Menggunung (Completed)

Galing kay HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... Higit pa

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgรคnger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 34: Night Walk
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 36: Hantu Kabus

3.1K 243 17
Galing kay HelmiEffendy


Megat Azizan menunduk, meneliti kesan tapak kasut dan tali yang sepatutnya bersambung antara pokok dan pokok yang tumbuh menyombong menuju ke arah langit terbuka yang kini sedang dihuni oleh kegelapan malam. Kemudian, dia menoleh ke arah Sofea dan Najierah yang sedang berpegang tangan di belakangnya, sebelum dia kembali berdiri.

"Saiz tapak kasut ni saiz tapak kasut Izzat..." tutur Megat Azizan laksana seorang detektif.

"Kenapa kita berhenti?" soal Najirah, penuh kerisauan.

"Sini... nampak tak kesan heretan ni?" soal Megat Azizan sambil menghalakan lampu suluhnya ke arah kesan heretan panjang. Najirah mengangguk.

"Nampak macam ada pergelutan kat sini," kata Megat Azizan.

"Jadi?" soal Najirah dengan kedua-dua keningnya, kurang senang dengan lagak yang dipamerkan oleh Megat Azizan.

"Kita ikut kesan heretan ni. Aku rasa tak sedap hati. Ada benda berlaku kat dalam hutan ni," kata Megat Azizan.

"Kau gila ke? Bukan ke abang Farid suruh kita ikut tali tu..."

"Tapi tali tu putus Jierah," pintas Megat Azizan, tenang.

"Tak kisah... aku yakin kat depan sana ada tali lain!"

"Kita tak akan dapat keluar sampailah Subuh. Selagi malam ni tak lepas, selagi tak dengar azan Subuh, kita akan terperangkap kat dalam ni!" tutur Sofea tiba-tiba. Dia yang sedari bermulanya aktiviti Night Walk itu memilih untuk berdiam diri sahaja, tiba-tiba bersuara.

"Keturunan 4 Pengasas Menggunung?" soal Megat Azizan.

"Itulah yang diceritakan oleh survivor-survivor yang berjaya keluar dari perangkap yang dipasang setiap 50 tahun ni!" sambung Sofea.

"Mana... kau tahu... semua ni?" soal Najirah.

"Dalam buku sejarah Menggunung ada cerita semua ni. Tunggu kita nak baca atau tidak jer," balas Sofea. Untuk seketika, Najirah mula melepaskan pegangan tangannya, merenung wajah Sofea yang terlindung dek sebahagian rambut lurusnya itu sebelum menoleh ke arah Megat Azizan.

"Nak buat apa sekarang?" soal Najirah.

"Ikut jejak heretan ni..."

"Tunggu!" panggil Sofea tiba-tiba ketika Megat Azizan dan Najirah sudah melangkah beberapa langkah di hadapannya.

"Saya jumpa benda ni... kat sana tadi," kata Sofea sambil menunjukkan sesuatu yang berbentuk seperti rantai emas. Megat Azizan menghampiri Sofea, mengambil rantai itu daripada tangan Sofea. Dia meneliti rantai tersebut dan kemudian, dia mendongak memandang Najirah.

"Tolong sahkan ini rantai Emmy atau tidak," kata Megat Azizan. Rantai itu bertukar tapak tangan lagi. Najirah mengambilnya daripada Megat Azizan sebelum mengangguk dengan riak wajah yang ketakutan.

"Saiz tapak kasut yang sama dengan Izzat... rantai milik Emmy... kau rasa yang diaorang dua kena..."

Najirah menggeleng pantas.

"Izzat tu keturunan pengasas Menggunung," tutur Sofea.

"Adilla mungkin ada dengan diaorang. Sebab Emmy dilepaskan dengan Adilla. Aku takut yang..."

"Jangan doa!" pintas Najirah. Dia kemudian mencapai beberapa batang kayu yang terdampar di atas lantai.

"Cepat! Kita kena selamatkan kawan-kawan kita! Dan aku tak akan benarkan sesuatu terjadi pada Emmy untuk kali kedua!" Najirah melafaskan ikrarnya, sebelum menjadi orang pertama yang melangkah meninggalkan Megat Azizan dan Sofea di belakang. Ketika Megat Azizan dan Sofea mengerkori langkah Najirah yang lebih laju, langkah Sofea tiba-tiba terhenti. Megat Azizan di sebelahnya turut mati langkah kaki.

"Jierah! Tunggu!" panggil Megat Azizan membuatkan Najirah yang berada didepannya menoleh ke belakang.

"Ada apa?" soal Najirah.

"Sofea..." gumam Megat Azizan.

"Kenapa dengan dia tu lagi?" teriak Najirah dari jauh.

"Awak... awak okey ke?" soal Megat Azizan. Sofea kekal menundukkan wajahnya, sambil kedua-dua tangannya menekapkan wajahnya. Megat Azizan memberanikan dirinya, mendekati Sofea. Dia cuba menyentuh tangan Sofea dan...

Sofea mendongak dengan rambut lurusnya yang sebelum ini sentiasa melindungi wajahnya yang berparut kebakaran itu terselak ke tepi, mendedahkan seluruh wajahnya. Tetapi bukan itu yang membuatkan Megat Azizan terkejut sebaliknya mata kanan gadis itu yang pupilnya keputihan, sedang mengalirkan darah yang sangat banyak, persis air mata.

"Mata awak..."

"Awak! Tolong... pergi dari sini! Benda tu... mata saya bagi amaran! Ada satu kuasa yang sangat kuat... tengah datang sini..."

"Kuasa apa?" soal Megat Azizan ketika pegangan tangan Sofea semakin erat.

Serentak itu, keadaan disekitar mereka mula diapit oleh kabus tebal, yang datang entah tiba-tiba. Tahulah Megat Azizan bahawa khabar angin yang disebarkan oleh laman web Dari Alam Lain tadi sudah mula menjadi kenyataan. Makhluk halus yang memburu dalam kabus tebal. Dalam masa yang sama, air mata berdarah yang keluar dari mata putih Sofea yang sentiasa terlindung disebalik rambutnya itu terus berhenti. Sofea mahu melepaskan pegangan tangannya, namun Megat Azizan pantas menggeleng.

"Jierah! Sini! Jangan sesekali jauh dari aku!" teriak Megat Azizan menyuruh Najirah yang berada empat atau lima langkah dihadapannya berpatah balik.

"Jierah! Tolong aku!" Suara Emmy menjerit ketakutan tiba-tiba bergema membuatkan Najirah yang sedang berjalan menghampiri Megat Azizan dan Sofea berhenti seketika.

"Emmy..." gumam Najirah sambil memandang ke arah kegelapan hutan yang sedang dipeluk oleh sang kabus yang muncul entah dari mana itu.

"Najirah! Tolonglah aku! Aku dah tak sanggup ni!" Suara Emmy bergema lagi membuatkan Najirah menoleh ke arah Megat Azizan sambil menggeleng.

"Maaf.... Aku kena selamatkan kawan aku!" tutur Najirah sebelum berlari meninggalkan Megat Azizan yang mahu mengejar langkah kaki Najirah. Namun, Sofea pula menggeleng.

"Awak... awak nampak sesuatu ke?" soal Megat Azizan. Tetapi, Sofea tidak perlu membalas soalan Megat Azizan itu apabila bunyi serigala melolong dari kejauhan.

"Serigala... jadian? Sejak bila Hutan Menggunung ada benda tu?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Sofea.

"Dalam buku sejarah pasal Pertempuran Menggunung 500 tahun yang lalu, tok batin yang berperang dengan pengasas Menggunung seru makhluk serigala jadian dari kegelapan untuk membantu mereka," tutur Sofea.

"Semuanya semata-mata nak melawan makhluk vampira dari Eropah tu?" soal Megat Azizan.

Namun, Sofea tidak sempat menjawab apabila sekali lagi bunyi lolongan serigala berkumandang pada malam itu. Sofea spontan memegang lengan Megat Azizan.

"Awak kalau nak tahu... bila baca catatan pasal Pertempuran Menggunung, semuanya bercakap tentang betapa tentera Menggunung berjumlah 3000 orang itu hampir dihabiskan ditangan para pendekar orang asli yang berjumlah dalam 100 orang sahaja. Tapi lepas hari ini, saya faham kenapa," gumam Sofea sambil melihat sekelilingnya.

"Jadi, makhluk dalam hutan ini adalah, segala makhluk peliharaan yang diseru oleh Tok Batin pada 500 tahun yang lalu untuk mengalahkan tentera 4 pengasas Menggunung?" soal Megat Azizan. Sebaik sahaja Megat Azizan menghabiskan kata-katanya, kabus disekitarnya terus berubah. Betapa kemudian barulah Megat Azizan menyedari bahawa dia sedang berada di tengah-tengah medan pertempuran di tengah-tengah belantara, melibatkan sebuah pasukan yang lengkap memakai zirah besi, bersenjatakan seperti keris, parang dan senjata api seperti Istinggar. Mereka sedang berlindung dibalik pokok-pokok balak yang meninggi tinggi pada waktu malam. Salah satu wajah yang terukir disitu dikenali oleh Megat Azizan ialah Orang Kaya Perkasa yang dalam zirah besi dan memegang selaras Terakol, sejenis pistol lama orang Melayu. Disebelahnya, jejaka yang menyerupai Izzat yang sedang memeluk Istinggarnya.

"Aku sanggup upah tentera upahan dari Johor sebanyak 3000 orang ini demi membalas dendam atas apa yang berlaku pada anak perempuan aku," gumam Orang Kaya Perkasa di sebelah Indra, lelaki yang wajahnya menyerupai Izzat.

"Semoga kita akan menang dalam pertempuran ini," tutur Indra.

"Aku sebagai Tok Ketua kampung ini... tidak akan membiarkan mereka menganggu keamanan Menggunung lagi!" ucap Orang Kaya Perkasa sambil bangkit berdiri.

"Megat... kau sudah berjumpa dengan Orang Kaya Dariman, ayah kau dan Orang Kaya Raden Kelang... prajuit dibawahnya semua sudah bersedia?" soal Orang Kaya Perkasa. Megat Azizan yang sedang berdiri di situ terkejut apabila namanya dipanggil. Selepas seketika, dia menyedari bahawa dia kini sedang memakai zirah besi, bersenjatakan Istinggar berserta parang yang tersarung ditepi pinggangnya.

"Sudah orang kaya..." gumam Megat Azizan, tidak tahu mengapa mulutnya spontan menuturkan kata-kata itu. Tidak lama kemudian, dari kejauhan di dalam hutan, kelihatan seorang lelaki yang membawa obor api menjerit dari kejauhan. Mungkin tugasnyas sebagai tentera peninjau dalam peperangan itu.

"4 Tok Batin dah datang dengan lebih kurang 100 orang-orangnya!" laung lelaki itu.

"100... nampaknya malam ini kita punya," gumam Orang Kaya Perkasa sambil menoleh ke arah Indra disebelahnya.

Seperti mana yang dilaporkan, 4 tok batin tersebut muncul bersama dengan pendekar-pendekar orang asli yang tidak memakai baju, sekadar bercawat. Senjata mereka lebih tradisional dengan pengunaan alatan seperti kapak dan perang. Mereka juga menyalit wajah mereka dengan contengan-contengan yang agak menakutkan. Namun, yang lebih mengejutkan Megat Azizan adalah betapa yang hadir bersama dengan pasukan ketumbukan 100 orang asli itu adalah gadis yang menyerupai Sofea yang bernama Melati. Beza Melati dan Sofea ialah wajah mereka tidak mempunyai parut kebakaran.

"Wahai Orang Kaya Perkasa... aku tidak mahu mengorbankan nyawa yang tidak bersalah pada malam ini! Betapa pertempuran ini berlaku pun adalah kerana aku mahu membersihkan hutan ini daripada makhluk vampira seperti kau dan anak kau yang sudahpun aku habiskan nyawanya! Hutan ini tidak boleh tercemar dengan ilmu hitam dari benua orang!" Suara salah seorang Tok Batin tadi bergema disekitar hutan. Dia membawa obor api.

"Bohong! Itu fitnah kau lempar ke atas aku dan anak aku! Kau cuma mahu aku berambus membawa pengikut-pengikut aku meninggalkan Menggunung! Dan kau tidak akan lepaskan aku lepas apa yang aku lakukan pada Jarang! Ini bukan pertempuran untuk membersihkan hutan ini, tetapi dendam kau ke atas aku!" teriak Orang Kaya Perkasa, tidak mahu kalah.

"Kalau begitu, aku akan bakar anak salah seorang pengasas Menggunung di sini... ini ialah salah kau, bukannya aku. Walau aku kenang persahabatan ayahnya Orang Kaya Tengku Munir bersama aku, tetapi aku ada amanah lain yang harus aku jalankan!" teriak Tok Batin tersebut. Dia mengarahkan anak buahnya membawa Melati yang lengkap berbaju kurung yang sedang menangis teresak-esak, merayu untuk dilepaskan.

"Buat sesuatu orang kaya! Buatlah sesuatu!" teriak Megat Azizan pada Orang Kaya Perkasa.

"Aku... aku..." Orang Kaya Perkasa sendiri hilang kata-kata.

"Pengecut! Aku tak boleh biarkan Melati mati hari ini!" teriak Megat Azizan tiba-tiba sambil menarik parang yang tersarung disebelah pinggangnya. Dia terus meluru ke arah medan pertempuran, menjulang parangnya di udara.

"Aku tak akan biarkan kau bunuh Melati aku!"

"Teruna! Jangan!" teriak Indra.

Dan kemudian, tubuh Megat Azizan dihujani oleh anak panah dari kegelapan hutan pada malam itu. Selepas beberapa ketika, parang ditangan Megat Azizan gugur di atas lantai manakala Megat Azizan memerhati dengan darah yang sedang membuak-buak keluar dari mulutnya.

"Bunuh perempuan tu... tunjukkan pada mereka kita bukan main-main," kata Tok Batin tadi. Salah seorang daripada anak buah tadi terus mencucuh api yang sedang menggelegak pada wajah Melati. Apa lagi, bunyi jeritan Melati terus berkumandang, menjerit kesakitan dimamah oleh kepanasan.

"Awak! Awak!" panggil seseorang disebelah Megat Azizan membuatkan dia tersedar dari sesuatu. Bayangan mengenai peperangan itu kini sudah ghaib didepan matanya manakala Sofea yang masih terukir parut kebakaran diwajahnya sedang merenung penuh kerisauan.

"Awak okey ke? Tadi awak mengelamun..." kata Sofea.

"Saya.. saya... tak ada apa-apa,' jawab Megat Azizan.

"Bunyi lolongan serigala tadi dah kurang... tapi tadi saya dengar bunyi Najirah menjerit," kata Sofea.

"Menjerit?" Kedua-dua kening Megat Azizan terangkat. Sofea mengangguk.

"Kita kena cari Sofea!" putus Megat Azizan. Dia terus melangkah sambil Sofea tidak melepaskan pegangan tangannya, berpaut pada lengan Megat Azizan. Namun, ketika mereka sedang kusyuk melangkah, betapa Sofea tiba-tiba menjerit.

"Kenapa?" soal Megat Azizan menoleh ke arah Sofea.

"Ada benda dalam kabus ni... dia main tarik rambut saya!" kata Sofea sambil mengusap kepalanya.

"Benda? Dalam kabus tebal ni?" soal Megat Azizan sambil matanya melilau sekelilingnya.

"Jom main lagi!" teriak satu suara yang bunyinya seakan-akan seperti kanak-kanak lelaki.

"Kita tangkap akak cantik tu!" Suara kanak-kanak perempuan pula bergema dalam kegelapan.

"Diaorang maksudkan awak..." ucap Megat Azizan.

"Yeay! Nak main lagi!" teriak suara lain pula.

"Awak... saya takut!" luah Sofea kini sudah mula memeluk lengan Megat Azizan.

"Saya ada. Jangan takut..." Namun sebaik sahaja Megat Azizan mengucapkan kata-kata itu, terus tubuh mereka berdua telentang di atas lantai hutan. Kemudian, entah bagaimana, ada kuasa yang sangat kuat menarik kedua-dua tubuh mereka sehingga teheret di atas tanah. Tubuh mereka berdua ditarik sehingga melanggar akar kayu, batu-batu dan juga segala benda-benda keras yang menjadikan lantai Menggunung sebagai tempat tinggal mereka.

"Yeayy! Dapat main dengan akak cantik dan abang hensem!" Suara itu bergema lagi dalam kepekatan kabus, manakala Sofea dan Megat Azizan semakin tidak sedarkan diri kerana betapa beberapa kali kepala mereka terhentak pada batu dan akar kayu.

"Maafkan saya.... tak dapat lindungi awak..." ucap Megat Azizan dengan mata yang kuyu, menggunakan segala sisa tenaganya menoleh ke arah Sofea. 

Ipagpatuloy ang Pagbabasa

Magugustuhan mo rin

32.9K 3.3K 141
Sinopsis kat dalam:? Amaran: Kepada yang kurang kesabaran dan suka memaki. Dilarang baca!! Tetapi, seandainya anda mahu menguji kesabaran anda. Terus...
6K 1.1K 49
Zaman Melaka | Slip time Danny, Danial, Is dan Khairy adalah empat sosok sahabat yang bersama. Masing-masing mempunyai kepakaran melihat hantu namun...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...