah Izzat, cuba untuk membuka ikatan lelaki itu, Izzat tiba-tiba menggeleng.

"Buka ikatan Adilla dulu," arah Izzat. Untuk seketika, Emmy menoleh ke arah Adilla sebelum mengangguk. Dia terus melangkah ke arah belakang Adilla, lalu memotong terus ikatan yang membelenggu pergelangan tangan Adilla.

"Mana kau belajar lepaskan diri macam tu?" soal Adilla teruja.

"Masa aku terperangkap kat rumah Tok Anjang, aku tekad itu kali terakhir aku kena culik macam tu. Jadi, aku belajar sendiri macam mana nak buat semua ni," kata Emmy membantu Adilla untuk berdiri.

"Izzat pulak!" arah Adilla.

"Tak perlu suruh, aku tahu," balas Emmy, yang kedengaran agak dingin. Riak wajah Adilla sedikit berubah, menyedari perubahan nada dan cara percakapan Emmy.

"Badan saya busuk, harap awak boleh bertahan," kata Izzat ketika Emmy menghampirinya.

"Diam boleh tak?" kata Emmy, masih dingin sambil memotong tali yang mengikat kedua-dua pergelangan tangan Izzat.

"Awak marah saya?" soal Izzat, tetapi masih tersengih.

"Dah pun!" kata Emmy.

Ketika Izzat mahu bangkit, tiba-tiba tubuh dia tumbang dan... Adilla yang berhampiran sempat menangkap lengan kiri Izzat manakala Emmy pula sempat menangkap lengan kanan Izzat. Mujurlah lelaki itu tidak tersembam tadi atau bunyi bising yang kuat bakal memenuhi kawasan ruang tamu itu, sekaligus mencuri perhatian mana-mana anak beranak ahli keluarga menakutkan itu.

"Saya... tak tahu... macam tak ada tenaga!" luah Izzat dengan kedua-dua kakinya masih longlai.

"Mungkin sebab ayam yang awak makan tu," kata Adilla.

"Salah satu jenis ilmu hitam? Sebab tu dia suap awak makan!" kata Emmy.

"Kalaulah Kamarul ada, tentu dia tahu apa yang jadi kat saya dan ada jalan penyelesaian," gumam Izzat.

"Saya dengan Emmy ada pun dah cukup untuk bawak awak keluar! Kan Emmy?" kata Adilla sambil mengetatkan pegangannya, cekal memapah tubuh Izzat yang lebih tinggi dan berat daripadanya. Emmy tidak menjawab sebaliknya matanya sedang tajam merenung keadaan sekelilingnya.

"Adilla... aku ingat kita masuk dari sana. Pintu tu," kata Emmy.

"Aku dengan Izzat tak sedar apa-apa. Kalau kau rasa kita masuk dari sana, tolong lead kitaorang," kata Adilla. Emmy dan Adilla dengan gigih memapah Izzat melangkah meninggalkan ruang tamu dan ruang makan yang hanya bersebelahan sahaja. Mereka memasuki sebuah pintu yang membawa mereka melalui sebuah koridor panjang yang disebelah kanannya ialah tingkap manakala sebelah kiri terdapat beberapa buah pintu.

"Maaf... badan saya masam sebab muntah tadi," ucap Izzat sambil tersenyum.

"Saya sumpah yang mungkin Jiji dah mati kat mana-mana, lepas tu jadi hantu dan rasuk awak!" Emmy disebelahnya menggerutu, namun Izzat ketawa kecil.

"Awak masih marah saya ke?" soal Izzat. Emmy tidak menjawab, sebaliknya terus melangkah seiringan dengan Adilla, memapah jejaka tinggi lampai itu. Izzat terus menukar fokusnya pada tingkap disebelah kirinya. Dia mengintai keadaan hutan yang terpapar dibalik cermin. Kelihatan sebuah taman yang agak luas dengan pelbagai bunga dan tanaman. Terdapat orang-orang yang terpacak ditengah-tengah taman tersebut. Rupanya agak menyeramkan dengan baju kemeja compang-camping dan topi sawah yang lusuh.

"Maknya! Dah cukup masak ke air panas tu? Kata nak rebus budak lelaki tu!" Suara dari belakang Izzat membuatkan langkah mereka bertiga terhenti. Salah sebuah pintu yang sudah ditinggalkan oleh mereka dibelakang terbuka luas. Izzat cuba menoleh ke belakang dan lelaki tua yang dalam pakaian uniform tentera British yang menangkap mereka bertiga sedang berdiri bersama dengan cangkul. Kemudian, salah sebuah pintu dihadapan mereka terbuka lagi. Jasmin, anak gadisnya sedang berdiri sambil memegang anak patung beruang yang dipeluk erat.

"Ayah... diaorang cuba nak lari!" tutur Jasmin.

"Celaka! Itu makanan aku! Kau dua nak bawa ke mana?" teriak orang tua itu lalu terus meluru ke arah Emmy dan Adilla.

"Jangan ambil Izzat aku!" gumam Emmy sambil merenung tajam ke arah lelaki tua yang sedang melangkah ke arahnya.

"Kau nak mati ke perempuan? Aku tak nak bunuh kau! Kau berharga untuk Tok Batin!" teriak lelaki tua itu, lalu menangkap leher Emmy dengan tangan berbulunya. Tubuh Emmy yang kecil itu tergantung diudara sebelum lelaki tu aitu mencampakkan tubuh Emmy ke belakang. Adilla sedang erat memegang lengan Izzat, cuba membantu Izzat untuk berdiri.

"Jangan apa-apakan kami! Tolonglah..." rayu Adilla.

"Aku lapar!" teriak lelaki itu sebelum terus mencekik leher Adilla. Terkapai-kapai gadis itu cuba menolak tangan lelaki tua itu. Namun tenaga dia cukup kuat membuatkan Adilla senditi tidak mempunyai kemampuan sedemikian.

"Mati kau!" teriak Emmy dari belakang lalu melompat ke belakang lelaki tua itu, memeluk sebahagian daripada tubuh lelaki tua itu dengan kedua-dua kakinya manakala tangan Emmy yang sedang memegang sebilah pisau dijulang diudara lalu terus menikam berkali-kali leher, bahagian belakang lelaki tua itu. Darah terpercik ke merata tempat, membasahi wajah dan tubuh Emmy. Tubuh Adilla yang sedang dijulang di udara menyembah tanah. 

"Lepaskan ayahnya!" teriak satu suara wanita dari belakang Emmy. 

Wanita tua yang merupakan isterinya muncul dibelakang lalu berlari dan berteriak seperti orang gila, dan menarik rambut Emmy dari belakang. Emmy terlepas rangkulan kakinya. Tubuhnya jatuh terlentang di atas lantai dan si wanita tua it uterus memukul wajah Emmy sekuat hatinya.

"Bodoh maknya! Jangan cederakan dia! Ini milik Tok Batin!" teriak lelaki tua itu berlari sambil menolak tubuh isterinya. Emmy kini sedang terlentang dengan mata lebam, bibir yang berdarah dan pipi kemerah-merahan.

"Dia cuba bunuh ayahnya!" Wanita tua itu sedang menahan kemarahan.

"Saya tak akan mati. Kita dah dapat anugerah ni. Ini kelebihan orang berdarah bunian macam kita ni. Semakin banyak kita menyembah makhluk tu, semakin kita akan jadi kuat! Jaga emosi emaknya!" Kedengaran suara lelaki tua mengarahkan anak gadisnya.

"Jasmin! Pergi bagi mandi budak lelaki tu. Kita bagi dia pakai cantik-cantik, wangi-wangi sebelum kita makan dia!" arah lelaki tua itu lagi.

"Baik ayah!" tutur Jasmin lalu meletakkan anak patung beruangnya di atas koridor, dan terus menyambar lengan Izzat yang sedang duduk tersandar di dinding, tanpa seperca tenaga pun.

"Hari ni. kita dua main mak-anak. Jasmin jadi mak awak. Jasmin dah siapkan tempat mandi best untuk awak! Kita akan jadi kawan sebelum awak jadi makanan Jasmin!" tutur Jasmin riang ketika dia mengheret tubuh Izzat, persis anak patung beruangnya. Izzat yang tidak bermaya itu hanya mampu memandang penuh sayu ke arah Adilla yang terduduk tidak sedarkan diri manakala Emmy yang kini sedang terlentang, namun jari-jemarinya tetap erat menggengam bilah pisau yang berlumuran darah itu. 

Continue Reading

You'll Also Like

57.7K 4.4K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
16.8K 1.7K 13
Kita cuma kawan dan takkan jadi lebih dari tu . Highest rank : #483 in fanfiction (4.02.2018)
Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

69.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...