Menggunung (Completed)

By HelmiEffendy

210K 13.6K 1.2K

Menggunung, sebuah pekan yang terletak di tanah tinggi, betul-betul berjiran dengan sebuah empangan yang kala... More

Sinopsis Dan Watak Perwatakkan
Bab 1: Menggunung
Bab 2: Keluarga Baru
Bab 3: Cabaran
Bab 4: Laman Web
Bab 5: Bunga Kemboja
Bab 6: Jirat Cina
Bab 7: Khabar Angin
Bab 8: Dosa Besar
Bab 9: Perempuan Sundal
Bab 10: Bomoh Menggunung
Bab 11: Santau Jahanam
Bab 12: Amukan Najmi
Bab 13: Tebusan
Bab 14:Tok Anjang
Bab 15: Bahana Ilmu Hitam
Bab 16: Lari
Bab 17: Emmy?
Bab 18: Hantu Air
Bab 19: Ilmu Penunduk
Bab 20: Apakah Aku Gila?
Bab 21: Hacker
Bab 22: Cikgu Setan
Bab 23: Doppelgänger
Bab 24: Perempuan Penggoda
Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang
Bab 26: Orang Tua Puaka
Bab 27: Gadis Yang Bangkit Dari Kematian
Bab 28: Pertempuran Menggunung
Bab 29: Gadis Kristal
Bab 30: Sumpahan Pun Bermula...
Bab 31: Busut Anai-Anai
Bab 32: Vampira
Bab 33: Histeria
Bab 35: Bunian Makan Orang
Bab 36: Hantu Kabus
Bab 37: Semangat Hutan
Bab 38: Sumpahan Menggunung
Bab 39: Hutan Bunuh Diri
Bab 40: Yang Tidak Mati
Bab 41: Pemenggal Kepala
Bab 42: Alam Bunian
Bab 43: Hutan Maut
Bab 44: Penghisap Darah
Bab 45: Vampira Separuh Manusia
Bab 46: I'll Be There For You
Bab 47: Tragedi Taman Tema
Bab 48: ALLAH Lebih Menyayanginya...
Bab 49: Mati
Nak Dapatkan Sambungan MENGGUNUNG? Baca POST yang ini!!!
Anda Rindukan Menggunung? Jom baca spin-off Menggunung!

Bab 34: Night Walk

3.4K 247 28
By HelmiEffendy




Malam itu, selepas segala-galanya reda dan kebanyakan mereka yang terkena histeria berjaya dipulihkan, hanya Megat Azizan sahaja yang tidak dapat tidur. Wajah Izzat, Najirah, Adilla dan Sofea silih berganti memenuhi tubir mindanya. Kalau benar apa yang diungkapkan oleh Najirah, betapa serangan histeria dan langsuir yang berlaku beberapa jam tadi adalah permulaan untuk kehancuran yang bakal berlaku, yang selepas ini mungkin disasarkan kepasa keturunan 4 pengasas Menggunung yang kebetulan merupakan sahabatnya.

Dia hanya berbaring sambil merenung kosong siling putih yang kini sudah bertukar suram dek cahaya lampu yang sudah dimatikan. Bunyi dengkuran Ikmal silih berganti dengan kesunyian yang sedang melanda memandangkan malam sedang menginjak pagi. Sehinggalah suatu masa, dia merasakan tidak mungkin dia dapat tidur untuk malam itu, lantas dia mula bangkit. Dia melihat Kamarul sedang tidur terkangkang di atas katilnya dengan mulut yang terngaga. Dia menuruni tangga katil dua tingkat sebelum berhenti sejenak, memerhati hero untuk malam itu yang sedang tidur sambil menghisap ibu jari.

Lokasinya ialah tandas yang terletak diluar dorm. Kalau hari biasa, dia pasti berteman kerana ketakutan. Tetapi untuk hari itu, rasa risau yang bercambah untuk Sofea kini sudah mula menular kepada rakannya yang lain, lagi-lagi Najirah yang paling terkesan. Ketika dia sedang berjalan menuju ke tandas, dia berhenti sejenak sambil memandang belantara yang menghijau dalam kegelapan, yang sedang mengelilingi kawasan perkhemahan itu.

Keesokan malam nanti mereka semua bakal dilepaskan seorang demi seorang ke dalam hutan untuk aktiviti Night Walk. Tentunya, segala makhluk yang menghuni kawasan belantara itu akan menjadikan apabila mereka berseorangan pada waktu malam sebagai peluang keemasan untuk mengancam 4 keturunan pengasas Menggunung. Semoga abang Mufarwa Farid membatalkan aktiviti malam esok selepas apa yang berlaku hari ini.

Megat Azizan terus menapak sehingga dia berdiri dihadapan tandas yang kelihatan sunyi pada malam itu. Lantainya sedikit basah memandangkan tadi beberapa orang pelajar sempat mandi untuk membersihkan tubuh mereka yang bercalit peluh, dan ada yang percaya mereka perlu mandi untuk menghalau segala benda yang menjadikan pelajar perempuan kerasukan dan histeria tidak bertenggek pada diri mereka. Beberapa buah pintu tertutup rapat. Megat Azizan hanya menghampiri sinki, membuka pili air, membiarkan air turun perlahan-lahan sambil dia memandang refleksi wajahnya pada cermin dihadapannya.

"Apakah terlalu paranoid?" Megat Azizan sekadar bersuara sendirian.

"Apakah aku terlalu... membebankan diri aku memikirkan soal rakan-rakan aku?" soal Megat Azizan sebelum ketawa sendirian.

"Aku memang dah jadi gila dan bodoh, berharap pantulan aku mampu menjawab soalan aku!" tutur Megat Azizan lagi.

"Apakah selepas kau melihat aku sebegini..." tutur satu suara membuatkan Megat Azizan terus berpaling. Kelihatan salah satu daripada pintu tandas dibelakangnya terbuka dan kelihatan Najirah sedang berjalan dengan pedang perak sedang terbenam di dadanya. Darah meleleh keluar dari mulutnya, laksana banjir lumpur ketika hujan lebat.

"Apakah selepas melihat aku sebegini..." Sebuah pintu lagi terbuka dan kelihatan Sofea sedang tergantung pada sebuah tali gantung yang bersambung pada jeriji tingkap di atas ruang tandas itu, dengan lidah yang terjelir keluar dan kaki yang terkapai-kapai di udara.

"Atau selepas melihat sahabat kau begini?" Kepala Adilla bergolek keluar dari tandas dengan darah masih merembes keluar dari lehernya.

"Tidakkah hati kau akan hancur selepas melihat sahabat kau... mati? Ketika itu baru kau nak memikirkan betapa kau sebenarnya... tidak bodoh?" tutur Izzat yang keluar dari pintu tandas yang paling tengah, dengan beberapa pasak kayu sedang terbenam di perut dan dadanya.

"ALLAH!" Megat Azizan terduduk.

"Ini semua kerana kebodohan kau Jiji! Kerana kebodohan kau!" Empat lembaga itu kemudian ketawa serentak manakala Megat Azizan sudah menekapkan kedua-dua tapak tangannya di telinga, menggeleng seperti orang gila sambil mulutnya terkumat-kamit menyebut nama TUHAN.

"Jiji... bangun Jiji! Night walk nak start dah!" tutur Izzat disebelah Megat Azizan membuatkan dia tersedar sambil memandang sekitarnya. Dia kini dalam pakaian sukan – memakai baju-T putih, sweater hiam dam berseluar trek sambil duduk bercangkung mendengar taklimat daripada Murwafa Farid yang sedang ditemani oleh beberapa orang renjer hutan.

"Maaf... aku... menggigau ke tadi?" Izzat mengangguk.

"Kau sebut nama ALLAH banyak kali. Macam kau nampak hantu..." tutur Izzat dengan riak wajah yang penuh kerisauan. Sebenarnya, ia lebih menakutkan daripada nampak hantu. Dia baru sahaja menyaksikan 4 orang manusia yang paling dia ambil berat berakhir dengan tragedi yang memakan nyawa. 4 nyawa yang paling disayanginya.

"Dia... berkeras nak lakukan aktiviti ni?" soal Megat Azizan sambil menoleh ke arah Izzat disebelahnya. Selain itu, Megat Azizan menyedari bahawa Sofea, Najirah, Adilla dan Emmy turut berada di situ.

"Abang akan lepaskan untuk kaum lelaki, seorang demi seorang, manakala kaum perempuan akan berpasanggan kat dalam tu. Semua setuju?"

"Abang... kenapa kami tak boleh bawak member?" Amran bersuara sambil mengangkat tangannya di udara.

"Sebab kamu kaum lelaki harus berlajar berdikari. Kamu akan menjadi ketua keluarga, menjadi pemimpin, bahkan kamulah khalifah. Kan abang dah jelaskan bahawa tali yang kamu kena pegang dalam hutan sana tu adalah analogi untuk agama, prinsip dan keteguhan kalian. Perempuan dan lelaki fitrahnya berbeza. Oleh kerana fitrah seorang pemimpin yang kamu bakal galas nanti, kamu akan berseorangan dalam banyak perkara menghadapi banyak benda yang kamu tak tahu!"

"Tapi abang..."

"Tak ada tapi-tapi. Night walk kena berjalan jugak malam ni!"

"Abang... lepas apa yang jadi semalam, kita tak boleh cancel malam ni?" Megat Azizan bertanyakan soalan.

"Malangnya tidak. Tapi abang dah ambil langkah berjaga-jaga. Ada beberapa ustaz dari Darul Syifa akan bersama kita malam ni. Juga beberapa anggota renjer dah ditempatkan di beberapa check-point kat dalam hutan sana. Jadi, Insya-ALLAH, tak ada apa yang berlaku," kata Mufarwa Farid.

"Mamat tu serius tak tahu ke istilah mencegah lebih baik dari merawat?" Megat Azizan menoleh ke arah Izzat yang sekadar tersenyum.

"Semua dah bawa lampu suluh yang saya suruh bawa?" Seluruh pelajar untuk malam itu sekadar mengangguk, hilang semangat langsung untuk menjawab dalam suara.

"Kalau macam tu, Penghulu dengan Penghuluwati, boleh kira setiap pelajar yang terlibat untuk malam ini, dan berikan angka itu untuk saya," arah Mufarwa Farid. Izzat dan Adilla bangkit lalu mengira setiap pelajar lelaki dan perempuan.

"12 lelaki bang!" Lapor Izzat.

"Perempuan ada 20 bang!" Adilla bersuara dari barisan perempuan.

"Sebagai penghulu dan penghuluwati, kamu berdua setuju untuk jadi yang pertama?" soal Mufarwa Farid. Izzat dan Adilla berkongsi pandangan untuk seketika sebelum mengangguk.

"Adilla... kamu dengan pasangan yang kamu pilih masa hari pertama kamu ke sini. Kamu dan..." Emmy berdiri sambil membersihkan punggungnya yang terdapat kesan debu selepas duduk bersila di atas padang rumput yang sedang menghadap ke arah salah satu daripada jalan masuk ke Hutan Belantara Menggunung.

"Emmy Natashia," ucap Emmy.

"Emmy dan Adilla... kamu berdua... akan bergerak selepas saya lepaskan Izzat. Jarak perjalanan antara kamu ialah dalam 5 minit. Faham?" soal Mufarwa Farid.

"Izzat... tolong jaga diri kau dan... Adilla! Ingat yang kau berdua bakal menjadi mangsa apa sahaja yang menanti kau orang kat dalam hutan sana!" Megat Azizan berdiri sambil sempat menitipkan bisikan di telinga Izzat.

"Megat... sini sekejap..." panggil satu suara yang datang dari belakang membuatkan Megat Azizan menoleh. Kelihatan Kamarul dan Izzat sedang menatap sesuatu yang agak bercahaya, yang mujurlah tidak disedari oleh Mufarwa Farid.

"Kau seludup handphone?" soal Megat Azizan tidak percaya.

"Tak kisah. Sekarang ni ada artikel baru yang dinaikkan kat Dari Alam Lain. 10 Makhluk Terkenal Yang Menguasai Hutan Menggunung..."

"Apa? Waktu sekarang ni?" soal Megat Azizan.

"Dan sekarang artikel paling dapat hits setakat ni. Ada lebih kurang... 70 000 buah bacaan dalam masa lima minit jer!"

"Bacakan kat aku... senarai hantu-hantunya," suruh Megat Azizan.

"Hantu orang yang bunuh diri.... kononnya kat dalam sana, ada bahagian yang sama macam Aokigahara kat Jepun. Orang jadikan Hutan Menggunung sebagai tempat diaorang bunuh diri. Lepas tu, dia ada cerita yang ada perkampungan bunian yang dah menyeleweng dari ajaran TUHAN... di mana bunian dekat situ memang akan perangkap mana-mana manusia yang masuk ke dalam hutan sana dan makan diaorang hidup-hidup..."

"ALLAH..."

"Lepas tu... ada pula kisah pasal hantu yang tangkap orang dalam kabus tebal... ada hantu air... ada hantu..." Kamarul terdiam.

"Hantu apa?" soal Megat Azizan.

"Roh-roh pejuang orang asli yang gugur dalam Pertempuran Menggunung 500 tahun yang lalu," gumam Kamarul sambil mendongak.

"Megat Azizan... Najirah dan Sofea. Giliran kamu bertiga pula!" tutur Mufarwa Farid.

"Lindungi Sofea dengan Najirah please..." ucap Kamarul pula. Megat Azizan berdiri sambil menoleh ke arah Sofea dan Najirah. Sofea sekadar menunduk, melindungi wajah berparut kebakarannya manakala Najirah merenung penuh takut ke arah Megat Azizan. 

Continue Reading

You'll Also Like

Legenda Melayu By erry lapar

Historical Fiction

69.1K 1.2K 13
Kisah-kisah mengenai lagenda yang terdapat dimalaysia diantaranya Mahsuri,Dayang Bunting,Puteri Gunung Ledang dan lain-lain!! Rujukan dari orang-oran...
144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
550 Tahun By Mai

General Fiction

3.1K 302 99
Indra minum seteguk air penawar akibat badannya cedera terlalu parah. Dari kepala sampai ke kaki semuanya berdarah. Pakaiannya agak compang - camping...
69.2K 5K 64
HAI, KEMBALI LAGI KITA. DISINI AKU INGIN BERCERITA MENGENAI PENGALAMAN KISAH PARANORMAL YANG BERLAKU SECARA REAL. APA-APA PUN STAY TUNED!.